Baru 8 jam aku tiba di Pasir Ris selepas cukup 1 bulan di Malaysia. Rasa macam sekejap je.. Kesana kemari, rupanya ada juga benda tak selesai... Ingat nak lawat kawan2, macam biasa jadi mimpi laila je.. Sempat juga jumpa Fidah sekejap ari tu, on da way ke rumah pakcik ku.. Yg lain2, harapppp maap.. tak dan!
Aku still rasa tak sihat badan.. batuk dan sedikit lelah. Mungkin ada juga kesan dari perubatan yg aku ambik hari tu. Aku try PERUBATAN ELEKTRONIK utk skin problem aku tuu. Dia macam homeopathy juga tapi based on kita punya DNA. Kena minum air ECPI banyak2. Result maybe agak perlahan tapi dia akan keluarkan penyakit2 lama & lain juga. Ada positifnya pada skin aku sebab dah kurang gatal. Second week, aku jadi letih lesu, ngantuk je, semput, batuk, sakit2 badan dan terus demam. Dr kata, mungkin ubat tu bertindakbalas dengan badanku. Hari tu check, result DNA masih tak banyak berubah. Aku senyap je, maybe sebab aku suka minum nescafe (kafein) dan tak minum ECPI (susah nak cari).. Cuaca pun tak menentu, maybe salah satu punca batuk ni.
Balik ni banyak benda nak kena buat esp mengemas & packing. April ni merupakan bulan terakhir ku di S'pore. In May hubby kena posting ke Bahrain, so aku akan menyusul Jun nanti lepas wedding Hanis, cousin ku. Padanla hari tu rasa nak cancel trip ke Kelantan.. Tiba2 macam sedih nak tinggalkan Singapore yang kecik tapi tak abis aku jelajahi ni. Lepas ni, entah bila nak kemari lagi. Aku masih belum nak imagine lagi perjalanan ke sana tu, sebab masih letih. Kena shopping lagi la ni...
Semalam, sempat jalan2 ke Taman burung.. Dapatla testing camera baru aku.. alaa camera biasa je, hubby belikan untuk ganti Kodak Easyshare ku yang sering demam tu.. Tapi aku tetap rasa kamera lama tu lagi umph! walau cuma 3.1MP..
Kera2 yang banyak berkeliaran..
Takde gambar menarik, sebab aku lupa insert SD card dlm camera.. so, guna internal memory je, tak sampai berapa keping memory full..he he
First time cuba buat kek coklat kukus.. Senang je, pastu sedap la pulak. Bawa sekali ke Taman Burung. Fawwaz really enjoy it... Yatie Cybersecurity kenal la pengukus tuuu..heheh!
Sunday, March 29, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Peristiwa 3 minggu..
Diam tak diam dah 3 minggu aku 'hibernate'.. I wasn't connected at all since my last updates. Pagi ni, dengan kesihatan yang tak seberapa (batuk & lepas demam) dan perasaan yang malas, aku bertolak pulang ke Bukit Jalil bersama Fawwaz. He was so good along the way. Tidur sepanjang jalan dan bangun dengan ceria sampai je di Sg Buloh.
Cuaca tak menentu di kampung, so tak banyak aktiviti aku buat... monitor Fawwaz yg seronok main dengan kucing dan enjoy naik motosikal tu je..
Wedding of my sis Zila & Zamri on March 8.. Ramai jemputan datang sampai licin lauk.. :D
Wedding of my cousin Salmi & Zaim on March 14.
Kebun cili Pak Mat kat tepi rumah. Sampai balik aku tak masuk pun kebun tu sebab lecak..ha ha! Manusia mudah lupa la tuu... Makcik & pakmat tengah petik cili untuk jual..
Anakku yg comot lepas main kejar2 dgn kucing...

Sunday, March 1, 2009
Bagan Lalang Escapade 2009
Semalam, Sabtu 28/02/09 adalah antara hari2 yang bersejarah bagi ku dan kawan2 ku x-ATPN 1983-1987. Reunion pertama selain pertemuan2 tidak rasmi sebelum ni, adalah selepas 22 tahun..uhhhh! tua dah gua! Dinner yang riuh (walau korum tak cukup) tu berlangsung di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Ada juga few ATUDISMA boys. Dengan tema biru, masing2 dah tak mampu untuk control ayu. Jemputan khas cuma pasangan ustaz & ustazah kami yg dulunya bila di depan kami gentar, tapi di belakanggg.. tau2 jelah! Maka pecah tembelang aku nyorok kat dalam almari sempit tu masa ustazah check sapa tak turun sembahyang jemaah Maghrib... Tapi bukan aku tak sembahyang, cuma kadang aku malas nak turun dari tingkat 2 tuuu... kan kan kan! Nanti nak tution lagi...
Kesimpulannya memang best jumpa kawan2 lama. Ada yg masih maintain, dan ada yg berubah. Biasalah tu kan, askar2 pun ada yang dah besar2. Aku je slow sket.. Ada juga yg tanya aku sakit ke? He he.. belum masanya beb, tunggu next reunion. Aku akan makan appeton! Apapun, bangga aku sebab kawan2 dah berjaya. Sebab aku tak bawa kamera, nantilah..tumpang semangkuk mana2 yg kawan hantar. To all friends, forget you not 4-ever! Yang tak mai tu, moga jumpa di lain masa..Ameen!
P/S: Gambar ni copy & paste Eus punya kat Yahoogroups..
Perjalanan yang panjang
Aku & Fawwaz landing di KLIA Jumaat tengahari semalam. Total hrs from Pasir Ris to Anjung Hijau is 5. Sebelum tu pelbagai dugaan dan ujian kuhadapi di Changi Airport. Buat early check-in pukul 730am, dah OK la dapat seat depan no.6... Flight suppose pukul 950am, so lebih 2 jam tunggu. Fawwaz dah menggelisah dan minta dukung je. Semakin letih dan agak mengantuk. Tapi 1/2 jam sebelum boarding, staff kata flight delay, so kena transfer naik SQ (SIA) pulak which was supposedly at 1015am. Kenalah pergi ke transfer counter, cancel boarding ticket MH and check-in for SQ. Sana queue, sini pun queue, belum campur proses check in yg lama.. then kena jalan cepat2 sebab last minute, sambil carry Fawwaz ke pintu masuk E26 yang almost terhujung. Memang dah tak fikir letih, tapi macam rasa nak abis oksigen.
Sampai2 dalam flight, memang lega sikit sebab flight besar dan tak penuh, tapi row 51 perghh! Mencungap dengan carry cik mat, handbag dan baby bag. Nasib baik ada stewardess tolong. Duduk dan settle apa yg patut.. dan bila dah nak take off, kena pasang seat belt & child belt, maka buah hatiku yg asalnya agak relaks terus mengamuk dan meronta2. Susu dah abis 2 botol. Almost or more than 10 mins la kott.. aku memang hampir kehabisan tenaga sebab tak breakfast, tapi dengan sisa kekuatan yang ada, ku peluk sekuatnya sampai dia tak boleh gerak dan kepenatan, dan terus tidur sepanjang jalan... puhh legaaaaaa....! Memang, kalau penat dan susah atau tak selesa nak tidur, beginilah anakku... Semoga aku jadi mama yang sabar sampai bila2...

Subscribe to:
Posts (Atom)