Pages

Showing posts with label Fawwaz. Show all posts
Showing posts with label Fawwaz. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Blog Bersarang...dan LEGO punya cerita

Huarghh... lamanya tak masuk ke rumah ni! Adalah juga percubaan beberapa kali, tapi terhenti sekerat jalan. Yang sebenarnya takde cerita menarik untuk disembangkan...

Petang ni saya berehat panjang sampai dungu rasa otak ni. Merasa tidur tanpa gangguan di depan TV waktu sinetron. Biarkan sinetron yang tengok mak je.. hehe. Bangun-bangun baru terasa lapar. Mujur dah masak nasi dan ada lauk sambal hitam yang saya beli dengan adik ipar. Biasalah, kalau abe takda di rumah, akak umpama budak spoil yang malas tu. Cukup sekadar bersihkan rumah.. lepas tu merdekaraya dengan si bujang sorang tu.

LEGO

Kisah si bujang yang obses Lego tu... Buka mata je, selain cakap taknak sekolah, ialah "beli Lego baru..". Ingat mak dia ni toke kedai Lego ke apa... hehe. Tapi sejak dapat beberapa set Lego baru, tahap kerajinan dan motivasinya agak meningkat. Kalau nak Lego baru lagi, kena rajin belajar.. Maka adalah peningkatan pada dirinya.. menulis, membaca/mengeja, mengaji, dan lain2. Barulah ummi dan abi dia semangat nak mengajar. Tapi bab mengajar, umi serahkan je kat abi dia yang lebih melekat pada sel-sel otak Fawwaz. Yang mak dia ni agak tere mengajar ialah cara urus diri, matematik dan mengaji (doa dan hafazan), lepas tu baru seminggu ni dia minat nak baca Iqra'. Heiii... makan tahun dah nak ajar Iqra' ni. Takpalah, better late than never..huhu.

Apa-apa pun, Lego memang banyak merubah Fawwaz punya attitude kebelakangan ni. Kami jadikan ia sebagai reward atau kemajuan dia. Dr psikiatris yang baru lepas kami jumpa pun setuju dengan cara ni. Moga2 sel2 otaknya akan sentiasa berhubung.. Minggu depan dah nak periksa. Harapnya boleh dapat no.1 lagi.. hihi.








Wednesday, September 3, 2014

Sarapan Bersama Fawwaz

Pagi ni Ahmad Fawwaz hero saya tak banyak ragamnya bila bangun tidur.  Selalu pun takda ragam, cuma kadang mak ni kurang sabar bila dia asyik cakap tak mau sekolah. Trauma mak.. hehehe!

Hari-hari ucapan bangun tidurnya "tak mau sekolah!"
Lepas tu ummi akan jawab selamba "ya.. hari-hari tak sekolah..". Sambil tolong bukakan bajunya.

Tapi sebenarnya itu sekadar ucapan dia. Bila dah mandi dan gosok gigi, terus macam dapat ubat. Elok je pakai baju dan sarapan. Dia acah je kesabaran mak dia yg memang kurang sabor nih..

Sekarang, setiap pagi mak akan sediakan 2-3 jenis makanan. Jadi akan suruh dia buat pilihan sendiri mana yang nak dimakan sekarang dan dibuat bekal ke sekolah. Hari-hari kena bawa bekal sebab belum pandai beli dan mak malas nak menjenguk ke kantin waktu rehat. Jauh. Lagipun, setakat ni dia lebih suka kuih muih mak buat terutama pau yang lembut hingga ke petang tu. Pening juga nak menvariasikan makanan tu sebenarnya sebab bukan semua dia suka. Takkan pagi ke rehat makan pau!

Dalam seminggu dua ni nampak citarasa dia ada improvement. Ada penambahan dari segi pilihan, tapi ada juga yang dah ditolak iaitu burger. Tak mau dah dia.. jemu la tu. Air soya je yang belum jemu2.  Jadi, latihan membuat keputusan untuk Fawwaz bermula seawal pagi nak ke sekolah iaitu memilih makanan. Hehehe... maaakan je kan..


Pagi ni gorengkan karipap dan nuggets. Nuggets ni kadang dia makan dan kadang tak mau... dan memang mak jarang beli.  Tapi hari ni Fawwaz pilih nuggets untuk makan di rumah. Pau masuk bekas utk bekalan. Karipap tak laku .. hehe. Sebenarnya semalam dah bawa karipap ke sekolah.. Pau pulak setiap hari kena kukus at least 2 biji untuk dia. Mak cukup sekadar tengok anak makan dengan gumbira.

