Pages

Monday, April 15, 2013

Sembang Politik Kejap..

Kadang2 saja teringin nak keluarkan status 'nakal' di FB. Lagi2 dekat pilihanraya yang sungguh hangat ni. Dah asyik2 tengok posting berbaur politik yang menjengkelkan hati, tak kira dari belah mana. Tapi dalam wall akak tu lebih berat kepada yang asyik nak cari kesalahan kerajaan. Tak kisahlah, sebab takde kerajaan yang perfect di muka bumi ni selagi ditadbir oleh sang manusia. Tapi akak ni bukanlah suka akan kontroversi. Paling2 kalau setuju, akan 'like' je apa yang orang tulis. Hehe... rupanya boleh tahan ramai rakan FB ku yang tidak sealiran denganku.


Sejujurnya saya favour kepada kerajaan yang sedia ada. Dan perlu pembangkang yang kuat untuk menyeimbangkannya. Rakyat sebagai mata dan telinga untuk membuat teguran, malah boleh menghukum. Saya tak setuju jikalau ada yang mengatakan kerajaan kini zalim dan membelakangkan Islam. Lihat saja apa yang telah disediakan untuk kita umat Islam dan lain2 hari ini.. Tidak terbilang. Cuma dari segi undang-undang Islam yang belum cukup kuat. Tapi saya percaya, kalau sentiasa didesak, lama-kelamaan akan lebih mantap. Di pihak mereka mungkin demi kuasa. Tapi kita juga mendapat manfaatnya bukan? Bagi saya PAS itu hanya cakap saja nak laksanaan hudud. Selagi mereka dalam Pakatan, ianya hampir mustahil. Saya akan sokong PAS semula kalau ia menjauhkan diri dari PKR! Saya tak berkenan dengan PKR sedari dulu. Ini sekadar pendapat peribadi saya.

Tapi, kalau benar pertukaran kuasa boleh berlaku, saya harap kerajaan baru tak mengulangi kesalahan dan kelemahan BN seperti yang dicanang2 dulu, kini dan selamanya. Mesti lebih baik seperti yang digambarkan. Kalau boleh contohi Amerika dan Britain, yang habis pilihanraya, tukar pemerintah, terus fokus kepada kerja. Bukan duk cari dan ungkit kesalahan orang. Lama2 masa habis tang itu je. Jangan buat apa yang kononnya kerajaan sekarang buat seperti kronism, nepotism, rasuah, menyekat kebebasan. tak laksana undang2 Islam, dan sebagainya (boleh kata semua tak elok!). Kebimbangan saya ialah mereka yang mengata-ngata ini akan menelan ludahnya semula.

Pada tahun pembinaan Putrajaya, saya ada membaca di Harakah bagaimana mengutuknya mereka pada pembaziran membina Putrajaya. Hari ni pula, saya lihat betapa bersemangatnya mereka nak menakhluk Putrajaya yang dicemuh dahulu. Itulah namanya telan ludah balik. Macam tulah politik yang keji. Belum kira keji fitnah memfitnah dan membuka aib orang. Tapi dalam keadaan sekarang, walau Allah dah tunjukkan pun orang masih tak sedar. Fanatik atau emosi, tak pasti saya. Bimbang saya pun ikut sama macam tu...

Dan mungkin disebabkan rakan fb saya yg aktif, ramai sokong pembangkang atau mungkin lebih tepat pejuang perubahan pemerintah, makan wall saya meriah dengan posting menolak kerajaan. Yang pelik, kalau buruk mereka, semua fitnah umno (bukan BN, MCA, MIC, Bebas, dll). Kerja fitnah memang kerja umno, boleh kata begitu lah kot.. Macam kata kawan saya tadi, bagai romeo & juliet. Maka saya terfikir, tidak ada musuh lain kah selain umno? Musuh dalam selimut ke, musuh di sebelah bilik ka.. Saya mual! Dan saya memang tak banyak info tentang video seks yang tengah hot! Boleh kata takde masuk dalam wall saya. Sebab kawan2 saya yang belah sini mungkin bukan jenis nak cerita buruk orang. Sebab tu saya tak mualkan yg itu. Perasaan ingin tahu ada supaya fikiran saya balance. Dan saya ada juga baca kisah di sebaliknya. Dah dapat tau, diam je lah.. Tak payah kongsi. Moga2 Allah akan terus tunjukkan kebenaran kepada yang mencari. Dan yang pasti, walau Allah tunjuk pun, rumusan akan tetap akan ada perbezaan.

Saya doakan Malaysia akan terus aman dan rakyatnya bermoral. Keamanan itu amat mahal dan kalau sudah rosak, akan sukar untuk diperbaiki. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Ini pendapat peribadi saya je!



Saturday, April 13, 2013

Hari Untuk Meronda2..

Hari ni ikut abe gi Homedec kat Penang. Punya jauh kan.. Tapi lagi jauh exhibitors tu datangnya... kebanyakan dari KL belaka! Lepas tu, ramai juga yang tak tau di manakah Jitra ini.. hahaha! Lain kali datang, akak nak bawa peta siap-siap. Maka teringat zaman akak duk Bahrain dan beli kereta kat Serdang. Salesman tu ingat Bahrain tu dekat London kot... :D

Jadi, banyaklah benda yang kami tengok dan banyak product knowledge yang kami dapat. Rambang mata dan perasaan dengan tawaran2 yang diberi. Semua diskaun belaka. Up to 50%, siap dapat free gift. Dan akhirnya, kami keluar dengan hanya membawa brochures sahaja hahahaaa... Memang macam tulah. Bertanya bagai nak rak, siap tunjuk floor plan. Tapi akak memang dah anggar set dapur mana yang nak dibeli. Tadi dapat estimation untuk set 3 barang pilihan iaitu hood, hob dan oven 8 functions dari RM2700 - RM3100, dengan 3 jenama. Bukan nak the latest dan high end, cukup dengan function apa yang diperlukan. Safety first. Lepas tu design dan brand apa. Tidaklah pula yang branded sangat. Cukuplah dengan melihat poket abe saya (bukan poket sendiri... :P). Akak pun bukan jenis pendesak. Kalau dia belikan, akak pakai. Kalau tak beli, dapur Zanussi ku itu pun ada lagi.... huhuhu.

So, lepas penat mengelilingi bilik pameran, kami pun solat di sebuah masjid dan lunch di De Pauh Garden yang meriah tu di Seberang Perai. Sedap belaka, cuma kuetiaw goreng akak agak masin. Namun disebabkan lapar, tinggal 2-3 sudu je tak tertelan. Maknanya nak habis jugak la tuu... Lepas tu, kenyangnya membawa ke malam, saat akak menulis ni. Hebat kan... :)


Progress Baiti Jannati...
Haa... esok masuk seminggu sign agreement. Tadi abe cakap dah isi konkrit dalam lubang2 yang ada. Maka kejap lagi concrete base akan siap untuk proses selanjutnya. Next payment pleasee....! Hahaha... jenuhkan tukang buat payment tu. Akak tukang sorak jerrr.... ;)   Dalam waktu yang sama, IWK pun nak buat jalan laluan lori maintenance dia betul2 tepi pagar kami tapi abe dah suruh hold dulu. Baru berangan nak tanam pokok kelapa ngan ubi kat situ... Apakan daya, tanah rezab belaka.. hehehe.

kali ni tunjuk gambar Pua Chu Kang pulak... hehehh


Tuesday, April 9, 2013

Alhamdulillah.... Baiti Jannati in the Making


Akhirnya penantian selama lebih 3 bulan berakhir... Menanti kelulusan pihak berwajib untuk pelan rumah akak yang tak sepertinya tu.. Harap2 panjang umur kami untuk merasa tinggal di rumah impian tu.

