Pages

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan @ Bahrain

Lain sikit rasanya puasa di sini. Pukul 2.40am aku dah bangun siapkan makanan dan 3am dah mula sahur. Main panas2kan kat microwave je. Kalau rajin, masak sayur fresh atau buat nasi goreng. Itu utk hubby, aku makan roti je. Pagi ni 3.58am dah azan Subuh. Buka pukul 6pm. Sejak balik sini, puasa agak meletihkan. Tak tau pasal apa.. Kat M'sia hari tu walau macam2 buat, steady jek! Mungkin sebab tak buat apa2 kot kat Bahrin ni heeeee.....

Macam selalu, aku masak sendiri juadah buka & sahur. Nak beli pun, bukan selera kita. Kalau beli pun macam kek, tart, dll. Yang bestnya, berbuka dengan kurma fresh. Nikmatnyee... Balik hari tu, aku bawa sekotak bahan2 masak termasuk kicap manis dan bilis dari M'sia. Tu yang semangat masak. Tengok hubby selera pun dah cukup bagus...

Oh ya.. hari tu balik semua OK. Aku bersyukur sangat2... Itulah berkat doa di bulan Ramadhan, sungguh makbul! Walau masih terasa lamanya perjalanan, puasa lak tu, sekurang2nya tak menggunakan tenaga yg banyak. Ramai juga yg tak puasa dalam tu, musafir katakan.. Aku sekadar dapat bau makanan yg enak. Tergugat juga iman. Cabin crew bungkuskan aku sandwiches masa nak landing.. bagus sungguh!

Gambar2 baru semasa balik kampung :-

Before & after: punya susah budak kecik ni nak gunting rambut. Makcik ku je yg boleh melakukannya dgn bantuan ramai he he..



@ KLIA - back to Bahrain via GF0281. Every time nak fly kena beli toys baru, supaya dia leka sedikit. Kecil pun takpe.. asalkan dia suka.
.

Seharian aku pakai mask nih.. rimas juga. Precaution better than cure.. Fawwaz? Bertuahla kalau dia nak pakai...


Budak baik he he... suspen je aku kalau citer lama berulang. Senyum pun mahal..



Petang semalam buat roti jala + kari ayam utk buka..

Tuesday, August 25, 2009

Semoga bapaku sembuh..

Ramadhan Al Mubarak... Sekejap je dah masuk hari ke-4 kita menjalani ibadah puasa. Masih di Malaysia, aku berpuasa dgn penuh kesederhanaan. Apalagi bila puasa sendirian di KL, memang relaks habis. Tak fikir nak ke Pasar Ramadhan. Tanpa dijangka, aku balik kampung lagi petang Ahad lepas. Dapat berita yang ayahku demam, sesak nafas dan admitted di hospital TAJ, S/Bernam tengahari tu. Dia memang ada problem jantung dan ini pernah berlaku but back to normal. Hati aku mula tak senang sebab tinggal beberapa hari je nak balik ke Bahrain. Sambil masakkan nasi untuk Fawwaz aku terfikir2 apa nak buat.

Aku decide balik juga. Supaya tiada kekesalan nanti. So, siapkan masak. Since Fawwaz macam mengantuk je, tidurkan dia dulu. Packing semua benda masuk beg utk ke Bahrain in case balik lambat, dan masuk baju ala kadar utk balik kg. Pagi tu dah masukkan semua rempah-ratus dll dalam kotak, tinggal nak seal je. Sempat mop dapur comel tu. Mandi, solat, doa banyak2 agar semua OK, siap2, Fawwaz bangun 1 1/2 hrs later, terus aku angkut masuk kereta. Tak makan pun dia apa yg aku masak td.. Syukur dia seronok je sepanjang hampir 3 jam perjalanan. So, smooth journey.. dkt 5.30 ptg sampai kampung. Tak terus ke hospital sebab ada Fawwaz.. Dapat juga buka puasa dgn family..akhirnya!

Pagi semalam (Isnin) baru pergi hospital dgn mak. Lama tunggu, dekat tgh baru dapat masuk. Alhamdulillah, tgk ayahku agak baik, dah tak demam.. cuma kaki bengkak sikit sebab gout. Tak lama aku balik... Cuaca kat kampung semalam berubah2.. pagi hujan, panas, mendung, panas balik.. Aku berkira2 bila nak bertolak ke KL sambil tengok langit. Kg mendung tapi KL terang/panas, so aku decide bertolak lepas buka. Bertahun tak drive jarak jauh belah malam. Fawwaz tidur 3/4 perjalanan. Mungkin sebab sejuk dan asyik tekan break, kaki macam nak cramp bila sampai Ijok. Mujur ada Yoko Yoko dlm handbag. Malam sangat gelap, takde lampu jalan di kebanyakan tempat. Sampai Sg Buloh baru ada lampu.. Lega bila dah nampak OneUtama. Hampir 11 mlm sampai.. penat, tidur...

Harini nak rehat je. Esok (Rabu) dah nak ke Bahrain. Baru dapat sms dari Gulf Air.. flight GF0281 pukul 11.30 pg. Aku hanya mampu berdoa perjalanan esok akan lebih baik dari yang lepas2... Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini, semuanya menjadi lebih baik buatku.. dan mereka di sekelilingku.

Monday, August 10, 2009

Aku dah balik...

