Pages

Sunday, January 31, 2010

Saja nak cerita..

Semalam aku nampak kat Carrefour, lemon grass (serai) harga secekak = BD2.6 > RM26.. perghh! Secekak tu dalam 5-6 batang kot. Isk mahal benor.. tu yg tiap kali balik M'sia aku mesti angkut serai banyak2.. susah hati aku kalau takde simpanan serai. Agaknya sebab benda eksotik dan import.

Kat sini takde vitagen. Yg ada Yakult.. sebaris Yakult yg kecik2 tu pun harganya BD2.6.. ke 3.6 > RM36 gitu. Kat M'sia paling mahal RM4.. Sekotak air soya bean Drinho yg harga kita RM2+ tu, kat Bahrain dalam RM15. Telur kalau ada omega atau vitamin, 6 biji tak kurang RM11. Memang mewah kalau duk M'sia. Tapi takle semua barang mahal kat sini, ada juga yg berpatutan walau lebih mahal dari M'sia. Paling murah ialah petrol.

Kalau tempat2 lain entah macamana lah ye. Apa2 pun syukur juga sebab ada juga benda2 yg dicari tu kat sini. Mahal murah lain cerita.. yg penting ada. Orang versi kampung macam aku ni memang tak boleh duk jauh2 sangat. Takleh jadi macam omputeh.. apa kena mengena??

Thursday, January 28, 2010

Penat ke..?

Sejak jual karipap memang agak letih sikit. Walau tak banyak, dalam 30 - 40 biji sehari, tapi banyak juga nak kena ambil masa dan renyah sikit. Yg pertama, sebab baru bermula, body n mind belum betul2 'adjusted'. Lepas tu, sambil nak layan Fawwaz dan buat kerja rumah. Mujur rumah ni x besar sgt, so boleh buat macam2 benda satu masa. Apa2 pun seronok bila awal pagi semua dah sold out! Feedback sangat baik dan macam2 suggestions dapat dari dorang suruh buat tu dan ini. Tapi, selain bahan susah nak cari, mahal, limited items, dll, aku sendiri tak laratt.. Hari ni masuk hari ke-4, Jumaat & Sabtu rehat. Rasalah sikit macamana orang2 yg tiap hari buat kuih tu mcm mak aku... Yg buat aku sikit serabut bila tgk barang2 dapur tak sempat nak simpan. Hari ni baru semua masuk kabinet sebab tak operasi hehe! Nampaknya boleh menyusut lagi aku nih.. :||

Monday, January 25, 2010

Aktiviti Baru




Husband suggest aku isi masa dengan menjual makanan.. Aku setuju je, sebab banyak sangat masa. Lagipun kekadang memang aku suka masak, cuma tak cukup orang nak makan.. buat terbantut semangat. Mula2 nak buat mihun goreng.. susah pulak nak cari pack yg macam polystyrene atau yg sewaktu dgnnya. Yg banyak di sini jenis aluminium, nanti tak berbaloi lak. So, tukar ke karipap. Org2 S'pore panggil epok-epok.. Maka pagi ni bermulalah penjualan karipap utk staf SIAEC... buat dalam 30 biji je.. jual 3 biji = 200 fils.. bolehlahh, utk saja2 dan mengurangkan kerinduan dorang dgn makanan kita.

Sambil tu fikir kuih apa lagi yg sesuai dan senang cari bahan.. yg penting bahannya pun murah :D:D

Tuesday, January 19, 2010

Heart Breaking again...

Lesson learnt: never leave your kid alone at home.... I always remind myself. But sometimes it happened with just first time mistake :(

----------------------------------

Home alone boy falls to his death

JOHOR BARU: A single mum who left Penang to begin a new life here, left her son at an apartment while she went to Singapore for a job interview.

She had been gone for just 30 minutes yesterday morning when she received the heart-wrenching call — her four-year-old son had fallen to his death.

A. Sanjiv, who had been sleeping when his mother left him, was believed to have fallen off the balcony from their eighth-floor unit of the Taman Larkin Idaman apartment.


The Star today..


Saturday, January 16, 2010

Desert



Bila hubby ajak pergi picnic, aku ingat nak ke tepi laut macam selalu. Rupanya picnic kat desert... Kat Bahrain ni bila musim sejuk nilah aktiviti dorang. Weekend je ramai yg pergi ke camp site kat desert tu. Mungkin sambil menghayati cara kehidupan nenek moyang dorang dulu (badwi). Aku pun musykil apa yg dinikmati dengan ber'camping' di tengah2 padang pasir/batu yg tandus tuu... Aku tengok dengan family yg ramai dan anak2, orang tua, sama2 camping. Memang menarik dan satu kelainan... dan sejuuuk gilerrr. Tapi ada juga yg ke situ menyertai atau sekadar menonton motorsport, menunggang buggy motorcycle sambil menunjukkan aksi rempit, melihat unta, panjat bukit, dll.


