Seawal pagi akak dah bangun dengan penuh semangat. Alhamdulillah, dapat melaksanakan yang wajib dan sunat. Segalanya mampu dilakukan dengan lancar mengikut kemahuan sendiri bila cuma berdua dengan Fawwaz di rumah ni... Itulah sebenarnya rahsia nikmat Allah yang kebanyakan orang lain tak sanggup menerima. Itulah kecintaan yang Allah beri sebenarnya dan cinta insan pula merupakan bonus yang tak ternilai. Heheh... mendalamnya.
Sebelum solat Subuh tadi akak dah tanak nasi. Memang lapar perut ni sebab malam tadi cuma makan makanan tak berkualiti. Jadi, breakfast tadi makan nasi macam nak ke bendang. Lepas tu terus keluar mencuci kereta dan porch. Masa nilah nak keluarkan peluh dan toksin dalam badan. Masuk dah pukul 9 lebih. Sambung pula bagi anak makan dan menyapu bahagian dalam rumah. Mujo rumah akak comel je. Kalaulah macam banglo dan semi-D kat sebelah ni, mau akak rotate 2 hari... hahaha! Dasar!
Dah keringkan peluh, kemudian mandi, barulah sedap nak hirup nescafe panas. Tapi macam lapar je lagi.. Saborrr... Nak maintain badan memang kena ada disiplinnya. Jangan marah... :P Tapi, sebenarnya kejap lagi akak nak baking chewy gooey brownies yang dah lama tak buat tu.. ;)
Sambil2 mengadap laptop hak milik abe ni, bersembanglah mak ni kat anak yang sebuk sangat main game kat sebelah tu.
U: Esok umi dgn abi nak pergi Mekah... Fawwaz dengan mbah...
F: Ya... Fawwaz tinggal dengan mbah..
U: Fawwaz jangan nangis ye..
F: Tak... Fawwaz tak nangis..
U: Baguss... good boy!
Yang pertamanya, anak syurga ku ini dah boleh diajak bersembang secara 2 hala. Dan yang kedua, dah tertanam dalam mindanya yang dia akan ditinggalkan dengan mbah (nenek) a.k.a makcik akak.
Semoga selamat perjalanan dan permusafiran kami esok dan seterusnya. Dari Jitra - Sabak Bernam via Changkat Jering/Beruas - KLIA - Saudi (Mekah).
**********************
Minggu ni Fawwaz dah dapat uniform khasnya. Vest dan tie untuk dipakai hari Ahad, Selasa dan Khamis. Segaknya anak umi... :)
3 helai T Shirt berwarna biru mcm gambar ni untuk dipakai hari Isnin, ungu untuk hari Rabu dan coklat untuk lain2.
Oooo... cantiknya! Kata Fawwaz kejap tadi... hihihi