Boleh tahan cantik tarikh hari ni.. Kejap je dah habis bulan Mac. Baru macam nak celebrate birthday & anniversary.. Rupanya dah berlalu tanpa menoleh ke belakang. Dan akak yang tercungap2 mengejarnya..
Hari ni 1st day sekolah selepas seminggu bercuti. Paling mencabar nak ajak si tuah tu ke sekolah. Dah kira set minda dia dari semalam yang hari ni kena pergi sekolah. Mujurlah abi dia ada. Ada tahap ketakutan sikit di situ.. Walau abi jarang nak marah berbanding ummi ni.
Akhirnya dapat juga ke sekolah dengan jayanya dan masuk dewan assembly. Mula dia taknak ikut cikgu, tapi bila nampak abi (dalam kereta) terus di menuju ke dewan. Tau takut.. Dan umi nampak ada sorang cikgu usher dia ke tempatnya. Pemerhatian umi, tak semua cikgu boleh 'tackle' dia. Tapi ada seorang dua yang nampaknya boleh... :)
Sunday, March 31, 2013
Saturday, March 30, 2013
Seronok Kalau Ada Jiran...
.. yang mesra. Dari dulu memang akak suka hidup berjiran walau akak bukan jenis ramah tamah. Seronoknya kalau ada jiran, bukan setakat boleh membantu dikala kita memerlukan, tapi boleh juga berkongsi makanan... hehehe! Akak kan suka memberi orang rasa makanan. Macam jiran sebelah akak ni.. Walau kami jarang jumpa, apatah lagi bertegur sapa. Lagi2 musim panas ni, tak boleh sangat nak berlegar2 di luar. Tapi kalau terserempak tu, mestilah nak tegur. Tapi tegur isteri je la. Kalau hubby dia yang kat luar, akak buat2 tak nampak. Bolehhh...? ahahah.. Depa pun weekend je adanya..
Tadi petang waktu akak baru lepas sibuk berbalas message dengan abe, minta dia belikan apa yang patut di pasar malam sebab tekak ni rasa nak makan benda yang berkuah, alih2 jiran sebelah panggil. Maklum saje, port akak ni ialah berdepan dengan sliding door yang mengadap rumah dia. Sambil2 ambil angin, juga menikmati kehijauan pokok2 yang dia tanam. Free therapy gitu..
Dia panggil sebab nak bagi ni.... laksa! Banyak pulak tu... Alhamdulillah.. rejeki. Terus cancel order dekat en abe... :D

Friday, March 29, 2013
Aktiviti Cuti Sekolah...
.. yang agak hambar huhuhu!! Rupa-rupanya cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Tinggal esok (Sabtu) je. Ahad dah sekolah balik di Kedah ni...
Apa yang telah berlaku dalam seminggu ni? Kerja sekolah Fawwaz tak siap... Rambut Fawwaz tak bergunting sebab takut masuk kedai guntung. Tapi mak percaya, otaknya sentiasa berjalan selagi dia tak tidur. Macam maknya juga, jarang nampak dia melahu dan statik tak buat apa-apa. Kalau tak main game, melukis gambar dinosaur & monster.. Kalau dah bosan, dia akan lompat2. Tak pun menuang semua permainan Lego tu atas meja dan mula merekacipta. Rasanya, dalam beberapa minggu atau mungkin bulan, baru petang tadi dia tidur berlama-lama kat atas sofa. Mesti penat dan mengantuk sangat sampai tak sempat nak makan nasi.
Kerja sekolah tu, bukan tak suruh. Boleh kata saban hari berkali-kali disuruh, diajak, dipaksa... tapi tak jalan. Kalau dirotan pun, belum tentu jalan... Jadi, mak buat syllabus sendiri yang lebih menarik minatnya. Ambil sikit2 dari homework tu.. Dan nampaknya mak ni kenalah jadi barber esok petang atau lusa.
Tadi pagi, dalam beberapa minit menonton MHI, kebetulan adik Darwish sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran. Adik yang berumur 5 tahun ni dah hafal banyak surah. MasyaAllah!! Sejuknya hati melihat.. Comel sangat. Macam kanak-kanak lain juga, nampak dia sangat aktif dan sentiasa bergerak. Dan, ibunya Pn Mazlina berkata, waktu anak-anaknya bermain, dia akan memasang CD Al-Quran. Kerana waktu, anak-anak sedang aktif bermain nilah, otak mereka jalan.. "The more they play, the more they learn".
