Sayangnya, dek kesibukan mengurus majlis seminggu dua ni dan hal2 peribadi, dan bila dah sampai di perkarangan HKL (hantar makcik2) susah pula nak cari parking, membawa si kecik, dll saya tak sempat nak melawat pakcik di wad. Sebab tu nak kena pergi juga ziarah sebelum balik ke Bahrain... Selain tu minggu ni kena beli stok barang utk dibawa ke Bahrain, selain nak ke Lendu menghantar cousin ke UiTM. The off semula ke kampung 2-3 hari... pergh, memang on the move je kami nih!!
Sejak balik dari Bahrain, asyik 'mengukur jalan' je. Ulang alik ke KL je masuk ni 5 kali... sangat penat!!! Tapi lega sikit selepas 25 Dec semalam iaitu majlis perkahwinan adik bongsu sebelah mak. Majlis yg sangat meriah tapi penat gilerrrr...... itupun akak cilok2 dan ngelat2..hehehhh!! Bila ada 'handbag' memang susah nak commit 100%... mujurlah ada 'backup' nanny. Time tu lah si kecik nak demam, batuk, selsema, meragam.. maklum penat dibawa ke sana ke mari. Sampai hari ni mama dia masih sedikit semput yg tidak berapa ketara.. hanya si empunya badan yg merasa ketidakselesaannya. How I wish a SPA is in my own house!!! Tapi kan, ada infra-red sauna tu duk simpan je kat store.. sejak pindah ke Anjung 4 thn lepas tak pernah buka...agak2 berguna lagi ke? Patut2 dulu beli je kerusi ogawa tu...
SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat
buat adikku Nazliza dan Mohd Amir