Pages

Showing posts with label Kerja dari Rumah. Show all posts
Showing posts with label Kerja dari Rumah. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Jangan Bertangguh..

Hari ni dengan berat hati pegi juga ke Alor Setar.. Bukan apa, takut mengantuk masa drive. Hari ni puasa dan kebiasaannya memangle mengantuk bila drive waktu puasa ni. Tak cukup stamina ke apa ntah.. Tapi tadi rasa macam OK je.. jadi akak buat keputusan pergi juga. Hahh.. tetengah highway mula rasa lalok semacam.. terlelap2 rasa. Mujur kenderaan tak banyak di highway..

Akhirnya sampai juga ke destinasi.. Sebenarnya nak renew pendaftran perniagaan yg dah expired sejak mula puasa haritu di SSM. Asalnya tak ingat.. Bila ingat, dah dekat raya.. Lepas tu tangguh sampai ke hari ni. Makanya, kenalah denda... Staff tu cakap, lewat sehari pun akan kena denda.. Apakan ini dah lebih sebulan huhuhuhhh... Dendanya RM30. Memang tak pasal2 habis duit bajet cream cheese sekilo.  Untuk renew RM60 je.. Lepas tu, buat sekali pertukaran alamat RM30.  Next year memang kena beringat..

Walau bisnes tak seberapa, ada la jugak lesennya. Meniup semangat walau kus kus je semangat tu.. hehehe!



Thursday, April 26, 2012

Nak Jadi CEO?

Hari ni boleh tahan sibuknya. Sibuk di jalan dan lain-lain.  Lepas hantar Fawwaz, terus hantar pesanan donut sejuk (bukan frozen), terus ke BB Bangi, balik rumah dan akan keluar lagi.  Macam-macam dalam kepala ni nak dibuat.  Tapi Alhamdulillah le.. memang takde mengeluh penat atau lesu.  Sentiasa bertenaga dan bersemangat walau tidur sentiasa tak cukup jam.  Badan pun rasa sedap.  Yelahh.. kita kan minum VeMMA.  Apa gunanya minum, kalau di tahap tu je.. Tapi seriously, masa minum seminggu dua tu, badan memang letih lesu dan nak tidur je.  Mungkin toksin dalam badan ni yg membuat respons nya macam tu.

Lepas ambil Fawwaz, nak buat pau frozen pulak.  Baru boleh fikir nak baking. Ni duk terfikir-fikir tentang masa depan sambil menunggu putaran mesin basuh selesai.  Memang teruja setiap hari! Terutama apabila telah melakukan sesuatu yang sebelum ni belum pernah dilakukan.


Seronok jadi CEO ni.  Hei! Jangan ketawa.. Bcoz I'm the owner of my own business, suka hati akak le nak pegang jawatan apa.. Best kan?!  

Rasa-rasanyalah.. kalau duk kat office yang besar apatah lagi yang ternama tu, ada peluang tak jadi CEO ke, MD ke, Presiden ke.. Mmmm.. selagi Datuk, Tan Sri dan yang sewaktu tu masih ada di situ, jangan harap lah ye!  Lagipun ramai lagi yg berderet kat bawah tunggu giliran. Jadilah konsep redha dalam terpaksa.  Tak dinafikan, ada orang yg sentiasa di dalam comfort zone.. tak kisah ada halilintar ke apa, redha dengan rezeki yang ada.  Baguslah tu, asal hati ikhlas.. Bagi yang suka nak mendaki tangga demi tangga, atau mahukan keadilan, boleh ke redha je tanpa mengeluh?  Tanpa mengumpat si polan dan si polan di belakang partition atau di dalam tandas?

Maka itu, belajar-belajarlah buat bisnes.  Kalau belum mahir atau baru nak bermula, buat yang small scale dulu.  Contohnya, bisnes mengedar risalah untuk orang, buat bisnes pengiklanan secara online, jual burger, kuih, kek dan macam-macam lagi.  Dan lantiklah diri sendiri menjadi 'Pengurus Besar'.  Sebab bisnes sendiri kan... Di office orang kita Eksekutif, habis waktu kerja kita Director gitu!

Kalau anda orang yang benar2 mahu mencabar diri, masuklah dalam dunia selling.  Dunia selling menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan dan ramai orang menjadi mewah kerananya.  Nak lagi spesifik, NETWORK MARKETING.  Mendaftar dengan Vemma, keluarkan modal dari serendah RM342 ke RM6,930.  Modal tu adalah untuk anda membeli produk dan consume sendiri atau ikut suka anda (tidak digalakkan untuk menjual semula sebab takde untung pun!).  Anda hanya perlu cari sekurang-kurangnya 2 orang ahli.. dan nahh! Kalau berterusan, akan adalah hasilnya yang lumayan.  

Saat itu, InsyaAllah pendapatan anda akan melebihi CEO di tempat kerja anda.  Dengan syarat, andapun kenalah kerja dan usaha macam CEO juga.  Macam di Vemma, Brand Partners nya memang dari pelbagai latarbelakang.  Dari ahli korporat, doktor, jurutera, guru hinggalah surirumah macam akak ni!  Di Vemma tak perlu lihat latar belakang pelajaran, sebab semua adalah sama.  Yang membezakan nanti ialah pencapaian apa yang kita akan perolehi.  Kunci utama ialah usaha dan effective marketing!

Jadi, ANDA BERANI?  Buatlah anjakan paradigma dengan sesuatu yang luar dari kebiasaan anda.  Kalau anda mempunyai impian yang sukar untuk diperolehi dengan hanya wang gaji dan bonus anda, cubalah dengan bisnes ini.  Tiada yang mustahil kerana buktinya memang ada dan banyak... 

Daftar percuma di http://sitibiz.bisnesdirumah.net/ atau buat pembelian terus secara online di http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/

Saturday, April 14, 2012

Kenapa "Networking Business"?

Why networking? Why network marketing?  Kalau nak tanya soalan begini, memang sedapnya dalam bahasa Inggeris kan?  Yelah, kenapa kita seharusnya memilih perniagaan rangkaian ini?  Antara jawabannya ialah:

  1. Membolehkan anda bekerja secara part time tetapi memperolehi pendapatan melebihi pekerjaan full time.  Hebat bukan?  Ini bukan cerita rekaan, tetapi kisah benar di Vemma.
  2. Menawarkan pendapatan pasif (passive income) yang berterusan selepas beberapa tahun sahaja.  Semakin lama dan semakin besar network anda, semakin relaks lah anda.
  3. Konsep bantu membantu atau 'people help people'.  Mereka yang sudah berjaya dan kaya akan membantu orang lain menjadi kaya.  (Seharusnya begitulah kalau nak rasa passive income tu..)
  4. Tidak memerlukan pengalaman dan kelulusan.  Hanya kerajinan anda!
  5. Tidak perlu kemahiran tertentu. Personality skill akan meningkat selama dalam bisnes ini
  6. Modal paling rendah - setiap perniagaan memang memerlukan modal.  Fikirkan dengan wang sebanyak RM6000 anda akan mendapat peluang ke arah kebebasan masa dan wang yang sebenar tanpa perlu memikirkan untuk menyimpan stok atau menjual barang kepada orang
  7. Tiada risiko kos sewaan, dan lain-lain.
Memang sangat menarik!

Sunday, April 1, 2012

PENIPU?

Memang ada yang akan mengatakan kita penipu.. Jual itu tipu, jual ini tipu, bisnes penipu... Pendekata, untuk orang-orang macam ni, semuanya penipulah!  Hehe.. saya hanya mampu tersenyum.  Takpelah... Kalau setakat berkata tapi tak pernah melakukan, memang boleh je... hantam jelah!  Atau mungkin dah pernah lakukan dengan platform yang salah.

Kita kalau nak maju, berkawanlah dengan mereka yang sama nak maju atau orang yang memang dah maju.  Baru ada positive impact.  Dengar dan belajar cara mereka melakukannya sehingga berjaya.  Mereka pun bukannya berjaya dalam masa 24 jam.  Malah ramai yang menemui kegagalan terlebih dahulu.  Mesti ada usaha, matlamat dan keyakinan.  Mereka yang berjaya bukanlah orang yang mudah patah semangat.  Kalau kita dengar cakap-cakap negatif, tahap tu je lah.. Tak usah nak merungut atau menyalahkan orang lain.  Biarlah si lunchai terjun dengan labu-labunya.

Baru belajar shortform dari kawan saya MIMA pagi tadi... "SWSWSWN..!"
"SOME WILL, SOME WON'T, SO WHAT.. NEXT!"  hehehe... nice.

Wednesday, March 21, 2012

Penyakit Masakini dan Pencegahan

Hidup kita ni memang tak dapat lari dari ancaman penyakit.  Hari-hari kita terpaksa berdepan dengannya.  Keadaan alam sekitar yang sudah tidak 'bersih', pemakanan yang macam-macam, gaya hidup yang 'stressful', dan macam2.  Sehingga kita tidak pasti, apakah sebenar punca sesuatu penyakit kronik itu.  Sebab segalanya sudah teradun menjadi satu.


Kita memang tidak boleh lari.  Walau tidak suka dan takut, kita terpaksa tempuhinya.  Mujur juga dunia ini punya limpahan bijak pandai.  Ramai saintis sentiasa rajin menggali formula untuk berdepan dengan ancaman ini. Banyak juga petua-petua dan amalan orang dulu2 yang sebenarnya lebih bijak, masih ada untuk digunapakai.  Cumanya orang2 dulu amat teliti dan tertib dalam menjaga pemakanan.  Orang sekarang main bedal je (termasuk yg menulis ni..huhu).


Cuba kita tengok, penyakit paling popular di kalangan rakyat Malaysia tak kira peringkat umur.  Penyakit yang juga dihidapi oleh insan2 yang terdekat dengan saya..
  • Kanser
  • Jantung
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Gout
  • Sakit sendi termasuk lutut, kaki..
  • Sakit tulang belakang
  • Asma (lelah)
  • Sakit urat
  • Migraine - orang2 muda selalu kena ni
  • Kolestrol tinggi


Vemma, Suplemen Terbaik - diperakui oleh Physicians Desk Reference (PDR)

Jika anda mahu mempercayainya, sebagaimana orang-orang lain yang pernah melaluinya dan mula memperkenalkannya, VEMMA boleh membantu, dengan izin Allah.  Kerana ia adalah makanan tambahan yang mengandungi segala tok nenek minerals yang diperakui oleh pakar di seluruh dunia.  Selain manggis, ianya juga mengandungi teh hijau, aloe vera, kiwi dan strawberry.  Ia bukan produk syok sendiri, yang dijual hanya untuk keuntungan dan business semata2.  Vemma mempunyai 'inhouse scientist' yang sentiasa membuat kajian.  Kalau tidak, ia tidak akan menjanjikan "empty bottle money back guarantee".  Kalau ia memberi mudarat, anda boleh kembalikan dengan botol kosong, dan dapat duit kembali.
Kalau anda tiada cita2 untuk menjadikan ia bisnes, boleh je nak beli guna single pakej.  Harganya ialah RM342 untuk 2 botol dan penggunaan 1 bulan.  Saya menyarankannya kerana saya telah mendengar banyak pengakuan dari pengguna dari pesakit kanser, kencing manis, asma dan macam2.  Rasanya pun sedap dan tak perlu nak terkial2 menelannya.  Boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

Pencegahan dan Rawatan Alternatif

Kita mesti ada usaha dan semangat untuk menjauhi penyakit.  Jangan tunggu ia datang baru nak rawat.  Kerana bila penyakit dah datang, kosnya akan lebih berganda.  Masa tu, yang kita tahu ialah nak mencari ubat.  Sebenarnya saya cuba mengingatkan diri saya sendiri juga.  Saya memang rajin ambil supplement, tapi suka testing pelbagai produk.  Kali ini, saya yakin kepada yang satu ini sahaja kerana mudah ditelan dan punya testimoni yang bagus, disamping memberi peluang bisnes.

Sedaya upaya saya mengelakkan ubat terutama yang mengandungi steroid.  Semasa saya diserang penyakit kulit yang serius 4 tahun yang lepas (umpama eczema), saya membuat research kepada setiap ubat yang dr bagi.  Habis ubat, penyakit datang lagi.  Ianya amat mengganggu emosi dan menjejaskan keharmonian rumahtangga.  Semua ubat pula mengandungi steroid dan saya habis lebih RM1000 untuk 2 rawatan yg belum pasti (maklumlah, jumpa pakar terus).  Akhirnya, solusi saya ialah rawatan alternatif (masa tu belum kenal Vemma).  Begitu juga dengan Fawwaz yg susah nak makan ubat ni.  Saya memilih rawatan alternatif untuk batuknya yang berpanjangan lebih setahun.  Ubat klinik biasa langsung tak mujarab.  Rawatan tu cuma mengambil sampel DNA sahaja dan guna ubat titis yang sedikit.  Alhamdulillah, saya tak sedar bila batuk tu hilang.. 


Boleh klik atau daftar percuma di laman web http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/
Atau hubungi terus saya melalui email okeed_05@yahoo.com

Tuesday, March 13, 2012

Work From Home

Work from home mama .. is the dream of many mamas out there!  And papas too...

Betul tak?  Kalau ada yang tak suka atau tidak punya impian untuk bekerja dari rumah, mungkin hanya sebilangan kecil.  Dan yang sebilangan kecil itu, selalunya yang belum ada apa-apa bisnes atau aktiviti untuk disandarkan.  Berada di 'comfort zone'.. Belum sanggup menghadapi risiko yang pastinya sedang menunggu untuk diterjah.  Risiko sebenarnya ada di mana-mana, dalam apa jua bidang.  Walau kita kerja makan gaji pun, masih ada risiko.  Contohnya, pertukaran 'shareholder' yang membawa kepada perubahan tenaga kerja, politik dalaman yang memualkan dan adakalanya bersifat kejam, ekonomi merudum, dan sebagainya.