Antara khemah2 yg didirikan.. ada yang corporate, dan ada yg sendiri2 bina..


Singgah tengok the Tree of Life dulu..


Kemudian tengok cik jamal @ unta...


Park kereta di mana saja.. dan nikmati alam ciptaan Tuhan sambil makan karipap :D

Thursday, January 14, 2010

What a sad story...

A 57-year-old man, who had just undergone heart surgery, thought he could recuperate at home but was in for a shock when his son told him not to return home.

Harian Metro reported that Abdul Rahman Talib was abandoned by the roadside in Kangar with just a bag of clothes by his 30-year-old son after his daughter-in-law refused to let him back into the house.

“I asked my son to drive me to town although I did not know where I could go. Instead, he left me in front of a school.

“I cried as I stepped out from his car. I did not expect him to treat me like this after I’ve brought him up lovingly all these years,” he said, adding that he felt lost wandering around before finally settling down for the night at a bus stop.

Abdul Rahman said the following day, his son had come to look for him but the old man’s joy was short-lived when he realised that the son was only dropping off his bicycle.

He said he met an acquaintance near the school two days later and was invited to spend the night at his house.

It is understood that the Social Welfare Department had since sent Abdul Rahman to the Batu Bertangkap Welfare Home in Beseri.

The Star
Thursday January 14, 2010

Wednesday, January 13, 2010

Menjelang pagi...

Waktu sekarang pukul 3.26 pagi. Aku dah terjaga sejak lebih sejam tadi sebab Fawwaz bangun dan nak ke depan tengok TV. Sebelum tu dah beberapa kali terjaga, buat susu dll. Mulanya tak mau ikutkan sangat kehendaknya nak ke depan sebab dah 2 malam sebelumnya tidur atas sofa ni juga sebab dia selsema dan perlu posisi yg agak tinggi, selesa dan kurang sejuk. Tapi abah dia pujuk suruh ikutkan je.. Makanya sampai sekarang aku tak boleh lelap sebab tidur yg dah terganggu walau Fawwaz baru je lena. Bila tak boleh tidur ni, perut pun jadi lapar.. tahan je lah!

Sejak 2 hari lepas dia selsema, tapi nampaknya sekarang ni dah baik sedikit.. Aku cuma sapu vicks kat dadanya. Beri makan ubat batuk HPA sebab batuknya menjadi2 (now dah kurang juga). Semalam ada sekali aku masukkan ubat runny nose ke dalam susunya... Susahnya nak bagi anak makan ubat. Kalau dah malas nak paksa memaksa ni, aku buat jln pintas masuk dalam susu je. Entah betul entah tidak cara tu, aku pasrah je..

Macam nila jadi mak kan.. Sampai umur 37 thn aku selesa sendirian tanpa tanggungjawab. Dah puas rasa. Sekarang tiba masanya diuji sedikit kesabaran dengan kerenah anak.. Actually malam tadi selepas tidurkan Fawwaz aku terfikir kalau tiba2 aku dah tak berpeluang melihat wajah dia lagi.. Senang kata andai tiba2 aku mati.... Maka aku tatap puas2 wajah anak yang suci tak berdosa dan sedang tidur dengan mulut sedikit terbuka.. Memang sayu rasanya. Macamanalah perasaan sebenar anak2 yatim piatu kat luar sana tu..

Takpelah... aku nak cuba lelapkan mata juga sebelum siang nanti aku jadi pening. Dekat pukul 4 pagi, ada sejam lebih je... Tidur duduk je nih, atas sofa share tempat dengan Fawwaz.. :)

Sunday, January 10, 2010

Bright sunny day and cool - 100110

Macam tulah bunyinya. Hari2 yang sejuk dan nyaman di bumi Bahrain ni. Macam kejap je, rupanya dah 10 hari balik dan 10 hari juga menempuhi tahun 2010. Kat jalan2 sana ditumbuhi banyak bunga2 bewarna merah, putih dan pink, mungkin sempena warna bendera Bahrain (merah & putih). Bunga2 instant, wujud sejak berakhirnya summer hari tu. Cantik juga.

