Pages

Thursday, May 17, 2012

Doa dan 'Jampi' Ibu

Kedudukan ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.  Maka itu jangan dipersia-siakan kelebihan dan 'privilege' yang Allah berikan kepada kita sebagai ibu ini.  Lidah ibu amat tajam.  Doa ibu makbul.  Saya cuba mengingatkan diri saya sendiri kerana saya juga mudah lupa dan sering melakukan kesilapan dalam membesarkan anak.

Sering saya berkeluh kesah bila Fawwaz buat ragam.  Biasalah anak saya ni.. Kalau minggu ni dia elok dan ceria, minggu depan mungkin berubah.. Paling saya pening bila tak mau ke sekolah.  Saya sentiasa ingatkan diri untuk tidak berkasar atau marah sebab nanti tangan cepat naik.  Jadi saya ikutkan je feel dia tu dan mendenda dengan cara yg orang akan kata "alaaahai..".  Tapi yang peliknya kalau orang lain yang suruh sarung baju sekolah dan lain2, tak banyak soal dia menurut.

Sebenarnya kebelakangan ini saya cuba amalkan membacakan doa pada air minumnya atau di botol susunya setiap kali buatkan minuman.  Paling2 saya bacakan Selawat 3x dan mohon apa saja kepada Allah.  Kemudian hembuskan pada minuman tu sebelum memberikan kepadanya.  Memang ada petunjuk positifnya pada tingkah laku si kecik tu.  Cuma seminggu lepas saya lupa sebab agak sibuk.  Itu yang ragamnya menjadi kembali.

Dan inilah juga yang dikongsi oleh seorang sahabat saya semalam.  Antara bacaan yang juga boleh kita buat ialah Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas dan Surah Al-Insyirah.  Inilah ikhtiar kami kepada anak-anak yang manja dan suka meragam.  InsyaAllah... makbul jika kita yakin Allah bersama kita.  Cubalah!

Tuesday, May 8, 2012

Majlis Walimah Adindaku Aula & Afnan

Weekend semalam (05/05/12) berlangsung majlis walimah sepupu saya Aula Syakila bersama pasangannya Khairul Afnan di kediaman makcik di kampung Sg Air Tawar, Sabak Bernam.  Terasa cepat masa berlalu dan berusianya akak ni.. Sebab dulu2, akak le yg kendong dia ke sana ke mari, kekadang ikut bawa ke klinik.. kekadang tolong suapkan, mandikan.. belum kira jadi baby sitter dia. Maklumle, kami serumah.. La ni dah kawin pun.. Moga2 bahagia hingga ke hujung nyawa.

Akad nikah di dewan masjid
 
 Tema hijau..
 Penjaga coco jelly yg ceria... :D
 Cikmat sopan santun minum cendol

Suasana di khemah...
 
  Pengantin dan rombongan pihak lelaki menjamu selera

Moga jadi kenangan manis dan abadi sepanjang hayat

 Meriah boleh tahan... 

Monday, April 30, 2012

Program Kerohanian 1

Tarikh 28/04/12 lepas telah dipenuhi dengan aktiviti yang penuh bermakna buat sebahagian kami bekas pelajar ATPN 1983-87.  Akhirnya terlaksana jua hasrat kami untuk beramal di Rumah Anak2 Yatim dan Asnaf As-Solihin yang terletak di Kanchong Darat, Banting.

Walau ahli yang hadir cuma 13 orang, ditambah dengan para suami dan anak2, jumlahnya menjadi ramai.  Sumbangan dari yang hadir dan tidak juga, Alhamdulillah amat2 memberangsangkan.  Saya kira, setelah bertahun2, inilah antara aktiviti yang sangat membuka hati (jiwa) dan perasaan.  Kegembiraan bertemu rakan-rakan lama (zaman sekolah) dan keinsafan kala berhadapan dan melihat kehidupan anak-anak yang hidup berdikari tanpa ibubapa di sisi ini di usia muda.

Sesungguhnya anak yatim itu adalah anak yang mulia dan mendapat perlindungan Allah sepanjang masa.  InsyaAllah, rezeki mereka sentiasa ada.  Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki juga kepada penjaga dan pemegang amanah rumah ini iaitu Tuan Hj Molyana dan isteri beliau.  Amin.

Kredit diberikan kepada empunya gambar-gambar ini iaitu sahabat saya Norwati Nazam.

Peserta dari ATPN batch 83/87

 Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan - kuiz, mewarna, nasyid...




Spt biasa, macam-majam juadah potluck

Fawwaz tumpang semangkuk...

Jumpa lagi! InsyaAllah...

Thursday, April 26, 2012

Nak Jadi CEO?

Hari ni boleh tahan sibuknya. Sibuk di jalan dan lain-lain.  Lepas hantar Fawwaz, terus hantar pesanan donut sejuk (bukan frozen), terus ke BB Bangi, balik rumah dan akan keluar lagi.  Macam-macam dalam kepala ni nak dibuat.  Tapi Alhamdulillah le.. memang takde mengeluh penat atau lesu.  Sentiasa bertenaga dan bersemangat walau tidur sentiasa tak cukup jam.  Badan pun rasa sedap.  Yelahh.. kita kan minum VeMMA.  Apa gunanya minum, kalau di tahap tu je.. Tapi seriously, masa minum seminggu dua tu, badan memang letih lesu dan nak tidur je.  Mungkin toksin dalam badan ni yg membuat respons nya macam tu.

Lepas ambil Fawwaz, nak buat pau frozen pulak.  Baru boleh fikir nak baking. Ni duk terfikir-fikir tentang masa depan sambil menunggu putaran mesin basuh selesai.  Memang teruja setiap hari! Terutama apabila telah melakukan sesuatu yang sebelum ni belum pernah dilakukan.


Seronok jadi CEO ni.  Hei! Jangan ketawa.. Bcoz I'm the owner of my own business, suka hati akak le nak pegang jawatan apa.. Best kan?!  

Rasa-rasanyalah.. kalau duk kat office yang besar apatah lagi yang ternama tu, ada peluang tak jadi CEO ke, MD ke, Presiden ke.. Mmmm.. selagi Datuk, Tan Sri dan yang sewaktu tu masih ada di situ, jangan harap lah ye!  Lagipun ramai lagi yg berderet kat bawah tunggu giliran. Jadilah konsep redha dalam terpaksa.  Tak dinafikan, ada orang yg sentiasa di dalam comfort zone.. tak kisah ada halilintar ke apa, redha dengan rezeki yang ada.  Baguslah tu, asal hati ikhlas.. Bagi yang suka nak mendaki tangga demi tangga, atau mahukan keadilan, boleh ke redha je tanpa mengeluh?  Tanpa mengumpat si polan dan si polan di belakang partition atau di dalam tandas?

Maka itu, belajar-belajarlah buat bisnes.  Kalau belum mahir atau baru nak bermula, buat yang small scale dulu.  Contohnya, bisnes mengedar risalah untuk orang, buat bisnes pengiklanan secara online, jual burger, kuih, kek dan macam-macam lagi.  Dan lantiklah diri sendiri menjadi 'Pengurus Besar'.  Sebab bisnes sendiri kan... Di office orang kita Eksekutif, habis waktu kerja kita Director gitu!

Kalau anda orang yang benar2 mahu mencabar diri, masuklah dalam dunia selling.  Dunia selling menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan dan ramai orang menjadi mewah kerananya.  Nak lagi spesifik, NETWORK MARKETING.  Mendaftar dengan Vemma, keluarkan modal dari serendah RM342 ke RM6,930.  Modal tu adalah untuk anda membeli produk dan consume sendiri atau ikut suka anda (tidak digalakkan untuk menjual semula sebab takde untung pun!).  Anda hanya perlu cari sekurang-kurangnya 2 orang ahli.. dan nahh! Kalau berterusan, akan adalah hasilnya yang lumayan.  

Saat itu, InsyaAllah pendapatan anda akan melebihi CEO di tempat kerja anda.  Dengan syarat, andapun kenalah kerja dan usaha macam CEO juga.  Macam di Vemma, Brand Partners nya memang dari pelbagai latarbelakang.  Dari ahli korporat, doktor, jurutera, guru hinggalah surirumah macam akak ni!  Di Vemma tak perlu lihat latar belakang pelajaran, sebab semua adalah sama.  Yang membezakan nanti ialah pencapaian apa yang kita akan perolehi.  Kunci utama ialah usaha dan effective marketing!

Jadi, ANDA BERANI?  Buatlah anjakan paradigma dengan sesuatu yang luar dari kebiasaan anda.  Kalau anda mempunyai impian yang sukar untuk diperolehi dengan hanya wang gaji dan bonus anda, cubalah dengan bisnes ini.  Tiada yang mustahil kerana buktinya memang ada dan banyak... 

