Pages

Monday, April 30, 2012

Program Kerohanian 1

Tarikh 28/04/12 lepas telah dipenuhi dengan aktiviti yang penuh bermakna buat sebahagian kami bekas pelajar ATPN 1983-87.  Akhirnya terlaksana jua hasrat kami untuk beramal di Rumah Anak2 Yatim dan Asnaf As-Solihin yang terletak di Kanchong Darat, Banting.

Walau ahli yang hadir cuma 13 orang, ditambah dengan para suami dan anak2, jumlahnya menjadi ramai.  Sumbangan dari yang hadir dan tidak juga, Alhamdulillah amat2 memberangsangkan.  Saya kira, setelah bertahun2, inilah antara aktiviti yang sangat membuka hati (jiwa) dan perasaan.  Kegembiraan bertemu rakan-rakan lama (zaman sekolah) dan keinsafan kala berhadapan dan melihat kehidupan anak-anak yang hidup berdikari tanpa ibubapa di sisi ini di usia muda.

Sesungguhnya anak yatim itu adalah anak yang mulia dan mendapat perlindungan Allah sepanjang masa.  InsyaAllah, rezeki mereka sentiasa ada.  Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki juga kepada penjaga dan pemegang amanah rumah ini iaitu Tuan Hj Molyana dan isteri beliau.  Amin.

Kredit diberikan kepada empunya gambar-gambar ini iaitu sahabat saya Norwati Nazam.

Peserta dari ATPN batch 83/87

 Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan - kuiz, mewarna, nasyid...




Spt biasa, macam-majam juadah potluck

Fawwaz tumpang semangkuk...

Jumpa lagi! InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment