Rasa sedih teramat bila membaca kisah anak yang menemui ajal di dalam kereta akibat kecuaian ibunya.. Sebenarnya saya tak sanggup nak mengatakan si ibu cuai, cuma tak jumpa perkataan yang lain. Sebagai ibu, saya tak dapat nak bayangkan perasaan ibu itu. Beratnya ujian buat dia. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul. Yang pastinya, seumur hidup tak mungkin mampu peristiwa itu dilupakan.
Wahai ibu2 yang lain dan masyarakat semua.. Janganlah kita beratkan lagi perasaan ibu itu dengan pelbagai tuduhan dan kata nista. Berdoalah untuk diri sendiri dan ibu-ibu lain agar peristiwa sebegitu tak berlaku pada kita. Kerana perancangan Allah itu adalah suatu yg misteri. Bagaimana kita cermat dan berhati-hati, ada ketika kita akan alpa.. terlupa.. tercuai. Tanpa kita sedar. Tanpa kita merancang.
Pastinya si anak akan jadi ahli syurga. Bakal menanti ibunya di sana..
Saya mula memandang kepada rekod diri sendiri. Menjaga anak yang seorang. Sering tanpa bantuan sedari dia masih bayi. Melalui zaman2 dia kuat meragam. Menguji tahap sabar ibu yang sedari azalinya kurang penyabar. Astaghfirullah.. hanya istighfar yang sering saya ucapkan. Adakala syaitan berjaya membisikkan kata-kata jahat. Membuat saya bertindak di luar batas ibu penyayang. Padahal dalam diri ini tiada lain melainkan anak yang sentiasa didahulukan.
Saya pernah tinggalkan dia sendiri di dalam kereta waktu membeli barang. Juga waktu ke tandas di RnR juga airport. Saya tinggalkan dia sendiri di apartment untuk keluar membeli barang atau makanan. Juga untuk menghantar pesanan. Sebabnya kerana dia meragam dan tak mahu keluar kereta atau rumah. Saya sedar itu bukan lagi kecuaian tapi mungkin lebih dari itu. Tapi kerana tiada orang lain untuk bergantung harap, kadangkala saya terpaksa. Saya pastikan dulu yang dia akan selamat. Kereta dikunci dan diberi ruang udara. Rumah juga dalam keadaan selamat. Waktu itu ada pengawal dan sistem keselamatan apartment yang ketat. Kemudian, saya berdoa sehabis2nya kepada Allah supaya melindungi anak saya. Saya tawakkal. Saya yakin, Allah sangat kasihan kepada saya yang sering mengurus rumahtangga sendirian. Alhamdulillah, kisah itu sudah berlalu. Keadaan kini adalah lebih baik.
Kini tiba saya ke tahap comfort zone. Si anak sudah boleh bertoleransi. Sudah mudah diurus. Tidurnya sudah tenang dan saya pun dapat menikmati tidur yang lena sepanjang malam. Namun, ujian itu belum putus. Masalah lain pula timbul. Dan saya baru hendak memulakan semula langkah yang pernah terhenti. Saya redha dengan segala ujian ini. Saya tahu Allah sayangkan saya. Seperti apa yang berlaku kepada ibu Allahyarham Iris, tidak semua orang akan faham situasi yang kita lalui. Kerana kita tidak berada di tempat yang sama...
Showing posts with label MPOV. Show all posts
Showing posts with label MPOV. Show all posts
Saturday, July 20, 2013
Monday, April 15, 2013
Sembang Politik Kejap..
Kadang2 saja teringin nak keluarkan status 'nakal' di FB. Lagi2 dekat pilihanraya yang sungguh hangat ni. Dah asyik2 tengok posting berbaur politik yang menjengkelkan hati, tak kira dari belah mana. Tapi dalam wall akak tu lebih berat kepada yang asyik nak cari kesalahan kerajaan. Tak kisahlah, sebab takde kerajaan yang perfect di muka bumi ni selagi ditadbir oleh sang manusia. Tapi akak ni bukanlah suka akan kontroversi. Paling2 kalau setuju, akan 'like' je apa yang orang tulis. Hehe... rupanya boleh tahan ramai rakan FB ku yang tidak sealiran denganku.
Sejujurnya saya favour kepada kerajaan yang sedia ada. Dan perlu pembangkang yang kuat untuk menyeimbangkannya. Rakyat sebagai mata dan telinga untuk membuat teguran, malah boleh menghukum. Saya tak setuju jikalau ada yang mengatakan kerajaan kini zalim dan membelakangkan Islam. Lihat saja apa yang telah disediakan untuk kita umat Islam dan lain2 hari ini.. Tidak terbilang. Cuma dari segi undang-undang Islam yang belum cukup kuat. Tapi saya percaya, kalau sentiasa didesak, lama-kelamaan akan lebih mantap. Di pihak mereka mungkin demi kuasa. Tapi kita juga mendapat manfaatnya bukan? Bagi saya PAS itu hanya cakap saja nak laksanaan hudud. Selagi mereka dalam Pakatan, ianya hampir mustahil. Saya akan sokong PAS semula kalau ia menjauhkan diri dari PKR! Saya tak berkenan dengan PKR sedari dulu. Ini sekadar pendapat peribadi saya.
Tapi, kalau benar pertukaran kuasa boleh berlaku, saya harap kerajaan baru tak mengulangi kesalahan dan kelemahan BN seperti yang dicanang2 dulu, kini dan selamanya. Mesti lebih baik seperti yang digambarkan. Kalau boleh contohi Amerika dan Britain, yang habis pilihanraya, tukar pemerintah, terus fokus kepada kerja. Bukan duk cari dan ungkit kesalahan orang. Lama2 masa habis tang itu je. Jangan buat apa yang kononnya kerajaan sekarang buat seperti kronism, nepotism, rasuah, menyekat kebebasan. tak laksana undang2 Islam, dan sebagainya (boleh kata semua tak elok!). Kebimbangan saya ialah mereka yang mengata-ngata ini akan menelan ludahnya semula.
Pada tahun pembinaan Putrajaya, saya ada membaca di Harakah bagaimana mengutuknya mereka pada pembaziran membina Putrajaya. Hari ni pula, saya lihat betapa bersemangatnya mereka nak menakhluk Putrajaya yang dicemuh dahulu. Itulah namanya telan ludah balik. Macam tulah politik yang keji. Belum kira keji fitnah memfitnah dan membuka aib orang. Tapi dalam keadaan sekarang, walau Allah dah tunjukkan pun orang masih tak sedar. Fanatik atau emosi, tak pasti saya. Bimbang saya pun ikut sama macam tu...
Dan mungkin disebabkan rakan fb saya yg aktif, ramai sokong pembangkang atau mungkin lebih tepat pejuang perubahan pemerintah, makan wall saya meriah dengan posting menolak kerajaan. Yang pelik, kalau buruk mereka, semua fitnah umno (bukan BN, MCA, MIC, Bebas, dll). Kerja fitnah memang kerja umno, boleh kata begitu lah kot.. Macam kata kawan saya tadi, bagai romeo & juliet. Maka saya terfikir, tidak ada musuh lain kah selain umno? Musuh dalam selimut ke, musuh di sebelah bilik ka.. Saya mual! Dan saya memang tak banyak info tentang video seks yang tengah hot! Boleh kata takde masuk dalam wall saya. Sebab kawan2 saya yang belah sini mungkin bukan jenis nak cerita buruk orang. Sebab tu saya tak mualkan yg itu. Perasaan ingin tahu ada supaya fikiran saya balance. Dan saya ada juga baca kisah di sebaliknya. Dah dapat tau, diam je lah.. Tak payah kongsi. Moga2 Allah akan terus tunjukkan kebenaran kepada yang mencari. Dan yang pasti, walau Allah tunjuk pun, rumusan akan tetap akan ada perbezaan.
Saya doakan Malaysia akan terus aman dan rakyatnya bermoral. Keamanan itu amat mahal dan kalau sudah rosak, akan sukar untuk diperbaiki. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Ini pendapat peribadi saya je!
Sunday, May 9, 2010
Salah Siapa?
Macam jadi satu fenomena pulak... Kat M'sia, terutama di media, kalau berlaku satu2 perkara atau kes yg boleh menggegarkan negara, maka akan ada rantaian2 cerita yg sama untuk beberapa ketika. Contohnya ragut, buang anak, bunuh, amuk dll. Terkini ialah remaja dan pemandul kena tembak. Ada saja cerita baru yg keluar paper..
