Pages

Showing posts with label VEMMA. Show all posts
Showing posts with label VEMMA. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Nak Jadi CEO?

Hari ni boleh tahan sibuknya. Sibuk di jalan dan lain-lain.  Lepas hantar Fawwaz, terus hantar pesanan donut sejuk (bukan frozen), terus ke BB Bangi, balik rumah dan akan keluar lagi.  Macam-macam dalam kepala ni nak dibuat.  Tapi Alhamdulillah le.. memang takde mengeluh penat atau lesu.  Sentiasa bertenaga dan bersemangat walau tidur sentiasa tak cukup jam.  Badan pun rasa sedap.  Yelahh.. kita kan minum VeMMA.  Apa gunanya minum, kalau di tahap tu je.. Tapi seriously, masa minum seminggu dua tu, badan memang letih lesu dan nak tidur je.  Mungkin toksin dalam badan ni yg membuat respons nya macam tu.

Lepas ambil Fawwaz, nak buat pau frozen pulak.  Baru boleh fikir nak baking. Ni duk terfikir-fikir tentang masa depan sambil menunggu putaran mesin basuh selesai.  Memang teruja setiap hari! Terutama apabila telah melakukan sesuatu yang sebelum ni belum pernah dilakukan.


Seronok jadi CEO ni.  Hei! Jangan ketawa.. Bcoz I'm the owner of my own business, suka hati akak le nak pegang jawatan apa.. Best kan?!  

Rasa-rasanyalah.. kalau duk kat office yang besar apatah lagi yang ternama tu, ada peluang tak jadi CEO ke, MD ke, Presiden ke.. Mmmm.. selagi Datuk, Tan Sri dan yang sewaktu tu masih ada di situ, jangan harap lah ye!  Lagipun ramai lagi yg berderet kat bawah tunggu giliran. Jadilah konsep redha dalam terpaksa.  Tak dinafikan, ada orang yg sentiasa di dalam comfort zone.. tak kisah ada halilintar ke apa, redha dengan rezeki yang ada.  Baguslah tu, asal hati ikhlas.. Bagi yang suka nak mendaki tangga demi tangga, atau mahukan keadilan, boleh ke redha je tanpa mengeluh?  Tanpa mengumpat si polan dan si polan di belakang partition atau di dalam tandas?

Maka itu, belajar-belajarlah buat bisnes.  Kalau belum mahir atau baru nak bermula, buat yang small scale dulu.  Contohnya, bisnes mengedar risalah untuk orang, buat bisnes pengiklanan secara online, jual burger, kuih, kek dan macam-macam lagi.  Dan lantiklah diri sendiri menjadi 'Pengurus Besar'.  Sebab bisnes sendiri kan... Di office orang kita Eksekutif, habis waktu kerja kita Director gitu!

Kalau anda orang yang benar2 mahu mencabar diri, masuklah dalam dunia selling.  Dunia selling menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan dan ramai orang menjadi mewah kerananya.  Nak lagi spesifik, NETWORK MARKETING.  Mendaftar dengan Vemma, keluarkan modal dari serendah RM342 ke RM6,930.  Modal tu adalah untuk anda membeli produk dan consume sendiri atau ikut suka anda (tidak digalakkan untuk menjual semula sebab takde untung pun!).  Anda hanya perlu cari sekurang-kurangnya 2 orang ahli.. dan nahh! Kalau berterusan, akan adalah hasilnya yang lumayan.  

Saat itu, InsyaAllah pendapatan anda akan melebihi CEO di tempat kerja anda.  Dengan syarat, andapun kenalah kerja dan usaha macam CEO juga.  Macam di Vemma, Brand Partners nya memang dari pelbagai latarbelakang.  Dari ahli korporat, doktor, jurutera, guru hinggalah surirumah macam akak ni!  Di Vemma tak perlu lihat latar belakang pelajaran, sebab semua adalah sama.  Yang membezakan nanti ialah pencapaian apa yang kita akan perolehi.  Kunci utama ialah usaha dan effective marketing!

Jadi, ANDA BERANI?  Buatlah anjakan paradigma dengan sesuatu yang luar dari kebiasaan anda.  Kalau anda mempunyai impian yang sukar untuk diperolehi dengan hanya wang gaji dan bonus anda, cubalah dengan bisnes ini.  Tiada yang mustahil kerana buktinya memang ada dan banyak... 

Daftar percuma di http://sitibiz.bisnesdirumah.net/ atau buat pembelian terus secara online di http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/

Saturday, April 14, 2012

Kenapa "Networking Business"?

Why networking? Why network marketing?  Kalau nak tanya soalan begini, memang sedapnya dalam bahasa Inggeris kan?  Yelah, kenapa kita seharusnya memilih perniagaan rangkaian ini?  Antara jawabannya ialah:

  1. Membolehkan anda bekerja secara part time tetapi memperolehi pendapatan melebihi pekerjaan full time.  Hebat bukan?  Ini bukan cerita rekaan, tetapi kisah benar di Vemma.
  2. Menawarkan pendapatan pasif (passive income) yang berterusan selepas beberapa tahun sahaja.  Semakin lama dan semakin besar network anda, semakin relaks lah anda.
  3. Konsep bantu membantu atau 'people help people'.  Mereka yang sudah berjaya dan kaya akan membantu orang lain menjadi kaya.  (Seharusnya begitulah kalau nak rasa passive income tu..)
  4. Tidak memerlukan pengalaman dan kelulusan.  Hanya kerajinan anda!
  5. Tidak perlu kemahiran tertentu. Personality skill akan meningkat selama dalam bisnes ini
  6. Modal paling rendah - setiap perniagaan memang memerlukan modal.  Fikirkan dengan wang sebanyak RM6000 anda akan mendapat peluang ke arah kebebasan masa dan wang yang sebenar tanpa perlu memikirkan untuk menyimpan stok atau menjual barang kepada orang
  7. Tiada risiko kos sewaan, dan lain-lain.
Memang sangat menarik!

Thursday, April 5, 2012

Say NO to Drugs! Drink VeMMA

Pagi ni Ahmad Fawwaz meragam tak mau pergi ke sekolah.  Dah lengkap berbaju hingga stokin, songkok je belum pakai... macam-macam alasan diberi.  Perut pun dah penuh makan semangkuk cereals dan roti telur.  Alih-alih tak mau sekolah.  Kalau dipaksa sangat, nanti mak dia ni juga yang susah, dari nak mengendong sampai adegan di tempat perhimpunan.  Macam tulah selalunya.  Sebab sekolah tu bakal pak mertua dia ada share, mak pun bagilah ponteng sehari.  Tiap minggu ponteng sehari kan..huhuu!

Dah agak-agak jalan di MRR2 tu tak jam, saya pun tanya dia.. "jom pergi jumpa doktor!"

"OK!"  bukan main ceria je...

Ha! Memang sejak jumpa doktor masa bengkak di pipi tu, dia macam suka pulak kat insan bernama doktor. Kat rumah pun kami selalu lakon jadi doktor dan pesakit, check telinga dia yang agak berkerak tu.. Suka kalau saya suluh dengan torchlight.  Tapi tak bagi sentuh atau bersihkan.. boleh?!

Saya bawa dia ke klinik Kumpulan Perubatan Elektronik di Desa Melawati.  Jauh tu... Memang 2-3 hari ni saya duk berangan nak bawa dia ke situ, sebab batuk dan selsema tu macam tak baik sendiri macam selalu.  Batuk tu ada la juga kurang bila saya sapu minyak Morhabshi sambil berselawat.  Itu je cara saya mengubat dia selamakini.  Saya tak ingat bila kali terakhir dia makan ubat dari klinik, sebab susah dan menyusahkan. Mungkin setahun dua yang lepas! Kalau pergi klinik tu, untuk dapat kepastian doktor je sambil2 ada unsur saikologi.  Ubat simpan di petisejuk kalau-kalau ada kecemasan.  Jadi, memang saya biarkan dia membina antibodinya sendiri.

Saya ada testimoni yang baik untuk rawatan elektronik ni.  Kalau tak pernah dengar, ia ada kaitan dengan air ECPI yang popular dulu tu.  Bermula dengan masa saya kena penyakit kulit yang agak kronik, seumpama eczema, di seluruh badan (http://ciksitisblog.blogspot.com/2009/01/eczema.html). Kemudian Fawwaz mengidap batuk yang berpanjangan hampir setahun (atau lebih) sewaktu mula-mula sampai di Bahrain.  Alhamdulillah, rawatan itu serasi dengan kami.

Perubatan yang mengambil sampel DNA ni hanya memberi ubat berbentuk "drops" atau pil kecil yang selalu kita lihat pada ubat-ubatan homeopathy. Dalam kita tak sedar, penyakit tu hilang.  Macam tulah! Dengan izin Allah.. Hari ni doktor beri ubat yang banyak untuk Fawwaz.  Dan tanpa disangka si kecik tu suka pula makan setelah di 'psycho' oleh doktor.  How I wish ada banyak doktor seumpama itu.  Yang mesra kanak-kanak.

Saya cuba sedaya boleh untuk mengelakkan ubat berbentuk drugs atau steroids pada kami berdua. Tapi pada abi tu, belum berjaya lagi ;)  Kalau sakit tu, sebolehnya tahan dulu.. Kalau ada yg tradisional, cuba dulu.  Setakat ni Alhamdulillah.. Pernah Fawwaz demam 3 kali masa di Bahrain.  Hanya sekali je beli ubat di farmasi, tapi tak makan pun.  Doa dan selawat je yang saya lakukan sambil mengelap badan dan kepala dengan tuala basah.


Sebab itu saya untuk melanggan VeMMA. Saya percayakan khasiat mineral semulajadinya untuk pelbagai rawatan di dalam tubuh badan ni. Bukan baru semalam saya kenal produk ni, tapi dah bertahun.  Cuma ianya tidak ada di Bahrain dan lain-lain negara Timur Tengah, susah nak dapatkannya.  Bila dah balik ni, saya nekad untuk minum dan memberi kepada keluarga. Saya sangat berharap melihat kaki mak saya sembuh sepenuhnya.  Dan saya dapat rasakan ia akan sembuh!  Mak tak perlu jalan pakai tongkat lagi.


Say no to drugs and steroids! Kalau kita mampu, elakkan darinya.  Banyak makanan tambahan dan perubatan alternatif yang boleh kita cuba.. Yang penting usaha dan tawakkal!  MINUMLAH VEMMA. Anda tak akan menyesal...

Sunday, April 1, 2012

PENIPU?

Memang ada yang akan mengatakan kita penipu.. Jual itu tipu, jual ini tipu, bisnes penipu... Pendekata, untuk orang-orang macam ni, semuanya penipulah!  Hehe.. saya hanya mampu tersenyum.  Takpelah... Kalau setakat berkata tapi tak pernah melakukan, memang boleh je... hantam jelah!  Atau mungkin dah pernah lakukan dengan platform yang salah.

Kita kalau nak maju, berkawanlah dengan mereka yang sama nak maju atau orang yang memang dah maju.  Baru ada positive impact.  Dengar dan belajar cara mereka melakukannya sehingga berjaya.  Mereka pun bukannya berjaya dalam masa 24 jam.  Malah ramai yang menemui kegagalan terlebih dahulu.  Mesti ada usaha, matlamat dan keyakinan.  Mereka yang berjaya bukanlah orang yang mudah patah semangat.  Kalau kita dengar cakap-cakap negatif, tahap tu je lah.. Tak usah nak merungut atau menyalahkan orang lain.  Biarlah si lunchai terjun dengan labu-labunya.

Baru belajar shortform dari kawan saya MIMA pagi tadi... "SWSWSWN..!"
"SOME WILL, SOME WON'T, SO WHAT.. NEXT!"  hehehe... nice.

Saturday, March 31, 2012

Memang Terbaik!!

Baru je balik dari kampung ni.. sejak Khamis petang dah balik ke sana.  Jumaat Fawwaz ponteng sekolah huhu!  Demi nak memenuhi appointment dgn Cik Dentist di klinik gigi kerajaan yang comel dan manis tu.. Haha!  Punya susah payah nak jumpa dentist je kena balik kampung... Sebabnya, saya dah memulakan lama dulu, masa mula2 balik dari Bahrain. Jadi kena teruskan le, dah alang kepalang berulang alik ke klinik tu.  Saya ni mudah give up separuh jalan.  Sejak dua menjak ni, kurang sikit.. Tu yang gigih driving ke kampung dengan Fawwaz.

Sebelum sampai ke rumah kuning, singgah dulu rumah mak.  Nak hantar sebotol lagi VeMMA sambil tengok keadaan dia.  Mak baru lepas demam 2 hari. Yang sakit2 dan panas badan sebelum ni dah hilang. Yang keluar tepung2 putih kat celah2 jari kaki yang bengkak pun dah tak keluar.. Saya andaikan sendiri, itu toksin keluar dari kaki yang bengkak tu.  Tapi mak kata kaki tu macam dah kurang bengkaknya... peha pun dah kurang sakit..Alhamdulillah.  Ini penangan selepas minum VeMMA.  Mudah-mudahan ada kesan positif selanjutnya... Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar mak sihat sepenuhnya macam dulu.  Mak tu belum la tua sangat.. awal 60an je.

Saya sempat juga singgah rumah bapa untuk beri sebotol juga.. Memang saya bagi sikit2 botol dulu supaya selalu saya singgah/balik.. Itulah antara taktik untuk menjadi anak solehah yg lebih istiqamah.. hihi!  Bapa lagi hebat penyakitnya.. dari gout, darah tinggi, jantung, macam2 lagi lah.. duk keluar masuk spital je!  Mudah2an murah rezeki saya untuk supply VeMMA ni sampai mak & bapa sihat dan sembuh.

Saya pula masa driving balik KL tadi, terfikir-fikir yang kaki saya yg selalu lenguh-lenguh dan ngilu ni dah tak meragam macam selalu.  Walau memandu ke sana-sini, kaki OK je.  Kalau tak... asyik nak picit2 dan nak sapu yoko2.  Macam balik yg lepas, siap kejang kat tengah jalan.  Itulah... dulu kecik2 kita tak minum susu, tapi minum kopi... sampai ke tua hehehh!

Moga2 semua mereka yang minum VeMMA ni benar-benar memperolehi penawar kepada penyakit2 tu dengan izin Allah.  Ingat, VeMMA bukanlah ubat, tetapi supplement yang kaya dengan khasiat alam semulajadi.  Selain ianya berbentuk cecair yg lebih mudah menyerap ke badan (mcm gambar tu..), ianya juga adalah produk yang dipasarkan dan diiktiraf di merata dunia.  Jangan berkira dengan harganya, kerana bila kita dah sakit, harga itu bukan ukuran.  Kos akan menjadi lebih tinggi lagi untuk pelbagai rawatan.  Mencegah lebih baik dari merawat..

Sunday, March 25, 2012

TESTIMONI VEMMA

Saya faham jika anda tidak berminat untuk mencari sendiri testimoni pengguna VeMMA, apatah lagi jika kita ni bukan peminat tegar Youtube DAN kita juga belum terdesak mencari 'ubat'.  Kadangkala juga banyak gangguan sewaktu kita tengah 'play' youtube tu kan..huhu!

Saya kongsikan beberapa testimoni bertulis mereka2 yang telah berjaya memperolehi penawar panyakit iaitu VeMMA Mangosteen Plus.  Kredit diberikan kepada website http://www.vemmanggis.com/testimony.html.

******************
 
Haji Ali Mansur
Saya tidak menyangka, setelah bertahun tahun mengidap penyakit kencing manis dengan bacaan yang melebihi 15, akhirnya saya bertemu penawar terhebat. Penyakit kencing manis saya sekarang sudah sembuh dengan bacaan normal. Terima kasih Vemma!

 
Sheila Arshad
Ayah saya menghidap penyakit gout,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagi……Sampaikan perlu makan 21 biji pil sehari dan perlu ambil darah 1 kali setiap 2 minggu..Setelah 2 bulan mengamalkan Vemma,ayah saya beransur pulih….Tidak lagi perlu makan 21 pil lagi…….Doktor juga terkejut dengan perubahan yang dialami.. Saya sendiri semakin cergas selepas mengamalkannya.

 
Fauziah Maidi
Saya telah memberi suami minum VeMMA single pack selama 4 minggu dan berat badannya turun 5kg. Rasa sihat dan cergas. Masalah kulit yang kering juga hilang.

 
Mazitah Mohammad
Sebelum ni saya ada penyakit buasir. Baru seminggu saya minum air vemma, buasir saya sudah beransur pulih.kini saya mula memperkenalkan produk vemma kepada saudara saya yang menghidap kencing manis(mohammad zafawi bin sulong). Alhamdulillah selepas beberapa hari minum VeMMA kesannya amat positif.
***********************************

Mereka hanya segelintir.. Ramai lagi yang dah kembali sihat setelah minum jus VeMMA.  Semuanya dengan kuasa ALLAH.  Kita perlu berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit, bukan hanya setakat berdoa.

Pagi ini mak saya juga sudah memberitahu tentang dirinya yang baru seminggu minum Mangosteen Plus.  Mak dah makan dan minum bermacam-macam produk dan ubat untuk sakit kakinya yg semakin teruk tu.  Kami adik-beradik sentiasa berikan yang terbaik untuk dia, dari rawatan, ubat, makanan tambahan, minyak gosok dan macam-macam.  Lepas je dapat barang ni, saya pass satu dekat mak dengan doa dan harapan dia sembuh dan boleh berjalan seperti dulu.

Mak kata badannya panas, kaki sakit, kaki yang bengkak tu gatal2 hingga keluar 'putih2' (tak pasti apa yg putih..:)).. Saya kata, mungkin sedang bertindakbalas.. Sebab lain orang, lain kesan dan respons nya pada badan.  Macam saya, untuk botol pertama, badan ni macam lemas dan rasa mengantuk je.. Kepala rasa 'high' macam nak pitam (saya memang jenis low blood, tapi tak serius).  Tapi, lutut ni dah tak rasa lenguh-lenguh macam selalu.  

So, kita tunggu untuk feedback seterusnya... Tak ada penyakit serius yg boleh baik serta-merta, mesti ambil masa untuk proses penyesuaian dan pemulihan.  Sabar dan berdoa lah!!

Wednesday, March 21, 2012

Penyakit Masakini dan Pencegahan

Hidup kita ni memang tak dapat lari dari ancaman penyakit.  Hari-hari kita terpaksa berdepan dengannya.  Keadaan alam sekitar yang sudah tidak 'bersih', pemakanan yang macam-macam, gaya hidup yang 'stressful', dan macam2.  Sehingga kita tidak pasti, apakah sebenar punca sesuatu penyakit kronik itu.  Sebab segalanya sudah teradun menjadi satu.


Kita memang tidak boleh lari.  Walau tidak suka dan takut, kita terpaksa tempuhinya.  Mujur juga dunia ini punya limpahan bijak pandai.  Ramai saintis sentiasa rajin menggali formula untuk berdepan dengan ancaman ini. Banyak juga petua-petua dan amalan orang dulu2 yang sebenarnya lebih bijak, masih ada untuk digunapakai.  Cumanya orang2 dulu amat teliti dan tertib dalam menjaga pemakanan.  Orang sekarang main bedal je (termasuk yg menulis ni..huhu).


Cuba kita tengok, penyakit paling popular di kalangan rakyat Malaysia tak kira peringkat umur.  Penyakit yang juga dihidapi oleh insan2 yang terdekat dengan saya..
  • Kanser
  • Jantung
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Gout
  • Sakit sendi termasuk lutut, kaki..
  • Sakit tulang belakang
  • Asma (lelah)
  • Sakit urat
  • Migraine - orang2 muda selalu kena ni
  • Kolestrol tinggi


Vemma, Suplemen Terbaik - diperakui oleh Physicians Desk Reference (PDR)

Jika anda mahu mempercayainya, sebagaimana orang-orang lain yang pernah melaluinya dan mula memperkenalkannya, VEMMA boleh membantu, dengan izin Allah.  Kerana ia adalah makanan tambahan yang mengandungi segala tok nenek minerals yang diperakui oleh pakar di seluruh dunia.  Selain manggis, ianya juga mengandungi teh hijau, aloe vera, kiwi dan strawberry.  Ia bukan produk syok sendiri, yang dijual hanya untuk keuntungan dan business semata2.  Vemma mempunyai 'inhouse scientist' yang sentiasa membuat kajian.  Kalau tidak, ia tidak akan menjanjikan "empty bottle money back guarantee".  Kalau ia memberi mudarat, anda boleh kembalikan dengan botol kosong, dan dapat duit kembali.
Kalau anda tiada cita2 untuk menjadikan ia bisnes, boleh je nak beli guna single pakej.  Harganya ialah RM342 untuk 2 botol dan penggunaan 1 bulan.  Saya menyarankannya kerana saya telah mendengar banyak pengakuan dari pengguna dari pesakit kanser, kencing manis, asma dan macam2.  Rasanya pun sedap dan tak perlu nak terkial2 menelannya.  Boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

Pencegahan dan Rawatan Alternatif

Kita mesti ada usaha dan semangat untuk menjauhi penyakit.  Jangan tunggu ia datang baru nak rawat.  Kerana bila penyakit dah datang, kosnya akan lebih berganda.  Masa tu, yang kita tahu ialah nak mencari ubat.  Sebenarnya saya cuba mengingatkan diri saya sendiri juga.  Saya memang rajin ambil supplement, tapi suka testing pelbagai produk.  Kali ini, saya yakin kepada yang satu ini sahaja kerana mudah ditelan dan punya testimoni yang bagus, disamping memberi peluang bisnes.

