Pages

Showing posts with label Anything. Show all posts
Showing posts with label Anything. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Awak di Mana? Awak di Mana?


Assalamualaikum...

Alahai... bukan saja blog dapur akak bersawang, hat sini lebih2 lagi. Bila buka ternampak gambar tamteh yang dah lama pergi, rasa sedih pulak. Tak sanggup nak tengok lama-lama. Ikutkan kisah tamteh adalah tragedi pertama... en abe yang terlanggar. Tak lama lepas tu akak pulak mengulangi kisah yang sama. Kucing betina berwarna hitam putih tanpa nama.. dulu best friend tamteh. Pantang nampak mak tiri ni mesti nak berbunyi walau dah bagi makan... Terlanggar waktu mak reverse kereta. Asalnya dia baring2 dengan gang di tepi dinding. Entah macamana dia boleh cross masuk bawah kereta dikala mak tengah serabut nak keluar cepat. Dan Fawwaz menjadi saksi sekali lagi.. :'(

Sekarang yang tinggal 2 ekor kucing kecil.. Lang dan Tam. Sebab satu belang hitam putih juga, dan satu hitam pekat lagi scary hehehe. Alhamdulillah.. masih dapat mak berkongsi rezeki.

WIFI OH WIFI..
Kenapa ya tiba2 akak muncul selepas lama menyepi? Akak dah kurang mengadap laptop. Hari tu 2 minggu wifi takda pulak. Letih dan confuse dengan macam2 urusan dengan TM.. endingnya kami beli modem baru kat kedai komputer. Alhamdulillah, problem solved. Jumpa customer service dia kata entitle utk rebate RM14.. mmm bolehla jangan tidak. Akak tak reti nak minta2 walau masa lepas jumpa dia tu ambik masa 2 ke 3 hari lagi untuk dapat balik line wifi tu..



BEING INVISIBLE
Kadang2 akak ni rasa hilang dari pandangan orang. Udahle duduk pun di hujung negeri, hujung kampung lak tu walau dalam taman perumahan. Ada atau tidak orang tak perasan pun. Terpisah terus dari insan2 yang dulu mengelilingiku.  Bulan lepas akak sembang dengan abe di meja kerja sambil makan2.. "Petanda kita dah tua dan mula hilang dari pandangan ialah bila orang dah tak ingat birthday kita.. ".  Hihihi.. waktu bday akak cuma sorang je kawan yang ingat betul, kejutkan akak dengan wish dia seawal pagi iaitu x officemate akak. And first time macam tu. The rest perasan malam dan keesokannya. Akak bukan kisah sangat cuma terfikir, inilah tahun2 penghujung garisan dimana populariti dah hilang. Macam restis pulak laa nk fofular..hihi. Satu hari nanti ada kawan yang tak tau pun kita ni sebenarnya dah lupus dari dunia. Dan memang jadi kat kawan2 akak yang dah pegi kepada Pencipta kita. Setelah beberapa tahun, masih ada yang tak tahu..

BUSINESS
Berhenti mendadak dari membuat kek dan rasa tak suka betul akannya. Pertanyaan dan permintaan masih ada tapi hati ni dah rasa kering. Rasa ngeri nak deko deko balik. Tapi masih terima tempahan brownies andai tak mengganggu projek sambal yang memberi sale berganda. Yang pasti, sekarang ni berat akak dah naik beberapa kilo.. ada baju yang tunjuk akak slim dah mula tak selesa dipakai. Level stress pulak macamnya makin tinggi sebab kepenatan sikit. Sampai mengundang penyakitla spt yang akak cerita dalam blog sebelah. Sudahnya akak tekan brake lagi.. Kurangkan kerja tapi lebihkan service kepada rumahtangga sendiri. Akak rasa bisnes akak ni takkan menjadi selagi akak tak dapat nak balance dengan hal ehwal keluarga. So kena pilih mana priority supaya hidup berkat. Bila the other half lebih suka tengok akak ni cabut2 rumput kat luar tu, taulah apa perlu dibuat. Tapi dalam waktu yang sama dia tak halang pun. Cuma dia tak suka tengok bini dia hidup tak tau berehat tapi mengadu mengantuk. Belum lagi dengan barang berkecah kat dapur tu... hehehe.

Hasil aktiviti terapi merumput yg sentiasa mendapat sokongan hebat.. :D
Itulah kisahnya serba sedikit... Sebenarnya macam banyak nak ditulis tapi kat otak ni macam bersimpang siur. Musykila betul.. Harini Jumaat.. nak memanfaatkan masa yang ada di rumah dengan sebaiknya. Nak jenjalan pun bukan boleh bila abe takda ni. Bos kecik yang sorang tu kadang lebih sanggup duduk sorang di rumah. Seronok sangat kot terlompat2 sorang2 di rumah sendiri.. hehehe. Terpaksalah mak dia ni pun jadi anti sosial macam anak. Ada join groups yang sewaktu pun rasa tak boleh nak masuk. Rasa lain bahasa badannya. Jadi, lebih senang berdiam diri. Bersuara bila rasa nak menyampuk tapi lepas tu macam menyesal.. haha.


Friday, January 16, 2015

Perginya Si Tamteh..

Tamteh dah pergi kepada Penciptanya..
Pagi tadi, Jumaat 16/1/2015
Di bawah tayar Kia Sportage yang sedang bekerja..


Sedih rasa hati akak seharian ni.. Walau cuaca tengah panas kering di luar tu, dalam rumah hujan sekejap2.. Mujur juga akak ni busy hari ni.. Banyak pulak tu kisah di sepanjang hari..

Tamteh adalah singkatan kepada 'hitam putih'. Pemilik nama ialah seekor kucing jantan yang tiba2 muncul di malam hari sewaktu kami sedang duduk di luar rumah, sebelum keesokannya nak bertolak ke kampung untuk transit sebelum bertolak ke Mekah menunaikan Umrah pada tahun lepas. Dia muncul dalam keadaan terpinga2. Keesokan paginya, kami tinggalkan dia macam tu saja dengan meninggalkan sebungkus nasi lemak, tapi nampak macam dia tak minat. Sekembali dari Umrah, Tamteh masih setia menanti di rumah. Kebajikannya dijaga oleh adik ipar yang menjaga rumah.

