Pages

Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Shopping!

Seharian banyak membuang masa di depan komputer ni. Mencari2 sesuatu tapi tak dapat2 sampai ke sudah. Sebenarnya ini adalah sambungan dari pencarian semalam.

Mula-mula nak cari thermo pot yang canggih sikit dari yg sebelumnya. Sebelum ni guna brand Sanyo dan menemui ajalnya betul2 selepas akak balik dari kampung. Dah lebih 6 tahun pakai. Rosaknya sebab badan dah tanggal2 dan berbahaya. Tapi suis masih elok.. So, nak cari brand Toshiba pulak sebab dah berkenan yang kat rumah kampung tu. Jenis non-stick, latest trend. Semua tempat yang saya pergi tak jual. Target seterusnya ialah Senheng sebab online ada jual. Malangnya bila akak ke kedai tu, semedang tak bukak lagi! Frust betul... Kalau takde tujuan tu, tengok bukak je...

Lepas tu nak cari baju kurung raya. Keluar masuk kedai online dan fizikal, susah betul nak jumpa yang berkenan. Bila jumpa, saiz takde. Semalam ada masuk satu kedai di Jitra ni. Memang berkenan sangat. Memang nekad nak beli. Tapi saiz takde.. huhu! Tadi pun masuk satu kedai jugak. Ada jugak yang berkenan, tapi batu2 yg besar dan bertaburan mematikan selera akak. Memang trend balik kot, batu2 bertaburan ni.. leceh arr nak gosok nanti..

Dah beberapa tahun sebenarnya akak beli baju siap cuma kat satu kedai. Lokasi di Sg Besar. Tapi balik hari tu tak sempat nak ke kedai tu. Asyik duk melawat klinik gigi yang sampai sudah tak buka tu. Akak pulak bukan jenis yang rajin nak masuk satu kedai ke satu kedai pakaian... Mmmm bilalah pencarian nak selesai kalau camni. Belum masuk bab tudung lagi...

Lepas tu entah berapa puluh kali masuk kedai Lazada. Adalah yang di skodeng tuuu... Tapi tak sudah2 nak fikir... Tadi sempat masukkan satu barang dalam wish list je. Tiba2 rasa nak buat kejutan pada diri sendiri.. Membelikan diri sendiri sesuatu yg tak dijangka ... hehe!

Ngantuk pulak...

Sunday, June 16, 2013

Perihal Gigi Sakit

Hari ni terhapus sudah gigi akak sebatang... Berminggu-minggu menahan derita sakit gigi... Subhanallah. Sempat bawa balik kampung, pastu ke KL, balik Jitra semula.. Yang buat lagi lama tu, menahan diri dari makan antibiotik. Seboleh-bolehnya memang nak elak antibiotik, tapi selepas berfikir yang sakit tu takkan hilang kalau tak makan, maka teruskan jelah. Habis je antibiotik tu, memang hilang sakit. Buat kita terfikir untuk tak buat apa2. Sebenarnya ini dah pernah berlaku tahun lepas... Kiranya kejadian ulangan pada gigi yang sama.

Bila tengok rupa paras gigi yang dah tak elok tu, kuatkan juga hati nak cabut. Asal mula nak buat root canal, tapi bazir duit je sebab dah tak guna pun. So, dari bajet RM300 (tak masuk tampal), jadi RM40 je.. hehe! Cuma seksanya masa proses nak hentikan darah tu. Dan sampai sekarang denyutan halus masih terasa.

Antara TIPS yang akak dapat untuk mengurangkan seksa pendarahan selepas cabut gigi:

1)  Jangan berkumur (selama satu hari, kata pembantu klinik) dan juga orang2 lain
2)  Gigit gauze tu dalam 2 jam. Ada yang kata jangan tukar sebab gauze kering akan melekat pada bekas cabutan tu. Tapi akak tukarlah jugak 2 kali
3)  Yang akak buat lagi ialah mencuci mulut (bukan kumur) dengan air ais. Cuci secara lemah lembut. Kalau tak cuci, rimas betul dengan darah yang tak berhenti keluar tu. Maklumle, akak spesis darah cair...
4) Selepas lebih 2 jam, cuba keluarkan gauze.. Kalau darah tu tak mengalir, kira OK la.. Tapi jangan lasak2, nak gigit itu ini atau berkumur.. Kalau lapar pun, makan benda2 sejuk dan lembut je.

Itulah antara tips buat sesiapa yang jarang atau tak pernah cabut gigi. Pengalaman itu agak merimaskan. Dahlah bibir rasa bengkak macam kena suntikan kolagen. Terasa air liur menjejeh je, padahal tidak.. hehe.