Sedaya upaya saya mengelakkan ubat terutama yang mengandungi steroid.  Semasa saya diserang penyakit kulit yang serius 4 tahun yang lepas (umpama eczema), saya membuat research kepada setiap ubat yang dr bagi.  Habis ubat, penyakit datang lagi.  Ianya amat mengganggu emosi dan menjejaskan keharmonian rumahtangga.  Semua ubat pula mengandungi steroid dan saya habis lebih RM1000 untuk 2 rawatan yg belum pasti (maklumlah, jumpa pakar terus).  Akhirnya, solusi saya ialah rawatan alternatif (masa tu belum kenal Vemma).  Begitu juga dengan Fawwaz yg susah nak makan ubat ni.  Saya memilih rawatan alternatif untuk batuknya yang berpanjangan lebih setahun.  Ubat klinik biasa langsung tak mujarab.  Rawatan tu cuma mengambil sampel DNA sahaja dan guna ubat titis yang sedikit.  Alhamdulillah, saya tak sedar bila batuk tu hilang.. 


Boleh klik atau daftar percuma di laman web http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/
Atau hubungi terus saya melalui email okeed_05@yahoo.com

Tuesday, March 13, 2012

Work From Home

Work from home mama .. is the dream of many mamas out there!  And papas too...

Betul tak?  Kalau ada yang tak suka atau tidak punya impian untuk bekerja dari rumah, mungkin hanya sebilangan kecil.  Dan yang sebilangan kecil itu, selalunya yang belum ada apa-apa bisnes atau aktiviti untuk disandarkan.  Berada di 'comfort zone'.. Belum sanggup menghadapi risiko yang pastinya sedang menunggu untuk diterjah.  Risiko sebenarnya ada di mana-mana, dalam apa jua bidang.  Walau kita kerja makan gaji pun, masih ada risiko.  Contohnya, pertukaran 'shareholder' yang membawa kepada perubahan tenaga kerja, politik dalaman yang memualkan dan adakalanya bersifat kejam, ekonomi merudum, dan sebagainya.

Konsep 'work from home mama & papa' banyak menjurus kepada ibubapa yang mahukan kebebasan waktu bekerja dan pada waktu yang sama tidak mahu terlepas pandang kebajikan isirumah terutama anak-anak yang sedang membesar.  Terlalu banyak cabaran di luar sana yang semakin membimbangkan.  Cuba kita tanya atau baca luahan hati mereka-mereka yang memilih untuk berkerja di rumah.  Jawapannya hampir semua sama.  Dan jawaban saya juga adalah begitu.  Setelah hampir 5 tahun membesarkan anak dengan tangan sendiri, memang dialah kekuatan saya untuk membuat keputusan ini.

Saya bukan baru bermula.  Saya telah mula bekerja dari rumah hampir 3 tahun lepas.  Dengan hanya menjual kuih muih sewaktu saya di Bahrain.  Sambutannya sangat menggalakkan terutama di kalangan perantau dari Malaysia, Singapura, Filipina dan India yang sama-sama bekerja dan tinggal di satu penempatan.  Aktiviti itu sangat menyeronokkan saya yang memang minat masak dan mencuba resipi. Sekurang-kurangnya saya masak dan boleh jual. Saya juga seronok kerana sesekali dapat memberi atau berkongsi makanan tersebut dengan insan lain yang juga merantau.

Saya masih meneruskan aktiviti ini walau sudah pulang ke tanahair.  Walau sekadar untuk melepaskan rindu, saya tetap seronok melakukannya kerana inilah terapi saya - masak.  Masak makanan kegemaran saya, keluarga dan kawan-kawan.  Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang sudah membeli dan menempah karipap dan kek red velvet dari saya.  Cukup memotivasikan saya untuk terus mendalami ilmu ini.

VEMMA - Nutrition for a lifetime
Sudah masuk minggu ke-2 saya menyertai VEMMA.  Satu jenama yang amat dipercayai hampir di seluruh dunia.  Melahirkan ramai insan-insan berjaya.  Insan-insan yang punya semangat yang amat tinggi dan positif.  Kerana AURA POSITIF yang melingkari minda dan tubuh mereka, maka itulah hasilnya.  Di situlah kita seharusnya berada.  Bersama-sama mereka yang positif terhadap sebarang kejayaan, cabaran mahupun kegagalan.  Tiada perkara yang tidak punya solusi.


Vemma adalah sebuah PRODUK KESIHATAN berasaskan manggis.  Jus ini sangat sedap.  Sudah pasti khasiatnya terbaik kerana itu ia tersenarai di dalam The Physician's Desk Reference.  Maksudnya, diperakui para doktor dan pakar.  Testimoninya sangat baik dari sudut kesihatan dan juga bisnes.  Di tanggung halal.  Tidak mengandungi bahan pengawet.

