Alhamdulillah... akhirnya percutian panjangku telah hampir tamat. Pagi ni aku bertolak balik ke Anjung dalam suasana hujan lebat, gerimis, panas, mendung dan kering di sepanjang perjalanan. Sempat singgah market Sg Besar beli daun pandan, serai, daun kesum, cekur, daun kunyit dll. Sampai Anjung tengahari dan tak lama kemudian hujan turun... Elok lepas asar, hujan berhenti.. aku pun segera bersiap ke Carrefour nak membuat pencarian seterusnya... Nescafe, coffeemate, teh boh uncang cameroon (alamak, lupa lak yg serbuk utk buat teh tarik!), kicap Jalen, bihun, dll. Ni antara supply makanan wajib aku. Setengahnya ada jual kat Bahrain tapi mahal.. teh Boh memang takde, melainkan Lipton yg aku tak berapa gemar.
Terasa lama raya kali ni. Selalunya cuti 2 minggu je, kali ni 3 minggu. Puas aku makan kuih raya terutama kek belang, tart nenas, makmur, semprit dan biskut gajus Makcik Ika. Semua tu kuih orang kasi... Makcikku memang orang yg beruntung. Aku pulak tumpang semangkuk.. heheh. Aku cuma menyumbang mihun sup utara dan masakkan daging rendang hitam. Yang lain-lain, jadi tukang tengok je.. Meriah raya tak sampai seminggu. Selepas tu sunyi rumah especially bila anak2 dara dah balik U dan KL.. Baru kurasa tidur dan rehat yang berkualiti... terasa panjang malam sebab tidur awal sentiasa..
Esok nak kena settle few things... maintenance kereta yg belum selesai, nak jumpa Paed for Fawwaz, packing, cuci kereta, n shopping sikit2... Mop rumah, cuci mencuci... owhh pastikan tenaga tak habis utk keesokan harinya.
25/9 (Sabtu) pagi dah nak berangkat semula ke Bahrain. Asalnya setakat open ticket dan tak confirm ada seat. Macam2 plan kalau jadi extend cuti. Rupa2nya confirm juga balik Sabtu hehe.. Harap2 tak sama dengan group student macam hubby minggu lepas. Tapi tak taulah... Bukan apa, aku suka kalau flight tu tak penuh... selesa sikit utk kami yg duduk seat economy. Tapi kalau penuh juga, terima je lah ye... Semoga 7 1/2 jam perjalanan dapat ditempuh dengan sabar terutama anakku yang kini semakin teruja kalau nampak kapalterbang...