Konsep 'work from home mama & papa' banyak menjurus kepada ibubapa yang mahukan kebebasan waktu bekerja dan pada waktu yang sama tidak mahu terlepas pandang kebajikan isirumah terutama anak-anak yang sedang membesar.  Terlalu banyak cabaran di luar sana yang semakin membimbangkan.  Cuba kita tanya atau baca luahan hati mereka-mereka yang memilih untuk berkerja di rumah.  Jawapannya hampir semua sama.  Dan jawaban saya juga adalah begitu.  Setelah hampir 5 tahun membesarkan anak dengan tangan sendiri, memang dialah kekuatan saya untuk membuat keputusan ini.

Saya bukan baru bermula.  Saya telah mula bekerja dari rumah hampir 3 tahun lepas.  Dengan hanya menjual kuih muih sewaktu saya di Bahrain.  Sambutannya sangat menggalakkan terutama di kalangan perantau dari Malaysia, Singapura, Filipina dan India yang sama-sama bekerja dan tinggal di satu penempatan.  Aktiviti itu sangat menyeronokkan saya yang memang minat masak dan mencuba resipi. Sekurang-kurangnya saya masak dan boleh jual. Saya juga seronok kerana sesekali dapat memberi atau berkongsi makanan tersebut dengan insan lain yang juga merantau.

Saya masih meneruskan aktiviti ini walau sudah pulang ke tanahair.  Walau sekadar untuk melepaskan rindu, saya tetap seronok melakukannya kerana inilah terapi saya - masak.  Masak makanan kegemaran saya, keluarga dan kawan-kawan.  Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang sudah membeli dan menempah karipap dan kek red velvet dari saya.  Cukup memotivasikan saya untuk terus mendalami ilmu ini.

VEMMA - Nutrition for a lifetime
Sudah masuk minggu ke-2 saya menyertai VEMMA.  Satu jenama yang amat dipercayai hampir di seluruh dunia.  Melahirkan ramai insan-insan berjaya.  Insan-insan yang punya semangat yang amat tinggi dan positif.  Kerana AURA POSITIF yang melingkari minda dan tubuh mereka, maka itulah hasilnya.  Di situlah kita seharusnya berada.  Bersama-sama mereka yang positif terhadap sebarang kejayaan, cabaran mahupun kegagalan.  Tiada perkara yang tidak punya solusi.


Vemma adalah sebuah PRODUK KESIHATAN berasaskan manggis.  Jus ini sangat sedap.  Sudah pasti khasiatnya terbaik kerana itu ia tersenarai di dalam The Physician's Desk Reference.  Maksudnya, diperakui para doktor dan pakar.  Testimoninya sangat baik dari sudut kesihatan dan juga bisnes.  Di tanggung halal.  Tidak mengandungi bahan pengawet.

Dari sudut BISNES, Pasaran VEMMA sangat besar, di lebih 60 buah negara.  Kita boleh memasarkan atau memperolehi pelanggan di kesemua negara itu, jika mampu.  Di pasaran Malaysia sahaja, kita masih boleh memperolehi pendapatan atau bonus mingguan yang sangat-sangat memberangsangkan.  Namun, perlu disertai dengan KESUNGGUHAN!  Bukan skim cepat kaya... Bisnes ini perlu modal, kesungguhan dan usaha berpanjangan.  Kerana itu namanya bisnes!  Ada kerja, ada gajilah, tak boleh malas!  Tapi tak perlu menyimpan stok untuk orang.  Kerana, bisnes ini cuma memerlukan NETWORKING dari kalangan mereka yang mahukan kesihatan yang baik dan juga bisnes untuk mencapai segala impian dan harapan.  VEMMA menyediakan sistem yang baik untuk membantu kita.  KELEBIHANNYA adalah boleh dilakukan dari mana-mana.. seperti rumah, kedai makan, kenduri kahwin, di dalam kereta, dll2.  Work at your own leisure.  

Sekian untuk pagi ini...

*****************************************
Rujukan tentang khasiat jus vemma (manggis), sila KLIK SINI (E) ATAU SINI (BM)
Untuk DAFTAR SECARA PERCUMA, sila KLIK SINI

Jika anda berminat, SILA HUBUNGI SAYA .. melalui email: okeedgz@gmail.com  atau facebook http://www.facebook.com/ciksiti.as