Pages

Tuesday, April 30, 2013

Boleh Tahan Laju..

Alhamdulillah... dah nampak progress rumah comel ku. Memang boleh tahan laju.. Pekerja pun ramai. Dan project owner dah naik risau. Laju2 siap, bimbang kualiti pun tergugat. Beberapa kesilapan dikesan. Pagi ni je, nampak tingkap sudah salah letak. Harus kena ketuk balik. Kadang2 ukuran lantai salah.. Jangan tak tau, owner tu ada banyak masa nak buat quality check. Lagipun deraf layout plan dia yang buat sebelum bagi ke arkitek dan pelukis pelan. Dah hafal setiap dimesion.. Kalau boleh nak standby terus kat site.. Nanti kontraktor dan pekerja stress lak dgn suami ku... hihihi.  Tapi memang kena macam tu lah.. Kalau beli rumah yang dah siap kira senang sikit. Nak fikir, tunggu lepas dapat kunci rumah...

Perkembangan selama hampir 1 bulan... Target siap 4-5 bulan rasanya..



Monday, April 29, 2013

Semangat Tenshoin

Ahhh... best rasa bila hujan turun di malam hari! Tapi jangan blackout suda... Kerap benor blackout minggu ni. Dah 3 kali. Pagi tadi pun jadi. Mujor lah blackout nya dah nak menjelang pagi, dekat nak Subuh. Taklah kecacingan. Tapi biar takde api kejap, jangan takde air...

Hari-hari panas.. Panas cuaca, panas demam pilihanraya.. Panas juga hati sikit2 bila terkejar2 kat handphone, bunyi SMS dan ringing tone, tapi rupa-rupanya message akujanji dan macam2. Terkini, panggilan untuk memperkenalkan diri calon pulak.. Ada sekali tu, pukul 3 pagi berbunyi. Telefon di bawah, saya di atas. Duk ulang2 berbunyi, tak angkat takut pula kes emergency. Aduhhh dush! dush! Rupanya message pilihanraya... tensen tau akakkk. Cepatlah selesai pilihanraya nehh.. Bimbang sungguh kalau lagi mendatangkan budaya sumpah menyumpah pulak. Tapi musykil jugak, hari ni tak pulak dapat. Akaknya dah kena sumpah masa buat panggilan mesin semalam..hehe!

Malam semalam, abe tiba2 nak pergi ke ceramah politik PR di taman ni. Nak memperkenalkan calon katanya. Dan seperti dijangka, sesi kata mengata lebih terserlah. Maka kesimpulan yang en abe buat, kalau dah nama politicians, memang macam tu lah. Duk mengata je. Saya tambah, yang dengar tu pun sahamnya besar jugak... huhuhu!! Sama je depa semua tu, baik BN, baik PR... bior akak generalised sikit. Mungkin adalah yang kempen baik2. Tapi yg baik2 tu agaknya boring la kot dengarnya ye... erk!!

Apa2 pun terpulanglah kepada pilihan masing2. Ada yang suka pilih berdasarkan fakta, ada yang guna persepsi, emosi, macam2 lah... Tepuk dada tanya iman. Pilihlah yang betul2 boleh memartabatkan Islam, bukan yang hanya pandai cakap saja. Pandai juga mengawal pengikut2nya agar lebih beradap, tidak caci mencaci, berdendam, mengumpat, berperasangka buruk yang kadangkala pada saudara sedarah sedaging...


Sejak tengok Princess Atsu, kisah benar sejarah Jepun yang entah berapa kali main kat TV AlHijrah tu, akak dapat simpulkan betapa hebatnya isteri shogun tu. Walau kehidupannya penuh ranjau dan kesedihan. Atsu mempunyai keberanian, jujur dan pandai berdiplomasi. Akak sedih bila semua orang yg dia sayang mati satu persatu. Kalau tidak pun terpisah jauh. Belum kira staff yang resign lagi... Jarak dan statusnya menjadi pemisah. Episode petang tadi pulak, baru dia dapat berdiplomasi dan memahami ketua menteri yang macam jahat dan kejam tu, tiba2 menteri tu kena bunuh. Lepastu, kenalah sambung tengok esok petang pulak..huhuhu!

