Pages

Monday, October 26, 2009

Makanan Supplement dan MLM..

Lately aku agak obses terhadap supplement ni, tapi bukan jenis pil2 vitamin dan yang sewaktu dengannya yang ada di pasaran tu. Susu colestrum, minuman collagen, majun, ECPI, dll... semua tu proven good products. Aku dah cuba. Sakit2 belakang hilang dengan hanya minum susu. Sakit kulit baik dengan perubatan elektronik & ECPI. Majun mampu memanaskan badanku yang sering kesejukan ni.

Bermula minggu ni aku masuk ke fasa supplement yang baru berasaskan manggis, kiwi dan strawberry - VeMMA. Nak cuba kepada yang lebih mantap!

"Vemma provides a powerful liquid formula that makes it easy to get the vitamins, minerals and antioxidants you need to form a solid nutritional foundation.* Each refreshing serving is bioavailable (body-ready), delicious and easy to drink!"



Dengan itu, secara langsungnya maka aku menjadi ahli VemmaBuilder dan menjurus kepada usahawan MLM. Yang penting, aku tak perlu jumpa orang atau cari customer. Tak payah jual barang pun sebab guna sendiri. Tapi terpulang kalau ada yg nak beli. Semua dibuat secara online.. Dah alang2 jadi Internet savvy...

Ada rezeki dan usaha yang lebih (sebab bukan skim cepat kaya), InsyaAllah adalah.. Tak boleh citer lebih lagi, sebab baru nak mula. Baru pasang gear 1.. Tapi AKU SANGAT POSITIF kali ni untuk mencuba. Mana tau aku boleh jadi macam Siti Hajjar, upline aku yang dapat income 5 angka dari rumah je..

So, kalau taknak cuba pun, boleh saja2 browse apake benda nih.. Mana tau boleh sama2 menuju ke arah kejayaan. Membuat satu anjakan paradigma atau paradigm shift... :D

Jom click:
http://www.vemmabuilder.com/709488905
http://www.vpower2u.com/siti/

Sunday, October 25, 2009

King Fahd Causeway

Jumaat lepas utk pertama kali aku masuk ke pasar ikan. Selalu tunggu luar je, sebab leceh nak angkut buggy Fawwaz ke dalam tempat basah tu. Kena bawa buggy tu sebab malas nak dukung Fawwaz yg kadang tak mau jalan sendiri... Hari tu aku tak bawa buggy sekali. So, masuk ke dalam.. terkejut aku dan rambang mata. Sangat besar dalam pasar tu dengan pelbagai jenis ikan yang fresh... tak terjangka aku. Selama ni bila tengok ikan yang dibeli, macam2 dalam fikiranku tentang si penjual dan ikan2 yang agak hanyir walau sama jenis dengan yg kita makan di M'sia. Now, I got the answer and I was wrong... Rugi sebab tak masuk selama kini. Kena pandai pilih la beb.. jangan main tunjuk je heheh!

Petang tu kami menyusuri King Fahd Causeway yang menyambungkan Bahrain dengan Saudi Arabia. Panjangnya lebih kurang 28km. Kat tengah2 tu ada sebuah pulau kecil yang menempatkan sebuah tower, immigration point, restoran, dll. Tol untuk sekali keluar/masuk ialah BD2. Causeway tu lah alternative jalan darat utk negara2 Gulf lain yang nak masuk Bahrain spt Saudi, Kuwait, Qatar, dll (berdasarkan plat no kenderaan). Dorang tengah plan nak buat causeway lagi satu yang menyambungkan Bahrain dan Qatar.. Lepas pusing2 kat tower, kami pun patah balik. Takde yang menarik pun.. patut dorang boleh buat macam some of R&R kat M'sia. Entah bila nak teruskan perjalanan ke Saudi lak..




17hb Nov ni nak balik M'sia, angkut semua.. Jan 2010 baru habibi ku masuk kerja. Aku, kalau rasa baik, akan ikut semula. Resume dah updated, tinggal nak test market je... Permission pun dah dapat.. Aku je kena Istikharah...huhu! Lagipun otak dah lama karat nih..

Sunday, October 18, 2009

Secebis Kisah Kehidupan..

Hari ni dah 29 Syawal.. Maka berakhirlah Hari Raya. Hari ni kalau kat M'sia rasanya masih ada yg pulun buat open house. Takpelah.. sekurang2nya aku kat sini dapat menyelamatkan diri dari kolestrol, gula, garam, lemak dll.. :D Kolestrol sedia ada pun dah tinggi!

Kat Bahrain mcm biasa, hari ni orang2 mula kerja. Waktu kerja normal 7.30am - 2.30pm. Bestnya kan! Tapi tak sama dgn pekerja2 co S'pore nih, dekat pukul 7pm baru muncul.. hehe, sapa lagi.. Semua pun tau orang2 S'pore agak gila bekerja. Don't play play..

Weekend lepas waktu menunggu hubby yg sedang membeli beras kat sebuah supermarket, aku didekati oleh seorang wanita Filipina yang ayu dan nampak lembut. Macam menunggu orang dengan bungkusan2 barang kat situ.

Dia tanya "Are you Filipina?"
Aku jawab "No, I'm Malaysian". Muka aku ni pun dah mcm Philipino sbb ramai sangat dorang kat sini hehe..

Ingat dah abis macam tu je.. Lepas tu dia tanya boleh tak tolong dia... Aku tanya balik, kenapa?
"I lost my money...."

Alamak! Ayat ni macam pernah ku dengar. Spontan aku tak benarkan dia bercakap selanjutnya. Cepat2 aku cakap akupun takde duit sebab aku tak kerja. Dia diam... 2-3 orang Philipino keluar masuk supermarket tu, tak pulak dia minta tolong rakan senegara... Serba salah aku... selebihnya menyesal sebab tak bagi dia cerita lanjut. Mana tau dia memang kesusahan..

Aku sebenarnya agak phobia dengan kisah hilang duit ni. Dalam 2 kali kot aku kena. Sekali masa aku muda belia lagi, kat stesen bas Puduraya kalau tak silap. Kesian...kasilah bantuan. Sekali lagi kat kompleks PKNS Shah Alam tempat parking. Pun masa muda lagi. Orang tu cakap bini dia tengah dalam pantang.. Dia datang situ bawa anak2 nak makan KFC. Tetiba perasan wallet tertinggal... Bil dalam RM30+.. Nama dia Sallehuddin, siap tunjuk IC. Kerja DBKL... Bagi phone no.

Aku bila dengar citer anak2 ni terus lemah. Bagilah... lebih sikit. Sama2 saing naik lif. Lepas tu ikut haluan masing2... Lama nak sedar diri tu! Dah 2-3 hari baru teringat, mana boleh makan KFC kalau tak bayar dulu!! Soheh aku kena tipu la tuu... Takpelah, semoga orang tu, kalau hidup lagi, akan insaf dan jadi insan soleh.. Kesannya, aku terus jadi kedekut kat cerita2 mcm ni..

Makin lama kita hidup, makin jauh kita pergi, makin banyak ragam manusia boleh kita lihat. Yang sedia susah, ada yang malas kerja.. buat senang cara 'shorcut'. Yang dah berada, kerja tak habis2 macam takde masa untuk benda lain, kadang umpama takde hari esok. Macam aku nilah, masa kerja dulu rasa macam tak berkesudahan.. kadang jemu sesangat! Tak sabar nak resign. Tapi bila dah resign betul, asyik teringat kerja... tapi sebenarnya lebih kepada yang 'masyuk' tuu..haha! Kekadang semangat materialism tu amat membuak2... Astaghfirullah... :D:D

Sunday, October 11, 2009

Pakaian, Bangsa & Aktiviti Hujung Minggu

Sesekali bila keluar, aku memakai baju kurung terutama bila kerinduan menjelma. Maka nampakla aku berbeza dari yang lain.. Kalau bangsa India tu memang ramai yg pakai pakaian tradisional dorang. Bangsa Malaysia belum nampak. Lagipun belum pernah jumpa wanita melayu kat mana2 melainkan di airport, staff SIAEC dan masa pertama kali aku di sini dulu (kelibat x-lecturer ku). Tapi hari tu, masa shopping groceries di GEANT, ada 1 group 4 org yg aku perasan memerhatikan ku. Aku pun pandang dorang tapi tak mampu menegur waima senyum pun. Sebab dorang lelaki.. Aku dapat rasakan mereka orang MALAYSIA, tu sebab dok pandang2 aku yang pakai baju kurung dan Fawwaz yg pakai baju Melayu Johor. Malah aku terdengar salah sorang menyebut perkataan 'karipap' waktu aku memilih donut di situ (kebetulan asyik terserempak). Sebenarnya ramai orang Malaysia di Bahrain, tapi jarang jumpa melainkan di airport. Itupun selalu buat hal masing2.. Mungkin lokasi tinggal pun berbeza dan yang di sinipun terlalu komited terhadap kerja yang buat tak sempat bersosial..

