Baru sehari aku balik ke S'pore. Semalam petang aku balik menaiki AA yang walaupun tak penuh tapi aku tetap rasa businesnya masyuk.. Entah apa aku berangan atas tu, sedar2 dah nak landing. Kesannya, sampai malam ni aku masih belum menjiwai suasana yg dah 2 bulan aku tinggalkan. Nak kena re-charge la pula 'battery' ku nih.. Battery cap ayam. Sebenarnya hati semakin berat nak merantau.
Dalam pada tu, aku tetap berazam utk tahun 2009 ni akan menjadi lebih baik. Sebagai anak, isteri, ibu, adik, kakak, kawan dan seorang insan yang maha kerdil di muka bumi Allah ni. Tiba2 aku teringat tulisan yg entah kajian siapa, tapi selalu disebut pakar2 motivasi dan kuterima melalui email. Sifat orang melalui bulan kelahiran. Nak tengok balik macamana aku, betul ke tak dan apa yg perlu diperbaiki. Lahir bulan Mac, antaranya:
(1) Berkeperibadian yg menarik dan menawan >> ha ha..perasan pulak nanti.
(2) Mudah didampingi >> ye lah kott.. tapi bila tgh moody, aku rasa semua pun takut nak tegur aku. Hope to be less moody this yr!
(3) Sangat pemalu dan pemendam rasa >> aku memang seorang pemendam rasa. Tp bila dah tak tahan kadang keluar juga apa yg terpendam..
(4) Sangat baik, jujur, pemurah dan mudah simpati >> semoga aku dapat menepati sifat2 yg ni.
(5) Sgt sensitif pada perkataan yg dituturkan.. >> tapi bila terasa aku pendam je... Sbb kadang mulut aku pun sama
(6) Suka pada kedamaian >> itu lah aku! WORLD PEACE!!!
(7) Sesuai dgn kerja yg memberi khidmat kpd org lain >> dulu ye la.. buat customer service. Tp sekarang kurang kott... Stress beb!
(8) Tidak cepat marah dan sangat baik hati >> HA HA HA! Hanya mereka yg mengenali ku tahu. Tapi aku kenalah berusaha ke arah nya..:D
(9) Tahu membalas dan mengenang budi orang >> setakat ni aku lebih mengenang jee.. banyak yg belum mampu di balas, tapi niat ada ler..
(10) Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam >> penting utk buat company budget ha ha!
(11) Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal >> ada la sikit..tu yg aku takut nih! Istighfar yaaa...
(12) Suka berangan-angan >> memang best berangan dapat wang besar ke... menang rumah ke, keta ke dan lain2.. He he he!
Ada few lagi, tapi malas nak tulis. Kalau ada nak tambah, aku letak 'tak penyabar'.. Aku berazam nak jadi lebih sabar supaya dapat menjauhi risiko sakit jantung dan yg sewaktu dengannya. Aku nak tumpukan perhatian pada kesihatan dan keceriaan dan kasih sayang terutama pada permata hati ku si Ahmad Fawwaz.
Last sekali... I need to go back to work. Otherwise, badan dan otak ku akan menghasilkan lebih banyak toksin dan cecair adrenaline sbb stress. Tapi kerja pun selalu ada tekanan... how aaa???
k ct, it took me 2 weeks to recharge the battery.... :) semoga kita menjadi insan yg lebih baik dr hari2 semalam... ameen...
ReplyDeletekak ct, selamat tahun baru :) Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita dan moga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam- amin
ReplyDeleteAminn.... :D
ReplyDelete