Contoh yang boleh diambil dari Atsu atau Tenshoin ni ialah, apa2 pun yang berlaku melibatkan pertembungan pendapat atau ideologi, kena dengar dan lihat alasan kedua-dua pihak. Baru kita faham dan boleh membuat penilaian dan keputusan yang betul. Jangan duk dengar dan percaya sebelah pihak je!

Lepas tu, bila tengok TV Al Hijrah tu, saya rasa sangat berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan saluran ini. Kalau tak silap, saluran ni di bawah Jabatan Perdana Menteri. Orang yang sukar ke kelas macam akak, sedikit sebanyak dapat menimba ilmu dari TV Al Hijrah yang padat dengan ilmu agama dari pagi sampai ke tengah malam. Awal2 pagi pula, saya akan buka TV9 (selain selang seli Disney Jr :P) sehingga pukul 10. Ada radio IKIM lagi.. Semua tu kerajaan juga kroninya punya. Bagi saya, tak usah cari yg buruk saja.. Cuba list down yg baik2 pula, pasti hati kita lebih tenang dan jauh dari kebencian. PEACE!! :)


Friday, April 26, 2013

SuperMak!

Malam ni nampaknya ujian untuk mak menghadapi situasi cemas sewaktu hujan turun, guruh berdentum, kilat sabung menyabung, tetiba blackout pulak.. Mujur Fawwaz tidur tak sedar apa yg berlaku. Mak tengah berurusan di dalam toilet. Dua kali pulak tu! Yang pertama kali, ada bantuan cahaya netbook ni, yang belum sempat padam. Torch light kat bawah, kami di atas. Kali kedua, mak dah siap ada torch light yang boleh dicapai. Dengan berus gigi masih melekat di mulut, mak berlari turun. Menuju ke main switch. Ikut gerak hati, tolak naik switch hijau tu... tadaaa, letrik ada balik! Akak syak lampu toilet puncanya..

Situasi cemas selalu berlaku waktu en abe takde kat rumah. Macam juga masa ada ulat tergedik2 melompat2 atas lantai dapur (2 kali) dulu, rumah sebelah ada ulaq, dan lain2 kisah lagi. Masa blackout tadi, mujor akak terpandang rumah belakang dan depan. Rumah sebelah memanglah takde orang.. Alamak! Rumah dorang terang benderang... Tengok switch atas, blur. Tu yang turun, rectify masalah dengan jayanya hehe! Masa macam ni, cahaya handphone memang berguna. Mujur juga abe baru bawa dan sangkut torch light kat tepi tangga. Kalau tak... tak taule akal macamana pulak. Dah OK semuanya, baru mengadu kat abe... Akak ambik semangat Princess Atsu yang bersemangat walau pun penuh dugaan. Haha... tetiba pulak masuk cerita Nipon. Sedih sangat tengok episod Princess Atsu petang tadi...

Sedap lah hujan malam2 ni.. Bakal lenalah tidurku, asalkan takde gangguan elektrik lagi. Bertambah lena kalau takde orang tidur di sebelah... Nikmat sebegini, tak semua orang rasa dan hargai. Malah ramai yang tak suka... Alhamdulillah, Allah beri nikmat ini kepada akak... Prinsip akak senang je. Kalau sesuatu tu kita anggap nikmat, maka nikmatlah dapatnya. Kalau bala, maka siksalah yang kita rasa. Sama juga macam pilihan nak mengundi ni nanti... takpelah, malas nak tulis lagi... hehe!

 Gambar selingan - progress 3-4 hari lepas 

Monday, April 22, 2013

Tema Baju Raya

Dalam tak suka dan mual tu, kadang2 akak jeling2 juga cerita pilihanraya kat alam siber ni. Kat siber akak tahan jeling je, tapi akak tetap suka baca suratkhabar dan tengok berita. Lepas tu sekadar mampu mengulas depan en abe je. Akak ni jenis jiwa sensitif dan pencinta kedamaian. Kalau buat ulasan dan perbincangan terbuka, bimbang tak kuat iman je bila kena tempelak! hehee... Mujur2 dengan en abe ni, kami seirama...

