Pages

Sunday, October 30, 2011

Akhirnya Kau Pergi...

Pagi tadi, sewaktu saya sedang sibuk di dapur seawal 5 pagi, hp berbunyi.. ada text message.  Innalillahi wainna ilaihi raajiun... akhirnya pakcik saya Mohd Bajuri Hj Mokhtar pergi menemui Penciptanya.

Dalam sayu dan sedih, ada sedikit perasaan lega.  Semasa solat subuh tadi, saya baru mendoakan agar Allah mempermudahkan dirinya dalam mengharungi saat2 akhir di muka bumi ini.  Agar tidak diuji dengan kesakitan lagi.. dan agar semua insan2 di sekelilingnya tabah dan sabar menghadapi ujian ini.  Itulah doa saya setiap kali lepas solat dikebelakangan hari ini. Juga setiap kali saya membacakan surah Yaasin dari kejauhan ini.

Kami redha... sedari dulu.  Mungkin sudah tidak betah melihat penderitaannya... Melihat bahagian tubuhnya dimamah cancer sedikit demi sedikit dan lama2 seperti mengganas itu.  Jujur saya katakan, saya tidak pernah berani melihatnya.. saya tidak cukup kuat.  Sedang untuk menatap wajahnya yg cengkung itu pun saya tidak berapa kuat.  Mungkin sayalah yg paling lemah di antara sanak saudaranya.  

Kini yang tinggal hanyalah kenangan sedari kecil sehingga kali terakhir saya berjumpa beberapa hari sebelum terbang ke Bahrain.  Sewaktu saya masih seorang anak kecil, dia sering menyorokkan anak2 patung saya ke atas siling rumah.  Sehingga satu ketika pembersihan dibuat, entah berapa anak patung ditemui.. hehe!  Kadang2 dia menjemput saya dari sekolah dengan basikal tua yang tinggi itu... Kadang2 arwah nenek memaharahinya kerana rambutnya sedikit panjang dan kembang... Bila dia dah kahwin dan berpindah ke Kg Bharu, saya pun ikut2 menyibuk tinggal di situ terutama bila cuti semester.  Kerana rumahnya yg strategik di tengah2 KL.  Hinggalah anak2 menjadi dewasa dan masing2 sibuk dengan hal ehwal sendiri.  Itulah lumrahnya hidup yang ada pasang surut..

Hari ini, biarlah dia pergi.  Semoga ada kedamaian buatnya di sana... Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu.. dan menempatkanmu di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin.

Thursday, October 27, 2011

Minda Yg Sentiasa Berputar

Minda ke otak ye..?  Ye... dalam English "my mind keep on spinning".. ehehh

Spinning sangat laa... macam gasing.  Walau Fawwaz dah bagi ruang untuk berehat, umi dia tak boleh juga diam2 baring.. Bukan senang nak dapat peluang tu.  Dikala Putera Fawwaz lena di dalam bilik yg dingin tanpa memakai baju, hanya berseluar dalam.  Seksi sungguh.. haha!

Lepas satu-satu yg nak dibuat.  Kejap pegang iPad, kejap kat sini depan lappy tu... lepastu ke dapur.  Kemudian belek2 abaya yg baru diambil malam tadi.  Tu kira tutup mata je, belum lipat kain.  Nak kemas mainan yg bersepah atas lantai pun tak berani.. nanti bising sikit bunyi blok duplo tu, terjaga pulak si putera raja ku..

Akak tengah nak create blog baru khas utk koleksi busana ku... Tiba2 seronok pulak menjual2 abaya.. Tapi kejap2 nak tengok blog resipi... ada masakan yg belum di'update'.  Kalau dah buat entry, dan tengok gambar makanan, seronokkk rasa...  Sapa terliur minta mahap jelah!  Masak dan membuat entri di blog airtanganku umpama terapi harian.  Terutama bila Fawwaz buat ragam je...  Menengok abaya2 warna-warni tempahan sedara-mara dan kawan2 juga dah jadi terapi.  Cuma proses tu yg pening sesangat...

Proses nak menempah abaya... rumitnya nak berinteraksi dengan bangsa asing, spesifiknya org Bangladesh.  Bangsa yg pandai menjahit dan menyulam abaya walau lelaki semuanya.  Jenuh nak menerangkan itu ini.. Walau dah siap tulis dan lukis dengan jelas apa yg kita mau.. dah terangkan lagi.. dah angguk2 "mafi musykila..".. bila dah siap, kadang2 membuat kita telan air liur.. Nak marah pun tak boleh.  Paling2 balik dengan tangan kosong sebab semua nak kena alter balik.

