Pages

Tuesday, April 21, 2009

Somewhere over the rainbow..

"Somewhere over the rainbow
Blue birds fly...
Birds fly over the rainbow
Why oh why can't I.... "

Tiba2 teringat lagu ni yg aku belajar masa form 3 during singing class... mmm! dulu kat CBN ada singing class ye untuk budak2 form 3. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin supaya tak stress dalam menyediakan diri utk SRP.. unik sekali! Aku pun tak ingat nama cikgu muzik tu, cuma bila dia main piano, sepenuh perasaan sungguh! Sebut pasal piano, budak2 CBN time aku dulu, akan tonggang langgang masa nyanyi lagu "Negaraku" kalau takde iringan piano.. hi hi...

Sebenarnya baru tengok gambar reunion.. tu yg terimbau zaman sekolah :P

Saturday, April 18, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Macam biasa, weekend kami suka beriadah di tepi laut. Selalunya samada di Pasir Ris Park atau Changi Beach. Kalau di Pasir Ris Park selalunya aktiviti menaiki basikal atau menyusuri jalan tepi paya, melihat keindahan fauna.. Tapi kalau di Changi Beach ialah aktiviti bermain pasir tepi laut je sambil tengok kapalterbang terbang rendah untuk landing, kapal2 laut, dll.. Weekend macam ni Singaporeans paling suka camping sambil buat barbeque. Seronok kadang aku tengok families berkumpul sambil camping.. very sporting.

Sampai muncung mulut..


SQ's A380 - 2 tingkat + 4 engines.. besauu







Akhirnya dapat juga aku makan laksa buatan sendiri... slurrpp! So, dah tak teringin.. :D

Friday, April 17, 2009

Petua

Last few years, aku ada masalah kolesterol LDL yang tinggi. Rasanya sampai sekarang, cuma aku dah tak pernah check. Baru go thru' balik list of petua dalam koleksi. Sesiapa yg ada masalah yang sama, marilah sama2 mencuba...

Petua mengurangkan kolesterol
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kasturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.


Petua mendapat anak yang cerdik
Untuk mendapatkan anak-anak yang cerdik (selain semulajadi cerdik) dan tidak lembab cuba elakkan memberi makan nasi sejuk (nasi semalam). Contohnya nasi goreng daripada nasi sejuk. Jangan dijadikan amalan mengoreng dan memakannya. Jika hendak makan nasi goreng masak nasi yang baru dan barulah digoreng. Wallahualam.

Thursday, April 16, 2009

Bila Kebosanan Melanda

Entahla.. sejak semalam aku bosan giler. Rasa macam patung je, tak dapat nak buat apa2. Habis majalah aku baca.. e-paper lagi... kalau star online tu, tak tau dah berapa kali aku click for the latest news. TV program entah apa2.. Anak lak tak bagi aku buat keja sgt melainkan layan dia depan TV. Bukan tengok sangat pun..

Masa ni la aku terfikir bestnya kalau dapat ronda2 dgn kereta comel ku tuu.. Masa ni jugak aku teringat pasar malam la, laksa (yg aku jarang nak suka), resort tepi laut la, jogging kat taman depan rumah aku tu... secret recipe la, cendul mamak depan apartment tu... mmmm macam2!

Tuesday, April 14, 2009

Apa ye....

Ini adalah pemandangan dari bilik yang aku tak akan tengok lagi nanti...




Ini pulak minuman yang bakal kurindui terutama bila tgh musim panas... ABC. He he.. macamla nak lama2 duk tempat orang...

Situasi yang aku dah lali dan berulang... jangan lupa bekalan diapers... kat tempat orang mahal he he!

Monday, April 13, 2009

18 days left...

Weekend semalam balik KL lagi... orang kata asyik mengukur jalan je. Tak tau la, ukur jalan ke, ukur airport atau ukur runaway he he.. Hantar barang sikit2 yang mana tak berapa perlu. Tinggal nak packing barang2 yang tinggal dan buat cleaning. Next week mungkin dah nak buat shipping some of the things ke Bahrain. Ada lebih kurang 18 hari je aku kat sini... Kecik tapi tak abis jelajah.

Balik KL semalam rasa macam singkat sangat, ye lah cuma weekend. Nak shopping sikit2 pun tak dapat. Asyik kena kejar masa je, letih la... Tapi dalam tu aku kagum juga dlm keadaan ekonomi yg tak berapa stabil ni, orang tetap ramai kat LCCT. Sesak je kat luar & dalam. Semalam pulak hujan lebat right after boarding. So, fly dalam hujan lebat. Sesekali macam nak berhenti jantungku bila terasa k/terbang menjunam ke bawah...


My last trip with Tiger Airways..

Friday, April 3, 2009

Bertemu dan Berpisah..

Bertemu dah berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati takkan lupa..

----------------------

KUALA LUMPUR, April 2, 2009 (AFP) - - Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi resigned Thursday after six years in office, clearing the way for his deputy to take over the task of steering the nation out of economic crisis.

--------------------

Hari ni Pak Lah bukan lagi seorang Perdana Menteri. Apa pun orang kata, semoga Pak Lah sentiasa sihat, lebih bahagia, ceria & cool...

Dan semoga keadaan di Malaysia menjadi lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya... Amin. Aku sentiasa berharap, rakyat Malaysia bersatu hati menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Jangan setakat kata mengata ikut emosi sebab akan lebih menunjukkan keburukan diri.. Satu jari menunjuk kepada orang lain, 4 jari lagi menunjuk diri sendiri.. bermuhasabahlah!