Very inspiring..

******
Dah lama tak ambil tempahan... hari ni bakar kek merah ni untuk sedara yang cuti balik kampung di sini. Esok pagi baru nak deko sebelum dia ikut tuannya balik ke Bangi :)
Thursday, March 28, 2013
Sibuk..
Hari yang sungguh penuh jadual akak.. Duk asyik keluar masuk pagar je. Awal pagi pergi ke market, lepas tu abe ajak pergi ke Hari Pelanggan Majlis Kubang Pasu untuk semak status plan rumah yang terperap tanpa jawaban sejak dihantar bulan Disember lepas. Lama sungguh, sampai 3 bulan. Semua pihak kata takde masalah dan aci2 terkejut pulak pun ada... Katanya sangkut kat IWK. Dan bila telefon IWK, jawabnya takde masalah.. tapi bos yang kena sign pergi audit kat tempat lain (outstation).. Kita yang pelanggan ni la, duk berjanggut tunggu... haishhh, macam ni kah yang dikatakan cekap! (ayat iklan dolu2 tu.. hehe).
Habis cerita Hari Pelanggan, terus proceed ke Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir di Alor Star. Itu je yg dapat dilawat di Alor Star hari ni selain lawat kedai barangan kek yang sungguh menarik! Tapi mahal seposen dua dari yang di Jitra. Cheese hat kotak besar pulak, mahal seringgit dua... Tapi memang best sebab besar dan banyak benda ada.. Yang tak bestnya, akak yang dah tak berapa nak buat kek sampai lupa apa yg kena ada kalau nak jual sebiji kek! Jadi, terpaksa ulang-alik ke kedai bakeri hari ni. Tu yang jadi keluar masuk.
Malam ni pulak pergi ke kelas Haji & Umrah kat Taman Siswa yang dibuat setiap malam Jumaat. Menimba ilmu sambil dengar lawak Ustaz Razak. Memang kelakar ustaz tu.. Tapi akak dah ponteng sebulan. Sabor je lah.. Sebab akak pun kategori waiting list... kena bagi laluan pihak2 yg pergi wajib dulu. Jadi, konon2 relaks dulu... Tapi ustaz kata, walau belajar bertahun2 pun, masih ramai yang buat kesilapan di sana masa umrah dan haji.. Aduh, jadi tak boleh main2. Kena serius sikit sebab belum ada pengalaman. Moga2 sempat juga ke sana suatu masa nanti.
La ni dah mengantuk... Nak kena tidur. Ni saja nak update blog atas perkara2 yang tidak penting :D

Monday, March 25, 2013
Peluklah Anak Itu..
Waktu tidurnya dah lama berlalu. Matanya pun dah semakin layu. Mulut mula menguap. Tapi dikuatkan semangat untuk berjaga demi 'game'. Kebiasaannya tidaklah begitu. Kebiasannya, walau ditahan juga ngantuk tu, dia akan segera menyerahkan komputer ini pada maknya dan menyambung dengan lukisan-lukisan 'artistik' sebelum lena dengan sendirinya.
Malam ini dia cuba nak menguji mak. Yang hairannya, walau mak dah 'switch off' talian internet (modem), game tu tetap berjalan seperti biasa. Walau itu game online. Maka mak ni terpaksa berkeras. Padam terus dari komputer. Tutup komputer. Maka bermulalah sesi soal jawab, tangisan syahdu, aksi2 merajuk... jua keluar masuk bilik, tutup buka lampu dan TV... ahhh! macam-macam pulak.. Tangisan semakin kuat memecah keheningan malam yang memang saban harinya sunyi sepi.. Mulut asyik meratapi game yang dah dipadam. Hati mak mula dirasuk perasaan geram dan angin satu badan.. Kalau tak kenang jiran tetangga yang tengah aman, memang dah berkumandang suara soprano mak.
Tapi, dalam menangani situasi begini, memang kita tak boleh ikut perasaan. Sebenarnya ada sedikit ego mak yang tak mahu mengalah. Perlahan-lahan turunkan ego itu. Dekati anak yang tengah kesedihan dan tidak faham perasaan bimbang mak ni. Bimbang anak akan terusan leka dengan game. Padahal salah mak bapak yang membiarkan hal itu berlaku selamakini.
