Pages

Saturday, June 28, 2014

RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah.. tiba juga Ramadhan yang dinanti. Semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas2..

Persediaan minda dan rohani saja.. dari segi material tetap sama rasanya. Saya bukanlah jenis yang berlebih2 dan nak buat itu ini, nak masak itu ini. Cuma tahun ni merupakan tahun pertama menyambut di rumah baru yang comel dan serba sederhana ni. Sekarang ni pun peti sejuk masih belum berisi. Kena tunggu petang sikit bila en abe bawa dari pasar malam. Kalau orang2 lain mungkin tengah bersusun di market pagi ni. Saya tak boleh sebab semalam dan hari ni cuti sekolah. Yang kat rumah pula cuma mak dan anak yang susah nak diajak keluar. Jadi, kami umpama anak2 burung yang tunggu 'mak' bawa makanan balik. In this case, apak lee... kikiki.

Sebenarnya kami pun bukan jenis selera besar bab2 makan. Apatah lagi bila puasa, kena kawal sikit bila buka.. jangan tahap melantak, bahasa kasornya. Sejenis kuih atau dessert, satu lauk (protein) dan sayur dah cukup. Kalau ramai rakyat, mungkin lain jalan cerita. Masing2 ada selera tersendiri. Kenalah penuhkan meja.. kot.

Walau dah bertahun, saya sentiasa terkenang menyambut Ramadhan di perantauan. Kalau di Singapura, tak jauh beza dengan negara kita. Cuma bab2 pasar Ramadhan tetap tak boleh compete. Namun air katira Singapura terutama di masjid berdekatan flat kami tetap tersedap dan tak jumpa di Malaysia. Air tu simple je isi nya, tapi rasa tu... mmmhh.

Berpuasa di Bahrain pula, mengajar saya menjadi 'tukang masak' handal. Hari-hari mencari resipi di internet untuk masak lauk dan kuih muih. Seronoknya bila dapat kongsi sikit dengan jiran2 melayu merangkap officemates en abe yang kesemuanya dari Singapura. Maklum, abe dulu kerja dengan SIA. Kami tau, mereka pun amat rindukan masakan Melayu yang susah nak dicari di situ. Kalau ada pun, kenalah order dengan orang2 kita yang rancak juga berbisnes makanan di sana.  Memang homesick sapa yang baru-baru ke sana. Apatah lagi staf2 bangsa cina... hehe.  Yang selalu kami kongsi untuk berbuka ialah bubur lambuk, karipap dan lain-lain kuih muih melayu termasuk cucur badak.

Bab bersahur pula... haa yg ni lagilah.  Pukul 2.45 pagi atau lebih awal, biasanya saya dah bangun siapkan makanan. Pukul 3.00 pagi dah boleh makan.  Laju je buat kerja. Pukul 3.30 dah ready untuk Subuh. Bila dah di penghujung, baru Subuh tu dekat2 pukul 4 pagi.  Ada sekali, saya dah siapkan nasi goreng lebih awal. Tapi tak terjaga untuk sahur.. Masa tu panjang sikit dari Malaysia, tapi tak sepanjang orang2 di UK, cthnya. Macam tu lah kalau berpuasa waktu summer. Pengalaman indah lagi mahal tu... :)

Gitulah.. tak habis2 mengenang.. Apa-apapun, syukur dapat peluang menyambut di tanahair sendiri. Harap2 pengisian jiwa lebih dari segalanya. Itulah azam akak... Cabaran nak train Fawwaz pula. Memang dia 'zero' bila kita sebut pasal puasa. Dapat tengah panas ni, kejap2 nak minum soya. Sabar ye mak... doa dan usaha!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
MAAF ZAHIR BATIN SAYA PINTA...


