Pages

Showing posts with label Lady of the House. Show all posts
Showing posts with label Lady of the House. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

17 Mac - Kisah Nan Berlalu

ALHAMDULILLAH syukur ni'mat atas kurniaan Allah selama kini...

Masih diberi peluang untuk bernafas, menghirup nikmat udara bersih, merasai ujian kepanasan dunia, masih ada nikmat untuk makan dan minum serta tempat berteduh.. Pendekata, kalau list down segala nikmat Allah beri tu macam berjela2 takda noktahnya.. Subhanallah!

Sekejap saja...dah seminggu berlalu ulangtahun kelahiranku ke 46 dan anniversary ke 10. Maklum.. kawin di usia agak kertu hihi... Namun Alhamdulillah.. apa jua statusnya, itu semua jalan yang diatur Allah dengan cantik. Cuma yang perlu ditanam di dalam jiwa dan fikiran adalah sesiapa jua yang ada pada kita ketika ini adalah pinjaman belaka. Mereka hak milik Allah untuk selamanya maka siapa kita untuk mempersoalkannya..

Semakin hari semakin mendekati mati. Tiada lain yang kuharapkan melainkan pengakhiran yang baik, kematian yang khusnul khotimah dan terlepas dari azab kubur dan neraka, Aamiin.

Terima kasih ya Allah.. kerana masih meminjamkan suami dan anak buat hambamu hingga saat ini.


Jalan2 Langkawi 2016
Airis Sactuary Resort, Pantai Tengah
Mode : Free n Easy.. so takda upacara istimewa pon.. :D






Friday, April 17, 2015

Awak di Mana? Awak di Mana?


Assalamualaikum...

Alahai... bukan saja blog dapur akak bersawang, hat sini lebih2 lagi. Bila buka ternampak gambar tamteh yang dah lama pergi, rasa sedih pulak. Tak sanggup nak tengok lama-lama. Ikutkan kisah tamteh adalah tragedi pertama... en abe yang terlanggar. Tak lama lepas tu akak pulak mengulangi kisah yang sama. Kucing betina berwarna hitam putih tanpa nama.. dulu best friend tamteh. Pantang nampak mak tiri ni mesti nak berbunyi walau dah bagi makan... Terlanggar waktu mak reverse kereta. Asalnya dia baring2 dengan gang di tepi dinding. Entah macamana dia boleh cross masuk bawah kereta dikala mak tengah serabut nak keluar cepat. Dan Fawwaz menjadi saksi sekali lagi.. :'(

Sekarang yang tinggal 2 ekor kucing kecil.. Lang dan Tam. Sebab satu belang hitam putih juga, dan satu hitam pekat lagi scary hehehe. Alhamdulillah.. masih dapat mak berkongsi rezeki.

WIFI OH WIFI..
Kenapa ya tiba2 akak muncul selepas lama menyepi? Akak dah kurang mengadap laptop. Hari tu 2 minggu wifi takda pulak. Letih dan confuse dengan macam2 urusan dengan TM.. endingnya kami beli modem baru kat kedai komputer. Alhamdulillah, problem solved. Jumpa customer service dia kata entitle utk rebate RM14.. mmm bolehla jangan tidak. Akak tak reti nak minta2 walau masa lepas jumpa dia tu ambik masa 2 ke 3 hari lagi untuk dapat balik line wifi tu..



BEING INVISIBLE
Kadang2 akak ni rasa hilang dari pandangan orang. Udahle duduk pun di hujung negeri, hujung kampung lak tu walau dalam taman perumahan. Ada atau tidak orang tak perasan pun. Terpisah terus dari insan2 yang dulu mengelilingiku.  Bulan lepas akak sembang dengan abe di meja kerja sambil makan2.. "Petanda kita dah tua dan mula hilang dari pandangan ialah bila orang dah tak ingat birthday kita.. ".  Hihihi.. waktu bday akak cuma sorang je kawan yang ingat betul, kejutkan akak dengan wish dia seawal pagi iaitu x officemate akak. And first time macam tu. The rest perasan malam dan keesokannya. Akak bukan kisah sangat cuma terfikir, inilah tahun2 penghujung garisan dimana populariti dah hilang. Macam restis pulak laa nk fofular..hihi. Satu hari nanti ada kawan yang tak tau pun kita ni sebenarnya dah lupus dari dunia. Dan memang jadi kat kawan2 akak yang dah pegi kepada Pencipta kita. Setelah beberapa tahun, masih ada yang tak tahu..

BUSINESS
Berhenti mendadak dari membuat kek dan rasa tak suka betul akannya. Pertanyaan dan permintaan masih ada tapi hati ni dah rasa kering. Rasa ngeri nak deko deko balik. Tapi masih terima tempahan brownies andai tak mengganggu projek sambal yang memberi sale berganda. Yang pasti, sekarang ni berat akak dah naik beberapa kilo.. ada baju yang tunjuk akak slim dah mula tak selesa dipakai. Level stress pulak macamnya makin tinggi sebab kepenatan sikit. Sampai mengundang penyakitla spt yang akak cerita dalam blog sebelah. Sudahnya akak tekan brake lagi.. Kurangkan kerja tapi lebihkan service kepada rumahtangga sendiri. Akak rasa bisnes akak ni takkan menjadi selagi akak tak dapat nak balance dengan hal ehwal keluarga. So kena pilih mana priority supaya hidup berkat. Bila the other half lebih suka tengok akak ni cabut2 rumput kat luar tu, taulah apa perlu dibuat. Tapi dalam waktu yang sama dia tak halang pun. Cuma dia tak suka tengok bini dia hidup tak tau berehat tapi mengadu mengantuk. Belum lagi dengan barang berkecah kat dapur tu... hehehe.

Hasil aktiviti terapi merumput yg sentiasa mendapat sokongan hebat.. :D
Itulah kisahnya serba sedikit... Sebenarnya macam banyak nak ditulis tapi kat otak ni macam bersimpang siur. Musykila betul.. Harini Jumaat.. nak memanfaatkan masa yang ada di rumah dengan sebaiknya. Nak jenjalan pun bukan boleh bila abe takda ni. Bos kecik yang sorang tu kadang lebih sanggup duduk sorang di rumah. Seronok sangat kot terlompat2 sorang2 di rumah sendiri.. hehehe. Terpaksalah mak dia ni pun jadi anti sosial macam anak. Ada join groups yang sewaktu pun rasa tak boleh nak masuk. Rasa lain bahasa badannya. Jadi, lebih senang berdiam diri. Bersuara bila rasa nak menyampuk tapi lepas tu macam menyesal.. haha.


Wednesday, August 27, 2014

Mimpi

Pagi tadi tiba2 akak terjaga dari tidur dengan darah berderau-derau..

Akak bermimpi sebenarnya.. Asalnya entah mimpi apa melalut-lalut.. merata2 'roh' akak pergi.. Cuma pengakhirannya, sedang akak bersantai bersama sepupu di sebuah rumah tak dikenal pasti, tiba-tiba akak teringat yang sepatutnya masa tu akak ada exam.. Tak taula exam apa.. maths ke, econ ke.. hahaha! Tapi dalam scene tu, aka terlupa akan exam tu membuat akak kelam kabut bersiap dan berdegup jantung. Konon nak pegi jugak..

Mujor dik... tak jadi nak gugur jantung. Tetiba terjaga dari mimpi. Rupanya lebih kurang 4 pagi.. Itulah cara Allah nak kejutkan supaya buat Tahajjud... huhuhu!

Entah bila la last akak menjawab soalan periksa ni.. ke nak bagi ilham mendaftar balik ni.. :P


Saturday, June 28, 2014

RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah.. tiba juga Ramadhan yang dinanti. Semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas2..

Persediaan minda dan rohani saja.. dari segi material tetap sama rasanya. Saya bukanlah jenis yang berlebih2 dan nak buat itu ini, nak masak itu ini. Cuma tahun ni merupakan tahun pertama menyambut di rumah baru yang comel dan serba sederhana ni. Sekarang ni pun peti sejuk masih belum berisi. Kena tunggu petang sikit bila en abe bawa dari pasar malam. Kalau orang2 lain mungkin tengah bersusun di market pagi ni. Saya tak boleh sebab semalam dan hari ni cuti sekolah. Yang kat rumah pula cuma mak dan anak yang susah nak diajak keluar. Jadi, kami umpama anak2 burung yang tunggu 'mak' bawa makanan balik. In this case, apak lee... kikiki.

Sebenarnya kami pun bukan jenis selera besar bab2 makan. Apatah lagi bila puasa, kena kawal sikit bila buka.. jangan tahap melantak, bahasa kasornya. Sejenis kuih atau dessert, satu lauk (protein) dan sayur dah cukup. Kalau ramai rakyat, mungkin lain jalan cerita. Masing2 ada selera tersendiri. Kenalah penuhkan meja.. kot.

Walau dah bertahun, saya sentiasa terkenang menyambut Ramadhan di perantauan. Kalau di Singapura, tak jauh beza dengan negara kita. Cuma bab2 pasar Ramadhan tetap tak boleh compete. Namun air katira Singapura terutama di masjid berdekatan flat kami tetap tersedap dan tak jumpa di Malaysia. Air tu simple je isi nya, tapi rasa tu... mmmhh.

Berpuasa di Bahrain pula, mengajar saya menjadi 'tukang masak' handal. Hari-hari mencari resipi di internet untuk masak lauk dan kuih muih. Seronoknya bila dapat kongsi sikit dengan jiran2 melayu merangkap officemates en abe yang kesemuanya dari Singapura. Maklum, abe dulu kerja dengan SIA. Kami tau, mereka pun amat rindukan masakan Melayu yang susah nak dicari di situ. Kalau ada pun, kenalah order dengan orang2 kita yang rancak juga berbisnes makanan di sana.  Memang homesick sapa yang baru-baru ke sana. Apatah lagi staf2 bangsa cina... hehe.  Yang selalu kami kongsi untuk berbuka ialah bubur lambuk, karipap dan lain-lain kuih muih melayu termasuk cucur badak.

Bab bersahur pula... haa yg ni lagilah.  Pukul 2.45 pagi atau lebih awal, biasanya saya dah bangun siapkan makanan. Pukul 3.00 pagi dah boleh makan.  Laju je buat kerja. Pukul 3.30 dah ready untuk Subuh. Bila dah di penghujung, baru Subuh tu dekat2 pukul 4 pagi.  Ada sekali, saya dah siapkan nasi goreng lebih awal. Tapi tak terjaga untuk sahur.. Masa tu panjang sikit dari Malaysia, tapi tak sepanjang orang2 di UK, cthnya. Macam tu lah kalau berpuasa waktu summer. Pengalaman indah lagi mahal tu... :)

Gitulah.. tak habis2 mengenang.. Apa-apapun, syukur dapat peluang menyambut di tanahair sendiri. Harap2 pengisian jiwa lebih dari segalanya. Itulah azam akak... Cabaran nak train Fawwaz pula. Memang dia 'zero' bila kita sebut pasal puasa. Dapat tengah panas ni, kejap2 nak minum soya. Sabar ye mak... doa dan usaha!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
MAAF ZAHIR BATIN SAYA PINTA...


Friday, April 18, 2014

Permulaan Satu Perjalanan

Tinggal sehari lagi nak tinggalkan rumah... Esok dah nak bertolak ke Sabak Bernam, bermalam di situ, langsung esok paginya bertolak ke KLIA. Banyak perkara perlu dilakukan hari ini.

Seawal pagi akak dah bangun dengan penuh semangat. Alhamdulillah, dapat melaksanakan yang wajib dan sunat. Segalanya mampu dilakukan dengan lancar mengikut kemahuan sendiri bila cuma berdua dengan Fawwaz di rumah ni... Itulah sebenarnya rahsia nikmat Allah yang kebanyakan orang lain tak sanggup menerima. Itulah kecintaan yang Allah beri sebenarnya dan cinta insan pula merupakan bonus yang tak ternilai. Heheh... mendalamnya.

Sebelum solat Subuh tadi akak dah tanak nasi. Memang lapar perut ni sebab malam tadi cuma makan makanan tak berkualiti. Jadi, breakfast tadi makan nasi macam nak ke bendang. Lepas tu terus keluar mencuci kereta dan porch. Masa nilah nak keluarkan peluh dan toksin dalam badan. Masuk dah pukul 9 lebih. Sambung pula bagi anak makan dan menyapu bahagian dalam rumah. Mujo rumah akak comel je. Kalaulah macam banglo dan semi-D kat sebelah ni, mau akak rotate 2 hari... hahaha! Dasar!

Dah keringkan peluh, kemudian mandi, barulah sedap nak hirup nescafe panas. Tapi macam lapar je lagi.. Saborrr... Nak maintain badan memang kena ada disiplinnya. Jangan marah... :P  Tapi, sebenarnya kejap lagi akak nak baking chewy gooey brownies yang dah lama tak buat tu.. ;)

Sambil2 mengadap laptop hak milik abe ni, bersembanglah mak ni kat anak yang sebuk sangat main game kat sebelah tu.

U: Esok umi dgn abi nak pergi Mekah... Fawwaz dengan mbah...
F: Ya... Fawwaz tinggal dengan mbah..
U: Fawwaz jangan nangis ye..
F: Tak... Fawwaz tak nangis..
U: Baguss... good boy!

Yang pertamanya, anak syurga ku ini dah boleh diajak bersembang secara 2 hala. Dan yang kedua, dah tertanam dalam mindanya yang dia akan ditinggalkan dengan mbah (nenek) a.k.a makcik akak.

Semoga selamat perjalanan dan permusafiran kami esok dan seterusnya. Dari Jitra - Sabak Bernam via Changkat Jering/Beruas - KLIA - Saudi (Mekah).

**********************
Minggu ni Fawwaz dah dapat uniform khasnya. Vest dan tie untuk dipakai hari Ahad, Selasa dan Khamis. Segaknya anak umi... :)


3 helai T Shirt berwarna biru mcm gambar ni untuk dipakai hari Isnin, ungu untuk hari Rabu dan coklat untuk lain2.

Oooo... cantiknya! Kata Fawwaz kejap tadi... hihihi

Wednesday, April 9, 2014

Fawwaz Nak Kena Tinggal..

Lama juga tak update apa2 di laman yang satu ni. Semakin hari semakin menurun prestasi akak ni. Mood nak bersembang tak berapa nak meriah. Tiap hari, bangun pagi, hantar anak, balik buat kerja rumah, keluar balik dan terus ambil Fawwaz di sekolah.. Selalunya mak paling awal sampai dan dikesempatan tu akan buat sedikit aktiviti membaca buku di dalam kereta.. dalam 15 minit.

Bila Fawwaz dah balik je, terus dia akan tuju ke netbook akak. Mak ni pulak sibuk itu ini, termasuk kebajikan dia dan abi dia bila ada, langsung lepas tu melepak depan TV.. Itulah masa nak rest sampai 4 petang. Tau jelah cerita apa yg ditunggu... yg tengah meletop dan nak abis pun minggu ni.. Be careful with my heart.. kihkihkih!

Merudum sama ialah aktiviti baking akak tu.. Memang dah malas nak buat update apa2 atau marketing. Inilah yg tak boleh dijadikan contoh...

Minggu ni jadual appointment Fawwaz agak meriah. Tapi mak dah padam yang dengan paed sebab macam tak berapa membantu.. maaf katalah. Jumpa Psikiatris pulak... dapat kata2 perangsang dan Dr kata Fawwaz memang improved sangat. So, next appointment dalam 5 bulan lagi. Masuk OT, teacher kata Fawwaz malas nak bagi komitmen. Penatlah, itulah, inilah... Memang kebelakangan ni dia macam tak happy nak pergi rawatan OT. Sama juga tadi masa Speech Therapy. Selain therapist yg macam dapat panggilan lain, masa pun dah melepasi pukul 12 tgh, menunggu giliran hampir 3 jam, maka sesi tadi tak memberangsangkan. Tumpuan Fawwaz pun agak ke laut sampaikan kerusi pun dia tak tau nak sebut..

Tapi sebenarnya, bahasa sembangnya semakin baik. Kadang umi gelak seronok bila dia cakap "saya.... saya...". Itu rasanya dia dapat di sekolah. Kemudian, bertahun bersabar dengan kerenahnya tak mau gosok gigi, sejak penggal baru ni, dia dah rajin gosok gigi. Sayangnya, gigi dah rosak dan kehitaman, memang tak boleh nak tolong. Mulut je wangi sikit... huhuhu.

Minggu ni juga mak dah submit surat untuk minta cuti selama 2 minggu dari Guru Besar.  Sebabnya, Fawwaz nak kena tinggal di kampung dengan mbah mama a.k.a makcik akak.  Abi dengan ummi dapat seruan nak tunaikan umrah.. In shaa Allah pada 20 April hingga 1 Mei nanti. Kejap je lagi.. tapi kursus pun tak complete umi ni. Hari tu sempat attend bab ke Mekah je, ke Madinah pula nampaknya tak dapat. Abi takpelah, baru balik Haji. Mak Andak pun dah hajjah.. Jadi, umi bakal mengekori mereka je gayanya nanti... Tapi ada juga umi masuk kelas2 anjuran ustaz lain. Ni baru je tamat baca buku panduan umrah dan ziarah.. Lepas ni, nak mantapkan lagi pengetahuan tentang doa, solat dan lain2.

Moga2 kami mendapat umrah yang maqbul...

 Bag dari Andalusia Travel & Tours dah sedia..

Menggayakan tudung bidadari dan arm socks hasil tangan senior masa sekolah dulu... sangat selesa dan akak kelihatannya bertambah saiz beberapa inci... kekeke.

Ini pun tudung hasil tangan Kak Norina... selesa sangat. Dan lihatlah perbezaan diriku bila pakai spec dan camera 360...  Esok rasa nak beli wonder glow gitu... muahahah..

Monday, January 20, 2014

Gatalnya Kulitku...

Musim kering di Jitra ni.. Pagi2 kalau pukul 6 tu, angin akan menderu2 kat luar tu. Berbunyi-bunyi.. Daun-daun pokok kat dusun dan kebun getah depan rumah akan bergeser-geser.. Bunyinya agak menakutkan. Rasa macam nak melayang semua benda. Dan akak selalu bimbangkan rumah2 kongsi projek rumah Darulaman Realty tu melayang juga... lebih kurang 100 meter je dari rumah akak.. huhu.

Apa yang meresahkan sekarang ni ialah keadaan akak sendiri. Kulit pun mengering sama.. bersisik dan gatal mengerenyam. Tapi kalau dah start menggaru tu... perghh nikmat! Pastu tau-tau pedih sana sini.. Kalau setakat losyen tu, memang tak jalan. Dah letak minyak zaitun kat toilet, tapi asyik lupa je nak sapu kalau lepas mandi tu. Namanya otak tak pernah store apa yang dirancang..

Dalam seminggu ni adalah akak survey produk kecantikan & kesihatan kat kedai. Ingat nak cari minuman yang boleh merawat dari dalam. Kolagen ka... stem cell ka.. Konon nak pulihkan kelembapan kulit, jeragat, kurangkan rambut gugur, kuatkan kuku, dan macam2 lah. All in one kaedahnya.. Memang banyak kan. Dari murah ke yang paling mahal dan meletop di pasaran.

Tapi bila belek satu persatu, akak jadi ragu2 dengan logo halal dorang. Entah macam2 logo ada.. Tapi jarang yang ada logo halal Jakim. Jadi, akak bagitaulah penjual yang rasanya mostly tak berapa ambil berat. Asal produk bumi je, halal... Terus mati usaha akak kat situ. Tanggung jelah masalah kulit akak ni... Nak minum air kosong banyak2 pun tak lalu. Letih terkucil je nanti.

Terus teringat kat satu produk X yang pernah membantu masalah kulit akak dulu.. Masa tu lagi dahsyat kejadiannya. Dahlah duk kat Singapura. Kos perubatannya mahal. Balik Malaysia consumed produk X, Alhamdulillah baik. Tapi la ni tak berani nak guna sebab sesuatu.. Walau dah baik dari gatal yg seumpama eczema tu, masalah kulit kering ni takde baiknya. On n off jadi kegatalan. Dan selalunya cuma kat permukaan kaki ni. Garuk... garukk.. mmmm.


Sunday, October 6, 2013

Abi's Going Azan...

Akak sedang menikmati nescafe panas dan muffin orange blueberry nih! Ahh... nikmat sungguh. Dalam kesejukan malam selepas hujan petang tadi...

Dah lama tak tengok berita perdana pukul 8 malam. Selain astro asyik meragam, Fawwaz pun tak bagi peluang. Mak ni sebenarnya malas nak duduk depan lappy sejak mata mula kabur2 ayam... eheh! Tapi terpaksa mengisi ruang supaya Fawwaz tak duduk berlama di sini. Risaukan matanya tu.. Katanya sakit, tahi mata pun selalu keluar, tapi tak bagi diusik apalagi dipegang. Agaknya sebab memandang benda lappy ni lah... Kadang mak ni tegur jangan main komputer nanti mata sakit... dijawabnya "slowly...". Salah penggunaan perkataan lah tu. Agaknya dia nak kata "sikit je..." atau "kejap je...". Macam-macam mat saleh sorang dalam rumah ni. Udahlah slang pun american... hihihi.

Tadi tengahari kami ke airport. Hantar abe. Akhirnya masa yang dinanti tiba. Sebenarnya suspen juga dalam hati nak hantar abi tu.. Akak kena jadi robot yang ikut je arahan tuannya dan kosongkan perasaan. No heart feeling. Demi Fawwaz pergilah juga. Kalau di airport tu mudah sikit nak bagi dia faham sebab dulu Fawwaz dan airport tu umpama lagu dan irama... Sayangnya, bila dia dah mula faham dan enjoy naik kapalterbang, kami dah tak travel sana sini lagi.

Jadinya tadi, dia pun boleh faham yang abi nak pergi jauh by aeroplane. Going azan... going mosque.. katanya... Kan kalau azan ada gambar Kaabah.. Even kalau umi buka TV Al Hijrah pun dia kata azan.. hehe! Sebelum ni memang hari2 uminya bagi tunjuk gambar kaabah dan masjidil haram dan kata abi nak pergi situ. Supaya dia dapat store dalam memory dia. Kurang sikit umi nak menjawab kalau dia berkira2 yang abi nak datang/balik rumah ni.

Yang pergi biarlah pergi.. melakukan ibadah dengan tenang. Yang ditinggalkan ni, moga2 sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Tawakkal. Yang ditinggalkan ni kadang macam lagu ziana zain. Nampak tenang di permukaan, dan di dalamnya bergelora.. persoalan demi persoalan, menghantui akal dan fikiran... tidak kutemu jawaban.. hahaha! Tak sampai nafas dek kalau nak nyanyi betul2..!

OKlah... En Fawwaz pun dah tidur atas sofa selepas umi pasang mp3 surah Yaasin. Dah 2 malam mak ni kena angkat naik.. huhuhu!


Tuesday, September 3, 2013

Terapi Fawwaz dan Kisah Naik Minyak ;)

Petang tadi masuk sesi ke-3 Fawwaz menjalani terapi pemulihan carakerja di Hospital Jitra. Mulanya dia tak mau pergi, tapi Allah Maha Kasihan terhadap uminya dan membuka pintu hati Fawwaz untuk patuh. Tanpa banyak soal, menjelang pukul 2 petang, dia menurut je bila disuruh masuk ke kereta. Appointment pukul 2.30 petang.

Sampai saja di pintu pagar, dia cakap sekali lagi "I don't want hospital!". Tapi lepas tu pelan je dia cakap "I want (to see) doctor..". Hehehe...  Sebenarnya bukan doktor pun, tetapi pegawai pemulihan.