Esok mungkin putaran makanan yg sama.. Pening dan jemu mak, tapi asal anak suka. Alangkah bagus kalau dia mau makan macam2.. mesti mak buatkan bento yg lebih mengiurkan. Hehe.. sekadar kongsi cerita yang biasa-biasa..


Wednesday, August 6, 2014

Sambutan Hari Raya Fawwaz (SKSAT)

Pagi ni mak join anak bersosial di majlis aidilfitri... Walau kepala ni berserabut nak fikir banyak benda sempena majlis kecil aidilfitri di rumah ni nanti, mak pergi juga.. Boleh hilangkan stress tengok gelagat anak2 istimewa kat sana. Sejak Fawwaz bersekolah di situ, hati mak semakin dekat dengan anak2 istimewa pelbagai kategori ni. Sesekali bersembang dengan segelintir mereka walau sebenarnya tak faham apa mereka cakap.. hihi.

Fawwaz memang tak mesra kawan2.. tapi dia suka bila outing macam tu. Dia suka berada dekat kawan2 dia tu walau tak pandai menyuarakan. Sebagai mak, kita ni boleh baca riak mukanya. Dari sebelum tidur, sampai dah bangun, mandi dan menyarungkan T Shirt berwarna kokonya. Happy saja tak macam selalu, yang banyak alasan. Kalau tidak, ayat mula2 keluar ialah "hari2 tak sekolah..." atau " tak mau sekolah!!!".

Tadi ada sambutan hari lahir sekali untuk pelajar yg lahir dari bulan 2 - 6. Jadi, Fawwaz termasuklah dlm kategori tu.. Walau tak meloncat2, taulah yg dia suka sesangat dan tak sabar nak buka hadiah. Sampai je di rumah, mak pun tolonglah buka... dapat frame gambar kaca. Dia tak pegang ketat, tak mau bagi mak ni simpan ke. Tapi hati mak mmg tak boleh challenge sebab rasa tak best ja.  Memang punnn... Demi mak ni keluar je, nak ambil barang di kereta, terdengar dia terjerit2. Jari dah berdarah sambil dia pegang secebis kaca yg pecah.. Mak pun terjerit kuat sebab TV pun sound kuat sangat. Nak bagi dia dengar...

Masuk je rumah, bertaboq la kaca sana sini.. Frame gambar dah kat atas lantai.. Mak jerit tadi sebab dia duk sibuk nak kutip kaca2 tu walhal jari dah luka.. Mungkin kesal + takut. Terus dia lari ke dalam bilik dan tutup pintu. Mak masuk macam gergasi, terus paksa dia cuci.. Pedih wehh.. kuat gak dia meronta tapi mak lagi kuat.. Akhirnya settled... Kasi antiseptik + plaster. Baru dia tau bahaya kaca tu.. Kesian jugak sebenarnya hadiah dah pecah.. Takpa la nak, dah tak rezeki. Nanti umi ganti dengan hadiah yang tak fragile nah.. Doodle board ka... hehe.









Muka sedih... huhu

Friday, July 11, 2014

Nostalgia Raya Pertama Fawwaz,,

Aishhh... tiba-tiba nak syahdu syahdan hari raya.. sabor sabor...
Tambah2 mengenang jauhnya perjalananku nanti.. dari Jitra ke Sabak Bernam.
Drive sorang2, bersama co-pilot kecik..
Ngantuk sorang2... maklum puasa
Ya, itulah aku setiap tahun..
Demi keluarga tercinta di kampung halaman
Hidup ini memang penuh misteri... hehehe! (gelak pulak!)

Bila membelek2 gambar lama, nampak gambar Fawwaz waktu rayanya yang pertama.. (his first time Raya). Masa tu dia baru nak masuk 4 bulan.. Mukanya masih lain..

Flight berdua je dari S'pore ke KL by shuttle bus (SIA) yang selalunya dapat seat at the last minute.. berlari2 anak menuju ke gate lepas dapat boarding tiket.. mcm nak nangis pun ada. Tapi baby carrier macam ni sangat praktikal berbanding stroller..

Mula meniarap sendiri sehari sebelum masuk 4 bulan.. raya pertama 2007

Our first Hari Raya celebration together in 2007.. Very sweet memory.. love love.
Esok nostalgia lain pula... gud nite.. hihi!


