Pages

Thursday, January 26, 2012

Doa Nabi Sulaiman

Foto ihsan yahoo.com

Ayat pagi ini ialah doa Nabi Sulaiman dari surah An-Naml (semut), ayat 19 yang bermaksud:

"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh"


Ayat ini mengingatkan kita untuk terus bersyukur dan sentiasa dikurniakan ahli keluarga, serta zuriat yang bagus kehidupannya.. Marilah kita mengamalkan doa ini.  


Terima kasih kepada ustazah Siti Nor Bahyah atas perkongsian ilmu ini  :)



Wednesday, January 25, 2012

Tips dan Langkah2 Melakukan Rawatan 'Facial'

Masih dari buku catitan lama yang sama...  

Catitan yg saya buat selepas membuat rawatan facial di sebuah salon di Shah Alam yg juga menyediakan pensijilan MLVK untuk mereka yg berminat.  Salon tu adalah favourite saya zaman anak dara dan muka masih ala2 mulus lagi.  Sambil ber'facial', sambil mendengar cikgu tu menunjuk ajar student dia.. Sayalah 'model' yg membayar perkhidmatan dan bukan dibayar.. Dalam hati berkata "satu hari nanti aku nak buka salon lah..." hehehe!!  Apa2 pun, setakat ni saya tak jumpa tempat lain yg buat facial bagus macam di salon tu.. tak sakit bila membersihkan white heads dan yg sewaktu.  Tak payah nak nangis2.  Sebab ada rahsianya yg salon lain tak buat... Produk dia pun bagus, cuma tak cukup publisiti macam saingan2 yg lain.  Saya tak pasti wujud lagi ke tidak..

Facial - step by step

1)  Bersihkan muka dengan MILK CLEANSER.  Ini untuk membuang segala make up yg ada.

2)  Bersihkan pula dengan FACIAL WASH dalam bentuk gel atau cecair.  Gunakan facial sponge untuk membersihkan cleanser tu dan basahkannya/cuci dengan air 

3)  Bersihkan muka dengan SCRUB pula.  Scrub muka dengan lembut.  Jangan lakukan pada jerawat dan dekat mata (sensitive area).  Jangan scrub terlalu lama..  Bersihkan dengan sponge dan air.

4)  STEAM muka menggunakan air mineral atau air ozon dalam 5 minit untuk membuka liang roma dan membuang white/black heads.  Sebelum steam, rasa dulu air dengan belakang tangan sebelum dihalakan pada muka.  Tutup mata dengan kapas basah.  

5)  Setelah liang roma terbuka bersihkan white heads dengan steamer yg masih terpasang.  Gunakan jarum halus.  Sediakan kertas tisu untuk membersihkan white/black heads dari jarum.  Steamer tetap dihalakan kepada muka (tapi jauh sikit) supaya kulit muka tetap lembut dan tidak sakit sewaktu proses pembersihan white heads yg menggunakan jarum (alatan khas).  Inilah rahsianya yg hampir semua salon tak buat.  Kalau muka dah sejuk balik, memang sakit sampai keluar air mata masa time kena tenyeh2 tu...

6)  Sapukan MASSAGE CREAM atay AROMATHERAPY OIL pada muka dan biarkan selama 15 - 20 minit.

7)  Gunakan rawatan LASER dan VACUUM untuk proses selanjutnya.

8)  Sapukan MASK pada seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit (sampai kering).  Gunakan kapas empat segi yg dibasahkan untuk menutup mata.  Bila dah kering, bersihkan dengan sponge.

9)  Bersihkan semula muka dengan FACIAL CLEANSER/WASH

10)  Sapukan TONER ke seluruh wajah

11)  Sapukan DAY CREAM atau NIGHT CREAM 

Selesai... maka muka anda pun akan glowing kelihatannya hehehehhh!!!  Sila bayar di kaunter...  :D

p/s:  jangan miss part massage belakang selepas selesai tu... perghh terasa2 olehku diurut2 leher, bahu dan belakang nehh... 

Petua dan Ayat Al-Quran Untuk Amalan

Terjumpa buku catitan lama untuk dijadikan panduan dan amalan kehidupan...

1)  Melembutkan hati pasangan, anak2 atau mungkin sesiapa juga..

