Pages

Thursday, October 27, 2011

Minda Yg Sentiasa Berputar

Minda ke otak ye..?  Ye... dalam English "my mind keep on spinning".. ehehh

Spinning sangat laa... macam gasing.  Walau Fawwaz dah bagi ruang untuk berehat, umi dia tak boleh juga diam2 baring.. Bukan senang nak dapat peluang tu.  Dikala Putera Fawwaz lena di dalam bilik yg dingin tanpa memakai baju, hanya berseluar dalam.  Seksi sungguh.. haha!

Lepas satu-satu yg nak dibuat.  Kejap pegang iPad, kejap kat sini depan lappy tu... lepastu ke dapur.  Kemudian belek2 abaya yg baru diambil malam tadi.  Tu kira tutup mata je, belum lipat kain.  Nak kemas mainan yg bersepah atas lantai pun tak berani.. nanti bising sikit bunyi blok duplo tu, terjaga pulak si putera raja ku..

Akak tengah nak create blog baru khas utk koleksi busana ku... Tiba2 seronok pulak menjual2 abaya.. Tapi kejap2 nak tengok blog resipi... ada masakan yg belum di'update'.  Kalau dah buat entry, dan tengok gambar makanan, seronokkk rasa...  Sapa terliur minta mahap jelah!  Masak dan membuat entri di blog airtanganku umpama terapi harian.  Terutama bila Fawwaz buat ragam je...  Menengok abaya2 warna-warni tempahan sedara-mara dan kawan2 juga dah jadi terapi.  Cuma proses tu yg pening sesangat...

Proses nak menempah abaya... rumitnya nak berinteraksi dengan bangsa asing, spesifiknya org Bangladesh.  Bangsa yg pandai menjahit dan menyulam abaya walau lelaki semuanya.  Jenuh nak menerangkan itu ini.. Walau dah siap tulis dan lukis dengan jelas apa yg kita mau.. dah terangkan lagi.. dah angguk2 "mafi musykila..".. bila dah siap, kadang2 membuat kita telan air liur.. Nak marah pun tak boleh.  Paling2 balik dengan tangan kosong sebab semua nak kena alter balik.

Yelah.. dulu2 beli selai dua je.. dia pun taklah keliru sangat.  Bila jumlah dah 'up' ke 5-6 helai, dia jadi keliru dan lupa pulak.  Tu bukan sekali belas2 sebagaimana yg dah ditempah.  Kita pun bawa saiz yg pelbagai, maka begitulah jadinya.  Bukan takat saiz yg tak betul, design dan warna pun salah... Nak cari tailor lain, kita dah terikat dengan tempahan design yg itu.  Jadi, bersabar jelah... kayuh pelan2.

Sekarang, setiap kali nak ke souk pun satu hal juga... dgn putera manja yg sorang ni.  Dia dah hafal jalan.. Sampai traffic light yg jaraknya dalam 2km dari souk tu pun dia dah mula cari pasal.  Kalau biasa2 dia confuse cakap "I donno.." utk "tak mau"... nak ke souk pandai pulak cakap "I don't want..".  Bila kena paksa juga keluar kereta, kalau dah abis meragamnya, mak la kena dokong sejauh2nya tu dari tempat parking... Ngan abi tak mau, konon merajuk... aihh! kalau cerita memang tak abis kisah Fawwaz nih. Hahaha... sabar3x!

Itu semua memberi pengalaman yg berharga buat saya... dari kisah anak ke kisah permulaan bisnes abaya ni, dan segala 'obstacles' nya.  Sebenarnya lebih kepada perkongsian citarasa terhadap busana yg semakin menjadi fenomena kat M'sia tu.  Memang ramai orang kita dah jual abaya mengikut citarasa dan design masing2.  Cuba2lah search..  Cantik2 belaka.  Saya sekadar menjadi salah seorang dari mereka, tanpa perlu meniru apa yg mereka jual...  Harap2 dipermudahkan dengan cara saya yg tersediri...

Apa2 pun, bisnes karipap saya masih berjalan di sini.  Semalam dan hari ni dah ada 2 rakan baru iaitu Kak Yah dan Kak Puteri menempah... 90 biji kesemuanya.  Saya pun fikir, balik ke M'sia nanti nak buat juga bisnez karipap ni.. frozen ke atau yg panas dari dapur.  Supaya ianya berterusan dan skill membuatnya tak hilang.  Hehehe..

No comments:

Post a Comment