Hujung minggu ni kami mencari lokasi rekreasi baru. Dari Juffair ke Sitra, lalu Riffa, University of Bahrain, F1 Circuit dan akhirnya sampai ke Al Jazayer Beach. Lalu jalan jauh, tempuh jam, maka lebih 1 jam juga perjalanan. Tapi nampaklah the ugly & beauty of Bahrain heheh! Banyak juga aktiviti di situ boleh dibuat. Pantai boleh tahan tapi orang tak berapa ramai. Kalau kat S'pore dulu mesti penuh tiap ruang dengan khemah. Mungkin lokasinya terlalu nun di hujung... 1/2 jam je kat situ.. keluar lepas asar dlm 3.30pm, sampai 4.40pm... 5.15pm dah maghrib.. kenalah balik. Layan Fawwaz main slide kat playground je. Next time boleh plan masa dan aktiviti yg lebih menarik..




Friday, October 9, 2009

Minggu tak sihat..

Dalam 2 1/2 hari je Fawwaz demam. Malam kedua tu kami cuba nak bawa ke klinik. Tapi pusing2 dalam1 jam, tak jumpa 1 klinik pun kat Manama tu melainkan dental (1) dan optometrist (1). Kat Juffair lagilah takde. Bukan macam kat M'sia, klinik bersepah2.. tiap satu km ada. Macam tu lah lebih kurang.. Kat sini, rasanya macam takde klinik kat deretan shoplots atau tepi2 jalan tu. Pernah masa ronda2 dulu adalah nampak kat deretan bungalow yg aku tak ingat tempatnya, agak jauh juga dari Juffair/Manama. Memang kadangkala agak confuse sebab rumah, pejabat dan klinik, rupanya lebih kurang sama. Alhamdulillah, tanpa perlu jumpa doktor, sihat balik Fawwaz.

Aku pula yang tak sihat, kena gastrik. Apa yg masuk perut semua keluar.. 1 hari tak lalu nak telan apa2 melainkan air kosong. Pening, asyik nak baring je. Fawwaz marah betul bila aku baring nih.. Tulah bila jadi mak orang ni, demam ke, apa ke, memang takkan ada peluang rihat. Anak, suami, kerja rumah, semua nak kena layan. Kadang tak puas hati juga, tapi apa nak buat kann.. Slowly, aku makan sikit2 dan buat air manis utk tenaga.. kurma, teh o (susu jgn sekali), roti.. Pagi ni dah macam OK sikit. Dah boleh masak breakfast, tak mual. Heh! Macam symptom pregnant lak.. haha! saja buat speku... Teruja bila dengar kawan2 preggie.. Last raya sempat buat perjumpaan sulit dgn my preggie friend, Yati kat JM Beriani@Tesco Ampang. Tinggal sebulan lagi adalah 3 org kukenal dapat baby baru. Tiba2 missed saat2 tu..

Sunday, October 4, 2009

Fawwaz demam..

Fawwaz demam hari ni.. pertama kali semenjak lahir. Kira pecah rekod heheh! Sejak malam tadi muntah selalu.. So, aku keja extra - basuh carpet bulu2 tu (alamat seminggu tak kering), selimut, kain dll yg kena muntah. Belum lagi pakaian weekend yg selalunya double dari hari biasa. Alaa.. bukan pakai tgn punn.. kecuali carpet tu!

Mujur aku bawa bekal Cortal dan aku berjaya masukkan dlm mulutnya. So, sekarang dah boleh nyanyi2 macam takde masalah.. Bila tengok Cortal ni, teringat zaman aku kanak2.. Rupa2nya masih applicable setelah hampir 40 tahun.. :D

Bawah ni gambar terkini Ahmad Fawwaz dan mamanya..