Apa2 pun, akak dah sehabis berdoa kepada Allah agar kebenaran itu ditunjukkan kepada kita2 rakyat marhaen ni. Selepas ni, akan akur kepada pilihan majoriti rakyat. Jadinya, akak pun buat statement kat abe. Raya nanti, kalau BN menang, akak nak buat baju tema biru macam yg dipakai ramai calon BN tu. Tapi kalau PR menang, akak nak buat tema hijau lumut macam yang  kebanyakan calon PAS pakai. Itu je lah nak khabor malam ni... :D


Sunday, April 21, 2013

He's Not Happy...

Hari ni Fawwaz tak berapa ceria. Bila ditanya "are you happy?". Jawabnya "no!"
Tak pernah dia jawab macam tu. Selalunya mesti cakap "yes, I am happy!".. kadang ada tambah "too.." di hujung ayat.

Dalam perjalanan balik dari sekolah, umi bersoal jawab. Tadi kawan2nya bergotong royong angkatkan kerusi ke atas meja. Dan memang hari2 macam tu. Kawan2 dengan rela hati tolong angkatkan. Dia pulak terus cabut keluar bilik darjah.

"Next time say thank you to your friends..".
"I don't want friends.." Lemah je jawabnya
"Kenapa don't want friends? Friends dah tolong angkatkan kerusi.."
"I don't want angkat kerusi... It's too big!"
Mama diam.. Kerusi tu memang saiz kanak2. Tapi agak berat. Kena angkat berdua. Ada juga yang kuat, angkat sorang2.. Anak umi ni memang kurang tenaga. Melainkan kalau tengah meragam, berganda tenaga dia.

Dan tadi, walau dah belikan susu strawberry yang dipesan, mukanya masih tak ceria. Diam saja, tak banyak melompat dan menjerit macam selalu. Selalu kalau macam tu, badannya tak sihat. Tapi ni nampak OK je. Apa2pun, dalam dia lebih banyak berdiam hingga malam ni, ada pencapaian baru berlaku sejak hampir seminggu lepas. Akhirnya Fawwaz berjaya berpisah dengan diapers nya. Selama ni susah umi yg mudah mengalah ni nak train dia. Sebab selain penggeli, dia juga tak boleh duduk lama2 di dalam toilet. Nampaknya umi kena bungkus balik toilet trainer yang baru dibeli tu... Cuma sempat digayakan saja, tak sempat guna.


Saturday, April 20, 2013

Di Puncak Gunung Jerai..

Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai
Bersaksikan laut daun nyiur melambai..

Hehehe... tetiba terngiang2 melodi lagu ni. Tapi tak tau lirik dan penyanyinya. Sajalah letak 2 baris yang akak baru google tadi. Tajuknya "Cinta Pantai Merdeka" rupanya. Dulu2 memang selalu rasanya lagu ni berkumandang kat radio. Tu yang akak duk ingat melodi tu masa mendaki Gunung Jerai pagi tadi.

Janganle ingat akak ni adventurous sangat mendaki gunung. Daki guna 4WD je... Tu pun rasa ngeri. Takut2 bertembung kenderaan lain yang meluncur turun dari atas. Sepanjang jalan kagum juga akak tengok ramai anak2 muda berjalan menaiki dan menuruni gunung tu. Yang naik basikal lagi... Hebat stamina dorang. Akak ni, walau muda2 dulu kuat menapak, agak tak sanggup nak daki mendaki ni. Kecuali bukit ITM. Tu pun buat akak yang berbadan gempal terus menjadi langsing hanya seminggu semasa MSR (minggu silaturrahim).

Sampai sana beberapa minit je.. pastu turun. Sebelum turun, nampak signboard Telaga Tok Sheikh. Tapi sebenarnya kami tak sampai situ, melainkan ke puncak dan puncak hutan simpan yang ngeri. Atas ketidaksetujuan akak, terpaksa abe berpatah balik. hehehe... itulah kuasa isteri untuk setakat tu.


