Pages

Showing posts with label Bahrain. Show all posts
Showing posts with label Bahrain. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Minggu-Minggu Terakhir 2

Barang2 banyak dah masuk kotak atau dibuang (mana2 yg ala2 expired).  Kesemua abaya dah dimasukkan ke dalam beg besar ku... begitu juga pakaian2 lain yg macam dah tak digunakan lagi.  Jadi sekarang, akak ni pakai baju "BAHRINGGO".. hahaha! Perkataan apakah itu?  Hanya keluarga kami je tahu.. Perkataan ni asalnya dari makcik Ika kami.. BAH = kumbah (bahasa jawa utk basuh), RING = kering atau jawanya garing, GO = nggo (bahasa jawa utk pakai).  Maksud keseluruhan = basuh, kering dan pakai... ala2 recycle  utk satu baju..

Pagi ni nak meneruskan perjuangan mengemas lagi... Tapi sebelum tu, saja nak tepek gambar2 masa hari raya minggu lepas.  Memori yang berharga sewaktu diperantauan...
---------------------------------------------------------------


Bermula dengan upacara solat sunat di Rumah Malaysia disebelah pagi... dan makan2 santai di sebelah malam di lokasi yg sama
 Abe with Mr Ambassador (mana baju melayu nye..? hehe..)


Hari Raya kedua di aparment kami pulak...
4 families @ Juffair... 
 
   
 Intan, Kak Puteri, K.Rasiah & Aisyah (dotter k.yah)..
Antara hidangan air tanganku.... simple je.. tak berdaya sangat  :D
 

OPSSS!! Ada satu lagi nak tunjuk kat sini... antara abaya2 terakhir (agaknya lah..) untuk musim ini..  Kegilaan terhadap warna merah tengah melanda.. hanya untuk mereka yg berani hehehe... InsyaAllah, masih boleh lagi kalau nak order.  Sebab dah ada yg sudi membantu... wooo I like it!  Mungkin lepas ni boleh pos kain warna-warni dari M'sia dan sulam kat Bahrain.. Alamak! Berganda2 lah rege ye.. ada berani? kikiki.




Thursday, November 3, 2011

Al Areen Park

Lawatan di minggu pertama di sini haritu... Dah 2 thn, baru tu nak pergi hehe!  Al Areen Park ni macam zoo lah.. cuma kurang sikit 'hayawan' (haiwan)nya.  Ni dah kurang panasnya, bolehlah melawat tempat ni.  Asalnya hampir putus asa juga nak masuk, sebab Fawwaz tidur sebelum tiba kat situ.. lena dan susah nak jaga.  Bila dah jaga, tau2 je lah nak memujuk tu... huhu!

Tapi bila dia dah masuk, seronok lah pulak.  Sambil memegang map, tiap tempat dia check kat map.. Nak jadi pakar geografi kot... takpun pakar treasure hunt hahaha..

Pemandangan sewaktu mula masuk, sangat indah dan mendamaikan...  

bersambung dengan kolam itik dan yg sewaktu...

Tidur lena dianya pun... maklumlah tengahari yg panas...

kambing dan rakan-rakan... ada tempat teduh lagi

kejam le.. adaka depa tutup mata dan telinga burung2 ni... untuk pertunjukan dan ambil gambar
gagah tapi sepi... :P

turtle di padang pasir... kesian dia

Khemah ala badwi kot.. untuk pose dgn burung

 Landak pun nak tido je...


Selingan je ni... sundown.. nanti kat M'sia dah susah nak tengok matahari terbenam rupa gini..

Thursday, October 13, 2011

Going to be our turn..

Browsing old pictures (but not so old lah!).. I found these good ones taken from CT & Sham, hubby's x-office mates in SIAEB.. Most of them including CT & Sham are no more here in Bahrain.  Without them, the apartment become sooo quiet.. haha!  Kata orang, dah takdak seri... and takdak sapa nak order chek punya epok2 lagi!  :D

And we are just counting the weeks and days for our turn to leave as well... All will become everlasting sweet memories :))

Portraits by CT & Sham during Eid Adha 2010



Monday, July 18, 2011

Summer Yang Indah

Wahh wah wahh... dah beberapa entries citer pasal abaya je!  Yelah, sejak duduk kat Bahrain, saya tengok abaya yang dorang pakai tu 'glam' sangat... Akak2 rambut perang pun sarung abaya kat shopping mall... Jogging pun dorang sarung abaya.. Kat Bahrain, walaupun agak modern dan terbuka berbanding Saudi, abaya lengkap dengan syaila hitam amat meluas pemakaiannya... Kalau pergi belah UAE, dah nampak kurang sikit atau fancy walau masih menjadi pakaian rasmi.. Tapi yang ketara sekarang, dah takde nampak akak2 bersanggul tinggi di sebalik tudung tu (dorang pakai sepit berbunga besar.. heheh).

