Macam jadi satu fenomena pulak... Kat M'sia, terutama di media, kalau berlaku satu2 perkara atau kes yg boleh menggegarkan negara, maka akan ada rantaian2 cerita yg sama untuk beberapa ketika. Contohnya ragut, buang anak, bunuh, amuk dll. Terkini ialah remaja dan pemandul kena tembak. Ada saja cerita baru yg keluar paper..
Aku tak mencari kesalahan sesiapa mahupun menyokong, sebab kita bukan berada di tempat mereka dan bukan orang yang tepat untuk memberi komen. Silap beri komen, nanti kena saman. Ada wang ka?
Salah satu kisah, yang menembak sedang menjalankan tugas, yang ditembak dalam keadaan panik. Mereka remaja yg katanya bukan penjenayah. Aku cuma hairan dengan remaja2 belasan tahun yang berkeliaran di luar rumah pukul 2-3 pagi, minumlah, merempitlah... Mak bapak sedar tak anak keluar rumah di waktu yg sepatutnya mereka di dalam rumah dan tidur? Atau dah biasa dgn keadaan tu? Andai kita seorang anggota polis yang sedang bertugas yang mana diamanahkan oleh rakyat dan negara, apakah tindakan kita apabila melihat sebuah kenderaan memecut apabila melihat kelibat kita. Tentu dalam kotak fikiran, ada satu kesalahan yg berlaku sebab tu orang lari. Selepas dinihari dan dalam gelap serta memerlukan tindakan yg pantas, terfikir kita berapakan umur si pemandu. Hanya penjenayah atau org berkesalahan besar pecut cabut lari. Nak biarkan atau kejar kemudian tembak kalau tak berhenti juga? Nak tembak tepat atau tembak tayar atau body kereta/motor je?
Memang remaja selalunya berfikiran singkat. Kita pun pernah mengalami zaman itu. Bila takut dan salah, lari ajelah. Jarang kita nak fikir untuk minta kompromi atau peluang kedua, tiga dan seterusnya. Masuk lokap atau jail lagi menakutkan. Tak terfikir orang tu nak tembak kita sebab kita bukan pembunuh atau perompak walhal polis ingat yang sebaliknya. Kita yg dewasa ni bolehlah fikir, lesen takde, road tax mati... alahhh takpelah, polis nak saman, 'go ahead'.. Tapi kalau kita tengok perangai si rempit kat jalan, memang sakit hati dan rasa nak langgar je!
Aku merasakan semakin sukar menjaga anak remaja terutama di bandar besar yang menyediakan pelbagai kemudahan dan keseronokan. Walaupun anakku masih terlalu kecil, mula terserap di hati sanubariku akan kebimbangan itu. Sebagai ibubapa, tentunya nak yg terbaik, menyediakan pendidikan dan agama yg kita fikir cukup untuk anak2 kita. Tatkala dia semakin besar, bersekolah, menjadi remaja, mampukah kita melihat segala yang dilakukan di belakang kita. Di depan pijak semut tak mati, di belakang ya ampunnn... Yelah, aku dulu pun kan remaja. Depan cikgu & parent baik, belakang dorang...mmmm malas nak flashback!
Cuma yg aku tak berapa berkenan di M'sia, apabila berlaku satu2 isu besar terutama yg melibatkan kerajaan atau pasukan keselamatan, mak aihh... mangkuk2 politik pun cari peluang. Semua nak dipolitikkan, semua nak diwar2kan.. Pakcikku seorang polis peronda pernah cakap, polis ramai yg kena tembak penjenayah, ada rakyat kesah? Pakcik lain yg juga polis dan pernah bergelut dengan penjenayah pun pernah cakap, "jangan jadi polis lah, nanti orang kata anjing kerajaan..". Kesian... Kadang dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dek kerana beberapa makan rasuah (term dorang "hadiah" - ada yg pernah ckp), semua pun nampak macam dapat habuan...
Selagi bergelar manusia, kita tak lari dari melakukan silap. Cuma jangan asyik cari silap orang dan mensensasikan.. Lesson learnt, kalau dah salah atau tak buat salah, jangan lari dari polis, pasukan keselamatan dan yg sewaktu dengannya. Melainkan kalau nampak seumpama pembuli jalan, perompak, dll. Nampaknya kita kena belajar berfikir secara pantas dan waras, juga mengawal panik. Semoga Allah lindungi kita yg tak bersalah. Dan semoga mereka yg terkorban kerana bertugas termasuk mereka yg tersalah 'shot' mendapat kedamaian di sana. Kita ambil ini sebagai iktibar.. Semoga anak2 kita menjadi anak yg berakhlak, patuh dan soleh.. SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA.