Pages

Tuesday, June 29, 2010

Wonderful

I was madly searching for the meaning of an arabic word frequently spoken in the kid's channel Baraem. It sounds like "raa'eh or ra'ehah". I went through few arabic dictionaries, online forums and other sources but never get the result. My husband had also asked his Bahraini officemates but no one seemed understand and said there's no such word! Last week, I asked my cousin & her husband who're last time studying in Egypt. The dunno too! Perhaps we pronounced it wrongly..huhu! But I guessed the meaning should be great, awesome, or other synonyms.

Last night I took an effort by concentrating on a movie titled "Julia" over DubaiOne. I read the arabic sub-title and listened carefully to the conversations. Finally I got the answer! The meaning is "WONDERFUL". I supposed can be used as "AWESOME" as well. This is the spelling of the adjective word "رائع". The usage can be like : كانت ليلة رائعة - Meaning> "it's been a wonderful night". Thus, it is important to know "jawi" alphabet before you learn Arabic because by just pronouncing it (though you think that's the word), people may not understand.



Sunday, June 27, 2010

Good Bye MyLove..

Sesungguhnya perpisahan itu amat menyedihkan... Namun aku ikhlas melepaskan kau pergi demi kesejahteraan semua pihak. Takkan ku lupa jasamu, juga kenangan pahit manis selama 3 tahun kita bersama. Kau, aku dan Fawwaz paling banyak merakam kenangan itu di sepanjang perjalanan. Semoga kau dijaga dengan baik dan terus berjasa kepada insan lain. I'm gonna miss you, MyVi...



Majlis Bertunang Eja

Nazliza @ Eja adik bongsu ku bertunang dengan jejaka dari Pasir Mas Kelantan, Mohd Amir pada 19 Jun 2010. Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan baik dan lancar.


Bakal ibu mertua sedang menyarung cincin

Antara anak2 perempuan Makcik Ani...

Semoga sabar dengan ujian2 yg mendatang..

Antara hantaran dari pihak perempuan dgn motif ungu.. semua ilham Abg Hairull (abg ipar).. kecuali yg tambahan spt halwa, baulu kemboja dan coklat.

Bila Kak Sur ku nak tukar profession banking nih? Cupcakes mu sungguh menawan..

Halwa betik & kundur yg digubah semula oleh makcik2 jadi cantik lak..

Purple dari pihak perempuan dan maroon dari pihak lelaki

Jala Mas dihias cantik... dari pihak lelaki

Sushi jawa aka lemper... kadang2 kuih ni jadi hidangan wajib bila kenduri

Baulu kemboja air tangan ibuku yg dah dipotong2... Teringat dlm flight Gulf Air pun ada desert nih

Tetamu mula nak menjamu selera..

Makcikku (tudung hijau) dan keluarga org kanan mak yg paling bertungkus lumus dari mengemas rumah, mengecat, jahit langsir, sampai memasak... hebat!! (sampai tak tidur malam tu...)

Cik Wa sempat deco cupcakes utk birthday Adam & Fawwaz. Nilah gaya dorang yg beria nak tiup lilin tp lepas tu terdengar suara "I don't like it... it's too sweet" (krim nye..) haha pandai korang yee...

Note: Apsal image ni tak boleh di adjust ye? Abis jadi panjang berjela post ku..

Saturday, June 26, 2010

Picnic di Impian Rimba Resort Hulu Langat

Perjumpaan yg di atur oleh kawan2 Astopunk pada 12 Jun 2010. Memang seronok sangat! Walau tak cukup korum tapi tetap meriah dengan kisah2 lama yg tak abis2 dikenang. Anak2 pulak seronok berendam kat air sampai petang. Suami2 yg 2-3 kerat terpaksa layann diri sendiri haha! Dorang2 ni memang setia ikut isteri ber'gather' sana sini. Aku pulak bawa cousins 2 orang utk layan Fawwaz kat air. Kesimpulannya masing2 seronok..

Airnya yang bersih dan jernih..

Bodyguard Fawwaz yg sabar melayan... lupa nak carikan Cik Mat baju mandi. Yg ada tinggal kat Bahrain.. mula2 takut tu, lama2 best pulak.. hehe


Tidur lena selepas berjam2 berendam...

The faces of 40's... sorang kat rumah lagi, blom sampai hihi..

Antara hidangan kami hari tu.. budak2 paling suka yg ni

Aku pulak bawa donut coklat ni

Nak balik sempat pose lagi...

Sweet memories.... sayang korang!!



My Second Summer in Bahrain

Alhamdulillah.. dah selamat tiba di Bahrain semalam (Jumaat). Perjalanan amat memuaskan kali ni. Syukurlah, aku dah terlepas dari cabaran2 seperti mula2 dulu. Fawwaz semakin enjoy di dalam pesawat dan mampu tidur lena. Cuma payah sikit bab2 pakai safety belt. Kena ada trick. Husband pun ada sekali... ada hal, dia pun balik M'sia minggu lepas. Tu yg banyak benda aku tak dapat nak buat masa hari2 terakhir.