Yay! I'm already in this small Greenfield @ Anjung Hijau Apartment.. enjoying the green view outside there. Sejuk sungguh mata memandang!

Landed di KLIA hari Ahad 9/8 pukul 9.30 pagi. Naik Gulf Air - GF 0280 Boeing 777. Memang besar carrier ni tapi penuh je. Macam selalu, perjalanan berdua dengan Fawwaz memang mencabar. Tapi kali ni kurang sikit sebab malam. Aku pula minta seat yang dekat dengan ruang crew, so senang nak minta bantuan atau saja2 keluar. Aku borong 3 seats terus! Fawwaz meragam sekejap secara tiba2 bila flight baru nak take off. Letih dan mengantuk tapi belum boleh nak settle down. Sepenuh tenaga juga aku mengendalikan dia.. tapi demi flight bergerak, dia dah tidur. Legaaa... in the middle tu, adalah juga dia buat hal. Biasalah, telinga yang sensitif terhadap sebarang bunyi.. eg. trolley makanan, suara stewardess, suara captain, dll. Aku pulak tak dapat tidur langsung sepanjang 8 jam tu.. takut Fawwaz tergolek ke.. dan memang aku pun lebih kurang anak aku, mudah tak selesa untuk tidur di tempat sebarangan.

Balik tu pakcikku Pak Bong aku jemput. Tapi Fawwaz melalak2 tak mau naik. Cool him down, aku tak jadi naik kereta Pak Bong dan bawa dia round KLIA dan makan nasi lemak. Then ambik teksi yang sangat membosankan tu. Bukan apa, sepanjang dari Sepang ke Bukit Jalil, driver cina tu asyik borak kat hp dengan kuat. Dahla cakap bahasa aku tak faham, tak hormat pula kat passenger yang tengah penat nih. Dengan anak aku yang tidur tuu.. Rasa nak sound tapi takut ditinggalkan kami kat jalan je nanti.. Aku perasan pemandu2 teksi KLIA memang macam tu. Kalau tak sembang sesama drivers thru' radio taxi tu, sembang kat phone macam semalam. Irritating sungguh!

Sampai rumah, dah malam baru dapat tidur betul2. It was like 30+ hrs aku tak tidur.. tapi taklah ngantuk sangat. Pagi ni bangun, macam sekejap je rasanya tidur tu.. tau2 dah 6.30 pg. Maknanya lena sungguh kami... Aku biasa je, tak kena jet lag. Fawwaz ada sikit, he he! Pukul 9 pg aku bfast kat kedai mamak Medina di Bkt Jalil ni dengan Fawwaz. Penuh perasaan 2 orang menikmati roti telur + nescafe panas + soya bean utk Fawwaz.. aku dah mula suka kedai ni, baru, bersih dan sedap. Lepas makan drive terus ke Carrefour, cari apa yang patut.. memang banyak yang patut heh!

Balik mengadap laptop.. layan facebook, posting new stories, etc.. nak booking flight balik ke Bahrain lagi next 2 wks... Esok teruskan perjalanan ke Sabak Bernam pula. Memang aku ni dah lali semua tu.. boleh jadi amazing traveller he hehh! Semoga Allah terus memberi aku kekuatan dan kesihatan.. Amin!

Saturday, August 8, 2009

Musim Kurma





Dah dekat nak Ramadhan, kurma segar makin banyak di Pasar.. mana yg elok sikit harganya BD1 untuk 1 kg (<> RM10). Kalau dah ranum sangat, 1 bekas putih polystrene tu dalam BD1 je. Tapi untuk jenis kecik dan tak berapa cantik laa. Beli sedikit je untuk jajan orang kampung. Tak boleh bawa banyak sebab aku dengan Fawwaz je balik, so kena limit barang. Travel light.. Dapat bawa badan pun dah syukur...

Tuesday, August 4, 2009

Anak Mithali

Sejak pemergian Yasmin Ahmad ke Rahmatullah, hampir saban hari aku baca kisahnya. Samada online paper atau sekadar forum gosip. Dan aku baru berpeluang menonton kisahnya di Majalah 3 melalui catch up TV di TV3 online. Memang sedih dan sayu... maka berjurai2lah airmata yang murah ni..

Aku tak mau bercerita kisah yang tak baik.. bukan tak pernah dengar, tapi aku lebih suka cerita yang manis sementelah orang yang dah tak ada. Tapi sejak dia tiada, memang cerita yang baik saja keluar. Itulah, apa2 pun Allah yang Maha Mengetahui... Rezekinya pergi meninggalkan dunia dalam keadaan yang disayangi ramai. Selama ni pun memang aku sentiasa ternanti-nanti iklan barunya, terutama iklan Petronas. Aku paling tak lupa iklan Tahun Baru Cina yang lepas. Kisahnya seorang anak cina tak tau makna makan besar.. rupanya dia duduk rumah anak yatim dan orang yang jemput budak tu dari sekolah ialah wanita India... sedih sangat iklan tu...!!

Aku baca dan dengar pasal ibu bapa arwah bercerita tentang kebaikan dan ketaatan arwah Yasmin.. dan buat aku terfikir tentang diri aku sendiri. Mampukah aku setaat dan sebaik itu? Jawapannya aku sendiri tau.... tapi masih belum terlambat untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik terutama terhadap ibu bapa kita. Semoga esok masih ada... Dan semoga ibubapaku sentiasa dirahmati Allah dah sihat sejahtera...