  • Surah Thaha ayat 1 - 5 (tiupkan ke muka selepas membaca)
  • Surah Al-Insyirah (Alam nasyrah) - untuk melapangkan dada
2)  Surah Yaasin ayat 36 - untuk mendapatkan jodoh

3)  Surah Al-Waqiah - untuk mempermudahkan membayar hutang juga dimurahkan rezeki (selain ayat 1000 dinar)

4)  Surah Al-Baqarah ayat 286 - untuk mengurangkan beban dugaan

INSYAALLAH KHAIR... Kita berusaha Allah yg menentukan..

Sunday, January 15, 2012

Kisah Lama yg Menghiburkan

Gambar ikhsan Mohd Khair Jantan 
Darjah 3 Kuning, Sek. Keb. Sg Air Tawar (SKSAT), Sabak Bernam, Selangor

Atas cadangan dan usaha rakan lama Sarimah, sebuah group FB di"create" untuk batch kami 1977/82.  Walau Sarimah cuma memasuki sekolah SKSAT yg sekarang ni dikenali sebangai Sek. Keb. Sri Mawar, selama 2 tahun (darjah 5 & 6), usaha beliau sangat2 saya hargai.

Walau tak ramai yg dapat dikesan, tapi mana yg ada tu cukup2 untuk membuat saya tersengih2 dan kadangkala ketawa sendirian bila kisah2 lama diceritakan kembali.  Saya juga tak sangka yg saya mengingati hampir kesemua nama rakan sekelas yg dah 29 tahun tak ditemui dan rakan2 kelas satu lagi (merah).  Rupanya ingatan saya tak selemah yg saya sangka.  Mungkin lemah sains dan matematik je..hehehe! 

Memang indah zaman kanak2... Kami belajar tanpa stress, tanpa kerja rumah yg menimbun.  Waktu dalam kelas, adakala kami disuruh menyanyi.  Dan saya suka jadi volunteer.. menyanyikan lagu Uji Rashid, Sharifah Aini, Noraziah Ali... dan banyak lagi. Ada seorang lagi pesaing bernama Rosnani yg sebenarnya lagi sedap dan nyaring suaranya.  Antara bait2 lirik lagu yg selalu dia nyanyi..."janganlah takut pada bayangmu sendiri..."   :D

Saya akui penampilan saya masa tu agak comot.  Maklumlah, boleh kata saya ni anak terbiar.. Kalau tak makcik2 tu yg buatkan itu ini, tak ambil tahulah saya.. Bermula pada tahun 1980 (darjah 4), saya dah mula berdikari.. semua buat sendiri dari membasuh, menggosok pakaian (guna sterika arang) dan lain2.  Kadang2 saya goreng atau rebus sendiri telur.. atau buat masak kicap untuk dibuat lauk.  Masa tu makcik2 ada yg dah kawin (tak duduk situ), masuk asrama, kursus... Nenek pula sibuk mencari rezeki siang dan malam.  Tapi nenek mesti masak, cuma agaknya masa tu datang ngada2 saya nak lauk lain.  Mungkin sebab tu, saya berdikari sampai kini dan tak banyak mengharapkan orang...  Dan pada masa tu, air paip pun takde lagi.  Harap air kolam dan air hujan yg ditadah.  Paip setakat batangnya aje yg ada, makan tahun nak keluar ayor... sampailah saya darjah 6 (1982).

Bercerita semula dengan kawan2 sekolah lama dan mengimbau kenangan lama betul2 membuat saya rindu akan zaman tu.  Walau kami semua sekampung, kami tak pernah bertemu sejak habis sekolah rendah.  Sebab saya sambung ke sekolah menengah di KL.  Masing2 dengan kehidupan sendiri.  Merantau.. tapi ada juga yg menjadi penghuni setia kampung.  Zaman bersaing dan berkejar2 dengan basikal... berkebun sayur di tepi padang sekolah, mencari tebu di tepi estet, mencari buah kundang di dalam kebun yg semak, bermain parit, mencari remis di tepi pantai... macam2 lagi aktiviti bersama rakan2 yang adakalanya menaikkan darah arwah nenek, sebab sampai azan maghrib belum nampak batang hidung!  Nakal dan lasaknya budak perempuan ni!!  Bila nenek marah, saya mogok tak mau makan...hehehh!