Keluar airport, mula2 rasa panas yg biasa2... tapi demi sampai carpark terasa bahang yg teramat sangat. Musim panas katakan... Yg kelakar + angin, hubby confident je kat mana dia park kereta. Sekali dah sampai ke tempatnya, tiba2 kereta takde. Oh no! Dia lupa kat mana... duk cari semua tempat tak jumpa2. Aku dan fawwaz terpaksa tunggu trolley bagasi di tengah2 panas. Mujur ada 4WD besa gedabak kat situ, boleh tumpang teduh. Tapi bahangnya tetap terasa. Lebih 15 min tak jumpa juga. Kesian tengok duk pusing2.. Sekali aku suruh tengok kat seberang sana... ha! Ada pun... Apasal aku tak suruh tgk dari tadi. Betulla aku punya 6th sense yg kuat.. kekeke.

Good boy...

Desert baulu kemboja bersos krim/susu. OK la juga walau lain dari yg mak buat... ada rasa serbuk kayu manis.



Hari ni mood masih kureng. Kemas barang & baju ala kadar.. malas betul! Fawwaz lak ala2 jetlag tapi lama2 hairan kami... bangun pukul 3 pagi, boleh tahan sampai sekarang pukul 4 ptg, tak tidur langsung malah sangat bertenaga. Terjerit2 gembira.. agaknya seronok sangat kot!!

Minggu ni aku nak relaks je. Nak baca majalah2 yg aku bawa dan main game Cafeworld yg dah sebulan aku tak sentuh. Ado! Nak rasa balik jd "lady of leisure" sebelum aku jadi "makcik siti jual kuih". Pastu nak upload gambar2 sepanjang sebulan cuti2 M'sia..




Sunday, June 13, 2010

Ahad

Dah lama tak update blog... sejak menjejak kaki ke bumi Malaysia, memang aku jatuh malas nak menulis. Macam selalulah, tumpuan lebih kepada aktiviti lain. Diam tak diam dah 4 Ahad aku di sini.. tinggal 1 Ahad je lagi, then balik semula ke Bahrain. Rasa macam sekejap je..

Apa yang aku dah buat? Macam2.. dari renew roadtax, insurance, jumpa dentist, urusan JPJ, pergi showroom, kenduri kawin, dll.. Sejak petang Khamis yg lepas aku balik Greenfields dengan cousins. Macam2 kena selesaikan setiap hari.. Paling best join kekawan Astopunk picnic di Hulu Langat (Impian Rimba Resort) hari Sabtu semalam. Memang seronok dan best tempat tu. Semua anak2 duk pulun mandi sungai dari pagi sampai petang. Mujur aku bawa cousins utk tgk2 Fawwaz dan layan dia dalam air... Kawan2 sekolahku masih mcm dulu2.. ROCKKK!!! hehehhh

Hari Selasa pagi dah nak balik kampung semula. So, esok kena abiskan tugasan yg belum selesai. Nak buat full settlement MyVi, pergi JPJ semula, dll. Eh! Esok birthday Fawwaz yg ke-3. ALhamdulillah.. dah besar anak aku. Allah kurniakan anak yg sihat walafiat, yg sangat jarang demam (baru 2-3 x). Dugaan ditukar dengan cabaran dan kesukaran menguruskan dia di awal2nya. Tapi sekarang dah banyak perubahan pada anakku. Dia dah jarang meragam, mudah diurus, lasak, aktif tetap sama... cuma lambat bercakap. Memang environment menyebabkan dia sukar bercakap. Beberapa hari kat kampung, dia boleh menambah vocab sikit2 dan faham apa kita cakap. Tapi entah bila keadaan macam ni akan berterusan... Sabarlah ye Fawwaz, kita ikut je abah tu.. mmmmm

Aku tak mampu nak jumpa semua kawan2. Dan aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa menghubungi sesiapa. Bukan aku sombong atau sengaja menjauhkan diri. Biarlah alasannya aku simpan dalam hati.. Mudahnya, aku kena adil dgn kawan2 dan saudara2 sendiri. Tapi mungkin sapa2 yg berada di keadaan seperti aku akan faham. Sesiapa yg macam aku, no 1 bila jejak bumi M'sia ni memang rasa nak duk melekat je kat kampung, walau ada rumah sendiri. Tak taulah org lain.. Kawan aku Shima yg duk Perth tu pasti tau heheh... Nak buat itu ini, kejar itu ini, tau2 masa dah habis.. Lagi pulak semuanya nak kena buat sorang2. Kalau tak kuat mental dan fizikal, entahlaa..

Yang penting, aku kena ikut perasaan anak aku yg memang happy sangat bila kat kampung. Bebas.. lepas.. paling2 nak tengok2 dia jgn lepas ke jalan. Ronda2 naik motosikal.. pastu tunggu jajan nenek/atuk/acik. Bestnya jadi budak kecik! Kalau lama2 kat KL berdua, dia mesti menung je. Kalau tengok dia menung, aku jadi serba salah.. Kalau dia meragam, aku jadi marah.. huhu

OK lahh.. aku nak buat benda lain. Nasibla aku dah kurang minat tengok bola macam season yg lepas2.. jadi bolehla aku tidur cukup. Kalau dulu2 aku sanggup apply leave esp bila nak tgk final..