Jagalah kebajikan gigi kita. Tapi bagi kes akak, bukan tak jaga kebajikan.. Akak rasa badan ni kurang kalsium. Jaga macamana pun tetap rosak selalu.. Maklum, kecik2 dulu tak minum susu. Tapi minum kopi kampung nan hitam tu.. sob sob, sedihkan...


Monday, April 22, 2013

Tema Baju Raya

Dalam tak suka dan mual tu, kadang2 akak jeling2 juga cerita pilihanraya kat alam siber ni. Kat siber akak tahan jeling je, tapi akak tetap suka baca suratkhabar dan tengok berita. Lepas tu sekadar mampu mengulas depan en abe je. Akak ni jenis jiwa sensitif dan pencinta kedamaian. Kalau buat ulasan dan perbincangan terbuka, bimbang tak kuat iman je bila kena tempelak! hehee... Mujur2 dengan en abe ni, kami seirama...

Apa2 pun, akak dah sehabis berdoa kepada Allah agar kebenaran itu ditunjukkan kepada kita2 rakyat marhaen ni. Selepas ni, akan akur kepada pilihan majoriti rakyat. Jadinya, akak pun buat statement kat abe. Raya nanti, kalau BN menang, akak nak buat baju tema biru macam yg dipakai ramai calon BN tu. Tapi kalau PR menang, akak nak buat tema hijau lumut macam yang  kebanyakan calon PAS pakai. Itu je lah nak khabor malam ni... :D


Wednesday, January 9, 2013

Karma & Azizah

Kala ini saya tengah menonton drama Karma di TV9. Bukan nak mengulas pasal ini cerita, tapi nak mengulas pelakon2nya yg hebat2. Watak antagonis utama Zeila Jalil, Leya dan beberapa yg saya tak kenal. Tapi selalu juga muka dorang keluar TV. Watak baik Fouziah Gous & Aaron Aziz. Watak penting punca masalah, Tarmimi Seregar. Tapi akak suka watak Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Fouziah Gous isteri muda Tarmimi (Tan Sri) tu. Azizah tu elok kalau lakon jadi mak yg baik, lembut dan penyabar gitu! Suka tengok. Tak suka kalau dia lakon gedik2, orang kaya ke, orang sombong ke... hahaha! Tetiba akak jadi pengulas drama. Tak sedor gulai kat dapur dah nak kering  :P

Gambar dari Sinarharian.com.my

Saturday, October 13, 2012

Cerita di Hari yg Dingin

Cuaca yg redup membuat mataku turut redup.. Walau hujan dah berhenti sejak tadi, nampaknya sang suria masih segan silu nak keluar.  Salah satu aktiviti yang terpaksa ditangguh ialah membasuh.  Sejak semalam cadar yang ditukar terperap dalam mesin.  Tunggu giliran yang tak kunjung tiba.  Tadi ditambah dengan pengelap kaki.. Anak bujangku terkucil kat situ.. Tak sempat nak masuk toilet kot.. Maknye duk sibuk kat dapur.  Bila dia panggil, alahai.... tambah kerja aku.  Ringan jugak tangan ni nak memiat telinganya.  Lepas tu bila dia tau mak marah, bukan main lagi nak cium pipi mak kiri kanan berdesup desup..  Hahaha politik betul anak aku nih!  Bila mak buat tak indahkan dia, terus diam2 bawa diri kat sofa dan tidur.  Kesian pulak nengokkan.. buah hati intan payung gunung meletup!  Moga2 anak mama dah besar nanti sentiasa menjadi penyejuk hati..

Hari ni sibuk buat projek karipap.. Dari buat inti sampai ke kuihnya.  Alaaa... buat sikit je, inti yg selebihnya simpan dulu sampai orang order lagi.  Sebab sejuk, akak jadi rajin2 malas.. 2 hari semalam dah mendeko kek.  Lepas tu hari ni ada order pau & kek masuk.. Alhamdulillah.  Namanya bekerja sambil baring2 malas heheh.. Eh sejuk2 ni mulut pantang masuk dapur.  Ada je yang nak dikudap.  Maklum, makanan lebih ramai dari orang.. Kek toksah cakap, dah namanya kedai kek... Mujo2 badan ni tak gebu macam kek.  Tapi tadi nampak juga ada spare tyre baru.. hihi!

