Pages

Thursday, October 3, 2013

Cerita Dapur Baru... Yuhuu

Tak puas berangan...


Semalam akhirnya terlerai sudah dilema dapur 3 serangkai iaitu hood, hob dan oven. Setelah berbulan menyiasat dan berangan. Dari kedai ke kedai, website ke website, katalog ke katalog... Tapi yang sebenarnya akak dah terpengaruh dengan iklan di Anjung Seri. Itupun majalah lama. Jenama Rubine. Ala2 jenama Itali gitu.. hahaha! Akak suka design dia. Yang penting oben tu haa.. Hari tu akak dan abe dah tergelak kat satu kedai sebab akak sebut "rubain". Lepas tu salesgirl tu betulkan sebutan "rubini". Alaa... macam "lu bini...wa!".. ahaks! merapu sudah...

Lepas tu teringat masa kiterang baru2 duduk di Singapore. Tempat kami Pasir Ris tu berdekatan dengan Tampines. Kami sebut "tampains". Alaa... kan macam tampin N9 kennn. Rupanya sebutan dia "tempenis". Kikiki..

Berbalik kisah dapur, 2 hari sebelum membeli tu akak sungguh dilema. Akak cari jenama ikut bajet je. Masa mula2 survey terutama kat homedec, memang terpikat kat Rubine. Tapi hujung2 cerita susah pula nak cari kedai yang jualnya. Akak rasa nak Fotile, tapi out of budget lak. Lepas tu banyak kedai pula yang cadangkan Leben. Dah terpengaruh. Tapi oven ngan hood tak berapa nak stylo. Nampak Cornell. Cantik dan canggih juga. Tapi salesman tak cukup meyakinkan. Elba, terbaca forum kata cepat rosak. Lepas tu balik ke Leben sebab terbaca satu chef kata oven dia elok. Maklum, teknologi Jerman. 

Tapi, terakhir pergi ke satu kedai di Kg Kelubi tu, yang semua produk ada, salesgirl tu buat akak tukar mood. Bila satu2 benda dia rasa tak mau jual, terus dia buruk2 kan produk tu. Contoh, alih2 cakap orang komplen la, made in china la, itu barang lama laa.. So, abe kata takpe. Balik fikir dulu walau masa tak banyak. 

Nak jadi rejeki, esoknya abe pergi satu kedai lain sebab nak cari toilet bowls dan sink. Ini kes last minute la jugak sebab kontraktor dah nak pasang.. ngeee. Kedai tu jual Rubine. Price cantik, rupa pun cantik. Terus dia ajak akak datang tengok. Terus akak setuju. Esoknya terus abe bayar... Yayyyyy!!! Terima kasihlah wahai suami ku! Sebab dapur tulah sumber inspirasi isterimu nanti. Nak tau elok ke tidak, nyesal ke tidak, pakai je lah dulu ye..

Apa2 pun dapur tu belumlah terpasang lagi. Masih simpan di kedai. Sebab kabinet adalah antara perkara terakhir utk pasang supaya tak rosak, tak hilang dsb. Mungkin masa abe dah kat Mekah nanti, baru orang tu datang pasang. Set dapur pulak selepas tu, bila abe dah balik.

Nak beli hood perkara utama akak tengok selain design ialah suction power. Kena lebih 1000m3/hr. Takle nanti rumah comel akak bau ikan goreng.. :P
Untuk dapur pula akak tengok api besar mana.. Satu lagi yang penting ialah safety device.

Ohhh... tak sabar nak baking kat oben baru. Harap2 yang ni lebih baik atau setanding dengan oben Zanussi akak sekarang ni.

Lepas ni nak fikir peti sejuk pula... Targetnya ialah jenama Mitsubishi. Sebab dia je yang jual peti sejuk color putih. Hahaha... bukan nak cari yang jimat elektrik ka, teknologi inverter ka, anti bakteria ka... tumpuan utama ialah warna. Sebab nak sesuaikan dengan kabinet dapur berwarna lime green dan dinding tile dapur yang putih tu.

Edited : 
Gambar sesudah kejadian... gambar kejadian terkini tak payah... hahaha. Dah jadi tongkang tak berapa nk karam.. :P

Updated 2/8/2016:
1. Dapur tu sebenarnya pakai bateri saiz macam torchlight besar pakai tu. Tu sebab setahun lebih pakai, pengetik tu tak berfungsi dan terpaksa pakai tembak gas kalau nak nyalakan. Rupanya, ilmu tak sampai sebab yang pasang dulu kontraktor lain. Bila dah jumpa semula dengan toke kedai, barulah dia cakap.. ayoooo. Sekarang dah tukar, back to normal..
2. Api yang merah tu pulak sebenarnya boleh di 'adjust' dari bawah dapur. Bila technician datang, baru dia cakap dan adjustkan. Sekarang cantik membiru semula..
3. Oven pula pakai PC.. Beberapa bulan lepas rosak benda tu. Terpaksa tukar baru benda PC tu yang berharga RM371 tak termasuk service charge dan mileage..

Macam tu lah ceritanya... hurmmm.

30 comments:

  1. cantik dapur akak...kak..blh tau kdai mana akak tempah kitchen kabinet n hood ni...sy pn tgl di bdr darulaman jg..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mana nampak dapurnya kat sini... takpe, akak ltk gambar complete cabinet tu tanpa hob... kitchen cabinet di Adamz Interior dkt Jln Langgar, Alor Setar... Hood, hob n oven tak ingat kedai, tp di Bdr Darulaman je,.. blok selepas Domino tu, sebelah kedai perabot

      Delete
  2. Askum nak tanya..kedai mana yg jual rubine tu..saya di perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Kedai tu di Jitra (Bandar Darulaman).. tak ingat nama.. file resit tak tau hb sorok mana.. (dia xde nk tanyakan..)

      Delete
  3. Tadi akak ada baca pertanyaan dr email pasal prestasi dapur akak sejak setahun... tapi bila akak nk direct publish comment tu dr gmail via tab ni, suka2 je dia kata rejected... terus hilang tak boleh nak publish. Buat Izaty (tak silap nama tu...) meh akak citer...

    Ikut pengalaman setahun ni, alhamdulillah la... takde byk ragam. TAPI... tahap kepuasan baking berbanding oven zanussi yg berbelas tahun pakai dulu agak kurang... akak tak boleh masuk loyang 4 segi x 8" sekali 2 terus... kena satu.. satu. Hat bulat je boleh sekali 2. Maknanya kurang inci sket... Kdg masa membakar amat lama terutama nk bakar kuih cth bingka ke...

    Utk dapur pula, sekarang ni api dah tak cantik membiru... keluar merah2 walau tidaklah berjelaga atau kena minyak... kalu banding dengan dapur zanussi akak dulu, sampai ke buruk api maintain biru cuma tak kuat...

    Kesimpulannya... memandangkan barang dah terpasang, maka guna jelah sampai habis nyawanya... untuk kegunaan biasa OK la.. banyak je jasanya... hehe. Tapi mesti ingat ye, utk pasang oven mesti tukar ke power point yg sesuai... 15A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Rumah mak mentua saya pun pakai set dapur rubine sejak 2008 hingga sekarang 7/2015. Semua function dgn baik lg. Hob pulak, api still cantik dan biru cuma body bawah tu dah mereput.. Pasal dapur akak tu klu api merah cuba tukar paip getah LPG tu.. Mgkin salur dia dah tersumbat sisa minyak. Selamat mencuba.

      Delete
    2. Wsalam.. Oo macam tu ye.. Nanti akak cuba tukar getah tu,, T.kasih ya :)

      Delete
  4. Assalammualaikum.. Terima kasih info Cik Siti

    ReplyDelete
  5. belu dapo n hood fotile. tak best. baru 3 tahun dah satu burner tak bole pakai. hood susah nak cuci. zanusi j7gak bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kot dgn jenama akak pakai ni.. Tak tau the best kaedah hood tu nak di cuci.. sudahnya main lap2 je kalau minyak meleleh.. burner pun satu macam juga..