Tamteh ni suka memanjakan diri walau dia kucing kategori tua, Akak pulak tak suka melayan kemanjaannya. Akak kategori mak yg garang tapi dalam hati ada taman.. Macam2 rules mak ni letak.. Tapi banyak juga kebebasan dia dapat di rumah ni sebab dia je yang ada access untuk masuk rumah berbanding kucing2 lain. Sejak rumah kongsi di depan tu dah sepi, makin meriah kucing2 yang datang. Takpelah, kita boleh kongsi rezeki yang ada.. janji jangan masuk. Tamteh je boleh masuk, baring2 di sofa, atas katil dan lain2 tempat dengan pelbagai aksi. Janji jangan gesel2 mak tiri nih! Hehe... kekadang memang keji mak ni tapi dia tetap suka mengendeng kat mak mengalahkan Fawwaz!

Sejak balik dari bercuti di kampung haritu Tamteh agak berubah. Comot dan ada luka ditelinga. Akak mampu pandang dari jauh je. Hari2 balik comot. Suka main di semak malah pernah beberapa kali pacat masuk ke rumah. Dialah suspek sebab masa tu dia yg ada berdekatan. Bila dah comot, mak tiri makin straight. Rasa nak shampoo kan saja tapi mak geli! Banyak lagi perubahan pada Tamteh yang buat dia semakin sukar nak dapat akses ke dalam ni.. Paling buat mak hilang minat padanya bila timbul ancaman baru di rumah ni.

SIKENIT

Dalam seminggu ni nama sikenit atau kutu sangat menggerunkan. Akak pun tak pasti sikenit ni term untuk kutu kucing atau binatang lain. Sebab akak baru dengar nama tu dalam minggu lepas. Isu mula timbul bila Fawwaz dihinggapi sikenit. Dia mengadu sakit. Makin hari makin sakit, tapi mak tak dapat kesan sakitnya di mana. Dia tak bagi sentuh mana2 bahagian di kepala. Ingatkan ada benda masuk ke telinga sampailah satu hari mak up kan status di FB. Rasa stress sangat. Dahlah abi dia kat KL masa tu.. Ada kawan kata benda kutil yang mak sebut tu adalah kutu kucing. Itulah first time mak tau akan kutu kucing. Banyak petua dicuba untuk tanggalkan dari leher. Sebagai mak yang tau perangai anaknya, memang ke doktor itu 'will be the last resort'. Apalagi nak tarik benda yang melekat macam kena gam gajah. Bila sorang BFF cadangkan guna air tembakau, tiba2 mak dapat idea guna garam. Sebab masa tu juga teringat kaedah nak tanggalkan pacat yang melekat kat kaki.

Alhamdulillah... menjadi formula akak. Sikenit tanggal sendiri bila ditabur garam halus, tapi tak tau ke mana hilangnya.

Dalam hari yang sama, tiba2 akak pulak macam rasa sakit di telinga. Makin lama makin sakit. Bila abe dah balik, baru dapat tengok. Selepas 1-2 hari sakit. Lama2 terpaksa jumpa doktor. Mak aihhh... memang sakit sangat proses nak mencabutnya tu. Apalagi kat dalam telinga yg dah tentu sensitif. Kesan lepas kena cabut pun susah nak hilang. Sakitnya dah lebih seminggu ni.. Lepas tu baru akak sedar yang sebelum ni dah pernah kena juga kat badan.. Tapi berjaya akak tarik sendiri dan memang sakit dan berbekas. Malah abe pun kena juga... Ya Allah... mmg seram makhluk tu.

Demikianlah kisah sikenit... Resah sebab potential carrier banyak kat luar tu. Bertambah resah bila tengok telinga si tamteh yang berdarah tu. Abe kata memang benda tu ada kat telinga tamteh. Akak suruh mandikan atau buat rawatan yang sesuai utk dia sebab kesian. Tapi takde respon positif. Mulut akak suruh buang tapi dalam hati jatuh kesian. Nanti jadi ancaman kat orang lain pulak. Pasrah je lah.. Dalam kepala duk fikir2 nak pergi Vet tapi kat mana? Lagi pulak tengah sibuk dengan produk baru ni..

Maka timbullah detik hati akak... biarlah dia mati dari menderita sakit macam tu dan jadi ancaman seisi rumah. Banyak lagi detik hati yang biarlah akak simpan sendiri. Hati akak memang taknak dia berkeliaran bimbang terkena lagi kutu tu kat Fawwaz terutamanya. Namun kebajikan perut kucing2 tu tetap akak jaga dengan penuh kasih sayang. Ada juga masa tercicir bila terlalu sibuk dan tuan rumah sendiri tak sempat makan.

Pagi tadi akak tak sempat nak beri makan pada tamteh and the gang lagi. Biasanya bagi nasi dengan ikan yang direbus je. Ada juga makanan kucing tapi nampak ikan rebus tu lebih menarik. Baru nak prepare abe dah bagi perkhabaran sedih. Tamteh terlanggar dek kereta 4WD abe yang tengah angkat batu dari bukit tu... Akak terkejut... tak pergi tengok sebab tak sampai hati. Tapi Fawwaz ada di tempat kejadian. Memang tamteh suka ikut kemana kami pergi.. terutama bila berkebun. Tapi tadi abe tak sedar yang dia ada di bawah tayar tu...

Itulah pengakhirannya si kucing... Seharian ni airmata mesti keluar bila tengok gambar dia atau memandang ke tempat persemadiannya. Sedih macam kehilangan anak. Fawwaz pulak seharian bertanyakan kemana 'cat' pergi dan suruh Dr ubatkan cat. Mujur dia boleh terima bila mak jawab "Allah dah ambil Cat... Cat dah pergi jauh.. Allah ubatkan cat... Fawwaz jangan cari cat lagi.. ". Dia pun angguk2 sebelum bertanya lagi sejam dua kemudian... Huhuhuu... sedihnya masa akak tulis ni... mau bengkak mata esok pagi.



