Pages

Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Hikmah Memberi

Sebenarnya apa yang saya tulis adalah lebih kepada perkara peribadi dan untuk catatan sendiri.. Kerana bercerita melalui tulisan adalah hobi dan terapi untuk saya.. Sama juga dengan apa yang saya tuliskan di FB. Jadinya kalau orang lain tak minat, tidaklah perlu membaca. Kalau kita tak suka status orang, ignore saja.. Kalau tak berkenan langsung sampai ke sudah, delete saja.

Kalau orang bercerita atau menulis yg baik2, walau siapa dia, kita bersangka baik sajalah.. Ikhlas atau tidak, kita serahkan saja pada Allah untuk menilai. Tak gitu?

OK lah.. hari ni nak cerita pasal kejayaan saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan yang sentiasa gempak tu, di Shah Alam.  Hari ni penuh membuak2 sampai ke luar dewan dan depan tangga.  Setakat ni dah 2 kali saya pergi, tapi yang free je.. Alasan yang buat saya tak kaya2 walau dah masuk seminar (tapi Alhamdulillah ada lah juga benda yg positif masuk..) ialah perihal keluarga.  Tak boleh nak buat komitmen masuk kelas advance. Sebab kursus advance selalunya mengambil masa 3 hari yang adakala sampai ke malam, mengikut pengalaman kawan.  Sekian! ;)

Antara tips atau pesanan yg mudah untuk diingat, tak susah nak dipraktikkan ialah SENYUM.. dan berkata2 manis.  Berkata2 manislah kepada pelanggan kita dan orang2 di sekeliling kita.  Nescaya akan menarik lebih banyak rezeki..

Sentiasa MEMBERI.. Bersedekah, berzakat, membantu yg susah.. Berselawat, istighfar dan sedekah.. Kerana apa yang kita beri, akan kita perolehi semula (what you give, you get back).  Sememangnya apabila kita berselawat, Allah dan malaikat akan berselawat kembali kepada kita. Begitu juga dengan perkara2 yang lain.  Ini untuk peringatan diriku sendiri juga supaya tidak terlalu berkira untuk memberi walaupun kita kekurangan.  InsyaAllah.. 

Selain itu, saya juga amat yakin dengan fadhilat solat Dhuha.  Alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki dari segi masa untuknya.  Dulu2 saya sangat lalai dan malas nak buat solat ni.  Kadang2 memang sangat ajaib.. Selepas je solat, ada order masuk.. sungguh!  Ini bukan nak menunjuk2 yg saya buat, cuma nak share betapa hebatnya doa di waktu dhuha.  Dan saya baru je dengar di radio IKIM, ustaz tu kata, waima nak mencari pekerjaan atau nak naik pangkat pun, buatlah solat dhuha.  Cuma kalau di ofis, kena juga tengok situasi untuk mendapat berkatnya, kerana ia hanyalah sunat.

Tadi juga sempat saya curi2 berbual dengan Jana kawan lama saya masa sekolah rendah.  Memang kami mendaftar sama2 secara online dan harini ada rezeki duduk bersama.  Jana share dengan saya pasal membuat pinjaman.. Kalau meminjam, mesti pulangkan! Itu sudah pastilah kan... Dan, kalau kita pun dah senang masa tu, berilah saguhati kepada si peminjam masa pulangkan duit tu. Kalau yg meminjamkan tu 'orang' lah, bukan bank.  Memang banyak liku2 dalam perniagaan, tapi andai kita jujur, berzakat, memberi, InsyaAllah pulangannya hebat.  Itulah Jana, yang sekarang buat bisnes lauk pauk (kantin) dan katering.

Memang seronok kalau nak menulis pasal ni.. Esok2 lah saya kongsikan lagi apa ilmu yang saya dapat dari DAO.  Walau lebih kurang sama pengisian dengan yang sebelum ni, impaknya tetap luar biasa.. 

Gambo kepala2 orang yang melimpah2 sebelum program bermula.. Kalau dah mula, mau sentap kena sound sesiapa yg langgar perjanjian dgn mengambil gambar... hehehe

Thursday, May 17, 2012

Doa dan 'Jampi' Ibu

Kedudukan ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.  Maka itu jangan dipersia-siakan kelebihan dan 'privilege' yang Allah berikan kepada kita sebagai ibu ini.  Lidah ibu amat tajam.  Doa ibu makbul.  Saya cuba mengingatkan diri saya sendiri kerana saya juga mudah lupa dan sering melakukan kesilapan dalam membesarkan anak.

Sering saya berkeluh kesah bila Fawwaz buat ragam.  Biasalah anak saya ni.. Kalau minggu ni dia elok dan ceria, minggu depan mungkin berubah.. Paling saya pening bila tak mau ke sekolah.  Saya sentiasa ingatkan diri untuk tidak berkasar atau marah sebab nanti tangan cepat naik.  Jadi saya ikutkan je feel dia tu dan mendenda dengan cara yg orang akan kata "alaaahai..".  Tapi yang peliknya kalau orang lain yang suruh sarung baju sekolah dan lain2, tak banyak soal dia menurut.

Sebenarnya kebelakangan ini saya cuba amalkan membacakan doa pada air minumnya atau di botol susunya setiap kali buatkan minuman.  Paling2 saya bacakan Selawat 3x dan mohon apa saja kepada Allah.  Kemudian hembuskan pada minuman tu sebelum memberikan kepadanya.  Memang ada petunjuk positifnya pada tingkah laku si kecik tu.  Cuma seminggu lepas saya lupa sebab agak sibuk.  Itu yang ragamnya menjadi kembali.

Dan inilah juga yang dikongsi oleh seorang sahabat saya semalam.  Antara bacaan yang juga boleh kita buat ialah Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas dan Surah Al-Insyirah.  Inilah ikhtiar kami kepada anak-anak yang manja dan suka meragam.  InsyaAllah... makbul jika kita yakin Allah bersama kita.  Cubalah!

Wednesday, March 28, 2012

Tips Psikologi Untuk Berjaya

Saya baru saja 'browsing' dan terjumpa artikel yang sangat baik ini untuk menaikkan semangat kita yang masih baru dalam dunia bisnes.  Artikel tersebut adalah dari http://alamonline.net/ yang saya 'bookmark' untuk bacaan akan datang.

Apa yang menarik minat saya dalam tajuk 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan ini ialah teknik 'affirmations' bagi mem'program' semula minda separa sedar kita yang sering dipengaruhi oleh fikiran-fikaran yang negatif.  Contoh yang saya boleh beri di sini ialah ayat "Betul ke boleh buat duit dengan benda ni?  Nanti rugi macamna? Aku dah keluar duit banyak ni...".

Jadinya, silalah tukar ayat tersebut dengan "InsyaAllah aku boleh buat.. Aku dah berjaya jadi usahawan ni. Tak lama lagi aku jadi JUTAWAN macam dorang tu.."  :) 

Tips seumpama affirmation ini sebenarnya boleh digunakan untuk apa saja tujuan kita samada dalam bisnes, pelajaran dan apa saja.  Ia umpama menentukan matlamat (goal) kita.  Tuliskan pada kertas, kalau boleh besar-besar, agar minda separa sedar kita dapat menangkapnya, lantas meresap masuk ke tubuh kita dan mengeluarkan energi positif.  Letakkan di mana-mana tempat yang kita mudah melihatnya, atau jika kita punya board khas utk itu lebih baik.  Baca setiap hari atau setiap masa kita lihat.  

Oleh itu, suka saya tuliskan di sini, bahawa
"Saya sedang menyedut kekayaan, kebahagiaan dan kesihatan untuk datang dan melingkari diri saya ini"

Saturday, March 24, 2012

Jangan RIAK

"Pagi ini kupelajari sesuatu... berdakwah itu tidak semudah yg diucapkan secara lahiriah. Jauh di dalam hati kena ikhlas dan merendah diri... Jangan pernah terfikir ilmu kita sudah tinggi, hati kita sudah sangat baik, untuk memperlekehkan kerja orang lain. Memang kita mudah melihat salah orang lain, tanpa sedar orang juga menilai kita... Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik di dunia ini." - status fb saya kejap tadi.
---------------------------

Pagi tadi saya sempat menangkap hanya sebaris ayat seorang ustaz dengan nada kesal di Radio IKIM iaitu "pada zaman ini berdakwah cara Rasulullah dianggap ekstreme..".  Kerana saya agak kalut nak keluar, saya tak mendengar terus ucapan2 tersebut.  Jadi saya tinggalkan persoalan yang saya sendiri tidak arif..