Gambar tak banyak. Tak menarik pulak tu... Macam tak ikhlas nak bergambar pun ada..hehehh! Lagi pun tak banyak spot menarik dalam lawatan pendek ni.


Friday, April 19, 2013

Sepi Nan Damai...

Memandang keluar... melihat dedaunan meliuk lintuk disapa angin sepoi2 bahasa. Nun jauh di sana, bukit yang menghijau namun di kakinya sedang giat ditarah2. Demi melaksanakan sebuah fasa baru untuk taman perumahan ini...


Hehe.. akak testing guna bahasa berbunga2. Rugi juga dulu tak belajar sastera dulu. Padahal minat juga. Disebabkan result SRP yang ala2 chantek gitu, terpaksa ambik kelas sains tulin yg langsung tak masuk otak sampai ke hari ini. Haishh... nak mengulang tayang kisah sekolah pulak!

Sebenarnya akak boring. Sebenarnya juga taklah rasa sangat nak duduk depan netbook ni. Tapi disebabkan anak bujang tu duk melepak je kat sini, akak terpaksa membuat rampasan secara halus. Tak menarik la isu2 hari ni. Balik2 cerita politik.

Lepas tu, bila memandang keluar dari ruang pintu tu, mulalah rasa sunyi. Mulalah rindu kat kampung halaman. Dulu tiap bulan boleh balik. Sekarang tidak.. Rindu juga kat KL yang berpuluh tahun akak duduki tu. Sejak umur 13 tahun lagi... Setahun di KL tahun 2012 , saya terlepas peluang menjejaki banyak tempat di KL. Sampai ke sudah rasanya KLCC pun saya tak terjejak. Melainkan selalu tumpang lalu waktu buat delivery kek kat Menara Petronas tahun lepas.

Rupanya dah masuk 6 tahun saya melalui perubahan aktiviti sebelum terusan macam ni... dah sebati. Kadang2 terasa nak pergi ronda2 di shopping complex macam zaman solo. Tapi bila ada peluang, tak buat. Nak tengok muka anak 24 jam je rasanya. Nak ajak dia, memang tak kuasa.

Apa-apapun, perumahan ini memang sunyi dan sepi. Semua orang agaknya pun suka duduk kat rumah macam saya. Yang riuh cuma suara Kieran & gang dalam radio kat dapur tu.. Dan sebenarnya.... Sepi Itu Indah  ;)


Thursday, April 18, 2013

Barang Percuma

Sapa tak suka benda percuma? Kadang2 walau benda tu kecil, mampu buat kita tersenyum panjang. Sejak musim pilihanraya ni, ramai nampaknya mendapat perkara2 percuma. Dari beras, gula, bonus... macam2 lagilah! Belum kira BR1M lagi... Anggaplah itu semua rezeki dari Allah. Selalulah bersangka baik supaya apa yang kita dapat tu berkat. Jauhi mereka2 yang menerima, tetapi masih tak bersyukur dengan mencaci nesta.

Semalam masa menjemput Fawwaz dari sekolah, tiba2 pakcik yang selalu jual suratkhabar memanggil saya dari dalam keretanya. Rupanya dia nak bagi suratkhabar percuma. Ada tajaan, katanya. Saya pun ambil dengan gembira. Kebetulan semalam tak beli suratkhabar. Sampai pagi ni masih belum habis baca. Selalunya saya akan habiskan baca walau 2-3 hari, baru simpan.

Pagi ni pulak, saya nak isi minyak di Petronas. Selalunya saya akan guna kad maybank (auto debit). Bila nampak saya pegang 2 kad, akak yang jaga tu minta kad Mesra dulu. Ingat dia nak check balance je. Rupa-rupanya dia isi terus minyak. Suka-suka je tanpa bertanya pada saya dulu. Yang itu saya tak berapa setuju, sebab mungkin ada pelanggan yang nak claim benda lain untuk point tu atau nak carry forward. Apa-apa pun saya suka hati. Tersenyum sepanjang jalan. Sebab saya tak payah bayar untuk minyak pagi ni. Semua percuma. Tolak dari point Kad Mesra saya yang tak pernah saya peduli sebelum ni. Main swipe je tiap kali isi minyak. Dia suruh saya guna duit tu untuk sarapan. Dah tentu duit tu dalam bank lagi..  :))



Monday, April 15, 2013

Sembang Politik Kejap..