      Delete
    2. ya. betul. mcm2 cara buat nak cuci hood. rendam...spray...asid...tak bole nak tanggal...minyk ketul2 dah lekat kat lubang2 tu..besi burner tak bagus....dah karat2 n nipis mkn dek api...luaran je cantik...one thing lagi...api dia dari awal beli tak kembang so kurang sesuai utk goreng2 ....

      Delete
  6. baru panggil org fotile utk repair...ha ha repair dapo bhgian atas je dah dlm rm700 ..belum lagi bhgian bawah...

    baik beli baru...so kira taj baloi la dapo dekat rm2000 cuma tahan sekitar empat lima thn...ni nak survey brand lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke.. Harap iklan je menarik kan.. Ni tahap dapur untuk hiasan n manja2 je kot.. huhuhu

      Delete
  7. ciknsiti...dapor jenis ni ada pakai bateri ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry.. selepas setahun lebih terpaksa guna pemetik api utk hidupkan, baru saya diberitahu yang dapurnya guna bateri.. maaf ya!

      Delete
    2. Bateri tu letak dekat mana ya.. memang kontraktor tinggalkan bateri besar..tapi tak tau pasang dekat mana

      Delete
    3. Sorry baru nampak msg ni.. Bateri tu ada di bawah hob/dapur tu.. kena angkat dan tengok dari bawah

      Delete
  8. Assalamualaikum...nak tanya berapa yang budget utk hood n dapor saja? Ingat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Saya tak berapa ingat. Tapi time tu tgh sale, hood, dapur dan oven RM3050.. Oven jadi seribu lebih je..

      Delete
  9. Salam..cik siti, u puas hati x guna set rubine.sy pun planning set ni jugak utk hood,hob n oven

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis.. saya sebenarnya tak berapa puas hati pada oven. Sebagai baker, kepuasan baking tidak seperti waktu saya guna oven zanussi...

      Delete
  10. salam..sis sya nak tanya, pasang dapur dan oven kat bawah x banyak masalah ka? ada terbaca seeloknya jgn pasang mcm tu..tp sya suka n nak buat macam tu.jimat ruang..satu lagi kalau tengah masak n pasang oven x panas? aspek keselamatan mcm mana ya..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. setakat 4 thn ni xde masalah.. jarang masak guna 2-2 sekali, tapi kdg2 buat OK je..

      Delete
  11. Salam sis,mana elok set rubine,zanusi dengan elba,mana lagi ok untuk hood dan hob?tak reti nak membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Tak pasti untuk recommend mana satu. Sekarang guna set hob/hood rubine, setakat ni OK... Kalau dulu zanussi saya suka oven dia.. Elba tak pernah guna.

      Delete
  12. ada tak cara nk atasi masalah dapur rubine saya...
    tunggu macam ternaik,api kecik dan selalu meletup2.kejap api padam kejap hidup

    yg sebelah pulak dah lama tak guna
    api.menyembur keluar dr kabinet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru ternampak message ni.
      Pn boleh cuba hubungi customer service mereka.. nanti boleh arrange technician untuk periksa

      Delete
    2. panggil technician dtg sj dh kena caj klu xsilap sy rm160... dia dtg chk brg apa kena tukar dan ni harga lain pulak.. dlm kes sy harga brg dlm rm400 lbh. . pikir2 xjd lahl baik beli baru, ada warantty lg. rubine sy ni gas ring dan burner base dia dh tak rata (menggeleding?) pakai dlm 3thn lbh dan ignititor satu dh rosak..

      Delete
  13. Baru je beli rubine.. Terpengaruh dgn salesman.. Hahahaha.. Ade sale kat persada Johor.. Jejalan jer ingatkan . Terus terbeli lak dgn wife..

    ReplyDelete