Pages

Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

17 Mac - Kisah Nan Berlalu

ALHAMDULILLAH syukur ni'mat atas kurniaan Allah selama kini...

Masih diberi peluang untuk bernafas, menghirup nikmat udara bersih, merasai ujian kepanasan dunia, masih ada nikmat untuk makan dan minum serta tempat berteduh.. Pendekata, kalau list down segala nikmat Allah beri tu macam berjela2 takda noktahnya.. Subhanallah!

Sekejap saja...dah seminggu berlalu ulangtahun kelahiranku ke 46 dan anniversary ke 10. Maklum.. kawin di usia agak kertu hihi... Namun Alhamdulillah.. apa jua statusnya, itu semua jalan yang diatur Allah dengan cantik. Cuma yang perlu ditanam di dalam jiwa dan fikiran adalah sesiapa jua yang ada pada kita ketika ini adalah pinjaman belaka. Mereka hak milik Allah untuk selamanya maka siapa kita untuk mempersoalkannya..

Semakin hari semakin mendekati mati. Tiada lain yang kuharapkan melainkan pengakhiran yang baik, kematian yang khusnul khotimah dan terlepas dari azab kubur dan neraka, Aamiin.

Terima kasih ya Allah.. kerana masih meminjamkan suami dan anak buat hambamu hingga saat ini.


Jalan2 Langkawi 2016
Airis Sactuary Resort, Pantai Tengah
Mode : Free n Easy.. so takda upacara istimewa pon.. :D






Friday, July 11, 2014

Nostalgia Raya Pertama Fawwaz,,

Aishhh... tiba-tiba nak syahdu syahdan hari raya.. sabor sabor...
Tambah2 mengenang jauhnya perjalananku nanti.. dari Jitra ke Sabak Bernam.
Drive sorang2, bersama co-pilot kecik..
Ngantuk sorang2... maklum puasa
Ya, itulah aku setiap tahun..
Demi keluarga tercinta di kampung halaman
Hidup ini memang penuh misteri... hehehe! (gelak pulak!)

Bila membelek2 gambar lama, nampak gambar Fawwaz waktu rayanya yang pertama.. (his first time Raya). Masa tu dia baru nak masuk 4 bulan.. Mukanya masih lain..

Flight berdua je dari S'pore ke KL by shuttle bus (SIA) yang selalunya dapat seat at the last minute.. berlari2 anak menuju ke gate lepas dapat boarding tiket.. mcm nak nangis pun ada. Tapi baby carrier macam ni sangat praktikal berbanding stroller..

Mula meniarap sendiri sehari sebelum masuk 4 bulan.. raya pertama 2007

Our first Hari Raya celebration together in 2007.. Very sweet memory.. love love.
Esok nostalgia lain pula... gud nite.. hihi!


Saturday, June 28, 2014

RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah.. tiba juga Ramadhan yang dinanti. Semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas2..

Persediaan minda dan rohani saja.. dari segi material tetap sama rasanya. Saya bukanlah jenis yang berlebih2 dan nak buat itu ini, nak masak itu ini. Cuma tahun ni merupakan tahun pertama menyambut di rumah baru yang comel dan serba sederhana ni. Sekarang ni pun peti sejuk masih belum berisi. Kena tunggu petang sikit bila en abe bawa dari pasar malam. Kalau orang2 lain mungkin tengah bersusun di market pagi ni. Saya tak boleh sebab semalam dan hari ni cuti sekolah. Yang kat rumah pula cuma mak dan anak yang susah nak diajak keluar. Jadi, kami umpama anak2 burung yang tunggu 'mak' bawa makanan balik. In this case, apak lee... kikiki.

Sebenarnya kami pun bukan jenis selera besar bab2 makan. Apatah lagi bila puasa, kena kawal sikit bila buka.. jangan tahap melantak, bahasa kasornya. Sejenis kuih atau dessert, satu lauk (protein) dan sayur dah cukup. Kalau ramai rakyat, mungkin lain jalan cerita. Masing2 ada selera tersendiri. Kenalah penuhkan meja.. kot.

