Tinggal beberapa jam aku nak berangkat pulang ke tanahair... segala barang dan pakaian dah masuk beg dan kotak, kecuali kurma yg akan masuk kotak paling akhir.. sebabnya kurma tu beli hari Sabtu semalam dan dah hampir ranum... Kali ni macam terlepas pandang lambakan kurma di pasar macam tahun lepas.. tau2 masa nak beli, cuma sorang je peniaga tetap situ yg jual dan juga sorang pakcik tua tu. Tak berapa fresh pulak tu... takpela, dah itu je rezekinya.. belum tau lagi sampai M'sia camna pulak ye.. org jawa kata entah2 'benjuk'....
Malam tadi tidur dah mimpi mandi air sejuk kat kolah di kampung... Adoi, bestnya mandi air sejuk! Setelah beberapa bulan pagi petang siang malam air paip di Bahrain ni duk hangat je.. maklum musim panas, batang paipnya pun panas sokmo kot. Mandi air hangat dan panas ni kekadang memang melegakan badan, tapi selalu juga menyeksakan... teringat pula kat anak pak pandir. Tu kadang2 Fawwaz buat hal taknak mandi... mannas.
Esok pagi di ketika ini, pasti aku sudah istirehat di Anjung Hijau. Wahh.. berangan aku nih. Tapi pastinya, sampai2 je nak kena mop rumah.. walau lantai itu putih, sebenarnya terkumpul habuk2 hitam sebab dah tinggal lama... Nanti bila nak balik sini mop lagi... itulah kerja bibik siti. Malam tu Along n wife nak overnite sampai Isnin.. Aku pulak nak balik SBernam Sabtu dan Ahad then patah balik Anjung. Huhu... musafir forever! Musafir boleh buka puasa...heheh. Tapi setakat cuaca M'sia tu ingat tahan lagi... selalunya tak rasa pun. Tak macam di sini, pagi2 tekak dah kering... Kadang rasa macam budak kecik puasa lak, Masyaallah...
Aku bakal berada di M'sia 3 minggu (sampai 25/9). En Hubby balik dulu 18 tu.. heheh, minta diskaun seminggu lak aku nih... isteri mithali. Orang lain nak lekat je kat suami... berpisah sehari pun tak boleh. Aku lain sket... kalau berjauhan tu sentiasa bau bunga je... bunga ros ahaks! Tapi 3 minggu tu sebenarnya apa sangat.. mesti ada yg tak sempat buat. Terutama nak hantar resume ke sana dan sini... ;| Takpelah, asal ada masa nak beli stok utk dapur dan diapers...yg paling penting. Diapers kat sini mahal nak mam***... dapat 2-3 minggu punya stok drypantz dah kira untung sementara nak potty train Fawwaz... Azam selepas raya nih!
Apapun, SELAMAT HARI RAYA AL MUBARAK kepada kawan2 yg sudi membaca. Ampun maaf kalau ada salah dah silap jua terkasar bahasa... Selepas ni mungkin dalam situasi "silent mode" sampai balik semula ke Bahrain..
No comments:
Post a Comment