Saya budak yg malas belajar.. mujur juga masuk kategori cerdik dan kesayangan guru.  Walau cerdik dan sering mendapat tempat teratas waktu periksa, saya tak pernah dipuji oleh nenek atau datuk.  Tak taulah kalau dalam hati mereka bangga juga.. mesti punya kan!!  Waktu saya balik memberitahu keputusan penilaian rendah yg terbaik di sekolah pun mereka buat dek je.. Dan saya pun buat dek jugak, takde rasa kecik hati.  Yg saya kecik hati, sampai ke sudah tak ada penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang ni di sekolah.  Dorang takde duit kot.. Kesian kan, miskin je sekolah masa tu!  Mujur juga saya dah puas dapat hadiah itu dan ini bila masuk pertandingan... Apa jua pertandingan, mesti saya ada menang!!  Syair, sajak, poem, bercerita, menyanyi, syarahan.. mm apa lagi?  Kuiz je saya pernah tak dapat, sebab tak baca buku dan gelabah..

Saya rasakan dulu2 saya ada sifat kepimpinan sikit... Tapi sebab saya comot dan sambil lewa, takdelah terserlah.  Setakat jadi ketua kelas darjah 6 dan ketua perpustakaan.  Masuk je sekolah menengah terus "zero" sebab 'cultural shock'.  Tapi bila difikirkan semula, saya masih memimpin juga.. terutama perkara2 yg berkaitan kebudayaan.  Saya memang pencinta kebudayaan cuma takde galakan je.  Maka teringat yg saya pernah nak jadi pegawai kebudayaan selepas diploma.  Tapi kawan baik (yg tersangat rapat) masa tu tak setuju.  Jadi saya ikut cakap dia.. Dah saringan ke-2, saya tak pergi.  Hampeh je aku ni takde pendirian!!

Apa2pun, saya sangat menghargai nilai persahabatan tak kira zaman bila.  Harganya sangat mahal.  Kadang2 selalu terfikir2 akan sahabat2 yang 'menghilang'kan diri.  Memori2 silam itu juga sangat mahal.. Agaknya bila kita semakin berusia, memang macam ni lah... Sampai tahapnya, rindu anak cucu pulak.. hehehe!!

Saturday, January 14, 2012

Semoga Aku Tidak Merungut

Semoga bahagia ke akhir hayat.. :)

"Ma... common!  I don't know"  Rayu Fawwaz petang semalam.
"It's too high.. I can't see (it).."  Untuk perkara lain pula.  Masih di tempat sama.  Depan laptop ni..

Dia tengah mengadap skrin Baraem.tv.  Macam2 kat situ.. ada game, ada puzzle, drawing tools dll. Saya pun datang membantu...
"Terima kasih..."  Lembut je ucapnya.
"Sama-sama.."  Jawab saya tersengih-sengih suka.

Memang lemah hati tiap kali dia berbudi bahasa dengan saya.  Kadang2 cakap terima kasih, kadang2 thank you, syukran.. ikut keadaanlah!  Hilang segala bengang dengannya sedari pagi (sebab tak mau ke sekolah), kemudian melalak2 dan meragam tak tentu pasal di BBB waktu makan tengahari tadi.  Sakit badan mak kejap 'berlawan' di dalam kereta sambil memandu.  Saya balik dengan perut yg lapar semula dan fikiran yg kosong.  Ya Allah... berikanlah hambaMu ini kekuatan jiwa.

Sebab tulah kadang2 saya tahan duduk di depan FB lama2.  Kadang2 merapu je.. Tapi ada teman nak bersembang walau hanya melalui tulisan.  Di situ ada penasihat, ada penglipur lara, ada teman suka duka.  Maklum, saya ni banyak bersendirian.  Macam juga masa di Bahrain dulu.  Bezanya, saya masih boleh memandu keluar jika rasa bosan, tak macam di Bahrain memerap je.  Ada ketika saya perlu en suami di sisi, banyak ketika saya suka lagi berjauhan begini hehehe.  Jangan pula salah sangka.. Sebabnya, macam selalu saya kata, saya dah trained diri saya macam tu sejak awal perkahwinan.  Bior jauh tapi bau bunga.. *wink*.

Tapi bila anak membuat hal, saya perlukan 'a shoulder to cry on and to rely on'.  Tak mampu nak mengatasi sorang2.  Namun, tak pasti ye.. Pada satu ketika, saya bersemangat untuk mencari penawar atau membawa Fawwaz berjumpa pakar.  Dan saya rasa, tiada kata2 semangat seperti yang saya harapkan darinya.  Saya hentikan sesi2 perjumpaan tersebut secara mendadak.  Sebenarnya dalam hati berkata "saya tak akan mengambil kisah lagi!  Biar orang lain pula 'take charge' di masa akan datang jika bermasalah.."  Jadi, bila si anak tak mau sekolah, atau tak fokus dan tak faham cakap cikgu, boleh ke saya tak kisah?.  Biarlah saya diam dulu... Saya buat apa yg termampu je setakat ni.  Saya risau.. saya berdoa siang dan malam.. dalam waktu yg sama, saya pasrah!  Saya berharap sesuatu yg 'miracle'..

