Jumaat lepas utk pertama kali aku masuk ke pasar ikan. Selalu tunggu luar je, sebab leceh nak angkut buggy Fawwaz ke dalam tempat basah tu. Kena bawa buggy tu sebab malas nak dukung Fawwaz yg kadang tak mau jalan sendiri... Hari tu aku tak bawa buggy sekali. So, masuk ke dalam.. terkejut aku dan rambang mata. Sangat besar dalam pasar tu dengan pelbagai jenis ikan yang fresh... tak terjangka aku. Selama ni bila tengok ikan yang dibeli, macam2 dalam fikiranku tentang si penjual dan ikan2 yang agak hanyir walau sama jenis dengan yg kita makan di M'sia. Now, I got the answer and I was wrong... Rugi sebab tak masuk selama kini. Kena pandai pilih la beb.. jangan main tunjuk je heheh!
Petang tu kami menyusuri King Fahd Causeway yang menyambungkan Bahrain dengan Saudi Arabia. Panjangnya lebih kurang 28km. Kat tengah2 tu ada sebuah pulau kecil yang menempatkan sebuah tower, immigration point, restoran, dll. Tol untuk sekali keluar/masuk ialah BD2. Causeway tu lah alternative jalan darat utk negara2 Gulf lain yang nak masuk Bahrain spt Saudi, Kuwait, Qatar, dll (berdasarkan plat no kenderaan). Dorang tengah plan nak buat causeway lagi satu yang menyambungkan Bahrain dan Qatar.. Lepas pusing2 kat tower, kami pun patah balik. Takde yang menarik pun.. patut dorang boleh buat macam some of R&R kat M'sia. Entah bila nak teruskan perjalanan ke Saudi lak..
17hb Nov ni nak balik M'sia, angkut semua.. Jan 2010 baru habibi ku masuk kerja. Aku, kalau rasa baik, akan ikut semula. Resume dah updated, tinggal nak test market je... Permission pun dah dapat.. Aku je kena Istikharah...huhu! Lagipun otak dah lama karat nih..
No comments:
Post a Comment