Pages

Tuesday, August 25, 2009

Semoga bapaku sembuh..

Ramadhan Al Mubarak... Sekejap je dah masuk hari ke-4 kita menjalani ibadah puasa. Masih di Malaysia, aku berpuasa dgn penuh kesederhanaan. Apalagi bila puasa sendirian di KL, memang relaks habis. Tak fikir nak ke Pasar Ramadhan. Tanpa dijangka, aku balik kampung lagi petang Ahad lepas. Dapat berita yang ayahku demam, sesak nafas dan admitted di hospital TAJ, S/Bernam tengahari tu. Dia memang ada problem jantung dan ini pernah berlaku but back to normal. Hati aku mula tak senang sebab tinggal beberapa hari je nak balik ke Bahrain. Sambil masakkan nasi untuk Fawwaz aku terfikir2 apa nak buat.

Aku decide balik juga. Supaya tiada kekesalan nanti. So, siapkan masak. Since Fawwaz macam mengantuk je, tidurkan dia dulu. Packing semua benda masuk beg utk ke Bahrain in case balik lambat, dan masuk baju ala kadar utk balik kg. Pagi tu dah masukkan semua rempah-ratus dll dalam kotak, tinggal nak seal je. Sempat mop dapur comel tu. Mandi, solat, doa banyak2 agar semua OK, siap2, Fawwaz bangun 1 1/2 hrs later, terus aku angkut masuk kereta. Tak makan pun dia apa yg aku masak td.. Syukur dia seronok je sepanjang hampir 3 jam perjalanan. So, smooth journey.. dkt 5.30 ptg sampai kampung. Tak terus ke hospital sebab ada Fawwaz.. Dapat juga buka puasa dgn family..akhirnya!

Pagi semalam (Isnin) baru pergi hospital dgn mak. Lama tunggu, dekat tgh baru dapat masuk. Alhamdulillah, tgk ayahku agak baik, dah tak demam.. cuma kaki bengkak sikit sebab gout. Tak lama aku balik... Cuaca kat kampung semalam berubah2.. pagi hujan, panas, mendung, panas balik.. Aku berkira2 bila nak bertolak ke KL sambil tengok langit. Kg mendung tapi KL terang/panas, so aku decide bertolak lepas buka. Bertahun tak drive jarak jauh belah malam. Fawwaz tidur 3/4 perjalanan. Mungkin sebab sejuk dan asyik tekan break, kaki macam nak cramp bila sampai Ijok. Mujur ada Yoko Yoko dlm handbag. Malam sangat gelap, takde lampu jalan di kebanyakan tempat. Sampai Sg Buloh baru ada lampu.. Lega bila dah nampak OneUtama. Hampir 11 mlm sampai.. penat, tidur...

Harini nak rehat je. Esok (Rabu) dah nak ke Bahrain. Baru dapat sms dari Gulf Air.. flight GF0281 pukul 11.30 pg. Aku hanya mampu berdoa perjalanan esok akan lebih baik dari yang lepas2... Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini, semuanya menjadi lebih baik buatku.. dan mereka di sekelilingku.

2 comments:

  1. Alahai k ct, dah nak balik ke bahrain.. 2 minggu x rasa aper pun kat m'sia kan... semoga balik nanti fawwaz ok ok ajer...

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkanNYA perjalanan balik ke Bahrain nanti.. Ameen

    ReplyDelete