Pages

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan 2011 @ KL

Alhamdulillah.. dah sampai juga ke tanahair tercinta Jumaat kelmarin.  Sampai pada Jumaat petang dan beberapa perkara perlu diselesaikan di KLIA juga.  Letih juga perjalanan kalini walau Fawwaz terrsangat baiknya... Dah besar dan faham dia, malah teruja sentiasa.  Campur tolak dalam 13 jam perjalananan & penantian dari rumah di Juffair ke rumah di Bukit Jalil.

Malang sikit, dalam jam hampir pukul 6ptg tiba, dan kepenatan berpuasa (kalini tak ambil pakej musafir ;)..), demi masuk je ke rumah, didapati air tiada.  Kepenatan terus menjadi berganda.. Pejabat pengurusan apartment dah tutup. Kami terus keluar semula ke pasar ramadhan, membeli juadah utk berbuka, balik semula ke Anjung, menakung sedikit air dari paip bilik 'tong sampah' - mujur bilik tu bersih..., berbuka, solat dan check-in di Concorde Hotel, Shah Alam.  Rasa lunyai badan ni.. apalagi si kecik Ahmad Fawwaz yg tidurnya tidak sempurna sejak di Bahrain.  Mujur dia tak meragam seperti selalu!

Elok juga tidur di hotel, sebab kami dapat berehat dan tidur senyenyak2nya...tanpa perlu fikir nak membersihkan rumah seperti yg selalu saya buat bila baru balik.  Pagi esoknya baru balik semula ke Anjung dan ke pejabat pengurusan untuk menyiasat.  Mungkin technician tutup kepala paip dan tak buka semula sewaktu membuat pembaikan utk blok haritu (masa kami takde)... Bila air dah keluar semula, selain tugas wajib mengemop, satu kerosakan pula dikesan.  Water tap di dapur duk tap! tap! je keluar air sentiasa... Adoi!  Macam nilah kalau rumah selalu kena tinggal lama2... macam2 kerosakan yg berkaitan dengan air.  Toilet dah tentu rosak semua (flushnye).. sink, water tap, dll... Agaknya sebab tekanan air tu kuat, dan air tak dibuka2.. Selain kekeringan yg lama pada salur paip tu menghasilkan sedikit ruang udara (ala2 merekah la kot ye..).  Macam tu lah teori logiknya. Paling logik, nak kena kayakan plumber la jugak nih.. huhuhu!!

Masih banyak perkara perlu diselesaikan sebelum balik ke kampung.  Memerlukan daku terbang ke sana sini di atas darat.. adakah?  Sejak balik ni, saya pun gantung periuk je bila berbuka.  Sokmo menu istimewa dari pasar ramadhan.  Tapi InsyaAllah takle tergoda itu ini... Beli apa yg mampu dimakan utk masa tu juga.. Setakat ni dah dapat nasi ambeng dan nasi kerabu juga air soya... Hari ni nak cari kuetiau pulak.  Esok cari ikan keli.. hahaha!  Standardla.. orang dah mengidam lama.  Heran juga, abe masa kat Bahrain sebut2 ayam percik, tapi sampai la ni tak beli pun... sudah tukar :D

Apa2 pun semoga Ramadhan terakhir ni memberi 1000 rahmat dan gandaan pahala buat kita.  Walau dah miss banyak perkara, harap2 apa yg masih tertinggal ini dapat dimanfaatkan untuk berbuat ibadah yg diterima Allah...

Monday, August 15, 2011

Kisah Bubur Lambuk

Bubur lambuk minggu lepas...

Semalam saya buat bubur lambuk agak banyak atas permintaan en abe.. Teringin nak bagi kawan2 melayu kat apartment ni merasa.. Yelah, kat S'pore pun ada bubur lambuk.  Dulu masa duduk di Pasir Ris, kalau petang nampak periuk besar lepas buat bubur di masjid.  Tapi kami tak pernah la merasa, malas nak jalan ke situ..

Ada 3 orang je melayu kat sini - Aidil (team mate), K.Zah & Syed.  Alhamdulillah, dapat bagi dorang merasa bubur tawor akak ekeke...  Saya pulak, selain bubur tu tak masak lain dah.. Trifle semalamnya ada lagi.. dan frozen karipap tinggal goreng je.  Settle!  Kan biasa berbuka simple-simple... sambil mengingati org2 Somalia yg berlapar tu.. :(  Selepas tgk beberapa saat video dorang, saya sangat sedih terutama bila tengok wajah kanak2nya..