Kadang2 saja teringin nak keluarkan status 'nakal' di FB. Lagi2 dekat pilihanraya yang sungguh hangat ni. Dah asyik2 tengok posting berbaur politik yang menjengkelkan hati, tak kira dari belah mana. Tapi dalam wall akak tu lebih berat kepada yang asyik nak cari kesalahan kerajaan. Tak kisahlah, sebab takde kerajaan yang perfect di muka bumi ni selagi ditadbir oleh sang manusia. Tapi akak ni bukanlah suka akan kontroversi. Paling2 kalau setuju, akan 'like' je apa yang orang tulis. Hehe... rupanya boleh tahan ramai rakan FB ku yang tidak sealiran denganku.


Sejujurnya saya favour kepada kerajaan yang sedia ada. Dan perlu pembangkang yang kuat untuk menyeimbangkannya. Rakyat sebagai mata dan telinga untuk membuat teguran, malah boleh menghukum. Saya tak setuju jikalau ada yang mengatakan kerajaan kini zalim dan membelakangkan Islam. Lihat saja apa yang telah disediakan untuk kita umat Islam dan lain2 hari ini.. Tidak terbilang. Cuma dari segi undang-undang Islam yang belum cukup kuat. Tapi saya percaya, kalau sentiasa didesak, lama-kelamaan akan lebih mantap. Di pihak mereka mungkin demi kuasa. Tapi kita juga mendapat manfaatnya bukan? Bagi saya PAS itu hanya cakap saja nak laksanaan hudud. Selagi mereka dalam Pakatan, ianya hampir mustahil. Saya akan sokong PAS semula kalau ia menjauhkan diri dari PKR! Saya tak berkenan dengan PKR sedari dulu. Ini sekadar pendapat peribadi saya.

Tapi, kalau benar pertukaran kuasa boleh berlaku, saya harap kerajaan baru tak mengulangi kesalahan dan kelemahan BN seperti yang dicanang2 dulu, kini dan selamanya. Mesti lebih baik seperti yang digambarkan. Kalau boleh contohi Amerika dan Britain, yang habis pilihanraya, tukar pemerintah, terus fokus kepada kerja. Bukan duk cari dan ungkit kesalahan orang. Lama2 masa habis tang itu je. Jangan buat apa yang kononnya kerajaan sekarang buat seperti kronism, nepotism, rasuah, menyekat kebebasan. tak laksana undang2 Islam, dan sebagainya (boleh kata semua tak elok!). Kebimbangan saya ialah mereka yang mengata-ngata ini akan menelan ludahnya semula.

Pada tahun pembinaan Putrajaya, saya ada membaca di Harakah bagaimana mengutuknya mereka pada pembaziran membina Putrajaya. Hari ni pula, saya lihat betapa bersemangatnya mereka nak menakhluk Putrajaya yang dicemuh dahulu. Itulah namanya telan ludah balik. Macam tulah politik yang keji. Belum kira keji fitnah memfitnah dan membuka aib orang. Tapi dalam keadaan sekarang, walau Allah dah tunjukkan pun orang masih tak sedar. Fanatik atau emosi, tak pasti saya. Bimbang saya pun ikut sama macam tu...

Dan mungkin disebabkan rakan fb saya yg aktif, ramai sokong pembangkang atau mungkin lebih tepat pejuang perubahan pemerintah, makan wall saya meriah dengan posting menolak kerajaan. Yang pelik, kalau buruk mereka, semua fitnah umno (bukan BN, MCA, MIC, Bebas, dll). Kerja fitnah memang kerja umno, boleh kata begitu lah kot.. Macam kata kawan saya tadi, bagai romeo & juliet. Maka saya terfikir, tidak ada musuh lain kah selain umno? Musuh dalam selimut ke, musuh di sebelah bilik ka.. Saya mual! Dan saya memang tak banyak info tentang video seks yang tengah hot! Boleh kata takde masuk dalam wall saya. Sebab kawan2 saya yang belah sini mungkin bukan jenis nak cerita buruk orang. Sebab tu saya tak mualkan yg itu. Perasaan ingin tahu ada supaya fikiran saya balance. Dan saya ada juga baca kisah di sebaliknya. Dah dapat tau, diam je lah.. Tak payah kongsi. Moga2 Allah akan terus tunjukkan kebenaran kepada yang mencari. Dan yang pasti, walau Allah tunjuk pun, rumusan akan tetap akan ada perbezaan.