Habis sesi, pegawai tu bagi report yang hari ni Fawwaz banyak improvement berbanding minggu lepas. Dia lebih fokus (melebihi 10 minit) bila diberi tugasan, melukis, menyiapkan puzzle, mewarna dan lain2. Cognitive motornya sangat bagus cuma ada kekurangan dari segi sensory. Cara memegang pensil tidak matang berbanding umurnya. Harap-harap umi dapat melatih Fawwaz dengan lebih baik. Hari tu dah gigih berlatih, tapi disebabkan beberapa hari keluar kawasan, terbantut balik. Ragam pun berubah.

KISAH MINYAK

Sejak duduk jauh dari kampung halaman ni, memang terasa kalau isi minyak tu. Kalau dulu RM100 boleh guna pergi dan balik setakat untuk tol dan petrol, sejak duduk Kedah nak cover 1 hala pun tak dapat. Mula-mula mengeluh juga bila dengar minyak naik sampai 20 sen. Lama2 keluhan tu hilang tak tau nak salur ke mana heheh. Maklumlah, suami ku itu memang pantang dia kot dengar orang mengeluh. Dia tak bersuara, tapi kita akan tau dia tak suka dengar. Abe akak tu lah yang mengajar akak supaya lebih bersabar, bersyukur dalam segala perkara. Sehinggakan kalau dia membuatkan saya sedihpun, akan terfikir balik untuk bersyukur.. mengajar saya mencari nilaian yang baik tentang sesuatu perkara. Akhirnya, saya menjadi orang yang tak pandai nak berkeluh kesah. Tak pandai nak mengungkit, mengadu, dan lain2. Setakat bersedih dan simpan dalam hati. Bercakap dengan Allah.

Bukan saya hanya memikirkan diri sendiri. Kalau barang2 naik, semua pun susah hati. Bukan setakat orang susah dan orang2 kampung. Sudahlah kita pun tak bekerja makan gaji. Saya mengharapkan sebarang kenaikan ada notis yang agak panjang. Kalau 24 jam pun masih OK. Bukan beberapa jam.

Saya hanya mampu doakan agar kita semua bersabar atas ujian duniawi ini. Menjadi sabar dan tidak berkeluh kesah sampaikan tak nampak kebaikan sesuatu pihak. Semoga kita sentiasa mendapat kasihan dari Allah. Lantas dibukakan pintu rezeki yang luas. Atas usaha yang bagaimanapun, asal jangan berbuat jenayah dan menyusahkan orang lain. Berdoalah. Berzikirlah. Kerana segala yang berlaku adalah ataz izinNya.

Kita ini memang pemikirannya tidak sama. Kalau kita ni haluan dan pemikirannya sama, maka tidak ada warna dalam pentadbiran negara. Jangan berbalah kerana 20 sen kenaikan minyak yang akan menyebabkan perkara2 lain naik juga. Semakin menuju kemajuan, segalanya akan menjadi lebih mahal. Itulah realiti. Apa yang boleh kita buat selain berusaha dengan lebih baik. Berbelanja atas apa yang perlu. Membantu mereka yang susah. Hidup perlu bersatu demi agama, bangsa dan negara. Wallahua'lam.

PS:
Abe ku predict, kenaikan harga RON95 ni tak lama. Hujung tahun ni akan turun balik.. paling2 10 sen. Kita tengok betul ke tidak. Sebab dia ni memang kerjanya gitu.. hari2 duk menatap ekonomi & politik dunia secara senyap.. hehe.

Saturday, August 17, 2013

Kisah ku dan Anakku

Salam hari raya, ampun maaf dipinta.. Dah sejak hari Rabu akak balik dari kampung. Terus dengan aktiviti baking.  Siang tadi hantar sebiji RV kepada pelanggan. Malam pulak memulakan chilled blueberry cheesecake. Alhamdulillah... rezeki bulan Syawal.

Seminggu akak dan Fawwaz kat kampung. Seperti biasa dan semakin jadi kebiasaan, abinya tak turut serta. Sememangnya kalau kita ni jenis tak berkira atau malas nak bising apatah lagi mengungkit, satu pihak akan mengambil kesempatan terhadap kita. Tapi, dalam hal ini saya lebih memikirkan advantage dari disadvantage. Life is too short untuk bersedih-sedih. Bila kita berada di kalangan keluarga sendiri yg lebih sejiwa dgn kita, tiada yg lebih indah dari itu.. Alhamdulillah, Allah itu sangat adil dengan ku. Tak perlu bergantung dan berharap sangat dengan insan lain walau suami... Dan, sendiri juga mau ingat jika kebiasaan itu menjadi kepada ketiadaan perasaan. Sebab saya memang dijadikan dengan hati yang agak brutal.. Itu adalah kekuatan yang Allah kurniakan kepada saya.

Seperti uminya, Fawwaz pun sangat selesa dgn suasana kampung kami. Pipinya pun nampak semakin bulat sebab selera makan semakin bertambah...  Takde kerja lain melainkan main game. Mak perlu buat sesuatu untuk mengurangkan ketagihan tersebut. Lepas cuti raya ni, memang banyak agenda untuk Fawwaz. Membuat dan memenuhi beberapa temujanji dengan doktor pakar. Yang dah ada dalam senarai ialah pakar ENT, bahagian pemulihan, psikiatri, pediatrik, dan lagi satu yang mak nak pergi sangat ialah NASOM.

Sejak menjalani rawatan di Attitude Therapy tempohari dan mengambil supplement yang disyorkan doktor, ada beberapa perkembangan positif pada Fawwaz. Yang paling ketara ialah selera makannya yang semakin baik. Tidak terlalu memilih macam selalu. Mula berani mencuba. Kalau dulu dia tak makan makanan segera seperti KFC dan nugget, hari ni dia dah boleh makan. Cuma saya tak akan menggalakan sangat pengambilan makanan sebegini. Dia juga dah tak minum menggunakan botol susu sejak hari terakhir rawatan. Sekarang guna cawan atau botol air dia. Cuma susu kambing dah kehabisan dan terpaksa guna semula susu lactogen sementara nak cari stok baru. Kelakarnya, pandai pulak dia cakap 'yucks!' masa mula-mula berbalik ke susu lama tu.. Jadi, kena tambah milo atau sirap sebagai penyedap.

Selain itu, sistem pelawasannya juga agak baik. Dia dah tak tertahan-tahan dari membuang air besar. Kalau rasa nak membuang aje, dia akan terus ke toilet. Kalau dulu mengambil masa 2-3 hari, terjengket-jengket menahan, sekarang setiap hari dia membuang air besar. Sikapnya juga nampak semakin baik dan lebih sabar. Cuma yang masih nampak belum pulih ialah tingkah laku atau pergerakannya. Hobi melompat-lompat dan berlari-lari tanpe penat tu masih sama. Bimbang juga mak ni.. sebab Ahad nanti dah nak mula sekolah balik. Nampak gaya jawabannya bila ditanya masih konsisten iaitu "I don't want! (sekolah)".

Sabar sajalah.. Sebagai mak ni, doa kena lebih sikit. Moga-moga semakin cerah jalan yang nak ditempoh nanti... :)

Tuesday, July 30, 2013

Mak Kena Mandi Ais..

Selesai sudah sesi rawatan 3 hari di Attitude Therapy untuk Fawwaz.. Seawal 9.40 pagi kami dah sampai ke klinik. Tapi Fawwaz bila nampak je tangga depan klinik tu, terus dia patah balik ke kereta yang agak jauh letaknya. Jenuh memujuk walau dah tukar parking betul-betul depan klinik. Dipujuk dengan pembantu klinik pun tak menjadi. Akhirnya Allah gerakkan hati dia untuk keluar dari kereta dan masuk ke dalam klinik.

Tapi dia masuk bukan untuk mandi ais macam 2 hari yang lepas. Mati2 dia tak mau! Akhirnya, pembantu beritahu boleh tukar dengan mak. Maknanya mak niatkan mandi tu bagi pihak anak. Betapa flexible nya kaedah rawatan ni.

Maka mak pun masuklah ke dalam bilik rawatan. Melalui proses skrub dengan garam. Lepas tu masuk tub macam Fawwaz semalam. Nah! Baru tau betapa sejuknya mandi ais. Menggigil-gigil saya dibuatnya. Tapi kenalah aksi macho dengan menjirus2 air ais tu ke seluruh badan dan kepala. Dah tentu air tu sampai tahap leher. Kasihan Fawwaz... memang patut dia serik. Sampai lebam kehitaman bibir akak ni lah.. Teringat kata doktor, bila tengok bibir Fawwaz kekal warnanya.. Dia kata kalau ada penyakit, bibir akan kebiruan... Huh! Penyakit apalah yg dalam badan akak ni ye.. Kalau ada pun, buat tak tau je lah!! :P

Lepas selesai mandi, terus buat solat hajat. Biasanya saya buat di tengah malam, dalam pukul 2-3 pagi.. Sejak masuk Ramadan ni, agak senang nak melaksanakan solat di waktu sebegitu. Alhamdulillah. Walau doktor tak suruh, sebelum buat treatment tu saya buat dulu solat taubat. Semoga doa2 dan amalan kita nanti diterima Allah.. Maka dengan solat hajat tadi, selesailah proses mandi ais. Dan keputusannya amat baik sekali. InsyaAllah, sudah tiada gangguan makhluk yang kita tak nampak dalam diri Fawwaz. Yang mengekorinya semenjak dia bayi, atau mungkin dari dalam kandungan mengikut kata seorang ustaz yang saya pernah temui (tapi saya ragui ketika itu).. wallahualam.

Hari ni antara yg doktor diagnose selain dari gangguan ialah yang berkenaan masalah dirinya merangkumi IQ, EQ, kesedaran, memori, skill, imaginasi, autism, dan penyakit2 lain termasuk sistem penghadaman. Sistem penghadaman amat penting kerana ia boleh mengawal perkara yang lain. Ada yang menaik, menurun dan masih tahap yang sama. Paling rendah ialah sistem penghadaman. Dalam hati saya mengiyakan kerana memang Fawwaz ada masalah selera makan dan buang air besar. Paling tinggi ialah imaginasinya. Wah! Fawwaz boleh jadi pakar inovasi..atau pereka kot. Yang tak berubah ialah autismnya itu. Masih 15% dan memerlukan paling2 6-10 botol JERI (makanan minda) untuk melihat kesannya. Sistem tiroidnya pun kurang baik.

Kami keluar dari klinik dalam pukul 12.30 tengahari. Terus balik Jitra. Terasa panjang perjalanan sebab saya mengantuk! Singgah di beberapa kawasan rehat. Di Bukit Gantang untuk tidur dan beli aiskrim strawberry permintaan Fawwaz, Gunung Semanggol untuk solat dan isi minyak dan akhir sekali di Gurun sebab ngantuk lagi. Tahap ngantuk di area Gurun tadi membuat saya keliru dengan masuk ke lorong exit instead of R&R. Mujur cepat sedar dan reverse ke belakang untuk beberapa meter. Padahal R&R tu dalam 3 km lagi. Dan bila sampai situ, ngantuk pun dah hilang... hehehe!

Sampai rumah rasa macam nak lunyai. Tapi teringat pula Fawwaz tadi tak makan apa2 melainkan kek 2 ketul dan air sekotak sedari pagi. Oh ya.. mungkin aiskrim cornetto tu agak membantu. Terus mak masak nasi dan keluarkan lauk segera. Tapi rupanya, dia lebih berminat dengan biskut sarang semut uminya.. hehehe!

Nak istirehat.. Abe dah belikan nasi kerabu dan cucoq udang tu. Bab2 begini, abe memang top!  :P

Saturday, July 20, 2013

Terkadang Memang Kita Cuai..

Rasa sedih teramat bila membaca kisah anak yang menemui ajal di dalam kereta akibat kecuaian ibunya.. Sebenarnya saya tak sanggup nak mengatakan si ibu cuai, cuma tak jumpa perkataan yang lain. Sebagai ibu, saya tak dapat nak bayangkan perasaan ibu itu. Beratnya ujian buat dia. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul. Yang pastinya, seumur hidup tak mungkin mampu peristiwa itu dilupakan.

Wahai ibu2 yang lain dan masyarakat semua.. Janganlah kita beratkan lagi perasaan ibu itu dengan pelbagai tuduhan dan kata nista. Berdoalah untuk diri sendiri dan ibu-ibu lain agar peristiwa sebegitu tak berlaku pada kita. Kerana perancangan Allah itu adalah suatu yg misteri. Bagaimana kita cermat dan berhati-hati, ada ketika kita akan alpa.. terlupa.. tercuai. Tanpa kita sedar. Tanpa kita merancang.

Pastinya si anak akan jadi ahli syurga. Bakal menanti ibunya di sana..

Saya mula memandang kepada rekod diri sendiri. Menjaga anak yang seorang. Sering tanpa bantuan sedari dia masih bayi. Melalui zaman2 dia kuat meragam. Menguji tahap sabar ibu yang sedari azalinya kurang penyabar. Astaghfirullah.. hanya istighfar yang sering saya ucapkan. Adakala syaitan berjaya membisikkan kata-kata jahat. Membuat saya bertindak di luar batas ibu penyayang. Padahal dalam diri ini tiada lain melainkan anak yang sentiasa didahulukan.

Saya pernah tinggalkan dia sendiri di dalam kereta waktu membeli barang. Juga waktu ke tandas di RnR juga airport. Saya tinggalkan dia sendiri di apartment untuk keluar membeli barang atau makanan. Juga untuk menghantar pesanan. Sebabnya kerana dia meragam dan tak mahu keluar kereta atau rumah. Saya sedar itu bukan lagi kecuaian tapi mungkin lebih dari itu. Tapi kerana tiada orang lain untuk bergantung harap, kadangkala saya terpaksa. Saya pastikan dulu yang dia akan selamat. Kereta dikunci dan diberi ruang udara. Rumah juga dalam keadaan selamat. Waktu itu ada pengawal dan sistem keselamatan apartment yang ketat. Kemudian, saya berdoa sehabis2nya kepada Allah supaya melindungi anak saya. Saya tawakkal. Saya yakin, Allah sangat kasihan kepada saya yang sering mengurus rumahtangga sendirian. Alhamdulillah, kisah itu sudah berlalu. Keadaan kini adalah lebih baik.

Kini tiba saya ke tahap comfort zone. Si anak sudah boleh bertoleransi. Sudah mudah diurus. Tidurnya sudah tenang dan saya pun dapat menikmati tidur yang lena sepanjang malam. Namun, ujian itu belum putus. Masalah lain pula timbul. Dan saya baru hendak memulakan semula langkah yang pernah terhenti. Saya redha dengan segala ujian ini. Saya tahu Allah sayangkan saya. Seperti apa yang berlaku kepada ibu Allahyarham Iris, tidak semua orang akan faham situasi yang kita lalui. Kerana kita tidak berada di tempat yang sama...

Ramadan dan Selera Yang Hilang

Ngantuknya mata.. dan macam nak terlerai tulang dari badan... haha betapalah ayat exaggerate akakk!! Memang agak semput dan letih hari ni. Membasuh sampai 2 round dan terpaksa isi air secara manual untuk mesin automatik tu. Dah lebih seminggu macam tu sebab salur airnya tak ngam dengan kepala paip di toilet tu. Sejak duduk di rumah ni, entah berapa kali dipasang sambungan yang berharga RM7.50 satu. Tapi 2-3 hari lepas pakai, akan bocor balik sambungan getahnya dan air akan memancur dari paip. Kalau 75 sen takpe juak. Lama2 saya kata kat abe, tak payah tukar. Membazir. Akibatnya akak jugak yang menderita kepenatan. Duk ulang alik masuk toilet tu.. Memang takde tempat khas untuk mesin basuh di rumah ni. Jadi, sementara nak siap rumah sendiri, tahap sabar jelah kepada segala kekurangan. Ada lebih kurang 5 bulan untuk tahan sabar tu.. huhuhu!

