Hari ni 23 Ramadan. Minggu depan InsyaAllah dah hari raya. Aku kat sini tak buat apa2 persediaan pun. Kelmarin adalah pergi ke Marina Mall untuk membeli pakaian Fawwaz. Tak berapa besar mall tu tapi agak meriah juga dgn pohon2 kurma dikelilingi lampu warna-warni. Ada sebuah Mothercare store yang agak besar dan terlalu banyak pilihan dengan harga yang agak baik. Aku rasa murah sikit dari yang di KL. Cuma Summer Sale dah berlalu, so takde diskaun ditawarkan di mana2 store. Bahrainis memang enjoy shopping.. Seorang lelaki yang sedang membayar di sebelahku membelanjakan hampir BD100 (RM1K) hanya untuk pakaian anak2.. Sesekali aku jadi bz body kat situ heheh!
Kami akan pulang ke M'sia hari Jumaat malam dan InsyaAllah landing di KLIA hari Sabtu pagi. Aku belum pack apa-apa pun. Tunggu last minute kott. Semalam pagi adalah diskus sikit pasal plan raya, tapi terus aku takde mood. Terus tak mau cerita.
C'est la vie.. aku suka mengingatkan perkataan ini. Dulu 3 semester kat ITM aku belajar French, tapi dah tak ingat sangat melainkan perkataan ni. Itulah kehidupan... tak semestinya seperti yang kita idam2kan. Sebagai hambaNya kita boleh berusaha, berdoa.. dan selanjutnya hanya Allah yang menentukan. Dalam kehidupan aku sendiri, banyak perkara berlaku tidak seperti yang aku mahu. Ada masa kita tak punya pilihan tetapi mungkin satu2nya pilihan yang ada itulah yang terbaik untuk kita. Atau ada pilihan lain, tapi itu juga yang kita pilih. Memang ada kebenarannya. Tapi kita sebagai manusia biasa, adakalanya terfikir juga mengapakan dugaan seumpama itu datang kepada kita. Jawapannya hanya Allah yang tahu. Apabila kita diduga, maknanya Allah sayang dan mengingati kita. Dan Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan kita.
Setakat ini ujian Allah mampu kuhadapi dengan tenang dan redha. Ianya menambah kekuatan jiwa kita. Kuncinya, ketahui diri sendiri dan bukan tak peduli kata orang, tapi ambil yang penting je. Sentiasa positif dalam kehidupan dan jangan benarkan bisikan2 jahat menerpa dalam kotak minda kita. Walau adakalanya memang kita sedikit 'down' dan 'give up', segeralah atasinya dengan fikiran yang waras dan cerdik. Beri lebih sedikit kasih sayang pada diri sendiri. Kecerdikan atau penggunaan akal fikiran akan membezakan kita dengan orang lain yang memilih untuk menurut nafsu semata-mata. Dalam dunia ini tiada perkara yang menjadi milik kita secara total waima orang tersayang. Kerana itulah pentingnya mengasihi diri kita dengan melengkapkannya dengan iman, takwa, sabar, dll serta menjauhi sifat2 mazmumah. Aku sekadar mengingatkan diri sendiri.. dan mungkin kawan2 lain.
Tiba2 aku teringat hadis Nabi "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"....
K Ct, selamat hari raya.. brp lama balik kali nih...??
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Shima... aku balik 2 minggu.. InsyaAllah
ReplyDelete