Dari sudut BISNES, Pasaran VEMMA sangat besar, di lebih 60 buah negara.  Kita boleh memasarkan atau memperolehi pelanggan di kesemua negara itu, jika mampu.  Di pasaran Malaysia sahaja, kita masih boleh memperolehi pendapatan atau bonus mingguan yang sangat-sangat memberangsangkan.  Namun, perlu disertai dengan KESUNGGUHAN!  Bukan skim cepat kaya... Bisnes ini perlu modal, kesungguhan dan usaha berpanjangan.  Kerana itu namanya bisnes!  Ada kerja, ada gajilah, tak boleh malas!  Tapi tak perlu menyimpan stok untuk orang.  Kerana, bisnes ini cuma memerlukan NETWORKING dari kalangan mereka yang mahukan kesihatan yang baik dan juga bisnes untuk mencapai segala impian dan harapan.  VEMMA menyediakan sistem yang baik untuk membantu kita.  KELEBIHANNYA adalah boleh dilakukan dari mana-mana.. seperti rumah, kedai makan, kenduri kahwin, di dalam kereta, dll2.  Work at your own leisure.  

Sekian untuk pagi ini...

*****************************************
Rujukan tentang khasiat jus vemma (manggis), sila KLIK SINI (E) ATAU SINI (BM)
Untuk DAFTAR SECARA PERCUMA, sila KLIK SINI

Jika anda berminat, SILA HUBUNGI SAYA .. melalui email: okeedgz@gmail.com  atau facebook http://www.facebook.com/ciksiti.as

Friday, March 9, 2012

BUSINESS PARTNER WANTED!!!

Saya mahu mengajak sesiapa sahaja yang SERIUS untuk membuat satu perubahan pada ekonomi diri dan keluarga.  Membuat satu anjakan paradigma.  Saya tidak bercakap kosong, tetapi saya mahu anda bersama-sama saya menggapai bintang sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka-mereka yang berjaya.

NOTHING IMPOSSIBLE! Saya juga asalnya sangat skeptikal terhadap bidang ini.  Tetapi tiba-tiba saya mendapat kekuatan untuk melakukannya.  Saya memang seorang yang mendahulukan keluarga walau asalnya saya sering berkata 'STRESS' kerana sentiasa terperap di dalam rumah.  Apabila saya pandang wajah anak dan keadaan rumah, saya rasa KEKUATAN saya adalah yang ini.  Saya mahu memastikan kebajikan anak dan suami terjaga.  Saya mahu rumah yang bersih.  Saya tidak suka melihat baju tidak berlipat kerana tak cukup masa.  Saya agak cerewet soal rumahtangga.  Kerana itu saya perlu masa yang banyak di rumah.  Melakukan pekerjaan dari rumah.

Ya, NOTHING IMPOSSIBLE!  Bidang 'SALES & MARKETING' memang sangat mencabar tetapi boleh mendatangkan hasil yang mengejutkan.  Saya tergamam dan teruja bila mendengar kawan baik saya baru dianugerahkan kereta continental dengan hanya 2 thn dalam bidang ini.  Dalam jangkamasa kurang 2 thn juga dia telah mendapat pelbagai rewards.  Sedangkan dulu dia agak pemalu seperti saya.  Kami jarang-jarang ambil bahagian bercakap di dalam kelas.  Lidah kami selalu kelu untuk berkata-kata..  Tetapi, dia telah membuktikan yang dia BOLEH di dalam bidang ini.  Dia membuat keputusan untuk mencabar diri sendiri setelah penat bekerja makan gaji di bank yang paling berpengaruh. Berulang-alik dari Bangi ke KL. Kerja bank kan memang penat.. pagi sampai malam membawa ke cuti umum terpaksa bekerja.  Unit trust dan e-marketing seperti Vemma ini "similar but not the same".  Sebenarnya bisnes VEMMA lebih mudah sikit sebab tak payah bersemuka dengan orang.  Bisnes Vemma iala NETWORK MARKETING yang tidak perlu menjual barang.  Walau hakikatnya, apabila bersemuka dengan prospek, ianya lebih baik.. Ikut keupayaan dan suka kitalah!!

Sebab itu saya yakin dengan bidang kerja dan perniagaan yang saya pilih ini.  Saya membuat keputusan untuk MENCABAR DIRI.  Kenapa orang lain boleh, saya tidak?  MESTI BOLEH JUGA!  Saya telan air liur tengok bonus statement upline saya.  Saya pun nak juga angka2 sebegitu.  SAYA MENYERAH PADANYA.  Dia apalagi, sungguh-sungguh ajak saya.  Sekarang, SAYA PULA AJAK ANDA!  BE MY PARTNER AND WE CAN WORK TOGETHER.  Business kit semua dah disediakan.  Tinggal nak duplicate atau cut n paste je.  JOM laa..
Saya tak segan nak kongsi beberapa goal saya, kenapa sanggup melabur wang besar (tetapi sangat kecil berbanding nak business kedai roti).
  • Saya nak selesaikan semua hutang piutang spt pinjaman pelajaran MARA (yelaa.. masa buat master, mana boleh convert ke biasiswa).  Juga bantu suami selesaikan hutang kereta saya tu (walau dia tak sebut pun.. ;D)
  • Saya mengidamkan sebuah rumah yang mengikut citarasa saya.  Tapak dan perancangan dah ada, tetapi biarlah sempat saya mengeluarkan apa yang sedang terpendam di hati ni... (maklumlah, saya ni tak pandai meminta-minta..)
  • Saya mahu mempercepatkan pemergian saya ke Tanah Suci bersama anakanda dan suami tercinta.  Jadual kami (saya & Fawwaz) sangat lama lagi.. Suami pula bakal pergi tahun ni. Sekurang2nya, apabila si kecil tu dah cukup faham dan akil baligh boleh proceed.  InsyaAllah
  • Sudah tentu saya ada 'dreamed car'.. tapi yang ini rahsia  ;D
  • Saya mahu pendapatan bulanan yang lumayan yang membawa kepada KEBEBASAN KEWANGAN dan SIMPANAN YANG BANYAK untuk masa depan
  • Yang penting, untuk pembersihan, ZAKAT yang wajib.  Jangan lupa kebajikan ibu bapa dan keluarga..
Banyak lagi yang saya fikir dan angan-angankan.. Tetapi, bolehkan kita lakukan tanpa sebarang usaha?  Sudah tentu tidak.. Kalau kita menunggu wang gaji setiap bulan, memang banyak yang tidak terlaksana.  Saya pernah melaluinya.  Lebih 10 tahun bekerja, tapi saya tidak punya apa2.  Gaji naik setiap tahun pun, masih rasa tak cukup.. atau cukup2 makan.  Nak bagi mak pun seciput je.. Macam saya, ada mak, bapa, mak tiri, nenek tiri, makcik2, pakcik2.. Semua tu saya termakan budi, tapi tak mampu nak memberi balik.  Saya yang makan hati.  Itu sebabnya kena berniaga.. Saya kena buang sikap pemalu dan menunggu.

