Pages

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Misteri yang perlu difikirkan.. ENDING

Akhirnya, walau merangkak perlahan seperti kura-kura, aku mengakhiri pembacaan buku misteri Dajjal dengan penuh keinsafan. Maklum, otak tak berapa laju dan banyak gangguan.. lambatlah habisnya walau "interesting". Sambil berfikir, mampukah kita untuk memperkukuhkan iman kita dan meninggalkan gaya hidup yg dipenuhi dakyah barat dan yahudi; sempatkah melihat hari esok?; apakah kita akan mengalami keadaan yg maha dahsyat itu nanti atau kita dimatikan dahulu (yg mungkin lebih baik).. bagaimana anak2 kita..?

Pada akhir kemunculan Dajjal dengan membawa fitnah yang amat dahsyat dan getir untuk dihadapi oleh manusia... dia akan dikenali sebagai seorang penyelamat dunia (savior) yg ketika itu sedang kacau. Manusia akan mengkaguminya dan klimaksnya apabila dia memperakui diri sebagai tuhan manusia. Sedang umat Islam pada ketika itu amat nipis imannya, dia mampu menzahirkan (dgn izin Allah) kepada manusia akan syurga dan neraka yg sebenarnya palsu. Mereka akan diberi pilihan memilih 'syurga' atau 'neraka' tersebut.. Pada ketika itulah, dajjal yg asalnya muncul dengan wajah muda dan mungkin kacak, bertukar dengan wajah sebenar yg bermata satu dan antara 2 keningnya tertulis 'kaf-fa'ra' atau kafir.

Dalam kekacauan dan hati yg berkecamuk, mungkin orang2 Islam yg tidak cukup kuat tauhidnya tidak mampu melihat petanda itu. Sedangkan hakikatnya menatap wajah Allah iaitu Tuhan Yang Esa merupakan nikmat apabila berada di Syurga Firdausi nanti. Bimbang sungguh... mampukah kita berfikir dengan waras dan bertahan ketika berhadapan dengan keadaan yg penuh kekeliruan itu nanti walau saat ini kita mengaku beriman sedang tauhid kita belum teruji. Kita, anak cucu kita atau keturunan kita nanti... apabila harinya tiba. Mampukah kita membelakanginya dan lari ke gunung/gua sebagaimana firman Allah SWT? Semoga Allah melindungi kita2 semua.. Amin.

Umat Islam nanti sebenarnya akan ada pemimpinnya yg membawa kegemilangan iaitu Imam Mahdi, seorang berketurunan Arab (keturunan Nabi) namun tidak mampu memusnahkan Dajjal sehingga turun Nabi Isa AS membunuhnya. Dajjal akan menjejaki segenap inci bumi melainkan Mekah dan Madinah... Umurnya sangat panjang (dikatakan dari zaman Nabi Sulaiman) dan berkeupayaan di luar jangka fikiran. Beberapa penulis mengaitkannya dengan Pulau Atlantis (yg kini hilang), Bermuda Triangle yg banyak menghilangkan orang, wonders of the world, dll. Rasanya kita tak payah terlalu taksub utk memikirkannya. Cukup sekadar mengingatkan diri yg Allah Maha Berkuasa dan Dia yang memberi keizinan ke atas segalanya.

Nabi Muhammad SAW bersabda "Barangsiapa yg ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia yang akan dipelihara dari fitnah Dajjal.".. Wallahualam.

TQ to my friend Iza for introducing this book to me. It's just the beginning..

Tuesday, April 20, 2010

Misteri yang perlu difikirkan..

Aku sedang berusaha menghabiskan pembacaan buku yang pertama untuk tahun ini iaitu "Membongkar Misteri Dajjal". Penulis banyak juga mengaitkan karakter Dajjal dengan cerita2 filem Amerika cthnya Lord of the Rings, dsb juga misteri2 alam yang lain termasuk tamadun2 yg terdahulu. Karakter yg paling terdekat dengan Dajjal ialah Merlin yg penting dalam sejarah kegemilangan Great Britain. Juga suku kaum Mayan/Maya yang lebih hebat dalam ilmu astronomi sebelum wujudnya kehebatan scientists terkini. Antara ramalan suku kaum yg wujud beribu2 tahun dahulu dan tiba2 hilang ini ialah kemusnahan dunia pada tahun 2012, mengikut kiraan putaran matahari.

Sandaran penulis ialah tulisan2 penulis Barat, manuskrip lama, seorang penulis Mesir (Muhammad Isa) dan Hadis2 Nabi Muhammad SAW. Dan dia merasakan bahawa Dajjal sebenarnya telah terlepas dari pasungannya, pernah keluar ke dunia dalam zaman yang berlainan dan masuk ke alam jin (hibernate), menaburkan fitnahnya di dunia (dlm bentuk huru hara dan teknologi yg hebat), dilepaskan semenjak selepas kewafatan Nabi lagi. Dia hanya menanti hari untuk kemunculan semula untuk membawa fitnah yang lebih besar dan dahsyat menjelang hari kiamat.

Apakah benar atau tidak telahan penulis, sesungguhnya kita ini memang sudah berada di hujung zaman. Semoga kita umat2 Islam dilindungi Allah dari segala fitnah dajjal yg amat dahsyat. Semoga kita diteguhkan iman sebagai muslim sehingga akhir hayat... wallahua'lam.