Saturday, June 21, 2014

SEKOLAH GANTI

Hari ni ada sekolah ganti.. Lebih 15 minit mak meneman anak di bawah gazebo, hanya 1 orang je murid pendidikan khas yg sampai selepas tu. Nampak gaya kebanyakannya bakal tak datang... Pagi ni pulak Fawwaz tak banyak ragam nak ke sekolah. Langsung tak sebut 'tak mau sekolah' macam hari-hari lain. Sambil menunggu, mak memerhati tingkah lakunya. Duduk diam bersila, kadang-kala menongkat kepala... mcm fikir masalah dunia je... hehe! Syukur, sejak di SKSAT dia boleh duduk diam. Sebelum ni, di sekolah2 lain, dia suka berlegar2 tak duduk diam, kadang2 tak mau masuk kelas. Sampai doktor sarankan pengambilan ubat.

Semoga Allah permudahkan kami untuk menjaga anak-anak syurga nan istimewa ni dan juga permudahkan guru2 mereka..

Tunjuk gigi yang baru tercabut sendiri... hehe
Rindu zaman ketembamannya..


Friday, June 20, 2014

HAPPY BIRTHDAY FAWWAZ,,

Sekejap je... hari ni dah 19 Jun. Sampai terlupa nak update pasal birthday anak tunggal mak, Fawwaz... Dah lewat 5 hari.. Mungkin mood menulis ruang ni agak ke laut. Seperti kebiasaan, kami celebrate serba ringkas saja. Bertiga dengan abinya... Bila ditanya nak makan apa, dia cuma sebut KFC... hehehe! Kalau nak tau, KFC ni pun dia boleh makan dan telan tak sampai setahun.

HAPPY BELATED BIRTHDAY MY SON.. Ummi sangat2 sayang Fawwaz.. Doa ummi buat Fawwaz sentiasa meniti di bibir, apatah lagi di hati.. Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi Fawwaz di dunia dan akhirat. Yang lain2, biarlah ummi simpan di dalam hati. Biarlah Allah saja yang tahu..


Abaikan background yg comot tu... Fawwaz happy sangat bila disuruh tiup lilin dan potong kek..

Sempat buat ni je utk kudapan kawan2 dan cikgu,,, Tak habis bakar,  oven dah blow out..
dan ini... Tat nenas mama


**********

Birthday beberapa tahun lepas, sambut di kampung.. Suka tgk gambar ni..

Monday, May 26, 2014

Fawwaz & Periksa

Semalam sepatutnya Fawwaz balik sekolah pada pukul 1.15 tgh. Tapi macam biasa, mak selalu nak sampai awal. Ini memang dah jadi mindset mak, sentiasa awal dari masa yg ditetapkan. Sempat duduk2 di gazebo sambil mencuri dengar perbualan ibubapa anak2 lain. Hari ni ada sambutan hari guru di sekolah. Jadi, masing2 bercerita pasal hadiah... juga peperiksaan yang baru habis.

Rupa2 nya guru kelas nampak kehadiran mak ni. Terus dipimpin Fawwaz keluar. Ni yang best kelas khas ni. Asal ada ibu bapa ambil, dah boleh keluar terus. Saya berbual sekejap dengan ustazah (guru kelas) tu. Mula2 dia cakap Fawwaz lena di kelas.. Mmmm.. memang patut pun sebab dia bangun semalam sebelum pukul 5 lagi. Panas sangat kot, tak selesa tidur. Aircond bilik masih belum ada orang nak pasang.

Satu demi satu topik.. sampailah saya bertanyakan pasal periksa. Rupa2nya Fawwaz pun ada periksa bulan ni.. hehehe! Boleh mak tak tau? Memang nak kena tarbiah mak ngan apak ni.. Memang fail. Tapi sebenarnya pertanyaan tu ada, cuma tak terzahir kat cikgu. Sebab budak2 istimewa ni tak sama syllabus dengan yang normal.

Apa-apa pun mak lega bila dengan ustazah cakap.. Fawwaz mau jawab soalan2 tu. Dorang tu pun sebenarnya tak dipaksa untuk menduduki peperiksaan. Dan yang paling mak suka, ustazah cakap kertas agamanya dapat 100%. Hihihi... macam tak caya. Iyalah, walau apa pun bentuk soalannya, yang penting dia mau buat.

Sebab di rumah, asyik main game je. Bila mood elok je, mak selit2 suruh buat itu ini. Kadang mengaji... baca alfatihah, surah lazim yg pendek2 tu.. kadang suruh tulis angka.. Macam petang semalam, mak ajak dia menguli pau, makanan favourite dia. Memang dia suka.. Cuma bila dah nak masuk inti tu, mak tak bagi pegang walau dia nak buat. Mungkin lepas ni nak ajak dia buat cookies, macam suka je dia...