Walau dah bertahun, saya sentiasa terkenang menyambut Ramadhan di perantauan. Kalau di Singapura, tak jauh beza dengan negara kita. Cuma bab2 pasar Ramadhan tetap tak boleh compete. Namun air katira Singapura terutama di masjid berdekatan flat kami tetap tersedap dan tak jumpa di Malaysia. Air tu simple je isi nya, tapi rasa tu... mmmhh.

Berpuasa di Bahrain pula, mengajar saya menjadi 'tukang masak' handal. Hari-hari mencari resipi di internet untuk masak lauk dan kuih muih. Seronoknya bila dapat kongsi sikit dengan jiran2 melayu merangkap officemates en abe yang kesemuanya dari Singapura. Maklum, abe dulu kerja dengan SIA. Kami tau, mereka pun amat rindukan masakan Melayu yang susah nak dicari di situ. Kalau ada pun, kenalah order dengan orang2 kita yang rancak juga berbisnes makanan di sana.  Memang homesick sapa yang baru-baru ke sana. Apatah lagi staf2 bangsa cina... hehe.  Yang selalu kami kongsi untuk berbuka ialah bubur lambuk, karipap dan lain-lain kuih muih melayu termasuk cucur badak.

Bab bersahur pula... haa yg ni lagilah.  Pukul 2.45 pagi atau lebih awal, biasanya saya dah bangun siapkan makanan. Pukul 3.00 pagi dah boleh makan.  Laju je buat kerja. Pukul 3.30 dah ready untuk Subuh. Bila dah di penghujung, baru Subuh tu dekat2 pukul 4 pagi.  Ada sekali, saya dah siapkan nasi goreng lebih awal. Tapi tak terjaga untuk sahur.. Masa tu panjang sikit dari Malaysia, tapi tak sepanjang orang2 di UK, cthnya. Macam tu lah kalau berpuasa waktu summer. Pengalaman indah lagi mahal tu... :)

Gitulah.. tak habis2 mengenang.. Apa-apapun, syukur dapat peluang menyambut di tanahair sendiri. Harap2 pengisian jiwa lebih dari segalanya. Itulah azam akak... Cabaran nak train Fawwaz pula. Memang dia 'zero' bila kita sebut pasal puasa. Dapat tengah panas ni, kejap2 nak minum soya. Sabar ye mak... doa dan usaha!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
MAAF ZAHIR BATIN SAYA PINTA...


Friday, February 24, 2012

Kelkatu Terbang Malam

Wah! Macam tajuk novel je.. Sejak lepas solat maghrib tadi tiba2 berlumba2 kelkatu masuk ke bilik dan ruang depan.  Lama tak nampak kejadian gini.. dan rasanya pertama kali kat rumah ni.  Yelah, petang tadi kan hujan lebat.  Sekarang ni sejuk je kat luar tu.  Ditambah dengan lokasi di tepi taman berbukit yg menghijau..

Kalau dulu zaman kecik2 di kampung, bila kelkatu keluar dari sarang selepas hujan, kami kena gelapkan rumah.  Cuma pasang lampu minyak yang diletak di tengah2 dulang besar berisi air.  Kelkatu2 tu akan berkerumun di sekeliling lampu, dan jatuh ke dalam air.

Macam malam ni, manakan nak gelapkan rumah... nak matikan 2 unit lampu yg terang di ruang depan tu pun Fawwaz tak kasi.  Jadi, biarkan jelah serangga tu berlegar2 di situ.  Lama2 susut juga bilangannya.. mujurlah!  Hairan juga ye, macamana dia masuk ke dalam dan menyusut.  Padahan pintu bertutup rapat.  Mesti menyelit2 dari celah2 sliding door tu...