Pages

Friday, February 13, 2009

Pot pet pagi Jumaat

Aku sedang memperhatikan Fawwaz 'azan'.. bunyinya "abbahhh....ababahh (Allahuakbar 2x - gaya pelat).. lailahaillallah...". Kadang tu siap letak dua tangan kat telinga.. kelakar bila tengok akal budak kecik ni. Memang dia selalu teruja bila tengok atau dengar azan kat komputer atau TV. Hopefully sampai besar la camtu kann....

Lately, dia dah pandai tengok TV sampai tak hirau orang. Tapi certain cartoon programs je la macam Bunnytown, Wordworld (s'times), Tigger & Pooh, Danny & Daddy dan Mickey Mouse Club (dah kurang suka). Semua ni dlm Playhouse Disney. Tugas aku adalah memastikan semuanya dalam kawalan supaya dia tak taksub sangat dengan TV.

Macam biasa, tak menghargai toys nya.. lebih suka main vacuum cleaner (tiru abahnya vacuum), periuk2 dan containers (kasi angkut depan TV) dan tengok video clips kat laptop ni, boleh kata dah tau tukar2 lagu atau membuatkan ia 'hang' terusss. Perkembangan baru, dah pandai sikit sambung2 block Duplo, tp kurang penyabar. Paling tak suka kalau dia terjerit2 bila nak sesuatu. Aku pun ikut nak menjerit sama he he! Mamanya pun 2 x 5..

Aku pulak sekarang ni kononnya buat research.. about things yang sebelum ni kurang terfikir. Banyak sungguh maklumat kat dunia tanpa sempadan nih. Dalam 4 bulan lagi Insyaallah aku akan menerokai dunia baru.. apa tu? Jawapannya rahsia..tengok je lah nanti. Tolak next month sebab aku kena balik sebulan ke Malaysia (kes social visit pass mcm last year), tinggal berapa bulan je aku kena bersiap sedia. Yang penting aku kena baikkan dulu penyakit ni. Ahad ni kena jumpa physician lagi nampaknya sebelum merebak kat family. Tetiba rasa sayang lak nak tinggalkan tempat yg nyaman dan aman ni.. Tulah, orang kata bila dah tak nampak, baru kita akan menghargai sesuatu. Kata orang, dekat bau najis, jauh bau bunga.. ish!

Sebab aku duduk kat rumah je, maka aku tak tau apa konflik kat negara seberang tambak nih selain yg kat newspaper atau TV. Dulu aku pernah dengar keluhan seorang pemandu teksi Melayu yg berkilo2 puji negara Malaysia. Tapi kami diam je sebab judgement kami orang yang banyak cakap ni, kadang tu isi kurang.. sori ye. Pernah baca satu kolum kat Berita Harian versi sini, seolah2 macam Melayu sini agak tertinggal dari segi ekonomi (mcm kita la jugaa..). Dan mentaliti orang Melayu/Islam paling suka menerima (juga menderma) pun sama juga macam negara kita.. Kenapa ya? Trademark orang melayu ke... nampaknya kena ubah betul2 mentaliti orang kita ni supaya tak sentiasa dipandang rendah... Malaysia boleh!!!!

No comments:

Post a Comment