Bila penat badan, akak rasa semakin tua rasanya. Nak naik tangga ke tingkat atas pun macam rasa nak merangkak je. Lemah sangat rasa. Ikutkan pergerakan masih cergas, tapi kaki terutamanya, tak berapa kuat.  Dah lama tak makan supplement.. Tapi, takpe ke hidup berharap pada supplement?

Sejak masuk bulan puasa, walau baru je beberapa hari akak bermula, tak kurang 2 kg hilang. Kalau mula2 duduk sini abe cakap badan nampak naik sikit, dan bila timbang memang naik pun dekat 54 kg, sekarang dah kira underweight balik. Tak sampai 50kg berat ku.. Mungkin bila puasa ni, selera tak berapa menjadi walau makan macam biasa. Bila dah makan nasi, tak mampu nak makan lain2. Kadang teringin dan makan juga extra, tapi perut jadi senak pulak. Jadi, harapan nak tambah berat ni, kenalah tunggu raya nanti...

Kelmarin sempat juga ke pasar ramadan. Memang banyak makanan yang nampak sedap. Favourite akak nasi kerabu dan nasi dagang pun ada beberapa gerai. Tapi langsung tak teringin nak makan sebab duk teringat sambal tempe yg masak sendiri di rumah. Semalam pun abe offer kalau nak kirim apa2 kat pasar ramadan. Puas memikir, lama2 tawaran ditutup.. tapi abe belikan juga sebekas jelly kelapa yg ada lagi kat peti sejuk tu.. ehehhh!

Aku dan tembok rumahku yg belum siap... hehehe!

Monday, July 8, 2013

Ujian Terbaru..

Cuaca sejuk di petang hari. Mungkin pembawaan dari hujan belah pagi tadi. Dah dekat nak asar, mata ni mengantuk bukan main. Sejak balik dari KL, belum sempat nak tidur tengahari macam selalu. Tiba-tiba ada banyak aktiviti pulak.. Ini pun baru siapkan sikit karipap untuk dimasuk ke dalam freezer yang tak habis2 cuti tu. Bila orang bertanyakan karipap, baru makcik menggagau nak buat hehehe!


Kisah pagi tadi... Alhamdulillah, berjaya juga perjumpaan dengan Guru Besar sekolah Fawwaz. Membincangkan perilaku Fawwaz yang di alam fantasi tu. Dah setengah tahun masih tak mau belajar dan buat kerja sekolah. Jadi, guru besar dan cikgu kelas 'concern', bimbang dia jauh ketinggalan. Yang buat mak dia ni puas hati, bila abi dia pun dapat turut serta. Kiranya dah makan tahun mak makan hati sebab ada  rejection terhadap pandangan dan gerak hati mak terhadap anaknya. Sampai mak ni berhenti bersuara, bimbang jadi kemarahan, doa tak baik dan macam2 lagi lah. Dan sekarang, masanya telah tiba untuk kerja berpasukan menangani masalah anak seumpama ni.

Ini nampak macam kesinambungan dari perjumpaan dengan doktor di Attitude Therapy minggu lepas. Kebetulan cikgu bertindak pada waktu yang sama. Masih belum dapat tentukan tarikh untuk buat rawatan di Ipoh tu. Mungkin esok, akan dapat surat sokongan guru besar untuk buat pemeriksaan di hospital. Kegunaannya ialah untuk menentukan samada dia sesuai atau tidak untuk meneruskan persekolah di situ. Sebabnya, kat sekolah tu tak ada cikgu yang khas untuk kes2 sebegini. Cikgu2 yang ada hanya untuk murid2 normal. Tapi InsyaAllah, sekolah yang menyediakan guru khas ni ada di persekitaran. Cuma keluar sedikit dari kawasan taman ni. Sekurang2nya, sedikit lega juga bila ada backup school ni. Walau apa2pun, kena buat rawatan apa yang patut sebelum terus memikirkan pendidikan khas tu.

Mungkin sinar yang menanti menjelang ramadhan. Saya kira, perkembangan Fawwaz terkini adalah sebuah hikmah. Dia nampak semakin mudah diurus di rumah tetapi semakin sukar di sekolah. Penemuan beberapa faktor dalam diri Fawwaz, mendekatkan saya pada Maha Pencipta. Semakin ketagih untuk bertahajjud,solat taubat, hajat dan dhuha. Kalau dulu amat sukar nak buat yang sunat, kini sangat senang melakukannya. Mak ni rasa bersalah sebab tak mampu melindungi anaknya dari jin dan iblis. Kini yg mampu mak lafazkan tatkala tersedar ialah ucapan "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin..". Akulah yang telah menzalimi diriku ya Allah... :(


Sinar yang lain ialah apabila sebuah akhbar bertanyakan andai boleh wartawan tu interview saya. Sebab dia nampak gambar kek2 dan makanan frozen di FB page saya. Saya cakap, saya tak hebat pun.. Jual kecil2an dan orang pun tak ramai tau esp bila dah pindah Kedah ni. Dan dia kata sebab tulah dia nak masukkan saya kat paper tu. Memang cari yg tak popular dan lepas ni satu Malaysia boleh tau yang akak jual kek. Hehehe... macam tak percaya. Jadi macam jakun je akak duk canang kat FB.

Tiba2 saya bimbang sebab bukan pandai sangat sebenarnya. Kedudukan dapur pun tak selesa di sini. Cuma mungkin sebab minat yang mendalam, apa yang saya buat tu menjadi. Sejujurnya, saya merasa amat tak yakin untuk bercerita tentang kepakaran diri. Tapi, bila baca komen kawan2 yang sangat membantu menaikkan semangat ni, saya rasa keyakinan datang semula. Inilah pemasaran percuma yang tak semua orang dapat peluangnya. Semoga ianya menjadi jalan laluan untuk kejayaan yang saya dambakan selepas bertahun semangat merudum. Terima kasih kawan2 dan adik beradikku!

Semoga Ramadhan dapat kulalui dengan limpahan rahmat Allah. Anakku... bisnesku... juga urusan rumahtanggaku.. Untuk petang ni, akak dah alihkan sendiri lokasi dapur oven yang gedabak tu dengan peti sejuk yang akak comel saiznya. Switch tempat. Inilah namanya tenaga "incredible hulk" versi perempuan ayu  :P


Wednesday, July 3, 2013

MARA dan Aku... Hutang

Alhamdulillah syukur... akhirnya saya bebas dari belenggu hutang MARA!! Bukan hutang apa.. Pinjaman pelajaran masa buat post graduate. Hari ni saya berjaya menjelaskan kesemua baki tanpa perlu tunggu jadual terakhir 2015 nanti. Lama kan... Dari 2003 ke 2015 untuk pinjaman belasan ribu. Yang saya suka pada MARA ni ialah jadual pemulangan wang yang tidak terlalu membebankan. Pembayaran bermula hanyalah selepas setahun peminjam habis belajar dengan permulaan bayaran sebanyak RM50 untuk 2 tahun. Lepas tu baru naik sedikit demi sedikit. Agak2 masa tu peminjam dah establised dalam karier masing2. Taklah macam akak yang terus bersara ni... huhuhu!!!

Sentiasa tanamkan dalam hati untuk membayar hutang pelajaran. Walau rasa kerajaan dah kaya untuk tanggung pelajaran kita. Pinjaman yang takda interest mahupun service charge. Apa lagi nak dikeluhkan. Sedangkan gaji masing2 dah tinggi, mampu pakai kereta import yang hebat lagi. Kenapa tak dulukan bayar hutang? Tapi, memang apa jua bentuk pinjaman wang ni agak berat untuk diselesaikan. Kalau tak tanam niat betul2 bersama disiplin. Dan sebenarnya ada cara untuk kita tak membayarnya. Dengan menjadi pelajar cemerlang. Kalau tak 4 flat, sekurang2nya DL selalu. InsyaAllah dapatlah.. Kalau tidak, jangan nak mengeluh2 atau mencabar kredibiliti yg bagi pinjam!

Dah selesai dengan MARA, misi seterusnya ialah nak pulihkan nama dekat Celcom. Kes yang dah makan tahun. Puncanya billing sistem yang bercelaru, wang pos yang lesap tak captured by system, billing jalan walau dah disconnected, customer service tak mampu selesaikan, dan macam2 lagilah yang buat ahkak naik hangen tak mau bayar apa yang akak rasa patut bayar. Tapi susah juga kalau forever blacklisted ni. Yang beban ni, nak mencari office celcom kat sini... :(

******************************
Gambar selingan. Pagaq rumah dah naik semalam... Harap2 sebelum abe gi haji boleh siap. Boleh akak berangan2 deko2 bersama Eric (mimpi laa...)  :P



Thursday, June 27, 2013

Shopping!

Seharian banyak membuang masa di depan komputer ni. Mencari2 sesuatu tapi tak dapat2 sampai ke sudah. Sebenarnya ini adalah sambungan dari pencarian semalam.

Mula-mula nak cari thermo pot yang canggih sikit dari yg sebelumnya. Sebelum ni guna brand Sanyo dan menemui ajalnya betul2 selepas akak balik dari kampung. Dah lebih 6 tahun pakai. Rosaknya sebab badan dah tanggal2 dan berbahaya. Tapi suis masih elok.. So, nak cari brand Toshiba pulak sebab dah berkenan yang kat rumah kampung tu. Jenis non-stick, latest trend. Semua tempat yang saya pergi tak jual. Target seterusnya ialah Senheng sebab online ada jual. Malangnya bila akak ke kedai tu, semedang tak bukak lagi! Frust betul... Kalau takde tujuan tu, tengok bukak je...

Lepas tu nak cari baju kurung raya. Keluar masuk kedai online dan fizikal, susah betul nak jumpa yang berkenan. Bila jumpa, saiz takde. Semalam ada masuk satu kedai di Jitra ni. Memang berkenan sangat. Memang nekad nak beli. Tapi saiz takde.. huhu! Tadi pun masuk satu kedai jugak. Ada jugak yang berkenan, tapi batu2 yg besar dan bertaburan mematikan selera akak. Memang trend balik kot, batu2 bertaburan ni.. leceh arr nak gosok nanti..

Dah beberapa tahun sebenarnya akak beli baju siap cuma kat satu kedai. Lokasi di Sg Besar. Tapi balik hari tu tak sempat nak ke kedai tu. Asyik duk melawat klinik gigi yang sampai sudah tak buka tu. Akak pulak bukan jenis yang rajin nak masuk satu kedai ke satu kedai pakaian... Mmmm bilalah pencarian nak selesai kalau camni. Belum masuk bab tudung lagi...

Lepas tu entah berapa puluh kali masuk kedai Lazada. Adalah yang di skodeng tuuu... Tapi tak sudah2 nak fikir... Tadi sempat masukkan satu barang dalam wish list je. Tiba2 rasa nak buat kejutan pada diri sendiri.. Membelikan diri sendiri sesuatu yg tak dijangka ... hehe!

Ngantuk pulak...

Wednesday, June 26, 2013

Sarapan dan Emosi Pagi

Jom sarapan adik2! Jangan sesekali tinggalkan sarapan dalam diet harian kita.. Bulan puasa pun kena sarapan (sahur) tau... Akak ni dari kecik memang terdidik dengan sarapan. Jadi, memang tak boleh skip..

Sejak beberapa hari lepas akak berusaha untuk memperbaiki diet. Sebab sedari dulu kolestrol akak memang tinggi. Sekejap tu turun sikit, tapi ni dah naik balik sampai mencapai 6.4. Tapi tak boleh nak ubah corak pemakanan sebab dah hobi buat kek dan kuih muih.

Jadinya, bermula minggu ni akak sedaya upaya makan oats setiap pagi. Tak banyak, dalam 3 sudu kecil je.. tapi penuh membumbung. Lepas tu telan dengan tanpa perasaan. Sebab kalau dengan perasaan, susah nak telan. Akak tak suka ini jenis punya makanan hahaha... Lepas tu, makanla apa2 pun.. Sekurang2nya, adalah juga serat masuk. Sebelum puasa nak check balik kalau ada improvement.

Gembira tau kalau dapat breakfast, lepas tu minum nescafe lagi.. mcm lagu coffeemate dengan coffee, satu paduan yg sebenar.... Walau pagi ni hati akak agak beremosi. Rasa sebak lepas hantar Fawwaz ke sekolah. Lepas salam depan kelas, mak ni suruhlah dia masuk. Tolak pelan2 supaya dia masuk. Tapi dia buat dek macam tak dengar. Dia duk berlegar-legar je, mundar mandir, senyum dan berilusi. Selalunya akak memang tak desak dia bila di sekolah atau di luar. Biar cikgu atau kawan2 yang panggil sebab dia akan lebih patuh.

Bila mak ni dah masuk kereta dan tengok dari luar pagar, pun dia masih mundar-mandir di depan kelas. Sebenarnya macam-macam yang menerawang di fikiran, cuma tak mau terlalu mendesak diri dan stress. Hari Sabtu ni mak dah buat appointment dengan seorang pakar therapy di Ipoh. Moga-moga ada perkembangan yang lebih baik, sebab baru nak bermula semula. Selepas berhenti usaha lebih setahun lepas. Perbuatan mundar-mandir sambil bercakap sendiri ni semakin menjadi-jadi di kebelakangan ni. Cikgu pun cakap macam tu. Dan tak semua orang faham perasaan mak ni melainkan beberapa orang terdekat. Even abi pun baru kebelakangan ni boleh diajak berbincang.

Untuk motivasi diri, akak selalu berfikir, inilah cara Allah menganugerahkan kesabaran buat seorang ibu. Dan pasti ada hikmah disebalik ujian ini... Amin.  Smile... :))


Sunday, June 9, 2013

I Don't Want Sekolah... :)

Dah hujung2 musim cuti mak mula provoke si bujang tu tentang sekolah... Memang pantang habis kalau disebut perkataan sekolah. Kerja2 yang cikgu bekalkan sebelum cuti langsung tak mau diusik. Walau mak dah mulakan 1 muka.. Kalau dulu2 datang juga keinginan dia nak turut serta. Ini langsung tak mau! Memang ikutkan nak melakukan kekerasan.. Tapi memikirkan 'kekurangan' dia, mak terpaksa simpan juga. Kalau ada rotan kat rumah ni, mau kukerjakan. Tu sebab tak simpan.. Sedaya upaya mak ni nak gunakan psikologi konon2nya..

Maka cuti pun selesai... Hari ni kena pergi ke sekolah. Sedari kelmarin mak dah 'jampi'2 apa yang patut. Nak tidur je bacakan kuat2 surah Taha ayat 1-5 dan hembuskan ke muka dia. Bacakan 3 kul selain Al-Fatihah. Mula2 dulu dia marah. Tapi lama2 dia beralah juga.. Malam tadi mak siap pasang surah Ruqyah sampai habis, supaya dijauhi syaitan dan jin dari persekitaran ni. Tidurnya pun mudah. Bangun tak payah dikejut. Bukan nak kata ada gangguan jin, tapi mana taukan... Usaha je lah apa yang mampu.

Buka mata pagi tadi dah cakap "NO SKOLAH!".. I don't want sekolah.. I don't want susu.. Mat saleh celup ni.. Tak mau dirasuah kaedahnya. Baguslah nak. Berdosa jika amalkan rasuah.. Tapi susu tu bukan rasuah. Sampai la ni ummi dah risau fikir 'tummy' Fawwaz. Sebab tak minum susu dan tak sarapan.

Maka pagi ni nampaklah cikgu yang selalu tunggu kat pagar tu, perangai anak ummi.. Sarung baju bilah dah sampai sekolah. First day of school is always a challenge. Sampai pakai baju pun kat sekolah. Anak awak ada?? hehehe... Belum kira liatnya nak masuk kawasan dewan. Tapi Alhamdulillah... cikgu2 dah faham dan berjaya pujuk dia. Fawwaz dah macam selebriti. Hampir semua cikgu tau nama dia. Maklum sajalah... huhuhu!