Friday, September 12, 2014

Perangkap Cicak

Memang geram kalau tengok cicak bermaharaja lela kat rumah.. Sana sini ada taik cicak. Mujur masih boleh disapu.. Kat rumah saya ni, macam-macam saiz cicak ada. Suka-suka je dia.. Maklum, takde rumah lain depa nak bersukaria..

Minggu lepas saya terjumpa barang baik ni di Tesco (walau saya sebenornya boikot ini tempat.. huhu). Mungkin sebab Allah nak jumpakan dengan benda ni. Hasilnya, banyak juga tangkapan saya minggu ni walau masih banyak juga yang belum kena.  Pasang kat tempat yang banyak cicak lalu lalang.. Padan ko cicak!!!


Dan sebenarnya tertulis juga sebagai perangkap lipas...


Saturday, August 23, 2014

Nikmat Hujan

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat..
Seminggu ni, hampir hari-hari hujan.  Memang indah dan nikmat sebab ada hujan dan panas.. berselang seli. Cuaca yang mungkin tiada di sesetengah tempat lain..
Pagi ni, awal2 lagi sebelum terbit matahari dah keluar menghirup udara bersih di luar (porch). Sambil memerhati Fawwaz berlari2 dan berpusing2 tanpa arah kat tanah berpasir tanpa rumput tu. Kerja2 merata tanah secara sendirian berhad belum selesai.. Mungkin ambil masa lebih setengah tahun nanti hehe..

Indahnya pagi ini... dengan semangat baru selepas semalam (terutama sebelah malam) tak sudah2 menangis sejak bermula Buletin Utama hingga selesai, disambung dengan fb.. Cukuplah untuk malam tadi.. life goes on. Bukan meratapi akan takdir Tuhan. Tapi, mungkin perasaan dan jiwa saya ni menyamai jutaan rakyat Malaysia malahan sudut dunia yang lain. Redha namun sedih itu tetap muncul. Tiada pertalian darah namun pertalian kemanusiaan serta persaudaraan sebangsa dan agama.  Ya Allah, moga ada hikmah buat kami semua. Moga Kau beri kekuatan dan balasan baik buat mereka yang berkenaan.

Pagi ini, melakukan terapi dengan melihat kehijauan alam sekeliling. Rumput2 yang ditanam mula merebak. Ulam-ulaman subur menghijau. Di belakang sana, kawasan pengeringan pakaian, adalah juga kawasan yang akan dilihat sebagai taman herba. Masih memikirkan apa lagi yang ditanam. Setakat ini cuma ada pegaga, cekur, pokok kunyit, cili, kacang bendi, kacang botol, lengkuas dan pokok bawang. Pokok pandan dan serai pulak dah ter'parking' kat tempat lain. Nak tanam banyak lagi pokok ulam.. InsyaAllah, biar hidup lebih sihat.





Pokok bendi yang ditanam oleh Fawwaz. Seronok dia bila tengok pokok kontot ni.. walau masih kecik dah mengeluarkan hasil.. Mak pun seronok sama...


Monday, August 18, 2014

Jangan Bertangguh..

Hari ni dengan berat hati pegi juga ke Alor Setar.. Bukan apa, takut mengantuk masa drive. Hari ni puasa dan kebiasaannya memangle mengantuk bila drive waktu puasa ni. Tak cukup stamina ke apa ntah.. Tapi tadi rasa macam OK je.. jadi akak buat keputusan pergi juga. Hahh.. tetengah highway mula rasa lalok semacam.. terlelap2 rasa. Mujur kenderaan tak banyak di highway..

Akhirnya sampai juga ke destinasi.. Sebenarnya nak renew pendaftran perniagaan yg dah expired sejak mula puasa haritu di SSM. Asalnya tak ingat.. Bila ingat, dah dekat raya.. Lepas tu tangguh sampai ke hari ni. Makanya, kenalah denda... Staff tu cakap, lewat sehari pun akan kena denda.. Apakan ini dah lebih sebulan huhuhuhhh... Dendanya RM30. Memang tak pasal2 habis duit bajet cream cheese sekilo.  Untuk renew RM60 je.. Lepas tu, buat sekali pertukaran alamat RM30.  Next year memang kena beringat..

Walau bisnes tak seberapa, ada la jugak lesennya. Meniup semangat walau kus kus je semangat tu.. hehehe!



Tuesday, August 12, 2014

Reunion Raya 2014

Tahun ni ada 2 reunion a.k.a perjumpaan raya yang penting buat saya.. Yang pertama, perjumpaan keluarga Almarhumah Hjh Siti Makiah iaitu nenek saya dan perjumpaan kecil-kecilan kawan2 sekolah rendah yg sekampung tapi jarang atau tak pernah jumpa langsung sejak tamat sekolah rendah hingga menengah. Ada yg lebih 30 tahun saya tak pernah jumpa... Waaa bayangkan betapa tuanya mokcik!!

PERJUMPAAN KELUARGA 2014


Pembukaan majlis oleh MC a.k.a adik iparku yg aksi2 cool gituu... dan nasibnyalah sebab tak dapat menikmati makanan dengan tenang sebab asik pegang mic je.. kikiki

Bacaan Al Quran untuk keberkatan majlis oleh anak saudaraku.. Moga menjadi seorang huffaz nanti ya..

Bacaan Yaasin dan Tahlil pula diketuai oleh pakcik saya, Dr Mohd Aspollah

Seterusnya upacara makan2, ramah mesra dan bergambar... :D







.... juga sambutan hari lahir ke 2, Qisya Inara anak buah akak merangkap anak MC.. Masa 1st gathering 2 thn lepas, adik ni masih dalam pantang... 


