Pages

Thursday, May 17, 2012

Doa dan 'Jampi' Ibu

Kedudukan ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.  Maka itu jangan dipersia-siakan kelebihan dan 'privilege' yang Allah berikan kepada kita sebagai ibu ini.  Lidah ibu amat tajam.  Doa ibu makbul.  Saya cuba mengingatkan diri saya sendiri kerana saya juga mudah lupa dan sering melakukan kesilapan dalam membesarkan anak.

Sering saya berkeluh kesah bila Fawwaz buat ragam.  Biasalah anak saya ni.. Kalau minggu ni dia elok dan ceria, minggu depan mungkin berubah.. Paling saya pening bila tak mau ke sekolah.  Saya sentiasa ingatkan diri untuk tidak berkasar atau marah sebab nanti tangan cepat naik.  Jadi saya ikutkan je feel dia tu dan mendenda dengan cara yg orang akan kata "alaaahai..".  Tapi yang peliknya kalau orang lain yang suruh sarung baju sekolah dan lain2, tak banyak soal dia menurut.

Sebenarnya kebelakangan ini saya cuba amalkan membacakan doa pada air minumnya atau di botol susunya setiap kali buatkan minuman.  Paling2 saya bacakan Selawat 3x dan mohon apa saja kepada Allah.  Kemudian hembuskan pada minuman tu sebelum memberikan kepadanya.  Memang ada petunjuk positifnya pada tingkah laku si kecik tu.  Cuma seminggu lepas saya lupa sebab agak sibuk.  Itu yang ragamnya menjadi kembali.

Dan inilah juga yang dikongsi oleh seorang sahabat saya semalam.  Antara bacaan yang juga boleh kita buat ialah Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas dan Surah Al-Insyirah.  Inilah ikhtiar kami kepada anak-anak yang manja dan suka meragam.  InsyaAllah... makbul jika kita yakin Allah bersama kita.  Cubalah!

Tuesday, May 8, 2012

Majlis Walimah Adindaku Aula & Afnan

Weekend semalam (05/05/12) berlangsung majlis walimah sepupu saya Aula Syakila bersama pasangannya Khairul Afnan di kediaman makcik di kampung Sg Air Tawar, Sabak Bernam.  Terasa cepat masa berlalu dan berusianya akak ni.. Sebab dulu2, akak le yg kendong dia ke sana ke mari, kekadang ikut bawa ke klinik.. kekadang tolong suapkan, mandikan.. belum kira jadi baby sitter dia. Maklumle, kami serumah.. La ni dah kawin pun.. Moga2 bahagia hingga ke hujung nyawa.

Akad nikah di dewan masjid
 
 Tema hijau..
 Penjaga coco jelly yg ceria... :D
 Cikmat sopan santun minum cendol

Suasana di khemah...
 
  Pengantin dan rombongan pihak lelaki menjamu selera

Moga jadi kenangan manis dan abadi sepanjang hayat

 Meriah boleh tahan...