Aku tak mencari kesalahan sesiapa mahupun menyokong, sebab kita bukan berada di tempat mereka dan bukan orang yang tepat untuk memberi komen. Silap beri komen, nanti kena saman. Ada wang ka?
Salah satu kisah, yang menembak sedang menjalankan tugas, yang ditembak dalam keadaan panik. Mereka remaja yg katanya bukan penjenayah. Aku cuma hairan dengan remaja2 belasan tahun yang berkeliaran di luar rumah pukul 2-3 pagi, minumlah, merempitlah... Mak bapak sedar tak anak keluar rumah di waktu yg sepatutnya mereka di dalam rumah dan tidur? Atau dah biasa dgn keadaan tu? Andai kita seorang anggota polis yang sedang bertugas yang mana diamanahkan oleh rakyat dan negara, apakah tindakan kita apabila melihat sebuah kenderaan memecut apabila melihat kelibat kita. Tentu dalam kotak fikiran, ada satu kesalahan yg berlaku sebab tu orang lari. Selepas dinihari dan dalam gelap serta memerlukan tindakan yg pantas, terfikir kita berapakan umur si pemandu. Hanya penjenayah atau org berkesalahan besar pecut cabut lari. Nak biarkan atau kejar kemudian tembak kalau tak berhenti juga? Nak tembak tepat atau tembak tayar atau body kereta/motor je?
Memang remaja selalunya berfikiran singkat. Kita pun pernah mengalami zaman itu. Bila takut dan salah, lari ajelah. Jarang kita nak fikir untuk minta kompromi atau peluang kedua, tiga dan seterusnya. Masuk lokap atau jail lagi menakutkan. Tak terfikir orang tu nak tembak kita sebab kita bukan pembunuh atau perompak walhal polis ingat yang sebaliknya. Kita yg dewasa ni bolehlah fikir, lesen takde, road tax mati... alahhh takpelah, polis nak saman, 'go ahead'.. Tapi kalau kita tengok perangai si rempit kat jalan, memang sakit hati dan rasa nak langgar je!
Aku merasakan semakin sukar menjaga anak remaja terutama di bandar besar yang menyediakan pelbagai kemudahan dan keseronokan. Walaupun anakku masih terlalu kecil, mula terserap di hati sanubariku akan kebimbangan itu. Sebagai ibubapa, tentunya nak yg terbaik, menyediakan pendidikan dan agama yg kita fikir cukup untuk anak2 kita. Tatkala dia semakin besar, bersekolah, menjadi remaja, mampukah kita melihat segala yang dilakukan di belakang kita. Di depan pijak semut tak mati, di belakang ya ampunnn... Yelah, aku dulu pun kan remaja. Depan cikgu & parent baik, belakang dorang...mmmm malas nak flashback!
Cuma yg aku tak berapa berkenan di M'sia, apabila berlaku satu2 isu besar terutama yg melibatkan kerajaan atau pasukan keselamatan, mak aihh... mangkuk2 politik pun cari peluang. Semua nak dipolitikkan, semua nak diwar2kan.. Pakcikku seorang polis peronda pernah cakap, polis ramai yg kena tembak penjenayah, ada rakyat kesah? Pakcik lain yg juga polis dan pernah bergelut dengan penjenayah pun pernah cakap, "jangan jadi polis lah, nanti orang kata anjing kerajaan..". Kesian... Kadang dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dek kerana beberapa makan rasuah (term dorang "hadiah" - ada yg pernah ckp), semua pun nampak macam dapat habuan...
Selagi bergelar manusia, kita tak lari dari melakukan silap. Cuma jangan asyik cari silap orang dan mensensasikan.. Lesson learnt, kalau dah salah atau tak buat salah, jangan lari dari polis, pasukan keselamatan dan yg sewaktu dengannya. Melainkan kalau nampak seumpama pembuli jalan, perompak, dll. Nampaknya kita kena belajar berfikir secara pantas dan waras, juga mengawal panik. Semoga Allah lindungi kita yg tak bersalah. Dan semoga mereka yg terkorban kerana bertugas termasuk mereka yg tersalah 'shot' mendapat kedamaian di sana. Kita ambil ini sebagai iktibar.. Semoga anak2 kita menjadi anak yg berakhlak, patuh dan soleh.. SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
