Pages

Wednesday, February 25, 2009

See you in KL...

Jumaat ni aku dah nak balik KL lagi... this time naik MAS. Sejak ada banyak choices of flight ni, memang jarang naik MH or SQ. Setakat tak dapat juice kan... Tapi this time MH ada good offer macam lain2 budget carrier jugak.. yelah, dalam kegawatan ekonomi ni, kenalah find way to compete. As a consumer, kita pula kena rajin browse dan berbelanja dgn bijak..

Sabtu, aku ada reunion ASTOPUNK di Bagan Lalang, Sepang.. he he! Actually shortform Asrama Toh Puan Norashikin ni bukannya official. Kami yg reka sendiri lebih 20 thn yg lepas. Yela, masa tu kan zaman punk, diskang, etc.. Memang aku teruja nak pegi sbb dah lama sangat tak jumpa kawan2 sekolah dan asrama.. Teringat zaman2 nakal, panjat pagar, melungsur bawah pagar, lawan mercun dgn hostel boys, kena rotan depan ramai, nyorok dalam locker, dan macam2 lg lah.. Kadang tu fikir, tak caya wanita 'anggun' macam aku ni buat perkara2 tak senonoh macam tuu.. he hehh! Tapi itu semua kenangan indah kami warga ASTOPUNK 1983 - 1987. Syukur sekarang masing2 dah berjaya jadi orang dan mak orang..

Lepas tu kena balik kampung terus sbb ada wedding adik dan sepupu.. Mesti Fawwaz seronok dapat jumpa makcik2 & paksu.. esp ikan2 di kolam (awas lu ikan!) dan kucing2 di belakang rumah. After 2 mths tak balik kampung, aku harap perjalanan nanti OK.. Kalau takkk, tarik nafasss...hembusss... jangan stress na!

Jangan jelous.. aku cuti 1 bulan, atas sebab imigration. So, will be back to S'pore in March 29th. Tiket balik pun dah beli...^^



Sweet memories....

Saturday, February 21, 2009

A Trip to the Zoo

We went to Singapore Zoo this morning until noon.. It's a nice & beautiful zoo and most importantly, very well maintained... I managed to 'pujuk' my camera and here they are...the pictures to be shared!


Zirafah yg mendamaikan...



Splash Amphitheatre, where we watched splash show by a lion sea named Philip..



Feeding time for the Orang Utan. Sopan jer duduk he he...



Tengah tengok orang utan makan...



Puas memujuk, tapi tak mau duduk... terpaksa berdiri sampai habis, mmm......

Friday, February 20, 2009

Bila jiwa serabut ver 2..

Versi 1 sudah ku delete.. Sebenarnya banyak cara nak kurangkan serabut dan bosan utk kita2 yg duduk rumah ni. Bukan kronik pun stress nya, cuma kadang hilang sabar tengok kerenah anak yg sama kebosanan mcm maknya... So, sebaik mungkin elakkan dari marah walau selalunya terpaksa marah.. Cara2 aku menenangkan perasaan kat sini :

1) Minum secawan nescafe panas
2) Buat kuih... pastu makan kuih tu, he he!
3) Tengok resipi dan gambar2 makanan kat internet... isk! pokoknya memang makanan la dlm kepala otak ku nih
4) Tulis blog
5) Elakkan baca kisah politik Malaysia.. pasal muak dahhh!
6) Tgk program kat TV3 online... rindunya aku kt TV3. Kat sini tak dapat, RTM1 je..
7) Buat Sudoku

Macam tak happening kan... memang punnnnn!!!! Kalaulah kt M'sia, macam2 lagi boleh bikin. Tak sempat nak serabut...

Wednesday, February 18, 2009

Save my Car..hu hu!

Just called by Greenfields management to remove my car from the porch as the roof is almost collapse due to heavy rain.. What am I going to do....? It's too far away. Hope the management will take quick action to repair the roof.. No more rain, pleaseee....

Saturday, February 14, 2009

Good Manners

Tiga perkara yg jarang berlaku di Malaysia tapi menjadi kebiasaan kami di Singapura ni :-

(1) Zebra crossing - kita tak perlu risau nak lintas jalan kat zebra crossing sbb semua kenderaan mesti akan berhenti. Tapi kat M'sia, kena ada traffic light baru kenderaan nak berhenti. Aku pernah sengaja lintas zebra crossing kat Seri Petaling, tapi kena hon..

(2) Most of taxi drivers di sini akan tolong naikkan atau turunkan barang dari boot especially bila banyak barang lepas shopping atau travel.

(3) Kat airport terutama bila bawa anak kecil, ada je yang nak tolong angkatkan beg, dll. Selalunya yg offer aku 'free service' ni ialah chinese..

