Macam tulah bunyinya. Hari2 yang sejuk dan nyaman di bumi Bahrain ni. Macam kejap je, rupanya dah 10 hari balik dan 10 hari juga menempuhi tahun 2010. Kat jalan2 sana ditumbuhi banyak bunga2 bewarna merah, putih dan pink, mungkin sempena warna bendera Bahrain (merah & putih). Bunga2 instant, wujud sejak berakhirnya summer hari tu. Cantik juga.
Aku tengah menyelesaikan saki baki kerja rumah hari ni - bermula dengan breakfast; cuci, sidai & lipat pakaian dan masak nasi & sup untuk Fawwaz. Sambil2 menjenguk facebook, baca berita, dll. Petang nanti sambung masak utk suami (family) pulak. Tak lupa memantau Fawwaz bermain dan menonton TV. Baru jumpa program katun early learning in English. Namanya Luli.com.. Ada sikit menarik minat Fawwaz nak mengajuk benda tu bercakap dan mengira. Sebelum ni tengok katun di channel Baraem which is fully in Arabic. Kadang2 berebut mainan, bila kita nak kemas, masa tu juga dia nak main. Walhal sebelum tu dia buat tak tau je... saborr!
Semalam aku dipaksa memandu dari rumah ke Bahrain City Centre. Sebelum ni setakat ke pantai dekat apartment ni je. Aku nervous sangat sebab first time drive jauh, left hand drive lak tu... Memang kelakar, sebab rasa kalau kat M'sia mana2 jalan pun aku tak heran. Kesalahan pertama, confuse dengan traffic light. Sangka lampu tak nyala, rupanya tengah merah. Mujur dari belah yang hijau belum jalan. Hubby kat sebelah cool je.. Masih awal pagi, kereta pun belum banyak. Kat sini lampu kuning nyala sebelum merah dan hijau. Selalunya masih kuning lagi, orang belakang dan hon. Punya tak sabar... Akhirnya selamat sampai ke destinasi. Rasa macam masih lesen L je aku huhuu..
Aku asyik pasang plan nak bawa Fawwaz jalan ke library. Dalam 600 meter je kot jauhnya. Tapi bila ada je kerja rumah nak, main pasang niat jelah jawabnya. Habis kerja rumah dah malas... Aku rasakan yang minda dan badan aku ni sikit spoilt sejak jadi homemaker ni. Kurang motivasi dan suka berlengah, tak macam masa berkerjaya dulu. Semua nak siap on time! Boss lak asyik follow up..hahahh! Otak pun tak jalan mana.. stagnant je. Kalau 2 thn lagi macam ni tanpa overhaul, tanpa booster, tak taulah apa jadi... Mungkinkah hilang macam tu je pengalaman dan apa yg aku belajar selamakini? Yang pasti bulan2 kena bayar MARA utk postgrad dulu.. uhhhh.
Takpelah.. aku nak jadi lebih baik tahun ni (ehh.. macam azam thn lepas). Tak strong punya KPI. Semua orang pun nak jadi lebih baik. Memperbaiki hati kerana seketul darah ini yang paling penting. Nak lebih menyayangi. Lebihkan memberi... Nak menulis sesuatu :).. Mempelajari ilmu psychology dan pengawalan minda.. Perbaiki hubungan dengan ibu bapa... dan da lagi beberapa yg aku kena simpan sendiri... :D
salam k ct, bab berlengah tuh mmg betul3.. setuju sgt.. aku jua begitu..
ReplyDelete