Yelah.. dulu2 beli selai dua je.. dia pun taklah keliru sangat.  Bila jumlah dah 'up' ke 5-6 helai, dia jadi keliru dan lupa pulak.  Tu bukan sekali belas2 sebagaimana yg dah ditempah.  Kita pun bawa saiz yg pelbagai, maka begitulah jadinya.  Bukan takat saiz yg tak betul, design dan warna pun salah... Nak cari tailor lain, kita dah terikat dengan tempahan design yg itu.  Jadi, bersabar jelah... kayuh pelan2.

Sekarang, setiap kali nak ke souk pun satu hal juga... dgn putera manja yg sorang ni.  Dia dah hafal jalan.. Sampai traffic light yg jaraknya dalam 2km dari souk tu pun dia dah mula cari pasal.  Kalau biasa2 dia confuse cakap "I donno.." utk "tak mau"... nak ke souk pandai pulak cakap "I don't want..".  Bila kena paksa juga keluar kereta, kalau dah abis meragamnya, mak la kena dokong sejauh2nya tu dari tempat parking... Ngan abi tak mau, konon merajuk... aihh! kalau cerita memang tak abis kisah Fawwaz nih. Hahaha... sabar3x!

Itu semua memberi pengalaman yg berharga buat saya... dari kisah anak ke kisah permulaan bisnes abaya ni, dan segala 'obstacles' nya.  Sebenarnya lebih kepada perkongsian citarasa terhadap busana yg semakin menjadi fenomena kat M'sia tu.  Memang ramai orang kita dah jual abaya mengikut citarasa dan design masing2.  Cuba2lah search..  Cantik2 belaka.  Saya sekadar menjadi salah seorang dari mereka, tanpa perlu meniru apa yg mereka jual...  Harap2 dipermudahkan dengan cara saya yg tersediri...

Apa2 pun, bisnes karipap saya masih berjalan di sini.  Semalam dan hari ni dah ada 2 rakan baru iaitu Kak Yah dan Kak Puteri menempah... 90 biji kesemuanya.  Saya pun fikir, balik ke M'sia nanti nak buat juga bisnez karipap ni.. frozen ke atau yg panas dari dapur.  Supaya ianya berterusan dan skill membuatnya tak hilang.  Hehehe..

Thursday, October 13, 2011

Going to be our turn..

Browsing old pictures (but not so old lah!).. I found these good ones taken from CT & Sham, hubby's x-office mates in SIAEB.. Most of them including CT & Sham are no more here in Bahrain.  Without them, the apartment become sooo quiet.. haha!  Kata orang, dah takdak seri... and takdak sapa nak order chek punya epok2 lagi!  :D

And we are just counting the weeks and days for our turn to leave as well... All will become everlasting sweet memories :))

Portraits by CT & Sham during Eid Adha 2010



Monday, October 10, 2011

Perubahan...

Dah 3 hari ku kembali di bumi Bahrain ni.. di Emirates Building, Juffair.  Keadaan di luar macam biasa2 yg selalu saya ceritakan.  Kalini dah tak panas macam sebulan dua yg lepas.  Macam cuaca kat Malaysia je, cuma tak hujan.

Dapur saya pun dah aktif kembali dengan masakan Malaysia dan Jawa.  Kesian, lama akak tinggalkan en abe mengelolakan makanannya sendiri.  Dah buatkan sambal sardin, cucoq dan bilis kurma ayam... dah juga buat getuk ubi dan sambal goreng untuk menambahkan menu jawa saya.

Suasana bangunan ni selama sebulan lebih saya tinggalkan, dah sedikit berubah.  Kalau sebelum ni satu bangunan hanya dihuni oleh staff SIAK (SIAEB), kini 2 floor di bawah dah diisi oleh orang/keluarga2 lain.  Dengarnya ada 1 keluarga dari Malaysia juga, tapi kami belum pernah terserempak.  Tinggallah tkt 3-6 yg dihuni staff SIAK.  Staff yang lain2 tu, terutama yg baru datang, dah dipindahkan ke apartment yg satu lagi.

Lepas ni dah tak boleh buat macam "ini bangunan apak aku yg punyaa.." haha!  Nampak kat swimming pool pun ada rule baru.. timing 10am - 10 mlm je.  Tak bolehle lepas subuh kami berpoya2 kat pool tu macam dulu2  :P  Tak sempat saya nak pandai berenang.  Memang miss juga masa awal2 datang dulu.. esp masa saya berjualan kuih kat lobby bawah, dan aunty hani tu jual nasi lemak.  Segalanya mula berubah sejak berlaku pergolakan Febuari lepas, bila masing2 dihantar balik negeri dan tak kembali, kecuali akak yg kejap ada kejap takde.  Sekarang saya dah tukar bisnes pulak.  Jadi penjual abaya... tu pun bakal sekejap je sebab dah nak balik for good November nanti.

Sekarang masa untuk menghayati suasana ini... menjadi perantau.  Esok2 bila dah tak ke mana kat M'sia tu, jangan mengeluh boring pulak! hehehh...
----------------------------------------------------

Gambar selingan 
Masa balik haritu... 7 1/2 jam.. mmg boring utk sikecik.. mujur dia tak buat hal.. dah besar dan mula nak enjoy travelling.. Cuma tak boleh duduk diam lah... sampai tertanggal seat tu dibuatnya kihkih! 

Kadang2 gayanya macam ni, kaki pun boleh naik.. macam kat rumah sendiri je.. baju pun kena tukar biar selesa..

Dapat group crews yg pencinta kanak2, untunglaaa.... 

Dapat lena macam ni lagi untung... mak dia lah!

Nanti besar nak macam abi... hari2 tgk kapalterbang! Gitu la kot ye...  :D:D

Thursday, October 6, 2011

Ragam Anak

Kadang2 terfikir macamanalah mak saya membesarkan 4 anak yg masih kecil dan yatim.. masa baru2 ditinggalkan bapa tiri saya dulu?  Bapa tiri meninggal masa mak masih berumur 30an... Berdepan dengan perangai masing2 berseorangan...  Saya tak berada di rumah tu sebab dibela oleh nenek. Tapi yg saya ingat, selalu juga temper nenek naik dgn perangai saya hehe!

Saya dulu kalau bermain terutama main parit dgn mak sedara (sepupu mak yg muda dari saya), sampai tak hengat nak balik!  Kekadang sampai bermalam rumah nenek sedara tu... isk!  Kadang kalau jumpa gunting, pi gunting bajulah, rambut lah... Yg saya tak pernah cerita kat orang, dalam hati tu selalu nyanyi kat tangga belakang, lagu "betapa malang nasibku, semenjak ditinggal ibu...".  Alaaa... lagu ibu tiri tu.  Orang2 sekarang memang tak pernah dengar, tapi popular zaman 70-an dulu.  Ada filemnya.  Hakikatnya ibu tiri saya orangnya sangat baik dan lembut.  Tak macam cerita filem tu.. :))

Bila saya dah jadi ibu, dan selalu sendirian membesarkan dan berhadapan dengan anak, terasalah betapa kita ni perlu ada kesabaran yang amat tinggi untuk membesarka anak.  Kalau suami ada di sisi, perasaan tu lain.. dan kalau tiada pun lain.  Kalau si bapa ada, sedikit sebanyak ada kekuatan walau kita juga yg perlu mengurus itu ini.  Anak pun ragamnya lain.  Kalau takde bapa dia, ada orang lain pun jadi.. Tekanan kita dan anak kurang.  Orang kata, dia pun tak berapa nak menduga maknya..

Ada masa kita tak dapat nak kawal marah kita bila anak tak habis2 meragam.  Anak tak mengikut apa yang kita nak.. atau mungkin dia tak faham.  Kalau orang lain cuba membandingkan anak dia ramai tapi tak se'stress' kita yg anak sorang ni, janganlah marah atau kecil hati.  Sesungguhnya Allah mempermudahkan mereka dalam menambah umat Nabi Muhammad di muka bumi ini.  Dan Allah mungkin menguji kita yg memilih untuk beranak sorang ni.. Atau, mungkin Allah tau kita ni jenis mana, so tak diberi anak yg ramai.. dan mungkin tu juga Allah lambatkan jodoh kita supaya dapat bertahan dengan anak yg sorang ni.. Banyak jawaban dan andaian di sebalik apa yg terjadi.. :)

Saya memang jenis ibu yg garang.  Ada masa nampak macam ibu yg terlalu memanjakan anak, tabah, dsb.  Tengok situasi.. Setiap kali men'garangi' anak, sesaat lepas tu saya akan terfikir dan kesal.  Terutama bila tengok muka dia masa tidur.. mulut terbuka sikit.. Mesti timbul kesal sebab memarahi dia.  Tapi mana2 ibu selalu tak terima atau terasa hati bila orang lain terutama si ayah memarahi anak tu.  Kita buat takpe.. Tak patut betul kan!