PERJUMPAAN KAWAN2 LAMA

Terima kasih kepada tuan rumah, Haliza Hassan yang sudi jadi host.. Walau cuma berapa kerat yg dapat hadir, meriah tetap meriah... :)


Duduk di depan: Arbaahazura, Siti Suharti, Jannatunnaim & Sarimaniza
Duduk di belakang: Rozita, Siti Zainon & Norazeta
Berdiri : Haliza, Fadli & Khairul Ariffin

SUZITA SAUDZA tanpa ZA... Mudah-mudahan akan dtg Cik ZA a.k.a Zaiton boleh hadir...

Janatunnaim, saya, Norazeta, Haliza & Sarimaniza.. 

Sunday, July 6, 2014

Allah Menjemput Mereka

Malam ni mata terang benderang di kala malam semakin larut. Maklum siang tadi akak bantai tidur.. sat2 tidoq.. sat jaga konon membaca, tidoq lagi.. Abe takda. Kalau dia ada, sah2 bertambah koleksi gambar tidur akak dalam phone nya. Gambaq tidoq takpa na, jgn gambaq tak senonoh mcm selalu jadi kes hangat tu.. Na'uzubillah.

Hari ni ada beberapa kisah sedih namun menyedarkan diri yang serba kekurangan ini untuk sentiasa berdoa dan mengingati hari mati.

Pemergian Biduanita Negara, Sharifah Aini membuat diri terus berharapan. Semoga matiku nanti dalam husnul khotimah.. dan tertutup segala aibku selama hayatku. Walau siapa kak pah, matinya amat mendamaikan hati. Walau sekadar membaca dan melihat berita di TV. Saya pernah terbaca beberapa tahun dulu akan luahan hatinya di fb yang doanya mahu anaknya Alif mengimamkan solat jenazahnya. Saya tak pernah lupa ungkapan itu. MasyaAllah, hari ini doa itu makbul. Mungkin ada beberapa sesi solat, ada juga gambar saya lihat imamnya orang lain. K.pah sempat berwasiat menjelang hari pemergiannya. Sungguh dia redha untuk pergi di bulan yang mulia ini. Al-fatihah.. doaku yang sebelum ini bukanlah peminatmu yang tegar, agar damailah rohmu di sana wahai Kak Pah.

Satu lagi berita ialah pemergian anak kepada Linda Rafar. Tiba2 berita anak ini memenuhi ruang newsfeed fb saya. Sayu rasa hati tak semena-mena. Apalagi melihat gambar sewaktu dia terlantar di hospital dengan muka ibunya (Linda) baring betul2 dekat mukanya. Terasa 'kesakitan' sebagai seorang ibu. Namun, yang sudah pasti, InsyaAllah anak itu tiada dosanya seperti kita yg dewasa ini. Tempatnya yg terbaik sudah pasti ada tanpa melalui laluan sukar. Bagaimanakah pula laluan kita nanti?

AL FATIHAH BUAT SEMUANYA..

Monday, June 9, 2014

Kenduri Walimah dan Tetamu2 Ku

Semalam punya event yg meriah... Baik di dewan, mahupun di rumah ku... hehe!

Selamat Pengantin Baru Shikin & Suhail... Moga kekal bahagia membawa ke Syurga..

Tetamu yg sampai ke rumah chek.. sepupu sepapat n family

Smilee.... 


Happy Birthday Nina, adikku yg brutal... sepupu jugak, tp cabang mak/pak lain... hehe!

**************************

Tetamu minggu lepas... Masa akak takde di rumah, balik kampung. Abe je yg entertained.. Dia hidang kurma ngan air zamzam & jus je..hihi. 
Pakcik dan anak2 termasuk Nina yang datang lagi kelmarin... :)


Tetamu kecil yg cantik... singgah kat dinding.. :D


Saturday, May 17, 2014

Bila Tariff Elektrik Nak Naik..

Rasanya baru diwar-warkan akan naik.. Tapi memang akan menjadikan rakyat terus mengeluh dan menyalahkan kerajaan..

Sebagaimana selalunya, akak tak pandai cakap banyak untuk hal2 sebegini. Akak jenis tak mau memikirkan sangat sebab percaya rezeki itu akan datang dalam pelbagai cara. Mungkin akak tak berapa rasa sebab segala yang diguna sekarangnya sekadar minima yang mungkin. Rakyat pun tak ramai. Hanya bertiga, selalunya berdua sahaja. Aircond pun tak pakai sebab akak tak tahan sejuk, mudah batuk. Cuma kebelakangan ni, bila cuaca agak panas di waktu malam, akak rasa perlu juga install aircond yang dah lama tersadai di bilik sebelah tu.

Tapi... tadi tiba-tiba akak terfikir juga. Kalau banyak baking, effect jugak kot pada bil nanti. Macam tu nak tukar hobi lah.. Nak buat sesuatu yang guna tangan juga, tapi tak melibatkan perut. Kurangkan penggunaan gula dan lemak trans fat. Dah mula rasa bersalah bila merasa kek-kek yang manis belaka tu.

Senarai no.1 ialah nak belajar buat urutan refleksologi yang sangat disokong oleh en abe. Mana taknya, dah tentu dia je pelanggannya nanti... for free. Akak memang suka rawatan ni dan baru je buat minggu lepas.. Fee untuk belajar pun tak banyak, dalam RM80. Tinggal nak cari masa sesuai je. Banyak pulak nak buat minggu esok ni... terutama nak jumpa Dr Cermin.

Gambar ihsan Google

Senarai no.2 ialah berkenaan manik atau beads. Cuma yang ni sebelum ni tak minat. Baru nak tanam minat sebab tiba-tiba terminat tengok orang buat. Hah! Pening kau mek??? Banyak na perkataan minat..