Thursday, May 22, 2014

OKU Cards and TM Benefits

Dengan TM ni, macam2 pakej akak dah rasa..
Sejak balik M'sia 2012, akak dah pernah melanggan Unifi masa di Bukit Jalil.. semua baik saja, no complaint. Sesekali buat hal, call customer service, masa tu juga baik.. Lama2 akak pun pandai sendiri, tak perlu call...

Pindah ke Kedah, terpaksa tukar pakej Streamyx... takde HyppTV dah. Menderita dgn TV Astro je sampai terpaksa pakai TV free je.. Line wifi tetap cantik...

Pindah ke rumah baru, maintain pakej yang sama sampailah kad OKU Fawwaz siap.. Entah macamana, terbaca pasal pakej OKU. Pergi ke TM Point, tanya, terus tukar.. cantikkk. Murah tapi untuk internet je.. line telefon kena apply asing. Kena bayar sewa bagai.. tapi masih tetap murah dari yang asal. Yang peliknya, dari discussion dengan member2 senasib yang lain, ada yang tak dapat kemudahan ni.. huhuhu. Memang dah rezeki kami kot...

Sayangnya, sejak pindah ni line selalu meragam terutamanya internet. Tapi, sejak complaint yang terakhir, terus elok sampai kini... stabil je. Elok internet, telefon pulak meragam. Dah dekat sebulan tak boleh guna, baru sempat nak complaint. Kontraktor datang sekali, problem tak solved. Call 100 balik.. Tadi depa datang lagi, check telefon set pulak. Memang rosak lah..
Asalnya macam taknak bagi set baru sebab katanya warranty cuma setahun. Katanya lagi, warranty modem & telefon tak sama... Lepas tu alih2, dia suruh kawan dia ambil set baru.. Rupanya dia tengok kertas, pakej lama dah ubah... sekarang sudah jadi lifetime warranty. Maknanya, untuk modem + telefon kalau rosak bila2 pun masih boleh tukar percuma. Yehuuu...

Setakat ni, selain dari hal ehwal persekolahan, inilah faedah pemegang kad OKU yang kami nikmati. Kalau pasal sekolah, selain elaun yg mak ni masih blur dapat berapa tiap kali masuk, dah masuk ke belum, uniform (T'shirt dan vest) pun dia dapat percuma. Kadang2 dia balik sekolah, dapat duit belanja yang mak ni malu nak tanya pasal apa. Fail betul mokcik! Sekarang, benefits dari TM ni mak memang suka. Memandangkan dia pun perlukan internet pada kehidupan hariannya.

Teringat keluhan seseorang bila saya sebut pasal kad OKU Fawwaz... Pemikirannya masih agak skeptikal pasal kad tu. Ramai orang fikir kad ni untuk orang yang kekurangan dari segi fizikal.. mungkin juga mental. Atau mungkin dia terlalu sayang dan tak mahu Fawwaz berada dalam kategori tu.. Namun mak tetap positif. Kalau orang bising2 kerajaan bawak panda jutawan datang Malaysia, kenapa perkara murni macam kemudahan OKU yang kerajaan sediakan tidak kita hargai dan ambil?


Sunday, May 18, 2014

Bila Fawwaz Tidur Awal..

Keluar je ummi dari bilik lepas solat dan mengaji, nampak Fawwaz dah lena kat atas sofa. Usik camna pun dia tak sedar. Memang ngantuk sangat la tu.. Mana tidaknya, pagi tadi dia bangun awal subuh lagi.. sebelum pukul 6. Ummi masuk toilet je, dia dah meresah-resah.. Bila keluar, mata dah besar.. Petang lak tak rehat. Kejap depan game, kejap terlompat2..  Tapi ummi tak rasa bersalah sebab petang tadi lepas asar, dia sempat minta burger... Kiranya tidur dengan perut tak lapar, walau tak minum susu lagi macam selalu.

Tapi bila dia tidur awal ni, mulalah ummi terasa sunyi. Tunggu abi, lambat lagi tiba.. Jangan pulak nanti dia jaga waktu orang lain nak tidur. Bila sunyi, ummi pun mulalah browse gambar2 lama.. Zaman Fawwaz baby.. Tinggal mengimbau kenangan je la.. Nak ada baby lain, badan dah tak mampu... tulang temulang dah macam nak patah.. huhuhu.







Gambar terkini... imaginasi setiap kali nak tidur

Friday, April 18, 2014

Permulaan Satu Perjalanan

Tinggal sehari lagi nak tinggalkan rumah... Esok dah nak bertolak ke Sabak Bernam, bermalam di situ, langsung esok paginya bertolak ke KLIA. Banyak perkara perlu dilakukan hari ini.

Seawal pagi akak dah bangun dengan penuh semangat. Alhamdulillah, dapat melaksanakan yang wajib dan sunat. Segalanya mampu dilakukan dengan lancar mengikut kemahuan sendiri bila cuma berdua dengan Fawwaz di rumah ni... Itulah sebenarnya rahsia nikmat Allah yang kebanyakan orang lain tak sanggup menerima. Itulah kecintaan yang Allah beri sebenarnya dan cinta insan pula merupakan bonus yang tak ternilai. Heheh... mendalamnya.

Sebelum solat Subuh tadi akak dah tanak nasi. Memang lapar perut ni sebab malam tadi cuma makan makanan tak berkualiti. Jadi, breakfast tadi makan nasi macam nak ke bendang. Lepas tu terus keluar mencuci kereta dan porch. Masa nilah nak keluarkan peluh dan toksin dalam badan. Masuk dah pukul 9 lebih. Sambung pula bagi anak makan dan menyapu bahagian dalam rumah. Mujo rumah akak comel je. Kalaulah macam banglo dan semi-D kat sebelah ni, mau akak rotate 2 hari... hahaha! Dasar!

Dah keringkan peluh, kemudian mandi, barulah sedap nak hirup nescafe panas. Tapi macam lapar je lagi.. Saborrr... Nak maintain badan memang kena ada disiplinnya. Jangan marah... :P  Tapi, sebenarnya kejap lagi akak nak baking chewy gooey brownies yang dah lama tak buat tu.. ;)

Sambil2 mengadap laptop hak milik abe ni, bersembanglah mak ni kat anak yang sebuk sangat main game kat sebelah tu.

U: Esok umi dgn abi nak pergi Mekah... Fawwaz dengan mbah...
F: Ya... Fawwaz tinggal dengan mbah..
U: Fawwaz jangan nangis ye..
F: Tak... Fawwaz tak nangis..
U: Baguss... good boy!

Yang pertamanya, anak syurga ku ini dah boleh diajak bersembang secara 2 hala. Dan yang kedua, dah tertanam dalam mindanya yang dia akan ditinggalkan dengan mbah (nenek) a.k.a makcik akak.

Semoga selamat perjalanan dan permusafiran kami esok dan seterusnya. Dari Jitra - Sabak Bernam via Changkat Jering/Beruas - KLIA - Saudi (Mekah).

**********************
Minggu ni Fawwaz dah dapat uniform khasnya. Vest dan tie untuk dipakai hari Ahad, Selasa dan Khamis. Segaknya anak umi... :)


3 helai T Shirt berwarna biru mcm gambar ni untuk dipakai hari Isnin, ungu untuk hari Rabu dan coklat untuk lain2.

Oooo... cantiknya! Kata Fawwaz kejap tadi... hihihi

Thursday, April 10, 2014

Ku Bersyukur Atas Anugerahnya...

Gambar ihsan google

Pagi tadi, sampai saja di porch dan menarik 'hand brake', telefon saya berbunyi. Ada message masuk...
"Han, hari ni tajuk MHI mengenai autisme.."  Text message dari makcik di kampung.

Hajat mula2 nak sapu porch yang bersepah dengan tanah tu. Maklum saja, musim hujan ni duk lalu pulak jalan tanah merah dan lalu di bawah pokok2 getah... hahaha memang adventurous kaedahnya! Tak jadi nak menyapu, terus meluru masuk ke dalam dan on TV. Mungkin baru berlangsung. Tapi pagi ni, sepanjangnya memang pasal Autisme. Cuma adalah slot Dato Maslan kejap tadi.. lepas tu sambung balik sampailah pukul 9.00 pagi.

Penuh semangat saya menonton... dapat ilmu sikit2. Sayu pun ada, sebak, gembira, dan macam2. Akhir2 tu senyum bila tengok 3 remaja autis menyanyi lagu P Ramlee. Kalau Umar tu, dah memang agak kerap performance dia di TV3 tu.  Terima kasih TV3. Tahniah Dr Hasnah Toran. Terima Kasih juga kepada Datin Seri Rosmah..

