Pages

Monday, May 11, 2009

Ipoh White Coffee

Free promo... aku baru je buat instant white coffee yg aku kira sedap arr.. Brand Super. Tu yg pukul 11 mlm masih segar bugar. Bukan nak tahan tidur. Tapi selalunya kalau nescafe taklah berapa lut sangat..

Aku sekarang bertapa kat Bukit Jalil dekat seminggu dahh. Tapi sempat juga drive ke JB for the first time with Fawwaz hari Khamis tu. 4 1/2 jam + singgah rest kat RnR Pagoh, mcm sama balik S.Bernam je. Mujur tak sesat nak cari Puteri Pacific tu. Selalu teksi hantar dari arah lain. Balik bawa hubby & barang2 terakhir dr S'pore. Baru terasa betapa penatnya daku memandu di lebuhraya tu..

Now, aku teringin nak buat makeover kat rumah persinggahan ni, tp macam takkan tercapai je. Mmmm.. nampaknya sokmo gitulah. Sok lusa dah nak balik kampung. Ingat nak balik esok je, tapi malas la pulak.. Rasa miss nak pergi sana sini.. Yang penting aku kena settle income tax yg alih2 suruh aku bayar utk 2008. Terkejut sehh.. Morale nya, sapa2 yang berhenti kerja dan jadi macam aku ni, kena siap2 inform IRB so that dorang tak bazir kertas buat estimation utk kita.. Kita pun taklah tekejut nanti dapat saman.. hu hu!

No comments:

Post a Comment