Aku tengah menyelesaikan saki baki kerja rumah hari ni - bermula dengan breakfast; cuci, sidai & lipat pakaian dan masak nasi & sup untuk Fawwaz. Sambil2 menjenguk facebook, baca berita, dll. Petang nanti sambung masak utk suami (family) pulak. Tak lupa memantau Fawwaz bermain dan menonton TV. Baru jumpa program katun early learning in English. Namanya Luli.com.. Ada sikit menarik minat Fawwaz nak mengajuk benda tu bercakap dan mengira. Sebelum ni tengok katun di channel Baraem which is fully in Arabic. Kadang2 berebut mainan, bila kita nak kemas, masa tu juga dia nak main. Walhal sebelum tu dia buat tak tau je... saborr!



Semalam aku dipaksa memandu dari rumah ke Bahrain City Centre. Sebelum ni setakat ke pantai dekat apartment ni je. Aku nervous sangat sebab first time drive jauh, left hand drive lak tu... Memang kelakar, sebab rasa kalau kat M'sia mana2 jalan pun aku tak heran. Kesalahan pertama, confuse dengan traffic light. Sangka lampu tak nyala, rupanya tengah merah. Mujur dari belah yang hijau belum jalan. Hubby kat sebelah cool je.. Masih awal pagi, kereta pun belum banyak. Kat sini lampu kuning nyala sebelum merah dan hijau. Selalunya masih kuning lagi, orang belakang dan hon. Punya tak sabar... Akhirnya selamat sampai ke destinasi. Rasa macam masih lesen L je aku huhuu..

Aku asyik pasang plan nak bawa Fawwaz jalan ke library. Dalam 600 meter je kot jauhnya. Tapi bila ada je kerja rumah nak, main pasang niat jelah jawabnya. Habis kerja rumah dah malas... Aku rasakan yang minda dan badan aku ni sikit spoilt sejak jadi homemaker ni. Kurang motivasi dan suka berlengah, tak macam masa berkerjaya dulu. Semua nak siap on time! Boss lak asyik follow up..hahahh! Otak pun tak jalan mana.. stagnant je. Kalau 2 thn lagi macam ni tanpa overhaul, tanpa booster, tak taulah apa jadi... Mungkinkah hilang macam tu je pengalaman dan apa yg aku belajar selamakini? Yang pasti bulan2 kena bayar MARA utk postgrad dulu.. uhhhh.

Takpelah.. aku nak jadi lebih baik tahun ni (ehh.. macam azam thn lepas). Tak strong punya KPI. Semua orang pun nak jadi lebih baik. Memperbaiki hati kerana seketul darah ini yang paling penting. Nak lebih menyayangi. Lebihkan memberi... Nak menulis sesuatu :).. Mempelajari ilmu psychology dan pengawalan minda.. Perbaiki hubungan dengan ibu bapa... dan da lagi beberapa yg aku kena simpan sendiri... :D

Monday, January 4, 2010

New Year 2010





Happy New Year 2010 & Maal Hijrah 1431..

1 Jan lepas aku & family kembali ke Bahrain selepas bercuti selamat 1 1/2 bulan. Perjalanan kali ni adalah yg terbaik. Dengan Fawwaz tak meragam langsung dan pasukan cabin crew Gulf Air yang terbaik setakat ni. Masa balik ke M'sia dr Bahrain yg lepas adalah yg terburuk... Once landing, terasa kesejukan di luar... sekarang musim winter. Tapi still matahari terik bila siang. Udara je sejuk. 2 hari sebelum balik, dorang kata hujan di sini. Ada air masih bertakung.. Aku kena flu 1-2 jam sebelum landing. Suspen juga, takut flu yg satu tuu.. Alhamdulillah dah baik semalam.

Since sekarang winter, malam menjadi sangat panjang. Maghrib pukul 5pm, Isya' 6.30pm.. subuh 5am. Belum pukul 7pm Fawwaz dah mula nak tidur, so 4am dah bangun.. itulah yg berlaku setakat ni. Walau setakat 15-20 C (mcm Genting je kott), aku still tak tahan sejuk. Tapi Fawwaz sampai hari ni belum mau pakai sweater atau apa2 lapis. Baju pun lengan pendek kecuali keluar rumah. Kebal budak nih..

Hari ni (Isnin) baru mula kerja. Ahad semalam public holiday menggantikan 1/1 yg jatuh hari Jumaat. Aku akan memulakan kehidupan seperti bulan2 yg dulu, selepas menggembirakan hati di kampung halaman. Malas nak letak azam mahupun KPI. Apa2 pun, kehidupan perlu diteruskan..