Mmmm.... memang banyak perkara yang saya dah lalui. Kalau boleh nak ulang2 cerita. Penuh babak, banyak fasa... Timbul perasaan menyesal atau menyalahkan takdir tidak pernah ada.. Melainkan letih, stress, lonely, suspen, question marks... gembira sudah pasti ada. Letih dan stress bila berhadapan dengan ragam dan tak mencapai KPI yang diletakkan dalam satu-satu perkara dan tahap umur. Lonely bila terpaksa memikirkannya sendirian dan langsung tak dapat bersuara apatah lagi berbincang. Suspen bila nak menaiki kenderaan atau berhadapan dengan orang ramai apalagi yang asing. Gembira bila sentiasa bersama dan nampak setiap pencapaian tak kira cepat atau lambat, besar atau kecil.

Hari ni lebih bersemangat dari hari semalam. Dan hampir di hujung waktu abi menelefon memberitahu pasal slot hari ini. Itulah sebenarnya antara goal saya.. bila insan yang paling penting, bersama2 menyedari dan menerima akan hakikat sebenar ujian Tuhan ini. Barulah takde satu pihak terluka dan lonely. Memang sukar nak menerima bila ada perbezaan. Walaupun umi ni tak berapa hebat ilmu dan praktisnya, umi akan sentiasa berdoa yang terbaik buatmu wahai hero umi... Rindu sangat dan rasa nak cepat2 keluar ambil Fawwaz dari sekolah.. :)


Wednesday, April 9, 2014

Fawwaz Nak Kena Tinggal..

Lama juga tak update apa2 di laman yang satu ni. Semakin hari semakin menurun prestasi akak ni. Mood nak bersembang tak berapa nak meriah. Tiap hari, bangun pagi, hantar anak, balik buat kerja rumah, keluar balik dan terus ambil Fawwaz di sekolah.. Selalunya mak paling awal sampai dan dikesempatan tu akan buat sedikit aktiviti membaca buku di dalam kereta.. dalam 15 minit.

Bila Fawwaz dah balik je, terus dia akan tuju ke netbook akak. Mak ni pulak sibuk itu ini, termasuk kebajikan dia dan abi dia bila ada, langsung lepas tu melepak depan TV.. Itulah masa nak rest sampai 4 petang. Tau jelah cerita apa yg ditunggu... yg tengah meletop dan nak abis pun minggu ni.. Be careful with my heart.. kihkihkih!

Merudum sama ialah aktiviti baking akak tu.. Memang dah malas nak buat update apa2 atau marketing. Inilah yg tak boleh dijadikan contoh...

Minggu ni jadual appointment Fawwaz agak meriah. Tapi mak dah padam yang dengan paed sebab macam tak berapa membantu.. maaf katalah. Jumpa Psikiatris pulak... dapat kata2 perangsang dan Dr kata Fawwaz memang improved sangat. So, next appointment dalam 5 bulan lagi. Masuk OT, teacher kata Fawwaz malas nak bagi komitmen. Penatlah, itulah, inilah... Memang kebelakangan ni dia macam tak happy nak pergi rawatan OT. Sama juga tadi masa Speech Therapy. Selain therapist yg macam dapat panggilan lain, masa pun dah melepasi pukul 12 tgh, menunggu giliran hampir 3 jam, maka sesi tadi tak memberangsangkan. Tumpuan Fawwaz pun agak ke laut sampaikan kerusi pun dia tak tau nak sebut..

Tapi sebenarnya, bahasa sembangnya semakin baik. Kadang umi gelak seronok bila dia cakap "saya.... saya...". Itu rasanya dia dapat di sekolah. Kemudian, bertahun bersabar dengan kerenahnya tak mau gosok gigi, sejak penggal baru ni, dia dah rajin gosok gigi. Sayangnya, gigi dah rosak dan kehitaman, memang tak boleh nak tolong. Mulut je wangi sikit... huhuhu.

Minggu ni juga mak dah submit surat untuk minta cuti selama 2 minggu dari Guru Besar.  Sebabnya, Fawwaz nak kena tinggal di kampung dengan mbah mama a.k.a makcik akak.  Abi dengan ummi dapat seruan nak tunaikan umrah.. In shaa Allah pada 20 April hingga 1 Mei nanti. Kejap je lagi.. tapi kursus pun tak complete umi ni. Hari tu sempat attend bab ke Mekah je, ke Madinah pula nampaknya tak dapat. Abi takpelah, baru balik Haji. Mak Andak pun dah hajjah.. Jadi, umi bakal mengekori mereka je gayanya nanti... Tapi ada juga umi masuk kelas2 anjuran ustaz lain. Ni baru je tamat baca buku panduan umrah dan ziarah.. Lepas ni, nak mantapkan lagi pengetahuan tentang doa, solat dan lain2.