SAYA MENGAJAK ANDA.. 
Berfikiran positif untuk memperolehi sesuatu yang amat kita idam-idamkan.  
Kalau anda dah mula letih dan bosan dengan keadaan pejabat, HUBUNGI SAYA.  
Kalau anda asyik tak cukup duit je, HUBUNGI SAYA.  
Kalau anda tak berapa sihat, asyik demam, asma, tak bertenaga, darah tinggi, dll, HUBUNGI SAYA.  
Kalau anda berfikir untuk mempercepatkan waktu persaraan, HUBUNGI SAYA.  
Kalau anda teringin nak lepak2 dan santai di petang hari bersama anak2, sambil beriadah di taman macam yg selalu saya buat bersama Fawwaz, tanpa perlu tergesa2 balik rumah nak masak, HUBUNGI SAYA.  
Kalau anda teringin nak bukti, pun HUBUNGI SAYA.  
Kalau saja2 nak tau pun boleh HUBUNGI SAYA.  
Be your own boss!  Be a CEO!  Jutawan Vemma tu muda-muda belaka.. 30an je umur mereka.  Tercabar tak? Jealous tak?  Kalau tidak, lupakan saja... Peace :)

CARA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA:
email: okeedgz@gmail.com
Tel: +6019 224 0325
Websites: 

Thursday, March 8, 2012

Aku, Vemma dan Plants vs Zombie

Kata2 di bawah ini saya perolehi dari Irfan Khairi melalui buku "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor yang dibacanya.

"mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan"

Dalam semangat yang sedang membara ini, saya suka membaca perkara-perkara yang lebih berunsur motivasi dari mendengar kata-kata yang negatif.  Walau setakat ini belum ada yang terang-terangan merendah-rendahkan semangat saya ini, pasti ada di luar sana prasangka buruk terhadap perniagaan seumpama ini.  Tak caya cuba lah google.  Mesti ada!

Tapi, kalau kita ikut kata-kata mereka yang telah terbukti berjaya, akan kita temui jawabannya.  Contohnya, ada yang mengatakan business penipu!  Dan jawabannya, kalau kita rasa ini skim cepat kaya yg tanpa usaha boleh dapat ribuan ringgit, dah tentu salah! Memanglah penipu!  Samalah juga dengan bisnes yg lain2 tu.. perlulah ada usaha.  Perlu rajin...

Dalam keadaan begini, kadang-kadang kawan dan saudara memainkan peranan.  Kawan yang baik, akan memberi galakan dan sokongan walau tak turut serta.  Paling2 mereka doa untuk kita... Kawan yang patut dijauhi ialah yang dan-dan tu cakap bisnes penipu.  Kawan yang mengetawakan kita.  Kawan yang sinis dengan semangat kita.  Kawan yang tak pernah cuba, tapi tau nak menggagalkan kita. Mungkin mereka pernah cuba dan gagal, tapi tak bermakna orang lain pun akan turut gagal.  There's nothing easy in the world!!

Takpelah.. yehaaa!! Saya masih happy sebab en abe yang paling menggalakkan usaha saya.  Dia dah balik ke Kedah ni.. baru kejap tadi saya hantar ke SkyPark Subang. So, saya akan lebih kreatif kejap lagi tanpa dia di  sisi.  Jahatkan aku!?  Iyalah.. kalau tidak berebut tempat ni je, walau lappy ada banyak.  Wahhh.. banyak?  Memang, termasuk iPad, ada 4 biji.  Abe kita pun buat sesuatu secara online bertahun2 lamanya, dah terbukti dia mampu menjana pendapatan tanpa perlu menjadi engineer semula.
Bila dia dan conquer netbook comel lagi baru saya ni, saya pun akan membawa diri ke dalam bilik dan bermain 'plants vs zombie" hahahh!  Macam ketagihan baru selepas tumblebugs dulu2...  Fawwaz pulak jadi tukang sorak.  Konon2 dia lebih terer dari mama dia ni.

Moga-moga mudah perjalanan saya ni.. Allahumma yassir wala tu'assir... Moga2 inilah jawaban untuk dhuha saya selamakini..