Saturday, March 15, 2014

Hujan dan Persediaan

Alhamdulillah.... selepas 2 bulan tanpa hujan, petang tadi akhirnya ia turun membasahi bumi..
Bukan hanya di Jitra, malah hampir di seluruh Semenanjung Malaysia.
Hari kawan2 di wa hampir semuanya memberitahu akan turunnya hujan rahmat ini...
Dan saya mengambil peluang untuk berdoa sepenuh perasaan untuk MH370 agar menemui titik pertemuan.. sebelum media conference bersama PM bermula..
Petang tadi berita yang diterima agak menggemparkan namun memberi sedikit sinar harapan..
Keep on praying for MH370... and never give up!
Terlalu teruja dengan hujan yang turun, dan pengumuman PM, akak terlupa nak angkat kain di jemuran... hahaha. Padahal perkiraannya, dah patut kering kontang pakaian yang memenuhi penyidai tu.. memang pagi tadi akak buka kedai laundry.. semua dibasuh
Dah 1 jam baru teringat.. Akibatnya kena bilas balik dan sidai kat dalam..
Mujur abe dah siapkan ruang kecil untuk laundry kat dalam tu.. ruang membasuh, menyidai dan menggosok pakaian...
Abe saya memang pakar merancang... TQVM muahhh ;)




Monday, March 10, 2014

Semoga Ada Jawapan..

.. dan dipermudahkan urusan mereka..

Gambar ikhsan Google

Ya Allah.. semenjak pagi Sabtu, jiwa agak kacau. Mengikuti perkembangan aircraft MH370 sebaik saja membuka whatsapp. Walau tiada saudara di situ, kebimbangan tak tertanggung sehingga saat saya menekan keyboard ni. Lantaran en abe pun bekas jurutera di situ selama berbelas tahun sebelum mengakhiri karier di Bahrain bersama SIA. Cerita pasal kapalterbang memang sentiasa menarik minatnya untuk bercakap. Maka keluarlah teori demi teori... cuma akak taklah sampai tulis di mana2.. baik fb atau WA. Kami bincang berdua je yg kadang2 wild thoughts huhu..

Apa2 pun, doa saya yang berpanjangan buat para penumpang termasuk crews serta 2 juruterbang.. dan pasukan besar yang sedang mencari. Ya Allah, permudahkanlah mereka.. jangan Kau sukarkan. Bantulah mereka, kasihanilah mereka. Berilah kami semua petunjukMu dan ampunilah dosa-dosa kami. La ila hailla anta subhanaka ini kuntu minazzhalimin..

Tadi tiba-tiba teringat doa Fawwaz.. Semenjak doa makbulnya sewaktu di Ikea dulu, saya yakin tiada hijab doa anak kecil istimewa ni. Maka tadi mak pun ajar dia pelan2.. Malam ni moodnya elok dan dia ikut setiap bait perkataan saya. Mak hampir sebak..

Ya Allah... Kau makbulkanlah doa anakku untuk kesejahteraan jiwa kami yang sedang resah ini.. Amin.


Wednesday, February 5, 2014

Kemarau dan Kerbau

Sekumpulan kobau mengejutkan kami semalam... dari paya yang kering kat hujung nun, berlari naik ke tanah lot depan rumah, berhenti kejap (kaku), berlari lagi ke atas bukit, berhenti kaku lagi, baru lari menghilang diri di atas bukit sana... Nampak unik pulak... hehehe


Mujur takde sapa2 lalu kat jalan masa tu.. kot2 kobau naik minyak. Sebenarnya jalan tu adalah jalan shortcut kami yang duduk belah2 sini. Dan yg paling benar ialah jalan laluan lori2 angkut batu dan pelbagai dari tempat construction and vice versa. Nak jimat masa ke pekan Jitra atau hantar Fawwaz ke sekolah di pagi hari, jalan tanah merah nilah yang akak guna. Lalu antara dusun durian dan kebun getah. Macam pengembaraan Camel zaman dolu2 je.. hehehe!


Saturday, January 11, 2014

Rumahku... dan Kegusaranku

Diam tak diam dah 3 Sabtu akak pindah ke rumah baru ni.. Alhamdulillah, rasa tenang. Fawwaz pun takde sebut-sebut rumah sewa lama tu. Setakat ni banyak juga benda masih belum settled. Belum ada perabot masuk melainkan yang built in dan home office tempat akak duduk sekarang ni. Takde meja makan, sofa, katil bagai.. Semua dah letgo masa nak pindah hari tu. Belum ada masa sesuai nak melawat kedai perabot. Hari tu ada juga melawat Fella Design.. melawat je lahh kikiki. Tapi... macam best pulak macam ni. Lapang sikit sebab rumah akak ni comel je... Paling seronok bab nak menyapu. Kejap je dah siap... ehehhh.

Rumah kami ni satu2nya rumah yang dah berdiri di kawasan lot2 tanah milik asal Darulaman Realty. Bila entah jiran2 lain nak mai buat rumah dorang tu. Banyak kenderaan lalu yang lalang melawat kawasan, tapi takde pulak kenderaan lori bawa alat binaan masuk huhu. Ramai juga yang mengesahkan kesunyian akak di sini, terutama bila abe takda. Tapi sebenarnya, tak rasa apa2 pun bila dah kat dalam rumah. Ditambah suara TV, Radio.. suara Fawwaz yang semakin kuat bercakap, dan angin Timoq yang tengah hebat menderu-deru menerjah udara. Bergeser-geser daun pokok kat keliling tu. Berbunyi-bunyi blinds kat tingkap tu.

Pagi ni je akak duk perhati ada sebuah kereta dah masuk 3 kali kot (akak pun bukan sentiasa kat meja ni...).. Kereta kelisa dengan seorang lelaki yang duk angkut bahan buangan dan dibuang ke tanah lot yang paling hujung tu. Dah jadi tempat pembuangan sampah tempat tu. Kadang orang buang sampah, kadang orang kutip sampah... tapi takde lori sampah dari majlis bandaran setakat ni. 

jadi papparazi di sebalik tingkap...  :P
Rumah kami masih menunggu kelulusan CF, baru boleh mengatur hal pengutipan sampah. Tapi tak pernah tergamak nak buang sampah ke situ. Kami akan buang ke tempat yang ada tong sampah kat tepi jalan. Kadang sampai ke pekan tu bawaknya. Mana yang jumpa dulu.. Even masa kontraktor bina rumah ni, abe dah pesan jangan buang sisa bahan binaan kat tempat orang2 tu selalu buang (tanah hujung tu). Carilah tempat buangan yang sesuai. Masa penduduk2 rumah fasa baru di sebelah ni baru dapat kunci dan pindah beramai2, lagilah selalu orang buat shortcut buang sampah kat situ. Bukan setakat kotak2, tilam pun ada.. Abe pun pernah sound budak2 yang buang bagi pihak mak bapak.