Saturday, June 21, 2014

SEKOLAH GANTI

Hari ni ada sekolah ganti.. Lebih 15 minit mak meneman anak di bawah gazebo, hanya 1 orang je murid pendidikan khas yg sampai selepas tu. Nampak gaya kebanyakannya bakal tak datang... Pagi ni pulak Fawwaz tak banyak ragam nak ke sekolah. Langsung tak sebut 'tak mau sekolah' macam hari-hari lain. Sambil menunggu, mak memerhati tingkah lakunya. Duduk diam bersila, kadang-kala menongkat kepala... mcm fikir masalah dunia je... hehe! Syukur, sejak di SKSAT dia boleh duduk diam. Sebelum ni, di sekolah2 lain, dia suka berlegar2 tak duduk diam, kadang2 tak mau masuk kelas. Sampai doktor sarankan pengambilan ubat.

Semoga Allah permudahkan kami untuk menjaga anak-anak syurga nan istimewa ni dan juga permudahkan guru2 mereka..

Tunjuk gigi yang baru tercabut sendiri... hehe
Rindu zaman ketembamannya..


Friday, June 20, 2014

HAPPY BIRTHDAY FAWWAZ,,

Sekejap je... hari ni dah 19 Jun. Sampai terlupa nak update pasal birthday anak tunggal mak, Fawwaz... Dah lewat 5 hari.. Mungkin mood menulis ruang ni agak ke laut. Seperti kebiasaan, kami celebrate serba ringkas saja. Bertiga dengan abinya... Bila ditanya nak makan apa, dia cuma sebut KFC... hehehe! Kalau nak tau, KFC ni pun dia boleh makan dan telan tak sampai setahun.

HAPPY BELATED BIRTHDAY MY SON.. Ummi sangat2 sayang Fawwaz.. Doa ummi buat Fawwaz sentiasa meniti di bibir, apatah lagi di hati.. Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi Fawwaz di dunia dan akhirat. Yang lain2, biarlah ummi simpan di dalam hati. Biarlah Allah saja yang tahu..


Abaikan background yg comot tu... Fawwaz happy sangat bila disuruh tiup lilin dan potong kek..

Sempat buat ni je utk kudapan kawan2 dan cikgu,,, Tak habis bakar,  oven dah blow out..
dan ini... Tat nenas mama


**********

Birthday beberapa tahun lepas, sambut di kampung.. Suka tgk gambar ni..

Wednesday, June 11, 2014

Tetamu Lagi dan Kehangatan Rumahku

Sian depa.. datang mai rumah makyang dalam cuaca yang agak hangat.. Rasanya di Jitra ni, siangnya tidak sepanas musim kemarau dulu.. tapi malamnya amat meresahkan. Sudahlah rumah akak takde aircond.. Mula2 nak duduk dulu akak rasa tak berapa perlu aircond dengan kadar segera. Sebab selama kini pun akak tak guna sangat walau ada. Masa duk KL lagilah... langsung tak guna. Pasang kipas pun tak lebih 2 sebab tak tahan sejuk. Duk rumah baru, konon2 nak environmental friendly.. nan hado! Mana juga si tukang letrik ni, tak mari2 nak pasang aircond yang dah berhabuk kotaknya tu... Hehehe...

Apa2 pun, gumbira sangat sebab akhirnya sampai juga group terakhir minggu ni ke rumah akak. Adikku Nazuwa sefamily.. Paling kesian, si kenit Ammar yang tak selesa badan.. rumah makyang dia lak tak selesa cuaca. Mujor ada juga port yang kira boleh laa... Port makyang kala tengok cerita Chantal di petang hari.. :P


Si rose among the thorns...

Pose si baby Atiq...

Monday, June 9, 2014

Kenduri Walimah dan Tetamu2 Ku

Semalam punya event yg meriah... Baik di dewan, mahupun di rumah ku... hehe!

Selamat Pengantin Baru Shikin & Suhail... Moga kekal bahagia membawa ke Syurga..

Tetamu yg sampai ke rumah chek.. sepupu sepapat n family

Smilee.... 


Happy Birthday Nina, adikku yg brutal... sepupu jugak, tp cabang mak/pak lain... hehe!

**************************

Tetamu minggu lepas... Masa akak takde di rumah, balik kampung. Abe je yg entertained.. Dia hidang kurma ngan air zamzam & jus je..hihi. 
Pakcik dan anak2 termasuk Nina yang datang lagi kelmarin... :)


Tetamu kecil yg cantik... singgah kat dinding.. :D