Sejak balik ke sini, every weekend is shopping day!!  Weekend will always full with activities.. Nanti kalau dah puasa, duk diam2 kat rumah sebab kat luar panas nanti kering tekak... Dahle subuh masuk 3.30am...hehehe dah 3 puasa merasa, mungkin tak terkejut sangat... dan takkan merasalah kami ramadan di musim sejuk yg panjang malamnya.. next year Insya Allah puasa kat M'sia je.

Summer memang panas dan kering... tapi belum mencapai 50C.  Tak macam Qatar, Kuwait... Macam sekarang ni dalam 38 - 41C, masuk juga bahang dia terutama bila ke dapur. Tengahari ni terasa aircond lain macam pulak... huhu!  Dalam fanas kering tu, sabtu petang keluar juga ke 'marina park' tu... main2 sambil relaks merasai desiran angin laut... Tak ramai orang berbanding musim2 biasa.  Tempatnya dekat sangat dengan apartment kami, dalam 1km je kot..


Nyaman dan tenang sekali... walau tak cantik, persekitarannya sentiasa bersih...
standard... di mana2 mesti ada pokok kurma.. lebat buahnya dan hampir boleh dipetik


Abi dan Fawwaz bermain2... umi pulak baca majalah kat bawah pokok..

Makcik 2 org ni jogging/walking dengan pakai abaya... orang2 sini memang mcm ni... bersenam pakai abaya tu, biasa....

 Tren yg membawa abi & fawwaz ronda2 keliling park..
 

Masa saya baca majalah, ada article pasal burger... inilah rupa burger termahal di dunia kot.... harganya USD5000!!!!  Namanya "Fleur Burger 5000"....

Sunday, June 26, 2011

Unta dan Kurma

Lihatlah wajah manja ini.. Dari semalam akak duk tenung je muka unta ni.. manja, tak macam muka lembu yg garang sikit..hahaha apakah?


Semalam, untuk kali ke-2 (dan en abe kali keberapa ntah..) setakat ni, kami pergi melawat ladang onta aka unta di Janabiya.  Sebenarnya musim tgh panas ni macam tak sesuai, tapi nak pegi juga sebab nak bawa Fawwaz lebih mengenali unta.  Rupa2nya dia takut hahaha!  Duk menyendiri je dia kat pondok teduh tu.. beriya2 tak mau.  Abi la yg suka nak paksa2 tu kannn... Takpelah, kalau tak suka, jom kita balik je... Umi pun tak suka panas2 nih...

Lepas tengok unta, ronda2 kat ladang kurma.  Yang kelakarnya ada nampak signboard "Flamingo Garden".. En Abe ingat adalah kot flamingo kat situ, mana tau macam taman burung ke kannn... Rupanya, sebuah taman perumahan mewah...lalala!

Tengokla pokok kurma kat atas tu... macam kecik lagi.. pendek.  Kalau takde daun tu, kira tinggi sikit dari Fawwaz.  Tapi buah dia, mak aihhh.... Sekarang ni buah kurma tengah menguning bagi yg kuning, dan merah bagi yg merah.  Tak lama lagi mungkin dah boleh petik.  Atau paling tidak, puasa nanti dah boleh pesta kurma.  Sedapnya.... sejuk2 gitew!!

Ini jelah yg menarik setakat ni.. selain sales yg masih ada di sana sini.  Maka lepas mendedahkan diri di bawah mentari terik, kami pun cari sejuk2 kat mall.. Berapa kali da minggu ni pegi mall kan.  Beli baju raya Fawwaz siap2... Umi dia pula dapat skirt kembang.. I loike!  