Kesimpulan akak, negara kita dan rakyat2 ni masih lemah dalam pengurusan sampah. Kesedaran sivik rendah dalam bab2 sampah. Masih tahap dunia ke-3. Kalau duk tanah sendiri yang jauh dari pandangan orang macam rumah kami di kampung dan tepi kebun tu takdelah kisahnya. Private property lagi luas. Ni di kawasan perumahan dengan penduduk yang akak agak berduit dan berpendidikan pun sama je mentaliti. Ye lah, kalau tak, mampu ke nak beli rumah semi-D yang bernilai lebih RM400K tu. La ni dah naik harga ke RM600K tau... Tapi penduduk buang sampah merata... hampeh. Marah dan keciwa akak memikirkannya.

Sembang kat sini pun tada guna kan kalau tak bertindak.. hehe. Nantilah, tengah nak fikir apa patut dibuat. Dan bukanlah pasal sampah saja yang kami fikir kat rumah baru ni.. tapi 'baja organik' tinggalan sang lembu entah kerbau kat jalan depan rumah ni. Lombu nyo tak pernah nampak. Taik nyo merato.. adohh. Tapi den lagi sakit mato tengok orang buang sampah tu...

Sorrylah... letak pemandangan jelik kat sini.. ;)


Wednesday, November 20, 2013

Hujan di Jitra...

Tasik Taman Tunku Sarina

Pagi2 lagi tadi abe dah turun dan meracun rumput yang semak kat luar rumah ni... Semalam petang dah buat di rumah baru. Habis je abe meracun tadi, tengok langit semakin mendung. Dia naik mandi, hujan rintik mula turun... Sampai la sekarang pukul 2 ptg, tak berhenti tapi tak lebat. Hehe... cobaan semua ni. 2-3 hari sebelum ni pagi sentiasa panas. Baru hari ni je hujan... Makanya, tak pastilah rumput yang diracun tu akan mati ke tidak nanti.. Tapi abe ku itu bukan jenis mengeluh...

Samalah macak akak... Sejak cuti sekolah memang susah nak keluar sebab Fawwaz tak mau. Perangainya sejak dulu lagi ni. Lebih sanggup tinggal sorang di rumah.. Jadi, mak pun kenalah ikut duduk di rumah. Padahal dalam pemikiran banyak juga benda nak buat.

Hari ni mood dia elok pulak. Ajak je terus mau. Mak apa lagi, walau hujan angkutlah dia keluar. Mula-mula cari lokasi sekolah.. jumpa. Lepas tu nak cari Akademi Autisme... tak jumpa. Nak pergi Jakel survey langsir... pun tak jumpa. Hari ni bukan Jitra saja yang hujan, Alor Star pun sama. Air sungai pun dah tinggi. Fawwaz kata ocean... hahaha.

Pusing-pusing mencari tak jumpa, akak pun decide balik je lah. Lagi pulak Fawwaz asyik batuk-batuk. Memang teruk juga batuknya. Malam tadi pun tak lena sangat tidurnya sebab batuk. Bila dah tutup kipas, baru boleh tidur sikit. Mujur tak panas. Hari-hari pun kipas tahap 1 je. Aircond tu tak ingat bila last guna. Jiimaatt letrik... ;)

Cakap pasal jimat ni, tiba2 teringat kisah semalam. Di rumah baru.. Pagi tu kami breakfast di situ, tak buat apa2 pun. Abe je lama sikit, berkebun. Petang semalam kami pergi lagi. Abe meracun, akak lak mop lantai dan lap dinding dapur. Sebelum tu, sampai2 je lokasi ternampak bangku plastik di dalam rumah ada kat bawah tingkap (di luar). Hairan juga. Abe terus contact kontraktor kot2 dia datang selepas abe balik pagi tu. Kontraktor kata tak.. Fine, takde apa2 lah kot.. Tak lama akak teringat satu tangga lipat kat dalam toilet. Terus bagi tau abe. Betullah tuu... abe tengok dah takde tangga tu. Maka sah lah... ada orang ceroboh rumah tu.

Modus operandi... panjat tembok pagar (sbb ada satu bahagian pagar tu agak kotor). Lepas tu, panjat pula tingkap dan cungkil/buka tingkap menggunakan pelepa simen. Sebab dinding bawah tingkap tu agak kotor. Abe kata, mungkin sebelum tu dia ambil meja plastik di luar untuk panjat tingkap sebab tingkap rumah tu tinggi kalau dari luar. Separas dengan kepala. Dah berjaya masuk, dia aimed benda2 yang mudah dah berharga atau senang dijual. Contohnya tangga tu.. Sebelum ni pernah dicuri ialah tangga kepunyaan kontraktor dan lebihan besi pagar termasuk batangnya yang berharga RM200 sebatang. Abe syak, pencuri yang sama... pencuri besi dan yang sewaktu. Mencuri di tengahari.

Inilah negaraku yang aman... Kat mana-mana je, tahap keselamatan macamana pun, kalau dia nak masuk, akan diusahakannya. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Sebenarnya empunya tangga belum diketahui. Kontraktor kata buka dia punya. Mungkin kontraktor kabinet punya... masih belum dipastikan.


Sunday, October 6, 2013

Abi's Going Azan...

Akak sedang menikmati nescafe panas dan muffin orange blueberry nih! Ahh... nikmat sungguh. Dalam kesejukan malam selepas hujan petang tadi...