Dan antara soalan cikgu yang mengiringi kami tadi "Kak mengajar kat mana?"
"Tak mengajar... duk rumah je.."
Ada muka akak yang dah sememeh dah ni ala2 muka cekgu? atau pensyarah? Muka cikgu Kemas pun takde tauu... Tapi baru semalam akak jadi cekgu Pau.. :D

Harap2 lepas menempuh hari pertama untuk penggal kedua ni Fawwaz dah tak sukar nak ke sekolah. Oh ya.. ayat2 pelembut hati pagi ni sebelum dia tewas (nak ke sekolah)... Sambil urut2 tangan dan gosok dada dia, mak bacakan Al-Fatihah dan ayat 3 Kul. Dalam hati sentiasa selawat dan zikir.. Baca Allahumma Yassir.. Peluk dia. Gurau2 sikit. Jangan bagi mood dia berubah. Ni perbuatan sebelum dia nak mandi. Jenuh nak suruh mandi. Siap macam citer hindustan... Abi dah hampir buat perubahan tapi mak cepat2 potong line. Sebabnya abi tu selalunya 'polis baik' berbanding mak.. bila tone suara keras, sensitif hati anak tu.  Masa sarungkan baju, baca ayat terang hati Allahummaftah dan Rabbishrahli Sadri... hembus sikit kat muka.

Ingat, doa mak adalah mujarab. Walau tak pulih sepenuhnya, nampak hasilnya.. Bila mak bacakan ayat2 dan zikir tu, nampak dia jadi lemah sedikit dan kurang agresif. Doa dan bacakan yang baik2. Kalau anak macam nak meragam, peluk kuat2 dan bacakan Auzubillahi minasshaitannirrajim...!! Selalunya eloklah dia...

Itulah sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan. Dalam menangani kerenah anak yang sebegini.. Sentiasa bersyukur atas kurniaanNya walau bagaimana bentuk sikap anak. Semoga menjadi anak yang Soleh... In shaa Allah.


Thursday, June 6, 2013

Lega Sikit..

Akhirnya dapat akak baring2 atas tilam sambil mengadap benda kecik ni... netbook comel yang menjadi rebutan para penghuni rumah. Bila Fawwaz bangun, abi ambik tempat.. bila abi tak pakai, Fawwaz lak guna.. Sudahnya ummi si empunya netbook ni duk mengalah je lah... Malas nak berebut dek kerana benda kecik. Kalau kutip tol, dah boleh cover pinjaman pelajaran MARA akak..hehe! Abi bukan takde laptop, tapi malas nak mengusung ke sana sini. iPad pulak, tak mendatangkan feel nak buat trading.. Si Fawwaz, sentiasa taksub dengan game. Nak ditegah, dah susah.. Akibat pendidikan sedari bayi lah ni... Tapi sebenarnya bila abi takde, mudah sikit nak mengawal disiplin dia... Mak ni duk berkira2 nak bawa dia jumpa pakar yg patut. Tunggu en abi lebih kesedaran sikit... ;)

Satu setengah minggu percutian menjadi sangat memenatkan.. Seminggu di kampung, tak berapa sempat nak peduli akan si Fawwaz. Mak duk meronda rumah nenek2 dan Fawwaz tak mau ikut langsung. Paling jauh dia nak keluar, ke kedai runcit kat kampung tu. Jumaat ke Jumaat... tapi sampai semula ke Jitra hari Sabtu petang. Menyinggah semalam pergi kenduri pengantin. Sehari buka laundry di Jitra hari ahad tu, esoknya ke KL pulak. Sempat pusing2 kat Selayang dan Ikea je. Dapat juga makan karipap Ikea yg diidam2kan. Tak sampai 24 jam balik ke Jitra semula.. Waduhhh penatt... capekkk.... Tapi akak memang jenis I follow je atau lebih tepat suka simpan kehendak dan keinginan sendiri... Gitupun, kekadang keluar juga ayat2 power. Jiwa lelaki dan perempuan memang tak sama. Nak elakkan berdosa, banyakkan istighfar...

Allah sebenarnya banyak memberi ruang pada hambaNya yang kerdil ini. Memang Dia sayang sangat padaku.. Dikurniakan saat2 macam sekarang ni, terguling2 tanpa gangguan. Mengantuk pun boleh tahan2 dari tidur. Esok dan lusa boleh katakan hari 'rest' atau hari untuk diri sendiri. Cuma ramai juga yang tak suka peluang yang macam ini. Tak sanggup menghadapinya malah mengganggapnya umpama bencana. Sebenarnya, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah, InsyaAllah segalanya akan menjadi baik... Wallahua'lam.

*************************************
abe drive, akak lak sibuk ambik gambar highway yang cantik dan sejuk mata memandang...
terima kasih kerajaan kerana menyediakan kemudahan sebegini..
dengan puluhan R&R dan hentian sebelah yang cantik dan serba serbi
hairan, kenapa ramai yang masih tak berpuas hati?
hanya menilai yang buruk, yang elok ditolak tepi..


Monday, May 20, 2013

Aktiviti Hari Hujan

Alhamdulillah... sejuk sikit hari ni. Sampai ke malam. Jadi, malam ni aircond bilik bolehlah berehat. Dulu, sebelum duduk sini saya tak pakai pun aircond. Kat Bukit Jalil, kawasan saya tinggal dulu, agak sejuk dan redup. Mungkin sebab berdekatan taman rekreasi yang penuh dengan pokok2. Pasang kipas pun tahap2 medium je. Di Jitra ni, saya rasa sedikit panas walau banyak pokok juga..

Setelah berminggu2 panas, nak bangun tidur pagi tadi hujan mula mencurah turun. Sedapnya kalau dapat terus tidur kan.. Tapi, anak nak sekolah pulak hehe! Sampai tengahari juga kiranya hujan tu. Walau hujan, saya keluar rumah juga.. jalan2 ambik angin kaedahnya! Peluang ni suka saya ambil bila abe takda di rumah. Tak payah nak masak.. Untuk Fawwaz, mak treat dia dengan spaghetti carbonara tapau dari Pizza Hut. Memang makanan no.1 dialah.. Satu bekas makan sendiri dengan penuh selera. Aksesori je untuk mak. Takpelah.. memang beli untuk dia pun. Mak dah kenyang makan nasi lemak sedap dari simpang 3 tu.

Sebelum tu, ingat nak shopping kain raya kat Nagoya. Keciwa teramat sebab sale habis semalam. Padahal dah tau.. tapi sebab takde kelapangan dan mood ke Nagoya sampai semalam. Hari tu dah pergi tapi tak sempat nak rembat. Konon2 nak beli banyak. Postpone punya postpone, terus tak jadi beli. Nanti kalau dah hilang keciwa, baru datang lagi.. Beli dengan harga biasa.. huhuhu.

Untuk mengubat bosan, saya pun melawat kedai jual pelbagai produk kosmetik dan kesihatan keluaran tempatan. Walau tak semeriah kedai Kassim Kadir di Sungai Besar tu, kedai yang ni pun boleh kata macam2 ada.

"Kak nak cari apa?"  Sapa pembantu kedai.
"Takde apa.. saja masuk nak tengok apa yang ada..". Pembantu kedai tu pun membiarkan saya membelek-belek barang. Saya suka cara tu. Takdelah kita terganggu kalau dia mengekor je.

Akhirnya, saya pun terpegang lipstick dan 2-way cake foundation. Kan dah dapat... hehehe! Rupa-rupanya memang dah lama tak beli lipstick ni... Sejak dah tak bekerja, hidup di luar negara, saya dah jadi tak heran akannya. Lipstick, eyeliner, mascara, eyeshadow... ada takpe, takde pun takpe. Tapi kebelakangan ni saya dah mula tukar stok. Takut terpakai yang dah expired... hehehe!

Lipstick Collagen D'Herbs... 
kot2 boleh buat bibir akak serupa macam Watie Sadali, model lipstick ni... :P
 Kihkihkih... rupanya perasaan tak sampai...