Moga2 kami mendapat umrah yang maqbul...

 Bag dari Andalusia Travel & Tours dah sedia..

Menggayakan tudung bidadari dan arm socks hasil tangan senior masa sekolah dulu... sangat selesa dan akak kelihatannya bertambah saiz beberapa inci... kekeke.

Ini pun tudung hasil tangan Kak Norina... selesa sangat. Dan lihatlah perbezaan diriku bila pakai spec dan camera 360...  Esok rasa nak beli wonder glow gitu... muahahah..

Friday, March 7, 2014

Fawwaz Kena Marah & Aktiviti Sekolah

Beberapa minit lepas saya memarahi Ahmad Fawwaz.. Tiba2 suara ni terlebih pitch dari selalu. Rasa geram bila sedari pagi tak mahu makan walau disuakan pelbagai pilihan melainkan nak minum susu sahaja. Cawan demi cawan demi kotak.. Susu plain, ke strawberry, kotak kecil kotak besar.. Maklum, ada macam2 stok hujung minggu. Sekarang ni susu pujaannya ialah susu jenama Dutch Lady dan juga air soya tak kira jenama. Soya tu rasanya ranking pertama, mungkin sebab lebih manis.

Yang buat saya high pitch tadi, dalam diam dia ambil sekotak air strawberry. Selalunya dia minta izin dulu. Bukan kedekut, tapi saya cuba terapkan padanya, setiap apa pun yg dilakukan kena beritahu, tanya atau minta izin. Selain untuk melatih dia lebih bercakap. Dan belum pun habis air strawberry tu, dia dah tak nak dan minta susu plain dalam cawan pula. Mak pun sound kuat dan dia terkulat-kulat, terkebil-kebil. Kesian tau sebenarnya. Bercampur ngan simptom2 pre-menstrual la kot... huhu.

 "Lepas ni no more air (susu) kotak strawberry!!!" Ehehh... pasal tu pun nak marah beria!
Cepat-cepat dia bangun dan capai semula kotak tu dan minum sampai habis..
"Dah habis..."
"Haa... macam tu lah. Good boy mesti habiskan minum.."  Puji balik
Umi pun panggil dia dekat dan hugs & kiss... puji lagi... berdamai
Dan yang paling umi rasa nak nangis bila dia kata "umi jangan marah..."
Sejak pandai cakap Melayu ni, kata-katanya lebih menyentuh... Tak sabar rasanya nak bawa balik kampung dan tunjuk kat mbah mama & babah Fawwaz yang terkini. Sabar je tunggu cuti sekolah nanti...

Gambar aktiviti luar kelas yang lepas.
Bowling di Jitra Mall... Umi as always, escort Fawwaz ke mana2 walau hari tu umi penat dan ngantuk sangat sebab berjaga sampai awal pagi dan seharian sebelum tu mengadap oven dan kek

Selain eye contact, dia dah boleh pose elok2 bila umi snap gambar :D

Berkumpul dulu depan kedai sementara tunggu kawan-kawan dan kompleks buka.. 

 

Nama je ada kat screen tu.. hakikatnya umi, cikgu dan kawan-kawan tolong main kan.. Fawwaz tiba-tiba kata "I dont want bowl.."


Sunday, February 23, 2014

Peluang Membuat Keputusan


Mood Fawwaz ke sekolah semakin baik.. Dia dah tak marah2 kalau disebut perkataan ke sekolah. Biasanya dulu dia akan respon "I don't want sekolah..!". Sekarang dia akan cakap "Fawwaz sekolah..".  Dan tadi umi dengan bangga beritahu cikgu yang dia sekarang seronok nak ke sekolah. Perubahannya nampak sangat. Dalam waktu yang sama, umi nak cikgu merasa turut seronok.

Sekarang ni kalau nak ke sekolah umi akan tanya dia dulu.. dan buat keputusan.. contohnya:

Umi: Esok Fawwaz nak breakfast pau ke roti?.  (Ini dua jenis makanan pagi yang dia paling suka waktu ini..)
Fawwaz: Pau...  (Malam tadi dia jawab macam tu)
Umi: Nak bawa air soya ke air kotak strawberry..?
Fawwaz: Air soya..