Tak semudah disangka nak membina rumah di tapak yang sediada di taman perumahan. Dari nak handover hakmilik tanah dari pemaju yang mengambil masa sehingga ke penyediaan pelan dan permohonan kelulusan pihak majlis daerah. Di pihak majlis daerah tidak menjadi masalah katanya. Tapi kerana ia melibatkan semua pihak iaitu TNB, Air, keselamatan, IWK dan lain-lain, itu yang mengambil masa sampai 3 bulan! Mula-mula agak bertenang. Lama-kelamaan kena juga buat panggilan hayat dan berjumpa pihak yang berkenaan. Macam tu lah... Kalau orang tak sabar, boleh jadi bahasa macam2..

Syukur... tinggal nak meneruskan misi je sekarang. Dan sebenarnya, sebelum surat kelulusan diterima, kami dah siap-siap sign agreement dengan kontraktor yang sehari selepas tu terus memulakan persiapan, longgok pasir, batu, aliran elektrik, dan lain-lain. InsyaAllah, hujung tahun nanti berpindah lagi lah akak...

**********************
Hujung nun rumah2 bakal jiran... semi-D & 2 storey bungalow. Tengah meriah dgn renovation sebab baru dapat kunci.. (rumah siap) 

Tasik dan bukit bukau saujana mata memandang


Monday, April 8, 2013

Lemah Rasa..

Sampai ke sudah tak jumpa nasi lemak yg dikenang melainkan yang kawan2 FB post dan yang kat iklan TV tu. Ohhh nasi lemak sambal pekat... manalah nak cari. Mengalah orang mengidam.. Tapi tekak dan hati ni selalu tak synchronise. Contoh pagi tadi, niat nak sarapan pulut + ikan masin tamban kat gerai pakcik mee sedap tu. Tapi demi terpandang mee dan kue tiaw goreng dia, tak semena-mena tukar.. hehehh!!

Sekarang ni terasa sedikit lemah dalam membuat keputusan. Baik keputusan apa nak makan, atau yang jauh lebih berat. Ada sesuatu yang terkeluar dari dalam badan ku. Tak boleh dan tak tau nak cerita. Tapi disimpan rasa nak gempa. Tiba-tiba rasa diri ini merbahaya. Boleh meletup2 sebab banyak menyimpan rasa. Tapi eloklah macam ni. Walau kadang-kadang ada angin memberontak menerjah2 sebab bosan. Sebenarnya sebab itu Allah letak akak di sini. Untuk menjaga mulut dan hati. Kalau tak, mau semua pekung terbuka. Na'uzubillah...

Jika itulah rahsia Allah buat ku, sesungguhnya aku redha.. Tidak diuji dengan penyakit, kemiskinan, kekayaan... cuma diuji dengan kesunyian dan beberapa usaha yang tidak berjaya. Bukan juga kesunyian sebab tak dihirau, cuma sunyi takde kawan nak sembang. Tapi bila abe ada, takde pulak aku teringin nak bersembang. Bukan apa, selalu tempo tak berapa nak sama. Kadang2 cari persamaan, kadang2 malas nak fikir baik diam. Kata kunci kedamaian yang tak boleh dijadikan ikutan, ialah tak usah fikir banyak2. Walau perkara penting dalam hidup termasuk keperluan makan pakai dan kisah anak yang menuntut doa dan usaha yang lebih. Pendekata, otak ni dah macam ada dinding pantulan maklumat. Agak menarik, diserap. Kalau tak berapa, pantulkan balik. Senang je jadi akak ni.

Walau apa2 pun, cubalah untuk tidak terlalu bercerita. Bimbang lain jadinya... Hidup memang penuh pancaroba..


Saturday, April 6, 2013

Bila Perut Menggaruk...

Uhuhhh... rasa nak makan sesuatu, tapi dah terlepas peluang. Bila tinggal berdua ni, bukan senang nak keluar. Tadi pagi Fawwaz dah setuju ikut ummi keluar beli 'kitkat'. Sebenarnya dalam hati ummi nak cari benda lain. KitKat tu umpan je, tapi mesti beli..