Friday, February 13, 2009

Pot pet pagi Jumaat

Aku sedang memperhatikan Fawwaz 'azan'.. bunyinya "abbahhh....ababahh (Allahuakbar 2x - gaya pelat).. lailahaillallah...". Kadang tu siap letak dua tangan kat telinga.. kelakar bila tengok akal budak kecik ni. Memang dia selalu teruja bila tengok atau dengar azan kat komputer atau TV. Hopefully sampai besar la camtu kann....

Lately, dia dah pandai tengok TV sampai tak hirau orang. Tapi certain cartoon programs je la macam Bunnytown, Wordworld (s'times), Tigger & Pooh, Danny & Daddy dan Mickey Mouse Club (dah kurang suka). Semua ni dlm Playhouse Disney. Tugas aku adalah memastikan semuanya dalam kawalan supaya dia tak taksub sangat dengan TV.

Macam biasa, tak menghargai toys nya.. lebih suka main vacuum cleaner (tiru abahnya vacuum), periuk2 dan containers (kasi angkut depan TV) dan tengok video clips kat laptop ni, boleh kata dah tau tukar2 lagu atau membuatkan ia 'hang' terusss. Perkembangan baru, dah pandai sikit sambung2 block Duplo, tp kurang penyabar. Paling tak suka kalau dia terjerit2 bila nak sesuatu. Aku pun ikut nak menjerit sama he he! Mamanya pun 2 x 5..

Aku pulak sekarang ni kononnya buat research.. about things yang sebelum ni kurang terfikir. Banyak sungguh maklumat kat dunia tanpa sempadan nih. Dalam 4 bulan lagi Insyaallah aku akan menerokai dunia baru.. apa tu? Jawapannya rahsia..tengok je lah nanti. Tolak next month sebab aku kena balik sebulan ke Malaysia (kes social visit pass mcm last year), tinggal berapa bulan je aku kena bersiap sedia. Yang penting aku kena baikkan dulu penyakit ni. Ahad ni kena jumpa physician lagi nampaknya sebelum merebak kat family. Tetiba rasa sayang lak nak tinggalkan tempat yg nyaman dan aman ni.. Tulah, orang kata bila dah tak nampak, baru kita akan menghargai sesuatu. Kata orang, dekat bau najis, jauh bau bunga.. ish!

Sebab aku duduk kat rumah je, maka aku tak tau apa konflik kat negara seberang tambak nih selain yg kat newspaper atau TV. Dulu aku pernah dengar keluhan seorang pemandu teksi Melayu yg berkilo2 puji negara Malaysia. Tapi kami diam je sebab judgement kami orang yang banyak cakap ni, kadang tu isi kurang.. sori ye. Pernah baca satu kolum kat Berita Harian versi sini, seolah2 macam Melayu sini agak tertinggal dari segi ekonomi (mcm kita la jugaa..). Dan mentaliti orang Melayu/Islam paling suka menerima (juga menderma) pun sama juga macam negara kita.. Kenapa ya? Trademark orang melayu ke... nampaknya kena ubah betul2 mentaliti orang kita ni supaya tak sentiasa dipandang rendah... Malaysia boleh!!!!

Wednesday, February 11, 2009

Apabila nikmat ditarik..

Selalunya kita lupa apabila sihat, gembira, bahagia, kaya, berkuasa, dsb. Kita fikir kita dah buat yang terbaik tanpa memikirkan fikiran orang lain. Memang kadangkala kita perlu dikejutkan dan disedarkan dari mimpi yang indah.. Contohnya orang2 politik di Malaysia hari ini tak kira kerajaan atau pembangkang, termasuk rakyatnya sekali.. dan aku sendiri yang sedang ditarik nikmat tidur dan kesihatan yang sempurna. Semoga ada ubat yg terbaik buat ku... Rindunya aku kat Malaysia dan KL..

Sunday, February 1, 2009

Rokok

Semalam, masa di kedai runcit, sementara tunggu giliran nak bayar, aku perhatikan satu-satu harga rokok di sini. Memang mahal betul dibandingkan dengan harga di Malaysia. Dahlah kat kotaknya ada gambar mengerikan iaitu penyakit2 yang boleh disebabkan oleh rokok. Memang tak menarik langsung. Sekotak rokok paling murah harganya <>SGD10 bersamaan RM24. Aku rasa isinya cuma 12-14 je kot (tak pernah lak kira :P).

Maka aku teringat email tajuknya "Mengapa Yahudi Bijak.." Macam di S'pore, mereka menganggap rokok adalah taboo.. merokok memang tak bagus untuk melahirkan generasi bijak. Tu agaknya S'pore yang kecik ni, boleh maju jauh sangat dari kita, yang rokoknya sekotak berharga cuma RM5-6. Walau ada ramai perokok yang bijak, aku percaya kalau tak merokok lagilah dorang tu hebat. Oleh itu, JAUHILAH ROKOK!!!!!