Saya doakan Malaysia akan terus aman dan rakyatnya bermoral. Keamanan itu amat mahal dan kalau sudah rosak, akan sukar untuk diperbaiki. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Ini pendapat peribadi saya je!



Saturday, April 13, 2013

Hari Untuk Meronda2..

Hari ni ikut abe gi Homedec kat Penang. Punya jauh kan.. Tapi lagi jauh exhibitors tu datangnya... kebanyakan dari KL belaka! Lepas tu, ramai juga yang tak tau di manakah Jitra ini.. hahaha! Lain kali datang, akak nak bawa peta siap-siap. Maka teringat zaman akak duk Bahrain dan beli kereta kat Serdang. Salesman tu ingat Bahrain tu dekat London kot... :D

Jadi, banyaklah benda yang kami tengok dan banyak product knowledge yang kami dapat. Rambang mata dan perasaan dengan tawaran2 yang diberi. Semua diskaun belaka. Up to 50%, siap dapat free gift. Dan akhirnya, kami keluar dengan hanya membawa brochures sahaja hahahaaa... Memang macam tulah. Bertanya bagai nak rak, siap tunjuk floor plan. Tapi akak memang dah anggar set dapur mana yang nak dibeli. Tadi dapat estimation untuk set 3 barang pilihan iaitu hood, hob dan oven 8 functions dari RM2700 - RM3100, dengan 3 jenama. Bukan nak the latest dan high end, cukup dengan function apa yang diperlukan. Safety first. Lepas tu design dan brand apa. Tidaklah pula yang branded sangat. Cukuplah dengan melihat poket abe saya (bukan poket sendiri... :P). Akak pun bukan jenis pendesak. Kalau dia belikan, akak pakai. Kalau tak beli, dapur Zanussi ku itu pun ada lagi.... huhuhu.

So, lepas penat mengelilingi bilik pameran, kami pun solat di sebuah masjid dan lunch di De Pauh Garden yang meriah tu di Seberang Perai. Sedap belaka, cuma kuetiaw goreng akak agak masin. Namun disebabkan lapar, tinggal 2-3 sudu je tak tertelan. Maknanya nak habis jugak la tuu... Lepas tu, kenyangnya membawa ke malam, saat akak menulis ni. Hebat kan... :)


Progress Baiti Jannati...
Haa... esok masuk seminggu sign agreement. Tadi abe cakap dah isi konkrit dalam lubang2 yang ada. Maka kejap lagi concrete base akan siap untuk proses selanjutnya. Next payment pleasee....! Hahaha... jenuhkan tukang buat payment tu. Akak tukang sorak jerrr.... ;)   Dalam waktu yang sama, IWK pun nak buat jalan laluan lori maintenance dia betul2 tepi pagar kami tapi abe dah suruh hold dulu. Baru berangan nak tanam pokok kelapa ngan ubi kat situ... Apakan daya, tanah rezab belaka.. hehehe.

kali ni tunjuk gambar Pua Chu Kang pulak... hehehh


Tuesday, April 9, 2013

Alhamdulillah.... Baiti Jannati in the Making


Akhirnya penantian selama lebih 3 bulan berakhir... Menanti kelulusan pihak berwajib untuk pelan rumah akak yang tak sepertinya tu.. Harap2 panjang umur kami untuk merasa tinggal di rumah impian tu.