Ni sambil2 tengok album terkini... Gambar yang abi ambik masa riadah di taman depan rumah.  Setakat mak ni, prestasi dah merosot.  Sebulan sekali nak ke situ pun dah payah.. :D

Ni sebenornya bukan bersenam.. nak ambik gambor je.. hehe
 
 Peel Fawwaz yg malas nak jalan.. konon2 penat jogging.. Abi buat macam angkat guni beras je

Kat bawah ni masa ke PD sekali lagi Selasa lepas.  Sebelum ada orang sewa apartment tu, abi ingat nak bawa Fawwaz swimming.  Dia pun semangat bukan main lagi..
 
Rupa2nya hasrat tak tercapai.. Agaknya Fawwaz ingat boleh conquer satu swimming pool sorang2 macam visit yang lepas.. Rupa2nya ada ramai orang, walau hari biasa.. (weekend toksah cakaplah..).  Dengar meriah suara budak, terus dia tekan brake!  Tak mau pun masuk area pool tu.. Mencebik2 tahan tangis..  Awatlahhh... pemalu sangat ke apa.  Mak pun confuse.  Abi bawa ke pantai belakang apartment pun, tak mau masuk air..  Tapi memang kesian tengok.. Menangis keciwa dia..  Macam tu lah nak... hidup kenalah berkongsi.. Mendalam maknanya tu  ;P

Visit yang sebelum tu...

Monday, April 23, 2012

Internet oh Internet

Seminggu dua ni saya duk memikir-mikir nak upgred talian telefon dan internet.  Timbang kati dan kilo.  Nak yang mana satu.  Usul sudah dikemukakan kepada menteri kewangan.. tapi dia simpan je 'fail' tu senyap2 dalam drawer  :P

Selamakini pakai broadband Digi je.  OK, tak banyak masalah berbanding Celcom yang sebelum ni.  Tapi kalau dah masuk kampung, tetap sama... Al maklumle, ambik pun yang minimum punya.  Setakat kat KL, memang mantap je untuk orang macam saya.  Saya pun bukan hi-end punya internet user.

Tapi sejak selalu nak buat banyak perkara secara online, dan housemate pun jana income secara online, payah le pulak!  Tak boleh kerja serentak.  Sudahnya saya yang mengalah dan makan hati.. Memikirkan saya hanya buat kerja secondary untuk family, takpelah.. Yang penting elaun bulanan tetap ada :)  Tapi ianya akan berakhir dengan fokus saya yang mengendur.. lari alignment nya!  Susah le macam ni..

Kalau terus bersabar, mau tak kemana usaha saya yg tengah berkobar2 ni.  Saya berkenan sangat dengan UniFi.. tapi macam tak sampai hati nak potong Astro tu!  Sebab Disney Jr je.. Dalam buruk ada kebaikan sebab dengan channel 613 tu lah Fawwaz dapat banyak vocab walau sampai kini tak lancar bercakap.  Saya kira 70-80 percent ayat penuh dia, dapat dari ch 613 tu.  Tapi kalau dibiarkan, tak boleh juga.  Nanti ikut bahasa katun je..

Saya perlu upgrade jugak ni!  Nak buat kerja ni pun perlu kekuatan.. perlu hebahan hehe.  Takut menteri kewangan reject forever.  Bukan apa, leceh bila nak pindah randah, angkut mengangkut dan uninstall reinstall nanti. Tak sampai setahun pun lagi nak pindah tu.. Tapi dah tak tahan ni...

Friday, May 6, 2011

ZIANA ZAIN


Kala ni saya tengah menyaksikan ziana kat TV (RTM1).  Banyaknya nostalgia pada lagu2 dia...haha!  My favs among others are KEKAL and KEMELUT DI MUARA KASIH.  Kalau zaman muda2 dulu memang jiwang abis bila dengar lagu2 tu..

Antara lirik lagu kekal:
"Sayang dengarkanlah, syair kau tulis kulagukan... Moga jadi siulan suatu zaman.. dan moga engkau kan tersenyum dengar irama indah.. hanya itu yg mampu kuberi..."

Lirik lagu KDMK yg dulu selalu kunyanyi2kan:
Mengapa
Kau juga yang ku rindu... 
Walau sudah ku tahu payah bersatu hidup denganmu... 
Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku... 
Tak pernah walau dalam sekalipun... 
Kau mintaku membalas... 
Semuanya itu lambang kesetianmu... 
Bukannya mengaburi mata ini atau sebaliknya... 

Sangat le mendalam maknanya tu.... Tapi tetiba terngiang2 lagu Shania Twain "Still the One" ....I'm so glad we made it, look how far we've come my baby... huhu kejam pun ada akak nih!!!