Dah petang pula, semangat nak picnic kat tepi swimming pool atas ni je!  Sementara abi & Fawwaz swimming, umi boleh hirup teh panas.. ada pulak mi goreng.  Fawwaz penuh semangat berbasikal naik ke atas (ikut lif la.. hehe).  Tapi.... demi pintu lif terbuka dan nampak abi kat tepi swimming pool, terus dia taknak!  Nak ajak turun balik.. huhuhu... geram mak tau!  Terus mati selera lah kan... Hilang semangat nak picnic.. Wahai anakku, nanti kita kalau dah balik M'sia, takde dah nak ber'privacy' kat swimming pool macam tuu... Kat atas rumah kita ni je, bukan bawah rumah tau... Tu sebab hari tu rumah kita banjir kan masa pool tu rosak .. haha!

Tapi akak syak, ada sesuatu kejadian di swimming pool hari tu yg buat Fawwaz terus tak suka pergi swimming.  Mungkin serik sebab tertelan air... Abislah!  Tak tercapai le KPI abi nak buat Fawwaz pandai berenang sebelum hujung tahun... setakat pakai arm support (step 3) jelah... :)))
Kali terakhir swimming... muka nak nangis.. :))

Sunday, February 27, 2011

Cobaannn...

Serabut betul pagi nih.. Apa tidaknya, sejak maghrib semalam air mengecil dan terus takde.  Lepas tu keluar sikit kat dapur dan master bathroom, sempat cuci pingggan mangkuk sikit, mandi dan wudu'.. pastu takde balik.  Pastu macam ada kat master b/room.. so, tak payahle simpan air banyak2 sebab beberapa kali pernah jadi.  Pagi mesti ada.. Rupanya sampai sekarang ni lebih pukul 8.30 pagi masih belum ada air.

Awal subuh naik ke rooftop dekat bilik sauna, ingat ada air.  Sempat gosok gigi, rupanya makin kecik terus takde.. Pastu ambik sikit air swimming pool.. Hubby nak gi kerja terus je terjun situ.. Haha..inilah kejadian pertama yg menjengkelkan selain hari tu pump swimming pool rosak, sampai banjir seluruh apartment terutama rumah kami. Yang ini pump tangki air pulak rosak.  What a Sunday blues!

Susahkan kalau takde air.  Paling susah nak memenuhi 'nature's call'.. Mujur fawwaz sudi pakai pampers sepanjang masa (sebenarnya dia pun suka!).  Otak jadi macam buntu tak kena air yg banyak..  Kalau kat M'sia dah pasti kita lari cari rumah sedara.. Kat sini?  Aku hanya mampu bersabar.. Rasa nak lari je ke masjid al-fateh depan tu.  Tapi hubby selamba je bila kita mencadangkan... Kat sini, memang saya 100% bergantung dengan suami kalau nak bergerak keluar.. sgt dependence!

Bayangkan kalau duduk kat tempat2 kemarau tu.. kat Africa tu.. Aduh!!  Insafnya.. Ini baru tak dapat mandi pagi rasa buntu je.  Nak minum air, nak makan takut... Takut dgn panggilan pulau..hahahha.  Oh! Wahai tuan bangunan yg kaya raya.. tolonglah cepat selesaikan masalah ni... Hari ni mesti Saiful darah tinggi nak jawab komplen orang.. sampai drinking water pun habis.. agaknya depa buat mandi dan bersuci.. :P


Saturday, February 26, 2011

Demonstrasi Tanpa Kesudahan

Pagi tadi (Jumaat) seperti biasa saya keluar untuk membeli barang dapur.  Dah 2 Jumaat tak pergi market basah, sejak mula rakyat sini berdemo.. Minggu ni pergi Geant Hypermarket yang terletak dalam 2km je kot dari roundabout tu.. Macam dari Anjung Hijau ke bulatan kuda @ Mines..  Hari ni tak dapat ikan lagi, sebab kat Geant tu kelihatan tak menarik.. tak fresh macam kat market.  Adoi! Jemunya makan ayam & daging je.. mujur tak jemu dgn telur!  Takpelah, bersyukur.. masih ada rezeki untuk makan sedap2!

Balik dari Geant teringin nak tengok tempat demo tu... Memang polis dah tak blok jalan, cuma monitor dari atas highway atas tu je.. Bayangkan satu roundabout yang tak berapa besar tapi banyak cabang... tengah2 tu penuh khemah.. juga di pesisir jalannya penuh kereta dan khemah.  Biasa ada 2 lane, jadi satu lane.  Kalau tengok, umpama pesta atau karnival.  Sebab pagi, nampaklah selain orang2 tidur, melepak, hisap sheesha, borak, berkumpul, jaga makan minum, menyapu, dsb.  Kesan vandalism toksah cakap, habis tembok2 diconteng!

 Gambar dr fb We Are Bahrain

Pendapat orang luar seperti saya hanyalah satu aktiviti yg agak membuang masa dan kurang professional serta tak cerdik.  Merosakkan imej dan hartabenda.  Sebelum ini, kawasan itu kelihatan bersih walau berpasir.  Sedangkan pihak sana sini ajak berdialog untuk menyelesaikan masalah.  Kerajaan Bahrain tidaklah sekeras di Libya.  Penuh toleransi sampai tahanan politik (ala2 ISA) pun dah dibebaskan.  Dan jelas, media luar memang bias dalam memberi laporan.  Hanya yang buruk dipaparkan, sedangkan ramai di sini yg menyokong raja dan melaungkan "unity" demi kebaikan dan masa depan.

Salah satu penulis akhbar hari ini yg menceritakan bagaimana dia menelefon BBC Arab kenapa tak siarkan rally yg disertai beratus ribu rakyat menyokong kerajaan.  Jawabannya, mereka sibuk buat coverage untuk Libya.  Sedangkan rally oleh pembangkang yg berlaku pada masa yg sama tersiar di semua media.  Media barat hanya menyiarkan perkara yg negatif.  Entah apa tujuan mereka..?

Sekarang ni winter dah semakin berlalu.. ala2 spring atau lebih kepada cuaca kita di Malaysia (sejuk sket).  Dah tak perlu pakai baju berlapis atau sweater kalau keluar tu.  En hubby kata kalau dia kerajaan, biarkan je dorang protes sampai tiba musim panas nanti.. tengok camna. Huhuuu!  Kejam gitew... Dahlah dalam tu ramai yg sakit2.. sampai pasukan palang merah pun berkampung kat situ.  Yg tak setuju, cikgu2 pun ikut mogok tak mengajar.  Mujur ramai volunteers sanggup turun ke sekolah..

Harap di Malaysia, kita tak begini.. Dulu pernah juga jadi macam ni kat Dataran Merdeka.  Lama2 hilang juga.. Tak pasti kisah yg benar.. tapi kebenaran pasti ada. Hanya Allah yg tahu dan empunya diri.


Saturday, February 19, 2011

InsyaAllah Kami Selamat...

Pagi Jumaat kami cuba juga pergi ke market macam biasa.. nak beli ikan fresh.  Tapi jalan nak masuk tu dah kena blok seperti dijangka.  Jalan tulah terletaknya Pearl Roundabout atau Pearl Square tu.  Mujur dapat juga masuk Lulu Hypermarket.. itu pun kena ikut jalan lain sebab tutup roundabout lagi satu.  Memang satu jalan dengan tempat orang2 selalu buat demonstrasi tu..  Kat jalan tu selain polis, berderet kereta kebal dan askar berpakaian lengkap dan bersenjata.  Macam nak perang gayanya!

Suasana di Lulu pula lengang.. banyak barang takde.  Ikan takde, ayam takde (sempat grab stok lama..16/2 sebelum dorang tolak ke belakang!), daging pun...  Sayur2 hijau layu belaka.. Pendekata, kalau berlaku keadaan macam ni, memang ekonomi negara akan merosot!  Terkenang pada pakcik2 tua yg selalu ambik upah sorong barang kat market.. Macamana nak cari makan dalam keadaan ni..

Org macam saya pulak nak fikir apa makanan yg kena ada.. selain ayam tadi, ambik je sardin Ligo made in Philippine yg tak sedap tu.  Janji halal.. telur pun banyak lagi.. Maggi pun kena ada.  Susu fawwaz kena beli lebih.. beras, tepung.. apalagi?  Sebenarnya letih nak fikir..  Harap2 tak seteruk di Mesir tu.  Cerita Mesir lain, yg sini sedikit lain walau masih berkaitan pemerintah.  Semalam dilaporkan 5 mati..

Tengahari Jumaat berpusu2 orang ke masjid Al Fateh depan apartment ni.  Terasa ada sesuatu.. Rupanya memang betul, ada rally lepas solat Jumaat.  Meriah sana sini dengan bunyi laungan.  Kali ni oleh kumpulan pro-kerajaan.  Dorang berarak bawa bendera dan gambar raja.  Ramai sangat sampai penuh sesak jalan.  Sampai Isya' masih ada kat jalan walau dah surut. Bunyi hon kereta tak henti2.  Heli pulak duk berlegar2 kat atas tu.  Tak tau la apa pula keadaan di Pearl Square tu.. Janganle harapnya guna kekerasan sangat sampai ada mati lagi.. Sebab akan lebih menimbulkan ketegangan.  Kalau tengok kat TV asing, cerita yg sama berulang2 dan kadang campur2 gambarnya..