Tak semudah disangka nak membina rumah di tapak yang sediada di taman perumahan. Dari nak handover hakmilik tanah dari pemaju yang mengambil masa sehingga ke penyediaan pelan dan permohonan kelulusan pihak majlis daerah. Di pihak majlis daerah tidak menjadi masalah katanya. Tapi kerana ia melibatkan semua pihak iaitu TNB, Air, keselamatan, IWK dan lain-lain, itu yang mengambil masa sampai 3 bulan! Mula-mula agak bertenang. Lama-kelamaan kena juga buat panggilan hayat dan berjumpa pihak yang berkenaan. Macam tu lah... Kalau orang tak sabar, boleh jadi bahasa macam2..

Syukur... tinggal nak meneruskan misi je sekarang. Dan sebenarnya, sebelum surat kelulusan diterima, kami dah siap-siap sign agreement dengan kontraktor yang sehari selepas tu terus memulakan persiapan, longgok pasir, batu, aliran elektrik, dan lain-lain. InsyaAllah, hujung tahun nanti berpindah lagi lah akak...

**********************
Hujung nun rumah2 bakal jiran... semi-D & 2 storey bungalow. Tengah meriah dgn renovation sebab baru dapat kunci.. (rumah siap) 

Tasik dan bukit bukau saujana mata memandang


Monday, April 8, 2013

Lemah Rasa..

Sampai ke sudah tak jumpa nasi lemak yg dikenang melainkan yang kawan2 FB post dan yang kat iklan TV tu. Ohhh nasi lemak sambal pekat... manalah nak cari. Mengalah orang mengidam.. Tapi tekak dan hati ni selalu tak synchronise. Contoh pagi tadi, niat nak sarapan pulut + ikan masin tamban kat gerai pakcik mee sedap tu. Tapi demi terpandang mee dan kue tiaw goreng dia, tak semena-mena tukar.. hehehh!!

Sekarang ni terasa sedikit lemah dalam membuat keputusan. Baik keputusan apa nak makan, atau yang jauh lebih berat. Ada sesuatu yang terkeluar dari dalam badan ku. Tak boleh dan tak tau nak cerita. Tapi disimpan rasa nak gempa. Tiba-tiba rasa diri ini merbahaya. Boleh meletup2 sebab banyak menyimpan rasa. Tapi eloklah macam ni. Walau kadang-kadang ada angin memberontak menerjah2 sebab bosan. Sebenarnya sebab itu Allah letak akak di sini. Untuk menjaga mulut dan hati. Kalau tak, mau semua pekung terbuka. Na'uzubillah...

Jika itulah rahsia Allah buat ku, sesungguhnya aku redha.. Tidak diuji dengan penyakit, kemiskinan, kekayaan... cuma diuji dengan kesunyian dan beberapa usaha yang tidak berjaya. Bukan juga kesunyian sebab tak dihirau, cuma sunyi takde kawan nak sembang. Tapi bila abe ada, takde pulak aku teringin nak bersembang. Bukan apa, selalu tempo tak berapa nak sama. Kadang2 cari persamaan, kadang2 malas nak fikir baik diam. Kata kunci kedamaian yang tak boleh dijadikan ikutan, ialah tak usah fikir banyak2. Walau perkara penting dalam hidup termasuk keperluan makan pakai dan kisah anak yang menuntut doa dan usaha yang lebih. Pendekata, otak ni dah macam ada dinding pantulan maklumat. Agak menarik, diserap. Kalau tak berapa, pantulkan balik. Senang je jadi akak ni.

Walau apa2 pun, cubalah untuk tidak terlalu bercerita. Bimbang lain jadinya... Hidup memang penuh pancaroba..


Saturday, April 6, 2013

Bila Perut Menggaruk...

Uhuhhh... rasa nak makan sesuatu, tapi dah terlepas peluang. Bila tinggal berdua ni, bukan senang nak keluar. Tadi pagi Fawwaz dah setuju ikut ummi keluar beli 'kitkat'. Sebenarnya dalam hati ummi nak cari benda lain. KitKat tu umpan je, tapi mesti beli..

