Pages

Showing posts with label Foods Biz. Show all posts
Showing posts with label Foods Biz. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan Yg Hening

Siang semalam (tadi) saya menyambut puasa pertama di bulan mulia ini dengan suasana senyap sunyi. Tak banyak aktiviti.  Nak melepak depan lappy pun, Fawwaz dah conquer hampir sepanjang hari.  Entah game apa yang dia jumpa.. bukan main pun, sekadar tengok.. Kejap2 terkekek2 ketawa sendiri.  Mak tak mampu dah nak buat apa2.. Tetiba macam lembik pulak.  Bukan apa, tak cukup tidur la tu.. Tido pukul 1 pagi, bangun pukul 5 sampai waktu subuh.. Pastu tidur dengan telekung sebab dah tak tahan, sampai pukul 8 pagi.  Tu yang lesu semacam, sebab saya tak pernah (atau jarang) tidur selepas subuh.  Ha! Malam ni ulang balik kesilapan semalam.. OKlah... saja buat intro. Esok sambung balik.. :)

****************************
Berbuka sendirian memang lah biasa.. Tapi tiba2 terkenang pula meriahnya orang lain berbuka beramai2.. Kan masing2 balik kampung.. Paling2 pun dengan keluarga sendiri.  Takpelah.. dah rezeki orang kan. Saya tak kisah pun sebab dalam diri ini dah sentiasa redha dengan setiap kejadian. Tahun2 lepas saya dah merasa berbuka dan bersahur dengan suami sepanjang masa. Saya suka berbuka cara simple, tanpa lambakan makanan dan lauk pauk.  Bimbang kerana makan yang keterlaluan selapas seharian berlapar akan membawa mudharat.  Kurma dan nasi dengan sejenis dua lauk dah cukup.  Sementelah dah ada karipap frozen, goreng je 2-3 biji.  Itupun untung kalau habis..

Selesai solat saya buat projek cuppies pula... saya namakan Velvet Rainbow.  Alhamdulillah siap dan mencukupi.. cuma tak berapa puas hati kerana warnanya tak menyerlah macam mula2 saya buat.  Agak sedikit penggunaan warna tu.. Takpelah...  Siap tu barulah tunaikan solat Isya' dan tarawikh.  Baru buka FB dan blog.. Fawwaz pun dah tidur sendiri awal2.. sian dia... ;))
. 
Yg kat bawah ni percubaan sebelum.. color bright sikit

Tuesday, November 23, 2010

Closing with Mee Siam..

Kala ini cuaca di Bahrain agak sejuk walau matahari sedikit memancar.. Sekejap tadi, saya dan Fawwaz berjalan menyusuri lapangan berpasir menujuk ke Sharjan Centre di mana letaknya supermarket kecil bernama Al-Jazeera.  Adalah 5 minit perjalanan.  Cuma selalunya malas sikit nak jalan ke sana sebab kena melintas jalan besar dan sibuk. Kena ada benda penting dan urgent nak beli baru pegi tanpa driver.  Kalau sorang takpe, ni nak kena sorong buggy lagi...  Masa jalan2 tadi, terasa best sangat bila angin bertiup sepoi2 bahasa..  Rasa macam duk kat resort, tepi pantai... Tapi sememangnya Bahrain ni sebuah pulau, kecik lak tu, so anginnya pun dah tentu angin dari laut...  Kalau kat rumah, selalu buka sikit tingkap dapur tu kasi angin masuk.. cumanya, bila makin sejuk ni lalat banyak la pulak nak jadi tetamu dapur..  tinggi betul lalat tu terbang ye!  Sampai tingkat 6...  




InsyaAllah esok, nak buat penutup jualan breakfast yg menyeronokkan ni dengan mihun goreng atau popular utk Singaporeans sebagai Mee Siam mengiringi karipap aka epok2.  Minggu lepas buat ramai yg tak tau.. bila sorang dua cerita, the next day kedai tutup sebab nak raya, so melepas hehee... Pagi ni kedai mee siam dibuka semula sampai esok.  Khamis terus tutup sampai Januari 2011!!  

Mee siam ni bukan le istimewa sangat pun... biasa2 je.  Yang buat istimewa sebab kat sini takde jual kot.. Mihun pun susah nak cari jenis Thai punya.  Kalau jenis Philippines yg ala2 suhun tu banyak.  Dengan accessories simple, saya jual 500 fils (RM4+)..  Kalau kat M'sia boleh dapat RM1.50 kot hehe..  Tapi bukan boleh untung sangat, barang mahal... cuma macam awal2 saya kata, untuk amal jariah dan mengurangkan kerinduan dorang pada makanan sendiri... tolong buatkan breakfast utk para perantau ni.  Teringat kat magazine company tertulis "Emirates Plaza (apartment ni la..) happens to be the food centre for the staff that are missing Singaporean food here in Bahrain".  Sayalah pelopornya hehe.. lepastu ada auntie tu buat nasi lemak.  So, lengkap.  La ni auntie tu pun tengah cuti/balik Singapore sebulan.  Sian dorang, minggu depan kena pandai2 prepare breakfast sendiri ye!





Aduhh... tak sabar nak menjejakkan kaki kat bumi Malaysia walau baru je 2 bulan lepas balik..  Nak cari nasi lemak lauk kerang & paru..  Tapi yang paling penting nak melawat mak, ayah dan pakcik Juri ku yg harini dengarnya nak buat procedure for CA colon.  Kesian... sememangnya keluarga saya amat familiar dengat CA jenis ni.  Dah masuk 3 orang...  Hopefully, segalanya berjalan dengan baik dan successful!!  I'm praying for the best for all my lovely families... and Allah knows best!!!



Thursday, July 8, 2010

Frozen Curry Puff

Balik M'sia aku nak jual karipap frozen.. tapi ada ke orang nak beli?


Tuesday, February 16, 2010

Foods business

Kasturi

Pagi ni dekat pukul 8, loceng pintu berbunyi. Ingatkan Saiful, apartment caretaker cum receptionist nak pulang bekas2 kuih. Rupanya staff SIAEC, tanyakan bila hari buat mi siam (mihun goreng). Sanggup balik kerja naik cari aku... Bukan apa, minggu ni dia night shift, so pagi baru balik. Kebelakangan ni bila sampai apt, kuih dah habis.. tak dapat la makan. Mihun pulak aku tak mampu buat banyak, sekadar 7-8 pek sehari sebab tak cukup masa, tenaga, kuali, dll. Buat pulak selang sehari atau seminggu 2x. Tak sangka banyak peminat.. Aku jual se'pack' RM4.. Sempoi macam kalau kt KL RM1-1.50. Bihun mentah made in Thai kalau ada, harga dia satu dkt RM5.. kita baru singgit lebih. Setakat ni cuma Geant yg jual, tu pun cuma beberapa pek.

Pagi ni aku dah 'up' kan penjualan karipap + kasturi dari 30 biji (1st wk) kepada 99 biji (gandaan 3). Tapi masih tak dapat nak menampung permintaan. Takpelah, tak payah tamak dan paksa diri. Yang penting Fawwaz kena dapat layanan cukup, kerja rumah settled & kemas. Mujur dia dah rajin main sendiri... Cuma masalahnya sekarang aku dah kehabisan stok rempah kari dari Malaysia. Terpaksa beli yg made in India... warnanya merah betul dan terlebih jintan tak macam M'sia punya yg light sikit walau jenama Babas (aku guna kari Faezah..). Kesannya, inti karipap jadi kurengg... Hari2 aku tukar formula masak nak cari yang betul2 'kena' dengan citarasa, tapi belum jumpa. Harap2 dorang tak perasan laa... huhuh!

Tadi Saiful (Bangladeshi yg kerja 7 hari seminggu, bossnya kedekut off day..) tu pulangkan bekas pukul 8 lebih sikit... Dari dalam aku dengar benda jatuh.. buka pintu, berterabur bekas2 tu... hahaha dah disusun 4 tingkat, mana tak jatuh... Apa2 pun aku sempat lagi masak 'virtually' kat fb.. itu adalah umpama reflexology..

Thursday, February 4, 2010

Khidmat Masyarakat

Sejak ada aktiviti baru aku seronok walau penat.. Sebab apa, dapat buatkan breakfast untuk staff yang nak pergi dan balik kerja. Dorang mostly technicians, kerja shift dan datang single kat sini... dan sekurang2nya kurang sikit rindu pada kuih muih macam kat S'pore. Seawal 6 pagi dah ada karipap panas menanti kat reception, 2nd shift pukul 7.30 pagi. Hari ni je jual 60 biji termasuk kuih kasturi/kacang hijau. Minggu depan nak buat mihun goreng lak.. Sebenarnya bukan buat duit sangat, balik modal & lebih sket cukuplaa.. sekadar khidmat masyarakat.

Monday, January 25, 2010

Aktiviti Baru




Husband suggest aku isi masa dengan menjual makanan.. Aku setuju je, sebab banyak sangat masa. Lagipun kekadang memang aku suka masak, cuma tak cukup orang nak makan.. buat terbantut semangat. Mula2 nak buat mihun goreng.. susah pulak nak cari pack yg macam polystyrene atau yg sewaktu dgnnya. Yg banyak di sini jenis aluminium, nanti tak berbaloi lak. So, tukar ke karipap. Org2 S'pore panggil epok-epok.. Maka pagi ni bermulalah penjualan karipap utk staf SIAEC... buat dalam 30 biji je.. jual 3 biji = 200 fils.. bolehlahh, utk saja2 dan mengurangkan kerinduan dorang dgn makanan kita.

Sambil tu fikir kuih apa lagi yg sesuai dan senang cari bahan.. yg penting bahannya pun murah :D:D