Peluk anak yang tersedu-sedan sambil memeluk bantal itu. Gosok-gosok badan, tangan, kakinya.. Berselawat ke atas Nabi. Bacakan Al-Fatihah dan ayat 3 Qul. Bacakan surah Insyirah. Anak yang sememangnya sudah mengantuk itu semakin perlahan sedunya. Zikir Subhanallah, Alhamdulillah, wala ila haillallah, Allahuakbar.. dan akhirnya dia lena. Semoga nyenyak sehingga esok pagi dikesejukan hawa dingin yang menjadi peneman malam. Cuaca panas yang sedang melanda juga kadangkala mempengaruhi emosi kita.
Semoga esok ku mampu bertegas soal game komputer ni. Walau pembelajaran serba santai masih boleh dijalankan hari ini dan prestasinya semakin baik, game itu boleh memberi cas-cas negatif jika tanpa kawalan bijak. Soalnya, inilah situasi yang si anak saksikan saban hari, sedari dalam perut, hingga kini. Melihat aktiviti ibubapa yang mencari rezeki dengan internet. Astaghfirullah..
Sunday, March 24, 2013
Kacau Ganggu..
Blog ahkak ni tengah mengalami sedikit kacau ganggu awam... Hari2 dapat message komen dari spammer.. Akak yakin, bukan orang kita, tapi entah dari dunia mana. Malas nak siasat. Satu demi satu topik terpaksa akak revert ke draft. Harap2 tak berlarutan atau menjadi kronik. Kalau tak, kenalah tutup semua.. Ngomel sorang2, baca sorang2... :(
Saturday, March 23, 2013
Better Late Than Never..
Hari ni selain memujuk Fawwaz untuk keluar tetapi tak berjaya, saya berusaha juga memujuk dia untuk belajar. Terutamanya, menyiapkan kerja2 sekolah yang dibekalkan cikgu sebelum cuti. Pun puas pujuk, tapi tak berjaya.. Bukan saja tak mau buat, boleh naik marah dia kalau tunjukkan benda tu..
Takpelah, mak tangguhkan ke esok pulak. Tapi hari ni adalah jugak progress untuk pembelajaran yang lain2.. Antaranya, menghafal hari2 dalam English dan Melayu, membaca huruf dan sebutan alif - tha, melukis dan mengeja perkataan "dinasour", memperbaiki cara memegang pensil dan hafazan. Paling saya seronok, dia dah nak hafal surah Al-Fatihah dan An-Naas. Walau pelat tapi sekurang2 bunyinya dah hampir dekat. Sepatutnya saya dah ajar lama dulu. Tapi sebab dia belum faham, belum juga pandai bercakap dan pelat, saya diamkan dulu. Menanti waktunya tiba dengan penuh harapan... Lagi pulak, dia langsung tak boleh diajak membaca iqra'. Akan menimbulkan pertengkaran kerana dia yg akan lead kita, bukan sebaliknya.
Bila berbual dengan makcik Ika saya yg memiliki tadika sendiri dan adik saya Nazuwa yang memiliki anak hampir serupa masalahnya, saya diberikan idea. Teruskan saja dengan hafazan sementara dia boleh diajar iqra'. Memang ada masa dia mau, ada masa mengada2 terjerit2 baca, ada masa dia tunggu kita tanya nak baca ke tidak dengan muka baik dan ada masa tak mau langsung. Kita kenalah sabar melayan kerenah tu.. InsyaAllah ada perkembangan positif nampaknya. Biar pelat, mungkin maknanya lari, tapi kita usahakan sampai elok. Kalau dengar kawan2nya membaca surah2 lazim di sekolah, memang terasa sejuk hati. Dan kita pun teringin anak kita macam tu. Tapi kan anak2 kita ni tak sama... Allah uji mak dia sekali supaya lebihkan usaha. Maknya dulu darjah 2 dah khatam Quran, harap2 masih ada harapan untuk si anak menyamai rekod mak... :)
Selain asyik dengan game sampai saya diam2 switch off modem kat atas, dia jugak tak jemu2 melukis gambar dinasour hari ni. Kat white board, doodle board dan drawing block... semua dinasour. Macam rasa nak muntah pun ada bila ulang2 tengok itu je... hahaha! Anak... oh... anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)