Rupa-rupanya tuan rumah hantar makbapak nya untuk tebang pokok. Siapnya dah tengahari. Terpaksalah cancel... Fawwaz pun dah tertidur kejap. Bangun tidur dah tak mau keluar.. Hari ni kononnya nak outsource soal pemakanan.. Nak makan hasil airtangan orang. Kenalah postpone sampai esok pagi. Lepas hantar Fawwaz ke sekolah, ku bercita2 nak cari nasi lemak sedap lah. 2-3 hari ni duk ingat tu je. Maksud sedap tu ialah sambalnya yang pekat kehitaman, pastu lauk pauk pelbagai pilihan yang mengiurkan. Kalau ada sambal kerang lagi mengancam. Takpun sambal paru yg kering. Ada kacang, timun.... (duk terbayang nasi lemak yg officemate pernah tapaukan suatu masa dahulu dr Kg Pandan). Nak makan sedap jangan fikir kolestrol ye!

Hehe... sebenarnya macam nilah selera bila perut tengah lapar. Bila kenyang nanti, boleh jadi lain... Kalau jadi pengacara JJCM, sah2 akak tak dapat tarik minat penonton... :P


Friday, April 5, 2013

Hujan Itu Indah...

Alhamdulillah... Untuk malam yang kedua, saya dah tak perlu 'on aircond'. Hujan tengahari dan petang tadi dah cukup untuk menyejukkan malam. Rasanya hampir sebulan cuaca yang agak panas melanda. Sebolehnya saya mengelakkan diri untuk naik ke tingkat atas sebab lebih berbahang berbanding di bawah. Bila malam, menggelisah kalau tak pasang aircond. Padahal sebelum ni saya jarang pasang sebab konon2 environmental friendly, guna kipas je. Fawwaz pun nampak lena, tak menggelisah panas.

Sekarang ni, kalau nak tidur, Fawwaz akan baca Al Fatihah, Surah An-Naas dan berselawat, Kalau dia mau, tambah Al-Falak dan Al Ikhlas. Masih belum perfect sebab pelat.. Contohnya, kalau sebut Allah, dengarnya macam 'Awwoh'. Baca Bismillah pun belum betul sebutannya. Namun Alhamdulillah atas perkembangannya itu. Saya sedang mendidik dia menjadi anak yang berbudi bahasa dan sentiasa berterima kasih. Semoga musim hujan yang bakal berkunjung memberi lebih banyak ilham buat mak ni untuk meneruskan misi kami... ;)



Wednesday, April 3, 2013

Akhirnya Parlimen Bubar..

Hari ni tanggal 3/4/2013, akhirnya PM telah mengumumkan pembubaran parlimen. Lega rasa tak semena-mena. Bukanlah akak ni ahli mana2 parti dan persatuan, tapi lama kelamaan rasa lemas menunggu. Lagi dengan pelbagai isu di luar sana. Tak tau mana betul dan mana yang tak betul. Tapi akak ni cuba sedaya upaya untuk tidak melihat yang buruk. Cuma mata ni kadang2 mengada2 nak jugak baca apa yang orang tulis. Nau'zubillah, sebenarnya macam bersubahat pulak kan...

Apa-apapun, harap-harap segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Walau suasana politik negara kita ni masih menjauhi tahap matang.. Mungkin ini menjadi budaya yang akan dibawa sampai bila-bila. Akak harap bangsa kita akan bersatu. Umat Islam semakin dekat dengan Allah dan tidak mengadu domba apatah lagi fitnah memfitnah. Sampai susah nak nilai benda tu fitnah atau benar. Sebaiknya, elakkan diri dari memperhalusi isu-isu tersebut. Kalau tak mahu penyakit hati meresap dalam jiwa kita. Sedangkan Allah menutupi pelbagai rupa bentuk aib kita, kenapa pula kita suka menyebarkan aib orang.

Selamat mengundi kawan-kawan. Saya sendiri sedang merangka-rangka dan berharap ada rezeki untuk mengundi nun jauh di Shah Alam sana. Pernah nak cuba tukar kawasan, sekurang-kurangnya di kampung sendiri. Tapi memandangkan kad pengenalan tidak bertukar alamat, tak dapat pulak. Pening juga memikirkan sapa nak jaga anak, nak bermusafir, nak itu ini... hehehhh macam nak buat alasan taknak mengundi pulak.. :P