Tapi tulah.. bila sering berdepan dengan anak yg meragam, kita perlu seseorang untuk mendengar isihati kita.  Bila seorang ni, terasa degup jantung jadi kencang, perut pun macam nak gastrik, jadi kecut je.. stress la tu!  Kalau takde sesiapa di sisi, buat macam saya ni... tulis dan menulis, update fb pun jadi.  Banyakkan beristighfar.. berdoa dan mengadu dengan Allah, baca Quran.. Boleh juga kita luahkan dan cakap apa yg kita marahkan walau dia macam tak faham (ada penulisan yg menyarankan cara ni juga).  Adalah sikit leganya.  Itu sebab saya rajin berulang ke kampung atau suka bila adik2 sepupu tu datang.. Dorang boleh menyerap sikit tekanan ni.. Bagi kredit sikit ye.. :))

Bila keadaan dan pulih, rajin2 peluk anak... dan melayan kehendaknya.  Ada ketika saya dah tak tahan sangat, dan menangis di depan dia.. Kalau asalnya dia yg melalak, mesti akan senyap jadinya melihat keadaan tu.  Yang kelakarnya, sekarang ni kalau dia buat nakal ke atau buat benda yg kita tak berkenan, dia akan suruh kita nangis.. lepas tu dia akan cium kita (sambil sebut 'kiss').  Tak tahan juga, sebab kejap2 disuruh nangis.. sampai tidur pun mengigau suruh uminya nangis.. huhuhu!

Monday, October 3, 2011

Yang Terakhir

Akhirnya terlaksana sudah vaksin terakhirku... Vaksin HPV! Vaksin yg menangguhkan kepulangan saya dan Fawwaz ke Bahrain. Seawal pagi, sebelum Sempat mengambil breakfast dah keluar rumah, menuju ke Klinik Nurul Huda.. Tapi sedikit kurang bernasib baik sebab vaksin tu dah kehabisan di situ. Kenalah ambil di klinik lain yg berdekatan, Klinik Koh. Kalau ada sesiapa tertanya2 harga vaksin ni di klinik biasa, ialah RM200 untuk satu suntikan. Kena ambil 3 suntikan, so total ialah RM600.. Mahal la juga, tapi InsyaAllah untuk kegunaan selama 20 thn! Tapi perlulah juga buat pemeriksaan atau pap smear tu.. Paling2 sekali dalam setahun dua... Untunglah remaja yg dapat tawaran suntikan percuma tu.. Tapi tak pasti perlu sangat ke tidak, sebab kalau baca tu mmg ada pro n cons dia.

Sempat juga buat cholestrol check selepas 6 thn rasanya... Alhamdulillah, dah banyak turunnya. Tak sangka juga sebab lepas2 raya dan masih cuti2 Malaysia nih hehe! BP pun tahap2 rendah..

Sekarang misi nak membantu en abe kita menurunkan cholestrol, BP dll... Sejak sebulan lepas saya menyarankannya minum susu kolestrum Alpha Lipid. Tunggulah nanti apa testimoninya.. Esok balik dah terima pesanan 2 tin ;)

Bila dah selesai yg ni, bolehlah esok berangkat semula ke B.Jalil, berkemas apa yg patut.. Nak bawa kotak ajaib atau sekadar 2 bag.. Sebab cuma sebulan atau 4 minggu... Nak bawa abaya lagi. Alhamdulillah.. Sambutan abaya sgt menggalakkan walau tak banyak design yg ada. Setakat tukar2 color je... Kalau ruang masih ada dan berat belum maksimum, boleh sumbat selai dua extra nanti.. Tapi tak pastilah, sebab ada juga benda lain yg duk fikir2 nak beli. Maklum saja, lawatan terakhir! Isk isk! Macam sedih la pulak.. Ngengada je kan.

Cukup2 lah berkelana hampir 5 thn... Sekarang adalah masa untuk merancang masa depan dgn lebih baik.. Menaikkan semula semangat yg macam graf bband ni ha... Turun naik je kaedahnya! Masih perlu juga sedikit kekuatan sebab ada perkara yg terdetik di kepala, mungkin tak tercapai.. Apa dia? Adalaaaa... Huhuhu!!!!