Kemudian, saya bertemu seorang ustaz lain dengan tujuan berbeza, bersama makcik saya.  Katanya pula, kita ni kalau tak cukup ilmu atau tak tahu jangan buat2 tahu.  Kalau kita belajar pun (dapat ilmu), kalau tidak ikhlas nak buat apa?  Nak cuba menyampaikan kepada orang, tetapi hati kita sendiri tidak bersih (macam longkang? huhu...)

Sebenarnya 2 perkara ini sering berlegar-legar di fikiran saya kebelakangan ini.  Yang membuat saya sering di persimpangan dilema... Agak sukar untuk saya jelaskan, tetapi cukuplah untuk PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI.  Kata kuncinya ialah menjauhi sifat yang terarah kepada RIAK, merasakan kita sudah cukup ilmu terutama yg berkaitan dengan agama.  Kita mungkin mahu berdakwah, tetapi dalam waktu yg sama, nada kita itu keras.  Kita mempertikaikan kebaikan orang lain, tahap ilmu orang lain, mengungkit kebajikan yg dilakukan orang lain... Sedangkan penilaian atas sesuatu kebaikan itu bagi saya Allah yg empunya hak untuk menilai dan memberi kredit.  Sedangkan kita berbuat sedekah dan kebaikan kepada sang anjing, binatang najis mughallazah itupun Allah bagi pahala...

Kita menegur orang untuk berbuat baik, sedangkan kita tidak menjadi contoh yang baik..kita sendiri melakukan apa yg kita selalu tegur tu.  Tak apalah, asal niat kita baik itu, InsyaAllah ada juga kreditnya... Tetapi sungguh muak kalau terus-terusan melihat kesalahan orang sehingga memaksa orang2 menilai diri kita. Memaksa untuk orang2 menjauhi kita.  Dan kita akan menyalahkan orang yg menjauhi kita itu, tanpa memikirkan kenapa?

Cuba lihat pada diri kita dan membuat pertanyaan sendiri... Kenapa dengan hanya pertemuan singkat orang boleh menilai keburukan kita? Kenapa orang menjauhi kita?  Kenapa orang tak mesra dengan kita? Kenapa orang gerun tengok kita? Kenapa orang tak kenang jasa kita?  Betulkah nawaitu kita selamakini?  Ikhlas dan bersihkah hati kita?  Adakah kita benar2 "walk the talk"?

Banyak pula ye nak tanya... Bukan apa, saya risau jika diri ini tersasar.. Dalam waktu yg sama, leka untuk sampai-menyampaikan.  Saya juga sedang mencari dan menggali, bimbang belum sempat, orang gali dah lubang kuburku.  Tapi jika kita ikut pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat..", maka semakin ringan beban fikiran ini.  Apa2pun, apabila melihat sesuatu yang bukan di tahap ilmu pengetahuan atau di luar kotak pemikiran kita, maka belajarlah untuk bertanya, mendengar dan melihat dengan matahati.  Bukan untuk "jump into conclusion".  Wallahualam bissawab.

Tuesday, June 29, 2010

Wonderful

I was madly searching for the meaning of an arabic word frequently spoken in the kid's channel Baraem. It sounds like "raa'eh or ra'ehah". I went through few arabic dictionaries, online forums and other sources but never get the result. My husband had also asked his Bahraini officemates but no one seemed understand and said there's no such word! Last week, I asked my cousin & her husband who're last time studying in Egypt. The dunno too! Perhaps we pronounced it wrongly..huhu! But I guessed the meaning should be great, awesome, or other synonyms.

Last night I took an effort by concentrating on a movie titled "Julia" over DubaiOne. I read the arabic sub-title and listened carefully to the conversations. Finally I got the answer! The meaning is "WONDERFUL". I supposed can be used as "AWESOME" as well. This is the spelling of the adjective word "رائع". The usage can be like : كانت ليلة رائعة - Meaning> "it's been a wonderful night". Thus, it is important to know "jawi" alphabet before you learn Arabic because by just pronouncing it (though you think that's the word), people may not understand.