Daftar percuma di http://sitibiz.bisnesdirumah.net/ atau buat pembelian terus secara online di http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/

Monday, April 23, 2012

Internet oh Internet

Seminggu dua ni saya duk memikir-mikir nak upgred talian telefon dan internet.  Timbang kati dan kilo.  Nak yang mana satu.  Usul sudah dikemukakan kepada menteri kewangan.. tapi dia simpan je 'fail' tu senyap2 dalam drawer  :P

Selamakini pakai broadband Digi je.  OK, tak banyak masalah berbanding Celcom yang sebelum ni.  Tapi kalau dah masuk kampung, tetap sama... Al maklumle, ambik pun yang minimum punya.  Setakat kat KL, memang mantap je untuk orang macam saya.  Saya pun bukan hi-end punya internet user.

Tapi sejak selalu nak buat banyak perkara secara online, dan housemate pun jana income secara online, payah le pulak!  Tak boleh kerja serentak.  Sudahnya saya yang mengalah dan makan hati.. Memikirkan saya hanya buat kerja secondary untuk family, takpelah.. Yang penting elaun bulanan tetap ada :)  Tapi ianya akan berakhir dengan fokus saya yang mengendur.. lari alignment nya!  Susah le macam ni..

Kalau terus bersabar, mau tak kemana usaha saya yg tengah berkobar2 ni.  Saya berkenan sangat dengan UniFi.. tapi macam tak sampai hati nak potong Astro tu!  Sebab Disney Jr je.. Dalam buruk ada kebaikan sebab dengan channel 613 tu lah Fawwaz dapat banyak vocab walau sampai kini tak lancar bercakap.  Saya kira 70-80 percent ayat penuh dia, dapat dari ch 613 tu.  Tapi kalau dibiarkan, tak boleh juga.  Nanti ikut bahasa katun je..

Saya perlu upgrade jugak ni!  Nak buat kerja ni pun perlu kekuatan.. perlu hebahan hehe.  Takut menteri kewangan reject forever.  Bukan apa, leceh bila nak pindah randah, angkut mengangkut dan uninstall reinstall nanti. Tak sampai setahun pun lagi nak pindah tu.. Tapi dah tak tahan ni...

Wednesday, April 18, 2012

Aktiviti Sihat, Minda Cerdas!

Memang saya amat menyukai aktiviti-aktiviti outdoor seumpama ini.  Bersenam sambil menikmati keindahan alam semulajadi.. Mengeluarkan peluh walau tak banyak.. Kalau boleh tu memang nak all out, tapi disebabkan sambil mengawal basikal si kecil dan teriakannya yang asyik bercakap "penat! penat!".. kenalah banyak berhenti dari berlari hehe.. Namun kekadang kena speed juga bila basikal tu meluncur laju menuruni bukit..
 

Kalau ada en abe pula, akan ada aktiviti hujung minggu tambahan seperti melawat nursery pokok & bunga atau melihat-lihat orkid di taman.  Percayalah, aktiviti begini sangat menyeronokkan berbanding melawati pusat-pusat membeli belah.  Sangat mendamaikan.. dan yang penting tidak memerlukan sebarang perbelanjaan untuk beriadhah.. dan belanja yang cukup sedikit untuk membeli bunga :D
 
 
Lokasi nursery - Sg Buloh

Saturday, April 14, 2012

Kenapa "Networking Business"?

Why networking? Why network marketing?  Kalau nak tanya soalan begini, memang sedapnya dalam bahasa Inggeris kan?  Yelah, kenapa kita seharusnya memilih perniagaan rangkaian ini?  Antara jawabannya ialah:

  1. Membolehkan anda bekerja secara part time tetapi memperolehi pendapatan melebihi pekerjaan full time.  Hebat bukan?  Ini bukan cerita rekaan, tetapi kisah benar di Vemma.
  2. Menawarkan pendapatan pasif (passive income) yang berterusan selepas beberapa tahun sahaja.  Semakin lama dan semakin besar network anda, semakin relaks lah anda.
  3. Konsep bantu membantu atau 'people help people'.  Mereka yang sudah berjaya dan kaya akan membantu orang lain menjadi kaya.  (Seharusnya begitulah kalau nak rasa passive income tu..)
  4. Tidak memerlukan pengalaman dan kelulusan.  Hanya kerajinan anda!
  5. Tidak perlu kemahiran tertentu. Personality skill akan meningkat selama dalam bisnes ini
  6. Modal paling rendah - setiap perniagaan memang memerlukan modal.  Fikirkan dengan wang sebanyak RM6000 anda akan mendapat peluang ke arah kebebasan masa dan wang yang sebenar tanpa perlu memikirkan untuk menyimpan stok atau menjual barang kepada orang
  7. Tiada risiko kos sewaan, dan lain-lain.
Memang sangat menarik!