Nak tidur, ambil oder dulu nak makan apa untuk sahur.  Abe nak nasi goreng.. Jadi, saya pun tanak nasi dululah sebelum tidur pukul 9 mlm.  Cepat kan tidur..?!  Memang kalini kena tidur cepat.  Biasanya Fawwaz ajak tidur dalam 8.30pm, umi terus join the club!  Alarm dah auto set pukul 2.30 pagi kena bangun.  Lampu toilet yg biasa terang masuk ke bilik, saya kurangkan sikit cahayanya dengan menutup separuh pintunya.. :)

Malangnya, selepas buatkan susu Fawwaz pukul 1.30, saya lena terus.  Terbuka mata ni, dah pukul 4.15am.  Subuh pukul 3.44.. hehehe.  Agaknya Fawwaz termain alarm tu, sebab HP tu dah jadi toy dia.  Dulu zaman remaja memang selalu malas sahur... Bila dah sedar akan fadhilatnya, tak pernah tak bangun, walau hanya untuk segelas air.  First time after belasan tahun kot nih..  Dahlah bermula sahur cuma makan 2 kpg roti, buka & malam tak sampai semangkuk bubur (konon nak sambung masa sahur..) dan air tak sampai 2 gelas, pagi tadi tak sahur dalam musim panas kering dan panjang siangnya..

Bila lepas solat subuh, terasalah juga kering tekak.. mengaji pun tersekat2.. dan saya terus berdoa semoga rakyat somalia dan mereka2 yg selalu lapar dek kerana tiada makanan, dikurniakan Allah rahmat dan nikmat seperti orang makan.  Sebab kebelakangan ni, saya asyik terkenang, menyebut, melihat dan membaca pasal mereka ni.  Tapi sebenarnya tak sahur ni, sama je rasanya dengan hari2 puasa biasa tu.  Cuma makin longgar la long pant yg akak pakai nih... Ingat mula2 balik sini dapat berat ideal yg baru, naik beberapa kilo... la ni baru timbang, adala kot 2-3 kilo turun.. sungguh!

Sebenarnya Allah nak bagi saya rasa yg xtra lapar, terutama dahaga ni.  Sebab selalu, walau tak set alarm, saya atau suami bangun je..  Kadang2 saya cuma pasang niat nak bangun pukul berapa.. Kebetulan pulak selepas kami hanya menikmati light iftar di awal waktu.. Selalu tu makan nasi berlauk termasuk kuih muih...  Selalu juga sebelum tidur, saya check dulu hp, kot2 alarm ter'off'', tapi tidak malam tadi...  Alhamdulillah.. syukur.  Sekurang2nya kami tidak berpanasan seperti mereka yg di luar tu... Hehehe, teringat cerita pakcik masa di England.  Puasa di musim summer yg siangnya teramat panjang sampai pukul 8pm lebih.. dah goreng nasi utk sahur, rupanya tak terjaga.. kesal teramat  :D   Kat sini hari ni dari 3.44 - 6.15 ptg...

Thursday, August 11, 2011

Mimpi dan Kehidupan

Kebelakangan ni walau tidur lena, bila bangun je jadi penat.  Sebab macam2 mimpi masuk... Bukan tak baca doa tidur, tapi memang bertukar2 cerita dan lokasi mimpi tu.  Kadang terjaga dari tidur, berderau2 darah... Orang kata, tak baik ceritakan mimpi... wallahua'lam.

Masuk bulan Ramadhan ni, kerap benar mimpi orang yg dah takde (meninggal dunia).  Jangan2 kejap lagi saya pun takda.. :)  Iyalah, mana taukan... ajal maut dah ditentukan Allah.  Macam pagi tadi, sesudah solat subuh terus tidur semula.. maklum, hari2 bangun 2.30 dan subuh sekarang pukul 3.40.. dah tak tahan mata ni.  Biasa tidur tu paling lama pun dalam 30 min je, sempat Fawwaz bangun dan minta susu dulu.. budak kecik ni pun bangun awal hari2, pukul 4 lebih, dan lepas tu join umi.

Pagi tadi, terjaga.. berderau2 darah.  Tengok jam, pukul 5.15.. dah terang sikit.  Sebabnya mimpikan kawan lama, Allahyarham MISNAH TASUKI.  Masa tu saya macam tgh mentelaah dgn kawan NAZIRAH (naz kalau ko baca ni...).  Mis tersenyum di depan pintu (dan saya tau dia dah meninggal).  Panggil Nazirah suruh tengok sama, menghilang pulak dia, naz pun.. Saya bangun nak masuk bilik. Dia muncul balik dan tersenyum manis.. Saya lari masuk bilik (macam takut la pulak.. :D), lembaga putih lain pula ada kat dalam tu..huhuhu!  Tu yang terus terjaga, berderau2 darah.. eheheh.  Tido lagi lepas subuh!!!