Dah lama tak tengok berita perdana pukul 8 malam. Selain astro asyik meragam, Fawwaz pun tak bagi peluang. Mak ni sebenarnya malas nak duduk depan lappy sejak mata mula kabur2 ayam... eheh! Tapi terpaksa mengisi ruang supaya Fawwaz tak duduk berlama di sini. Risaukan matanya tu.. Katanya sakit, tahi mata pun selalu keluar, tapi tak bagi diusik apalagi dipegang. Agaknya sebab memandang benda lappy ni lah... Kadang mak ni tegur jangan main komputer nanti mata sakit... dijawabnya "slowly...". Salah penggunaan perkataan lah tu. Agaknya dia nak kata "sikit je..." atau "kejap je...". Macam-macam mat saleh sorang dalam rumah ni. Udahlah slang pun american... hihihi.

Tadi tengahari kami ke airport. Hantar abe. Akhirnya masa yang dinanti tiba. Sebenarnya suspen juga dalam hati nak hantar abi tu.. Akak kena jadi robot yang ikut je arahan tuannya dan kosongkan perasaan. No heart feeling. Demi Fawwaz pergilah juga. Kalau di airport tu mudah sikit nak bagi dia faham sebab dulu Fawwaz dan airport tu umpama lagu dan irama... Sayangnya, bila dia dah mula faham dan enjoy naik kapalterbang, kami dah tak travel sana sini lagi.

Jadinya tadi, dia pun boleh faham yang abi nak pergi jauh by aeroplane. Going azan... going mosque.. katanya... Kan kalau azan ada gambar Kaabah.. Even kalau umi buka TV Al Hijrah pun dia kata azan.. hehe! Sebelum ni memang hari2 uminya bagi tunjuk gambar kaabah dan masjidil haram dan kata abi nak pergi situ. Supaya dia dapat store dalam memory dia. Kurang sikit umi nak menjawab kalau dia berkira2 yang abi nak datang/balik rumah ni.

Yang pergi biarlah pergi.. melakukan ibadah dengan tenang. Yang ditinggalkan ni, moga2 sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Tawakkal. Yang ditinggalkan ni kadang macam lagu ziana zain. Nampak tenang di permukaan, dan di dalamnya bergelora.. persoalan demi persoalan, menghantui akal dan fikiran... tidak kutemu jawaban.. hahaha! Tak sampai nafas dek kalau nak nyanyi betul2..!

OKlah... En Fawwaz pun dah tidur atas sofa selepas umi pasang mp3 surah Yaasin. Dah 2 malam mak ni kena angkat naik.. huhuhu!


Saturday, September 28, 2013

Seruan Haji Buat Suami

Alhamdulillah... setelah menunggu 2 musim, dapat juga abe seruan Haji tahun ni. Tahun lepas dah siap2 bag TH Travel bagi, tapi tak dapat pergi. Dalam senarai menunggu je..

Penerbangan yang sepatutnya pada 9 Oktober dicepatkan 2 hari ke 7 Oktober. Tiba2 hatiku berasa sayu bila memikirkannya. Padahal dah biasa berjauhan, ditinggalkan dan meninggalkan. Biasanya akak macho sekali bab2 berpisah dengan abe terutama bila nak balik kampung. Ada ketika seminggu tak berhubungan pun tak jadi hal. Tapi akak memang jenis hati kental (dan ego pun kott).. Lainlah kalau berpisah dengan Fawwaz. Setengah hari pun rasa tak karuan.. :DD

Semoga Allah permudahkan perjalanan abe dan perolehi haji yang mabrur. Dan Allah permudahkan jua kami di sini, umi & Fawwaz dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Semoga Fawwaz tak bertanyakan kenapa abi tak datang2 sebab dia dah hafal kiraan hari abi datang dan pergi.

Mungkin sayu itu bertambah sebab sebelum ni kalau berlama tanpa abi pun, kami tinggal di KL. Dikelilingi saudara-mara dan sahabat handai. Nak balik kampung pun taklah jauh sangat walau mengambil masa hampir 3 jam. Tak sunyi. Di sini, walau dah dekat setahun, kiranya masih baru. Berjauhan dengan kerabat yang sentiasa dirindui. Nak balik kampung tak kurang 6 jam perjalanan.

In shaa Allah semuanya baik. Akak kena berlapang dada supaya tak menyusahkan urusan orang lain. Hanya tinggal seminggu je lagi untuk menghitung hari... Doaku agar masanya tiba juga untuk giliranku ke sana. Walau tarikh di kertas pendaftaran tu lama lagi, harapan akak agar ada jalannya dan dimurahkan rezeki untuk pergi dikala kesihatan tubuh badan masih baik dan usia masih muda. Amin.


Tuesday, September 3, 2013

Terapi Fawwaz dan Kisah Naik Minyak ;)

Petang tadi masuk sesi ke-3 Fawwaz menjalani terapi pemulihan carakerja di Hospital Jitra. Mulanya dia tak mau pergi, tapi Allah Maha Kasihan terhadap uminya dan membuka pintu hati Fawwaz untuk patuh. Tanpa banyak soal, menjelang pukul 2 petang, dia menurut je bila disuruh masuk ke kereta. Appointment pukul 2.30 petang.

Sampai saja di pintu pagar, dia cakap sekali lagi "I don't want hospital!". Tapi lepas tu pelan je dia cakap "I want (to see) doctor..". Hehehe...  Sebenarnya bukan doktor pun, tetapi pegawai pemulihan.

Habis sesi, pegawai tu bagi report yang hari ni Fawwaz banyak improvement berbanding minggu lepas. Dia lebih fokus (melebihi 10 minit) bila diberi tugasan, melukis, menyiapkan puzzle, mewarna dan lain2. Cognitive motornya sangat bagus cuma ada kekurangan dari segi sensory. Cara memegang pensil tidak matang berbanding umurnya. Harap-harap umi dapat melatih Fawwaz dengan lebih baik. Hari tu dah gigih berlatih, tapi disebabkan beberapa hari keluar kawasan, terbantut balik. Ragam pun berubah.