Rupa-rupanya tuan rumah hantar makbapak nya untuk tebang pokok. Siapnya dah tengahari. Terpaksalah cancel... Fawwaz pun dah tertidur kejap. Bangun tidur dah tak mau keluar.. Hari ni kononnya nak outsource soal pemakanan.. Nak makan hasil airtangan orang. Kenalah postpone sampai esok pagi. Lepas hantar Fawwaz ke sekolah, ku bercita2 nak cari nasi lemak sedap lah. 2-3 hari ni duk ingat tu je. Maksud sedap tu ialah sambalnya yang pekat kehitaman, pastu lauk pauk pelbagai pilihan yang mengiurkan. Kalau ada sambal kerang lagi mengancam. Takpun sambal paru yg kering. Ada kacang, timun.... (duk terbayang nasi lemak yg officemate pernah tapaukan suatu masa dahulu dr Kg Pandan). Nak makan sedap jangan fikir kolestrol ye!

Hehe... sebenarnya macam nilah selera bila perut tengah lapar. Bila kenyang nanti, boleh jadi lain... Kalau jadi pengacara JJCM, sah2 akak tak dapat tarik minat penonton... :P


Friday, April 5, 2013

Hujan Itu Indah...

Alhamdulillah... Untuk malam yang kedua, saya dah tak perlu 'on aircond'. Hujan tengahari dan petang tadi dah cukup untuk menyejukkan malam. Rasanya hampir sebulan cuaca yang agak panas melanda. Sebolehnya saya mengelakkan diri untuk naik ke tingkat atas sebab lebih berbahang berbanding di bawah. Bila malam, menggelisah kalau tak pasang aircond. Padahal sebelum ni saya jarang pasang sebab konon2 environmental friendly, guna kipas je. Fawwaz pun nampak lena, tak menggelisah panas.

Sekarang ni, kalau nak tidur, Fawwaz akan baca Al Fatihah, Surah An-Naas dan berselawat, Kalau dia mau, tambah Al-Falak dan Al Ikhlas. Masih belum perfect sebab pelat.. Contohnya, kalau sebut Allah, dengarnya macam 'Awwoh'. Baca Bismillah pun belum betul sebutannya. Namun Alhamdulillah atas perkembangannya itu. Saya sedang mendidik dia menjadi anak yang berbudi bahasa dan sentiasa berterima kasih. Semoga musim hujan yang bakal berkunjung memberi lebih banyak ilham buat mak ni untuk meneruskan misi kami... ;)



Wednesday, April 3, 2013

Akhirnya Parlimen Bubar..

Hari ni tanggal 3/4/2013, akhirnya PM telah mengumumkan pembubaran parlimen. Lega rasa tak semena-mena. Bukanlah akak ni ahli mana2 parti dan persatuan, tapi lama kelamaan rasa lemas menunggu. Lagi dengan pelbagai isu di luar sana. Tak tau mana betul dan mana yang tak betul. Tapi akak ni cuba sedaya upaya untuk tidak melihat yang buruk. Cuma mata ni kadang2 mengada2 nak jugak baca apa yang orang tulis. Nau'zubillah, sebenarnya macam bersubahat pulak kan...

Apa-apapun, harap-harap segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Walau suasana politik negara kita ni masih menjauhi tahap matang.. Mungkin ini menjadi budaya yang akan dibawa sampai bila-bila. Akak harap bangsa kita akan bersatu. Umat Islam semakin dekat dengan Allah dan tidak mengadu domba apatah lagi fitnah memfitnah. Sampai susah nak nilai benda tu fitnah atau benar. Sebaiknya, elakkan diri dari memperhalusi isu-isu tersebut. Kalau tak mahu penyakit hati meresap dalam jiwa kita. Sedangkan Allah menutupi pelbagai rupa bentuk aib kita, kenapa pula kita suka menyebarkan aib orang.

Selamat mengundi kawan-kawan. Saya sendiri sedang merangka-rangka dan berharap ada rezeki untuk mengundi nun jauh di Shah Alam sana. Pernah nak cuba tukar kawasan, sekurang-kurangnya di kampung sendiri. Tapi memandangkan kad pengenalan tidak bertukar alamat, tak dapat pulak. Pening juga memikirkan sapa nak jaga anak, nak bermusafir, nak itu ini... hehehhh macam nak buat alasan taknak mengundi pulak.. :P