Pages

Monday, August 30, 2010

Nostalgia..

Hari ni aku saja nak mengimbas cerita lama.. cerita puasa dan raya. Dah beberapa hari aku duk teringat2 kisah dulu waktu2 macam ni. Berlegar-legar kat kepala dari satu destinasi ke destinasi yg lain.. Mana tak berangannya, tinggal 3 hari lagi dah nak balik cuti raya ke M'sia. Tahun ni cepat seminggu balik sebab ada urusan peribadi dan penting. Dah 2 tahun (sebelum ni) kami balik sehari nak raya. Lepas tu raya pertama baru boleh proceed ke kampung.

Dua tahun lepas, masa tu masih di S'pore paling mencabar... dahlah flight petang, delayed pulak tu. Sampai KLIA dah 630ptg dan hubby lak nak proceed ke Melaka sementara aku nak ke KL dgn Fawwaz. Sampai rumah dekat nak buka.. Makanya masa raya eve tu, orang2 makan sedap2 dgn keluarga, aku sorang makan maggi.. huhuu. Tapi aku tak sedih pun, sebab aku ni kan berhati waja dan kurang perasaan... Lagipun masa tu penat melebihi segalanya. Esok pagi baru balik kampung. Sampai rumah mak, dorang pun tak habis solat aidilfitri lagi.. punya pagi aku bertolak (perjalanan > 2 jam).

Tahun lepas dah duduk di Bahrain.. Balik 2 hari nak raya, tapi sebab perjalanan yg panjang, sampai pagi tu lah.. Ok lagi, petang sempat cari apa yg patut. Tapi masih proceed ke kampung pagi raya tu... Terus tuju rumah mak. Itulah hikmahnya.. kalau tak belum pernah aku pagi raya rumah mak, sebab selamakini aku duduk dengan nenek. Bila nenek dah takde (meninggal tahun 2006) baru tukar schedule. Cuma tahun ni aku ingat nak menuju rumah ayah aku dulu (jgn heran, both of them were separated).

Beraya masa ada arwah nenek memang meriah sangat. Sentiasa sibuk melayan orang dan membasuh pinggan. Sampai terpaksa guna paper plate sebab tak larat nak membasuh. Anak cucu cicit menakan ramai sangat... dan masa tu arwah yg paling lama hidup di kalangan adik beradik dia. Bila dia dah tak ada, suasana sedikit bertukar... taklah sepi sangat, tapi adik beradik yg jauh pun dah tak stay lama kat rumah tu.. Pagi raya sedikit lengang... yg masih setia aku dan makcik Wati.. Tapi rasanya selagi ada budak2, kira meriah la tu.. terutama anak aktif macam Fawwaz yg suka buat show depan tetamu. Tahun ni apa pulak pesen kerenahnya... tungguuu! Sekurang2nya makcik aku dah tak payah risau dengan bekas2 kuih tu, sebab Fawwaz dah besar.. tapi, mungkin ada kanak2 kecik yg lain pula heheh... Satu lagi yg sering jadi mangsa tetamu kecil ialah ikan2 di kolam tu... silap haribulan ada kaki yg masuk dalam..

Itu semua kisah bukan lama sangat... kalau yg lama, zaman aku kecik, raya ni apa sangatlah bagiku... sebab selalunya pagi raya aku diserang lelah@ asthma. Lembik je... maklum, masa puasa minum ais (air sejuk), makan tembikai dll tak hingat.. Aku sangat alah dengan ais, tembikai dan udang goreng... Tapi sekarang sudah tidak lagi. Semua boleh hantam.. Doaku janganlah penyakit itu datang kembali.. cukuplah masa kecik2.

Walau apapun, aku harap perjalananku pada hari Khamis malam esok lancar dan selamat. Aku suka Gulf Air ni sebab kapten dia baca doa naik kenderaan.. Insyaallah selamat. Aku dah lalui beberapa siri perjalanan mencabar bersama si kecik Fawwaz.. cukuplah, sekarang nak tidur selesa walau duduk di seat economy yang sempit tu (kalau nak rasa biz class kena naik SIA... leceh lak transit byk). Moga2 masih sempat pergi pasar ramadhan. Nak makan nasi kerabu.. sesdapsnyer...


1 comment:

  1. semoga selamat perjalanan semuanya,pasti meriah raya sebab Fawaz dah makin beso.sure dia happy especially dgn sedara mara main mercun...:)
    have a safe journey...

    InsyaAllah,ada rezeki tak tahun depan, tahun satu lagi aku pulang berhari raya di Malaya InsyaAllah.

    ReplyDelete