Pages

Saturday, September 20, 2008

Doctor oh Doctor..

Aku selalu cakap dengan sepupu2ku kalau kepalaku tak kena timpa kelapa masa aku kecil dulu, mesti aku dah jadi doctor.. ha ha! sebenarnya alasan je. Memang aku tak layak jadi doktor sebab aku ni baran orangnya. Cakap pun takde nak lembut2 sangat. Bukan apa aku tulis ni.. Tadi petang, for the first time kami bawa Fawwaz ke Family Clinic di Tampines. Sebab teruk sangat selsema dan batuknya. Malam tadi aku tak dpt lena sebab kesian tengok dia terbatuk2 sampai takleh tidur. Siang pulak asyik meragam, tak selesa kot. We met a chinese male doctor who's so polite. Dia check betul2 tapi Ahmad Fawwaz tidur nyenyak masa tu. Sikit2 cakap sorry.. Kalau kat M'sia experience aku lah..bab2 sakit selsema, batuk tu, doktor tak sentuh apa2 pun. Setakat interview.. biasa sangat kott. Entahlah, experience aku je kott!!

Dalam aku selalu rimas dan lemas dengan perangai Fawwaz lately, seronok juga bila dengar few words yg dia dah boleh sebut i.e. eyo (hello), OK, Mama, bbah, dah, titt (sakit kott), Lailahaillallah (word paling panjang, kdg clear kdg pelat), wiwi (ntah apalah maknanya), tata (bye), Aminn (kekadang bila aku baca fatihah)... Tapi yang paling kerap ialah bahasa Jerman yang aku tak paham, tapi aku iyakan aja..sambil pura2 ketawa, konon faham & kelakar. Budak kecik memang kurniaan Tuhan yang menakjubkan! Love you son...

1 comment: