Alhamdulillah.. dah sampai juga ke tanahair tercinta Jumaat kelmarin. Sampai pada Jumaat petang dan beberapa perkara perlu diselesaikan di KLIA juga. Letih juga perjalanan kalini walau Fawwaz terrsangat baiknya... Dah besar dan faham dia, malah teruja sentiasa. Campur tolak dalam 13 jam perjalananan & penantian dari rumah di Juffair ke rumah di Bukit Jalil.
Malang sikit, dalam jam hampir pukul 6ptg tiba, dan kepenatan berpuasa (kalini tak ambil pakej musafir ;)..), demi masuk je ke rumah, didapati air tiada. Kepenatan terus menjadi berganda.. Pejabat pengurusan apartment dah tutup. Kami terus keluar semula ke pasar ramadhan, membeli juadah utk berbuka, balik semula ke Anjung, menakung sedikit air dari paip bilik 'tong sampah' - mujur bilik tu bersih..., berbuka, solat dan check-in di Concorde Hotel, Shah Alam. Rasa lunyai badan ni.. apalagi si kecik Ahmad Fawwaz yg tidurnya tidak sempurna sejak di Bahrain. Mujur dia tak meragam seperti selalu!
Elok juga tidur di hotel, sebab kami dapat berehat dan tidur senyenyak2nya...tanpa perlu fikir nak membersihkan rumah seperti yg selalu saya buat bila baru balik. Pagi esoknya baru balik semula ke Anjung dan ke pejabat pengurusan untuk menyiasat. Mungkin technician tutup kepala paip dan tak buka semula sewaktu membuat pembaikan utk blok haritu (masa kami takde)... Bila air dah keluar semula, selain tugas wajib mengemop, satu kerosakan pula dikesan. Water tap di dapur duk tap! tap! je keluar air sentiasa... Adoi! Macam nilah kalau rumah selalu kena tinggal lama2... macam2 kerosakan yg berkaitan dengan air. Toilet dah tentu rosak semua (flushnye).. sink, water tap, dll... Agaknya sebab tekanan air tu kuat, dan air tak dibuka2.. Selain kekeringan yg lama pada salur paip tu menghasilkan sedikit ruang udara (ala2 merekah la kot ye..). Macam tu lah teori logiknya. Paling logik, nak kena kayakan plumber la jugak nih.. huhuhu!!
Masih banyak perkara perlu diselesaikan sebelum balik ke kampung. Memerlukan daku terbang ke sana sini di atas darat.. adakah? Sejak balik ni, saya pun gantung periuk je bila berbuka. Sokmo menu istimewa dari pasar ramadhan. Tapi InsyaAllah takle tergoda itu ini... Beli apa yg mampu dimakan utk masa tu juga.. Setakat ni dah dapat nasi ambeng dan nasi kerabu juga air soya... Hari ni nak cari kuetiau pulak. Esok cari ikan keli.. hahaha! Standardla.. orang dah mengidam lama. Heran juga, abe masa kat Bahrain sebut2 ayam percik, tapi sampai la ni tak beli pun... sudah tukar :D
Apa2 pun semoga Ramadhan terakhir ni memberi 1000 rahmat dan gandaan pahala buat kita. Walau dah miss banyak perkara, harap2 apa yg masih tertinggal ini dapat dimanfaatkan untuk berbuat ibadah yg diterima Allah...

selamat kembali kakak ku..hehe. nnt kita set date dating ek..
ReplyDeleteselamat Ayu.. huhu! sibuk betul makcik bila pakcik ada kann.. entah bila nak dating, sok pagi dah balik s.bernam...
ReplyDelete