Embassy M'sia dan S'pore (based di Saudi) dah hantar circulation.  Dari S'pore dorang suruh kami stay indoor esp malam tu.  Setakat ni kami yg berani keluar ni masih boleh menjalankan aktiviti biasa.  Cuma elakkan tempat2 tumpuan tu.  Keluarga di M'sia janganlah risau ye!  Juga nampak penularan situasi begini pada negara2 Islam yg lain.. dari Tunisia, Yemen, Mesir, Bahrain, Libya, Algeria, Jordan, Pakistan (yg ni tak pernah pulih pun..), Iran... mmm banyak dan semakin banyak!!!


Wednesday, November 17, 2010

Eid Al-Adha 2010

SALAM EID MUBARAK!!

Untuk pertama kali setelah bertahun-tahun merantau, semalam (Selasa) kami beraya di luar Malaysia.  Sebenarnya ada beberapa kisah yg menggeramkan hati, kelakar pun ada sebelum raya menjelang... Sabor je lah akakk...huhu! Kat sini cuti Eid je selama 4 hari termasuk hari Arafah sebelumnya.. (Tapi dorang kata puak2 Syiah baru nak raya harini (Rabu)... entahlah..).  Sejak hari Isnin sebelum subuh hingga tengahari semalam, saya sangat sibuk!  Sampai tergeliat urat belakang... Sebelah malam pula sambung ke rumah Siti & friends di tingkat bawah.  Lagi meriah rumah Siti with all Singaporeans!  Di situ baru saya sedar yg epok-epok aka karipap saya menjadi pojaan hati, sampai ke ambassador dorang dah rasa... keh keh!! Terkembang2 akak... biasalah, jarang kena puji.... :P


Masjid penuh dari biasa... pukul 6 pagi dah solat raya...

Hidangan untuk tetamu... rendang ayam, lontong, kuah sate, sambal, mi goreng, kek coklat dan buah2an.. 



 



Raya mesti ada air sirap & oren... :P


Antara tetamu2 yg datang... staff muslim SIAEB yg duk Emirates Apt ni je & family..



kami lagi...
  
Tetamu M'sians yg datang ialah family Wan & Umi dan kenalan baru family Rashidi & Kak Intan... Tak mampu kederat ni nak menjemput lebih ramai orang.  Tapi walaupun penat sebelumnya nak menyediakan pelbagai juadah di samping mengambil tempahan karipap dan donut hari sebelumnya, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.  Malam tadi terus flat...

Yang kelakarnya antara topik yang menarik nak disembangkan selain dari epok-epok dan mee siam yg baru sempat jual sekali untuk season ni ialah rempah kari dan sardin cap ayam yang dirindui oleh ramai orang dari 2 negara ni... sememangnya takde tandingan sardin Cap Ayam tu.  Kalau kat sini yg ada antaranya ialah sardin cap Lego buatan Philippines.  Isinya kecil, sedikit rapuh dan mudah hancur... memang tak best!  At least kalau kat M'sia sardin Pertima, Kings dsb tu OK la jugak... Salah sorang regular customer saya Dilip dan isterinya (jumpa di rumah Siti) pula bagitau selain sardin yg tak best, dorang tak pernah beli rempah kari kat sini... Nak kena ada kari Babas juga.. keh keh!  Sama laa... akak punya rempah kari Babas & Faeza pun dah abis.. nasib baik minggu depan dah nak balik!  Nak kena beli sekotak pulak ke nanti?  Huhuuu...

Apa2pun, cerita raya dah habis...kolestrol je yg tinggal kat badan.  Esok kami nak bertolak ke Dubai pula.  Ingat nak cari Abaya lagi... makin selesa memakai pakaian ni.  Ada sapa2 nak oder Abaya ke?  I wish to open my online Abaya Shop here... Abaya from Bahrain with beautiful design and good material (sejuk walau tebal) and Abaya from UAE which is slightly cheaper than Bahrain made Abaya.  Price range RM200 - RM400.  Hahh... perancangan je, tgh tengok2 nih...  :D