Semoga roh rakanku itu tenang di sana... tersenyum manis sebagaimana saya mimpikan dia.  Setiapkali mimpikan mereka yg dah tiada, pasti saya hadiahkan al-fatihah.. Mereka yg pergi takkan kembali.. Yang ada hanyalah mimpi2 yg kadang2 menjengah kita... Sebelum tu mimpi pakcik & makcik kat Seri Kembangan.. mungking dorang pun teringat kat menakan yg macam biskut nih.. hehe.
________________________________________________

Kisah lain pula... malam tadi loceng pintu berbunyi sewaktu selesai kami makan malam.  Rupanya Humaiyyun, pekerja Bangladesh yg menggantikan Saiful menjaga bangunan ni di waktu siang.  Abe kata, menangis dia.. minta maaf.  Sebab dia kena 'sacked' dan terpaksa balik negeri hari ni.  Tak taulah apa puncanya... Cuma kesian je lah, sebab dorang ni kat sini kiranya semua baik2 belaka.  Rajin membantu... Dorang pun bukan senang nak kemari.. semua dek desakan hidup.  Mencari rezeki di negeri orang sebab kat negeri sendiri takde peluang...  Saya memang selalu cerita pasal pekerja2 Bangla ni...

Kalau tengok kat M'sia, rasanya dorang ni lebih baik lagi... Tak kerja kilang, paling2 cuci kereta.. dan kitapun selalunya tak selesa bila dekat2 dgn dorang terutama di dalam kenderaan awam.  Bila tengok mereka kat Bahrain, terkejar2 kat orang untuk cuci kereta yg penuh debu dgn harga semurah 500 fils (RM4), jual bunga, jual mineral water... jatuh kesian pulak!  Nak balik kampung, lagile takde pekerjaan & duit... Hutang kat agen tak tentu dah terbayar. Itulah kehidupan... Sesungguhnya ku berSYUKUR... SYUKUR.. SYUKUR YA ALLAH.. atas apa yg kumiliki ini.

Thursday, August 4, 2011

Nikmat Allah

Hari2 tengok kawan2 post kat fb wall masing2 gambar jalan di waktu petang yg jam dalam suasana hujan... Wahh.. hari2 ye hujan di Malaysia waktu bulan puasa ni?  Bestnya.. membayangkan suasana sejuk.  Tapi tak best bila fikir jam.. Walau dulu saya jarang merasakan jam disebabkan 'pandai' memilih lokasi tempat tinggal dan tempat kerja *heheheee..*, sesekali terlibat juga.. uhhh tak suka!!  Mau cramp kaki, pulak masa tu pakai kereta manual...

Sebaliknya di Bahrain ni, dan lain2 negara Timur Tengah, cuaca amat panas dan kering.  Dah selalulah pelapor cuaca ni cerita pasal suhu kan... kalau tak silaplah!  Bulan puasa ni lagilah... Pulak nak kena masak petang, dapur tulah di dalam rumah ni yg terhangat... Kipas dan exhaust fan tak cukup membantu.  3 unit aircond ni pun kekadang ikut meragam.. Air paip menjadi sangat panas, lebih panas dari air heater yg selalu dipasang waktu musim2 biasa.. Agak2 kalau buat teh tarik, boleh la kot ye... hehhh!!  Air panas tu dah tentu disebabkan oleh batang paip yg panas..

Bila waktu mandi malam, air masih belum cukup sejuk.  Menggeliat2 kekadang tu.. sauna pun tak sebegitu.  Fawwaz apake lagi... rasa macam pak pandir mandikan anak je.. Jadi, sekarang ni kenalah tadah air mandi siap2 waktu siang supaya sejuk sikit bila tiba waktu mandi petang.. Barulah Fawwaz sukarela mandi.  Uminya pun lambat sikit dapat idea, baru seminggu ni...kehkeh!  Umi pun tumpang semangkuk air tadahan tu.. Abi takpe, dia suka air panas... ;D

Itulah kisahnya... Kalau saya tak duduk di Mid East ni, tak berapa appreciate hujan kot.. Belum lagi duduk di bahagian Africa yg takde air tu.. Ya Allah... aku bersyukur atas segala nikmatMu.. dan janganlah ditarik dari hamba2mu di mukabumi ini.. Ameen.