Kenapa Saya Join Vemma

  • Saya memang selalu membaca tentangnya melalui internet.  Sangat 'impressive'.  Saya fikir ada masa depan
  • Saya mahukan kebebasan wang dan masa
  • Saya mahu menjaga kesihatan dengan produk yang terbaik dan sangat eksklusif ini.  Harganya sangat mahal dan saya mahu mendapatkannya secara percuma dengan cara yang ada
  • Saya tidak mahu terbelenggu dengan tugas-tugas pejabat yang tiada kesudahan di samping politik pejabat yang pasti wujud (sebenarnya saya dah tak ada peluang pun sebab keluarga memerlukan saya di rumah)
  • Saya tak mahu diarah boss apalagi rakan sepejabat
  • Saya tak mau buat laporan (report) dan proposal banyak2..!
  • Saya tak mahu menongkah jalan jam di pagi dan petang hari.  Saya mudah stress nanti
  • Saya mahu melakukan perniagaan yang tidak perlu berjumpa atau menjual barang kepada pelanggan.  Cuma perlu 'promote' saja secara online atau offline sikit2.. Saya phobia jual barang
  • Segalanya boleh dilakukan dengan hanya di hujung jari.  Ada sistem bantu..
  • Kerana saya perlu mengeluarkan modal, saya perlu bertanggungjawab ke atas pelaburan tersebut.  Jadi, kenalah bekerja keras sikit.. cergaskan otak ni, please.. ;)
  • Saya mahu mencabar diri saya!!!  Berani menongkah arus.. Kerana peluang itu ada dan jangan biarkan ia berlalu pergi begitu saja.  Buang negative mindset jauh-jauh!!
  • Saya mahu mengubah diri saya yang semakin 'lena' ini.. Saya bimbang saya menjadi malas dan kehabisan wang simpanan
  • SAYA NAK JADI SIHAT DAN KAYA!!! Dan boleh membantu insan lain nanti...

Wednesday, March 7, 2012

Khasiat Supplement Vemma



Anda perlu mengambil:
  • 2.66 biji oren untuk mendapatkan Vitamin C
  • 9.6 buah avocado untuk mendapatkan Vitamin E
  • 3.09 jambak brokoli untuk mendapatkan Zat Besi
  • 55.55 biji telur untuk mendapatkan Vitamin D
  • 1.78 cawan bayam untuk mendapatkan Vitamin A
  • 3.88 cawan kacang pea untuk mendapatkan Thiamin
  • 19.76 biji pisang untuk mendapatkan Riboflavin
  • 62.5 auns keju cheddar untuk mendapatkan Vitamin B 12
  • 5.14 biji ubi kentang untuk mendapatkan Niacin
  • 61.54 cawan tomato untuk mendapatkan Asid Folic
  • 2.46 biji tembikai untuk mendapatkan Vitamin B 6
  • 37.17 ketul cendawan untuk mendapatkan Asid Pantothenic
  • 17.89 auns buah ceri untuk mendapatkan Nilai ORAC

yang ada di dalam 2 auns Jus Manggis Vemma

Sumber: USDA Nutrient Data Laboratoty, High ORAC Foods May Slow Aging - Agricultural Research Service, Februari 1999

Tuesday, March 6, 2012

Jom Bekerja Dari Rumah

Petang ini, setelah berbulan-bulan saya memikirkan, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai Vemma.  Saya sendiri yang mula menghubungi melalui email Siti Hajjar (kini upline saya), yang berpangkat 'Executive' di Vemma Malaysia.  Bukan eksekutif macam kat ofis tu ye chek.. tapi ni pemimpin ranking ke-6 dari 12 yg ada.. :)  Kemudian kami pun merealisasikan perjumpaan pada petang ini di McD TPM.

Ya! Saya kini sudah melangkah ke dunia business yang tidak perlu untuk 'terhegeh-hegeh' nak jumpa orang!  Saya phobia nak menjual barang kat orang.  Tapi yang ini, saya cuma perlu buat sambil melayan FB, blog dan lain2 di sini.

Berniaga Vemma ni dibantu oleh sistem auto-responder.  Ianya juga boleh dilakukan secara part time atau full time, ikut kehendak kita sendiri.  Ianya juga buka skim cepat kaya atau skim tunggu wang turun dari langit.  Mestilah nak kena ada usaha.  Kalau rajin macam upline saya dan rakan taulannya tu, pasti dan2 tu anda akan rasa nak berhenti kerja.  Boleh join korum saya yg memang dah berhenti ni.

Vemma adalah produk kesihatan.  Kita beli, kita makan sendiri (atau beri kepada ahli keluarga, rakan2, dll).  Sapa yg nak beli, kena buat macam kita juga.  Silalah jadi DOWNLINE ku.. :D  Kalau rasa tak yakin lagi, sila google akan kehebatan Vemma dan skim ini.  Lepas tu silalah jadi DOWNLINE saya juga.. hehehe!  Kita boleh sama-sama bekerja dengan tanpa gangguan orang lain.. tanpa politik pejabat yg menjadi2.. tanpa perlu pening memikirkan anak2 dan keluarga di rumah.  Kan ini pekerjaan idaman ramai wanita???

So, kalau malas nak google, saya link kan pada website yg lengkap info nye ni.  Bila dah terbuka hati, bolehle PM saya ye!!  JOM KAWAN2... JOM! JOM! JOM BERSAMA VEMMA!!!!

Akan datang saya akan cerita tentang testimoni, plan dan sebagainya ye.  Saya tengah bersemangat ni!! Bye..