Pages

Monday, May 27, 2013

Saat Di Duga...

Petang tadi saya berpeluang melawat kawan lama di kampung... Kawan masa sekolah rendah. Kawan baik yang juga 'rival' dalam pencapaian di sekolah rendah sebelum masing2 bersekolah menengah dan melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza.. Kawan yang dulunya sama2 denganku mencari tebu di tepi estet berdekatan rumah neneknya, pada lewat petang selepas pulang dari sekolah agama. Lepas tu merangkak saya di bawah pagar estet nak keluar dari kawasan tu.  Hehe... nostalgia indah budak kampung.. Dah bertahun2 tak pernah berjumpa di kampung ni.

Hari ni saya mengunjungi dia setelah mendengar berita menyedihkan. Pemergian anak sulungnya ke Rahmatullah. Perjanjian Allah untuk si anak menikmati kehidupan di dunia ini telah tamat semalam.

Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang besar untuk yang masih tinggal di dunia. Tidak kira bagaimana caranya pun. Namun, bertemu kawan ini, membuat hati lega. Awalnya bimbang juga kalau saya disambut dengan emosi. Bimbang saya hilang kata2 kerana saya memang jenis tak pandai nak berbahasa secara lisan. Kawan saya sangat berilmu tinggi. Lantaran jawatannya pun tinggi sebagai guru di sekolah. Apabila bertemu insan sebegini, kita akan dapat menilai betapa pergantungannya kepada yang Maha Pencipta itu adalah yang maksimum! Reda ibu adalah yang terbaik buat anak yang pergi. MasyaAllah... Alhamdulillah..

Buat kawanku Rozita, semoga terus tabah menghadapi satu kehilangan. Apapun perasaan yang sedang menerpa, ianya adalah milikmu dan hanya kau yang tahu rasanya. Kudoakan Allah sentiasa merahmati roh anakmu dan memberi 1001 kekuatan buat dirimu dah seluruh ahli keluargamu. Amin.


No comments:

Post a Comment