Jadi, pagi ni umi tanyakan sekali lagi waktu menyediakan sarapan..
Umi: Pau untuk makan ke bawa ke sekolah?
Fawwaz: Bawa sekolah..
Lebih kurang macam tu lah bunyinya.. Jadi, kenalah sediakan roti dan susu untuk breakfast di rumah

Umi: Roti nak jam kuning (kaya) atau yang ni?.. Umi tunjukkan peanut butter stripe
Fawwaz: Yellow jam...
Kadang-kadang umi tanya nak sandwich atau roti jam... Hari-hari kena tukar ayat.. hehe!

Mmmm... macam tu lah antara dialog harian kami. Kesannya saya rasa dia lebih seronok... Dan dalam setiap perkara yang melibatkan dia akan saya tanyakan dulu pendiriannya sendiri. Itulah cara saya untuk membina keupayaannya membuat keputusan atau lebih berfikir.

Sampaikan nak keluar rumah pun tak jadi kalau Fawwaz dah buat keputusan tak mau keluar... huhuhu! Yang ni lah mak lomah sikit...

Aktiviti dengan abi kelmarin.. hari cuti. Tang riadhah outdoor ni memang kelebihan abi... :D

Abi & Fawwaz buat drift... hihi

Khemah abi yang dah berusia lebih 30 tahun... beli masa abi study kat UK dolu2..


Wednesday, February 12, 2014

Fawwaz & Sukaneka

Pagi tadi saya menemani Fawwaz ke Taman Tema Darulaman untuk berjogging dan bersukan dengan murid2 pendidikan khas yang lain. Ini merupakan salah satu aktiviti luar untuk dorang. Shhh... mak sendiri dah lama tak jogging kat situ. Dah setahun rasanya.. Samalah dengan abi.. Dulu bukan main rajin jogging. Sejak rumah siap ni, langsung tak jejak. Pagi tadi, abi pun pusing 1 round sebab nak tengok Fawwaz.

Waris kena temankan sebab Fawwaz masih dalam percubaan 3 bulan. Jadi, mesti nak kena escort. No problem... Lagipun memang saya enjoy tengok budak2 tu. Anak2 yang perlukan perhatian extra dari kita ni, esp guru-gurunya.

Alhamdulillah... tak terkata syukurnya diri ni. Melihat perkembangan Fawwaz hari ni... Langsung tidak membuat kerenah malah enjoy dari mula sampai akhir. Cuma bila dah dekat habis sesi tu dia mengadu penat dan kurang bekerjasama dalam menyiapkan tugasan terakhir.

Sharing few pictures here...

Fawwaz punya uniform belum siap.. So pakai tshirt biru sekolah je..



Ustazah umi yg kena tolong Fawwaz dalam semua acara... hihi



Say cheese...

In shaa Allah... maju terus ke hadapan ye! :))

Nota:
Sikap anak2 autisme ni tidak sama tapi ada similiarity pada sesetengah perkara. Sebagai orang yang paling dekat dan rapat dengannya, kita kena terus menggali potensinya dan mengenalpasti cara yang sesuai untuk mendidik dia. Setakat ni, saya dah agak lega dalam menangani sikap dan emosinya. Dah dapat mengatasi jika dia mula nak membuat ragam. Dah lama dia menjauhi dunia tantrum.

Cuma... dia tak suka dipaksa atau didesak. Desakan akan membuat dia stress dan mula meragam. Dia juga akan menyorok bila ada kanak-kanak datang ke rumah. Scared katanya. Yang ini, mak masih dalam proses pengajian macamana nak mengubahnya. Kalau di tempat lain, agak lain dan dia boleh kompromi. Cuma dia akan menjauhkan diri, menundukkan kepala atau menutup muka.

Sebaliknya, jika berada dalam kumpulan yang dia dah biasa contohnya rakan2 sekolah (tak kira yang sama aliran atau tidak), dia berperilaku normal. Dia boleh fokus atau duduk diam bersama-sama mereka. Dia juga akan participate, macam sukaneka semalam. Aktiviti2 sebegitu agak menyeronokkan dan membantu dia bersosial dan menyesuaikan diri kepada persekitaran di luar rumah.

Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru yang mengikut pemerhatian mak ni sangat perihatin dan menyayangi anak-anak istimewa ni. Kalau anak2 itu gifted, guru2 tersebut juga gifted sebab mampu memilih aliran yang sungguh mencabar tu... Allah bless you all... (mak dah syahdu... huhuhu).