KISAH MINYAK

Sejak duduk jauh dari kampung halaman ni, memang terasa kalau isi minyak tu. Kalau dulu RM100 boleh guna pergi dan balik setakat untuk tol dan petrol, sejak duduk Kedah nak cover 1 hala pun tak dapat. Mula-mula mengeluh juga bila dengar minyak naik sampai 20 sen. Lama2 keluhan tu hilang tak tau nak salur ke mana heheh. Maklumlah, suami ku itu memang pantang dia kot dengar orang mengeluh. Dia tak bersuara, tapi kita akan tau dia tak suka dengar. Abe akak tu lah yang mengajar akak supaya lebih bersabar, bersyukur dalam segala perkara. Sehinggakan kalau dia membuatkan saya sedihpun, akan terfikir balik untuk bersyukur.. mengajar saya mencari nilaian yang baik tentang sesuatu perkara. Akhirnya, saya menjadi orang yang tak pandai nak berkeluh kesah. Tak pandai nak mengungkit, mengadu, dan lain2. Setakat bersedih dan simpan dalam hati. Bercakap dengan Allah.

Bukan saya hanya memikirkan diri sendiri. Kalau barang2 naik, semua pun susah hati. Bukan setakat orang susah dan orang2 kampung. Sudahlah kita pun tak bekerja makan gaji. Saya mengharapkan sebarang kenaikan ada notis yang agak panjang. Kalau 24 jam pun masih OK. Bukan beberapa jam.

Saya hanya mampu doakan agar kita semua bersabar atas ujian duniawi ini. Menjadi sabar dan tidak berkeluh kesah sampaikan tak nampak kebaikan sesuatu pihak. Semoga kita sentiasa mendapat kasihan dari Allah. Lantas dibukakan pintu rezeki yang luas. Atas usaha yang bagaimanapun, asal jangan berbuat jenayah dan menyusahkan orang lain. Berdoalah. Berzikirlah. Kerana segala yang berlaku adalah ataz izinNya.

Kita ini memang pemikirannya tidak sama. Kalau kita ni haluan dan pemikirannya sama, maka tidak ada warna dalam pentadbiran negara. Jangan berbalah kerana 20 sen kenaikan minyak yang akan menyebabkan perkara2 lain naik juga. Semakin menuju kemajuan, segalanya akan menjadi lebih mahal. Itulah realiti. Apa yang boleh kita buat selain berusaha dengan lebih baik. Berbelanja atas apa yang perlu. Membantu mereka yang susah. Hidup perlu bersatu demi agama, bangsa dan negara. Wallahua'lam.

PS:
Abe ku predict, kenaikan harga RON95 ni tak lama. Hujung tahun ni akan turun balik.. paling2 10 sen. Kita tengok betul ke tidak. Sebab dia ni memang kerjanya gitu.. hari2 duk menatap ekonomi & politik dunia secara senyap.. hehe.

Thursday, June 6, 2013

Lega Sikit..

Akhirnya dapat akak baring2 atas tilam sambil mengadap benda kecik ni... netbook comel yang menjadi rebutan para penghuni rumah. Bila Fawwaz bangun, abi ambik tempat.. bila abi tak pakai, Fawwaz lak guna.. Sudahnya ummi si empunya netbook ni duk mengalah je lah... Malas nak berebut dek kerana benda kecik. Kalau kutip tol, dah boleh cover pinjaman pelajaran MARA akak..hehe! Abi bukan takde laptop, tapi malas nak mengusung ke sana sini. iPad pulak, tak mendatangkan feel nak buat trading.. Si Fawwaz, sentiasa taksub dengan game. Nak ditegah, dah susah.. Akibat pendidikan sedari bayi lah ni... Tapi sebenarnya bila abi takde, mudah sikit nak mengawal disiplin dia... Mak ni duk berkira2 nak bawa dia jumpa pakar yg patut. Tunggu en abi lebih kesedaran sikit... ;)

Satu setengah minggu percutian menjadi sangat memenatkan.. Seminggu di kampung, tak berapa sempat nak peduli akan si Fawwaz. Mak duk meronda rumah nenek2 dan Fawwaz tak mau ikut langsung. Paling jauh dia nak keluar, ke kedai runcit kat kampung tu. Jumaat ke Jumaat... tapi sampai semula ke Jitra hari Sabtu petang. Menyinggah semalam pergi kenduri pengantin. Sehari buka laundry di Jitra hari ahad tu, esoknya ke KL pulak. Sempat pusing2 kat Selayang dan Ikea je. Dapat juga makan karipap Ikea yg diidam2kan. Tak sampai 24 jam balik ke Jitra semula.. Waduhhh penatt... capekkk.... Tapi akak memang jenis I follow je atau lebih tepat suka simpan kehendak dan keinginan sendiri... Gitupun, kekadang keluar juga ayat2 power. Jiwa lelaki dan perempuan memang tak sama. Nak elakkan berdosa, banyakkan istighfar...

Allah sebenarnya banyak memberi ruang pada hambaNya yang kerdil ini. Memang Dia sayang sangat padaku.. Dikurniakan saat2 macam sekarang ni, terguling2 tanpa gangguan. Mengantuk pun boleh tahan2 dari tidur. Esok dan lusa boleh katakan hari 'rest' atau hari untuk diri sendiri. Cuma ramai juga yang tak suka peluang yang macam ini. Tak sanggup menghadapinya malah mengganggapnya umpama bencana. Sebenarnya, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah, InsyaAllah segalanya akan menjadi baik... Wallahua'lam.

*************************************
abe drive, akak lak sibuk ambik gambar highway yang cantik dan sejuk mata memandang...
terima kasih kerajaan kerana menyediakan kemudahan sebegini..
dengan puluhan R&R dan hentian sebelah yang cantik dan serba serbi
hairan, kenapa ramai yang masih tak berpuas hati?
hanya menilai yang buruk, yang elok ditolak tepi..