Bila kawan2 ramai yg berkata ini dan itu, juga berkongsikan pengalaman anak2 mereka, saya sedikit lega.  Anak2 mereka pun ramai juga yg lebih kurang macam Fawwaz dan kini terbukti mereka berjaya dalam pelajaran.  Lalu saya berpendapat, "anak-anak GENIUS memang begitu..".  Ini kata2 yg InsyaAllah doa... Dari sisi cerita lain, Fawwaz memang mempunyai abang dan kakak2 yg lain yg sudah melepasi tahap ujian besar zaman persekolahan dan universiti.  Peperiksaan PMR ke SPM mereka semuanya straight A's.  Dalam itu meletakkan satu pengharapan besar juga tekanan kepada saya untuk mengekalkan rekod tersebut, walau masih terlalu awal.  Mungkin sebab tu abi dia pun 'cool' aje, sebab pengalaman lalu dah terbukti memberangsangkan.  Cuma saya yakin, perangai anak yg terakhir ini agak memeningkan kepala en abi hehehe.. orang kata extra!!  Yang penting, doa mama Fawwaz akan menjadi anak yg soleh.

OKlah... dalam saya terus berharap akan pencapaian anak, saya juga berharap untuk pencapaian diri sendiri. Pagi ini saya bangun dari tidur dengan semangat "AKU MAHU MENJADI AHLI SYURGA!".  Saya mahu lebih positif terhadap kehidupan ini.  Akan ku lawan segala bisikan2 jahat yg sering menerpa di telinga ini.  Ya Allah, semoga Kau bukakan segala pintu kebaikan buat diriku ini.  Tidak lupa kupinta, bukakanlah pintu rezeki yg luas dan terang buatku.  Kurniakan kepadaku rezeki yg halal supaya tidak terhalang tujuanku menjadi AHLI SYURGA.  Rabbi Yassir wa tuassir.. Amin!

Tuesday, January 10, 2012

ATPN Dalam Kenangan

Belum nak cerita lagi pasal diari Fawwaz...  Hari ni nak tepek gambar aktiviti Ahad lepas bersama2 rakan2 sekolah CBN/ATPN.  Biasalah... sejak akak balik M'sia, macam2 plan dorang ni.  All these while kita tengok je dari kejauhan.  Kalau haritu kami pergi piknik kat Ulu Kalong, kali ni sesi ngeteh yg tak order teh pun kat Ani Sup Utara Sri Gombak.  Saya kasi nama 'ngesop' ja sebab masing2 order sup.  Dah namapun kedai sup kan..

Dah lama juga tak melalui jalan2 susur dari Jln Istana - Mahameru - Jln Sentul - Jalan Gombak.  Banyak juga perubahan dari zaman selalu ulang-alik ke Gombak dulu.  Sampai satu tahap, akak blurr.. jalan mana nak ikut.  Pasal tak jumpa2 signage Sri Gombak.  Kalau ikut MRR2 tu senang sikit.  Akhirnya sampai juga dengan hati senang sebab kawan tunggu di Greenwoods.

Malas nak cerita banyak2, nak letak gambar2 kenangan je.  Masih dari bukan sumber kamera sendiri... Kali ni kredit diberikan kpd sahabatku Norwati Nazam a.k.a Zatie Atie..

 Dari kiri : Noraini, Masrita, Siti Jalilah, Yuhanis, Norwati, Zurairah, Siti Suharti dan Nurzaimah

 Inilah ATPN (Asrama Toh Puan Norashikin) yg terletak di Jalan Jarret, Kg Pandan yg saya huni selama 5 tahun.  Selepas ni bangunan asrama Yayasan Selangor ni akan dirobohkan dan dibina kondominium

Some of us ni memang gang dari tingkatan 1 lagi... kebetulan satu sekolah iaitu Convent Bukit Nanas, KL

 Dulu kalau weekend kami melepak kat korridor ni sebab tengok mak bapak sapa datang.  Macam saya selalunya tak meletakkan harapan sangat sebab jauh di kampung huhu!  Paling2 setahun sekali kot...

Yang bawah ni, laluan ala2 skybridge gitu.. ke dewan makan

 Tak sangka dapat pergi ke sini... tanpa perancangan.  Cayalah gang!
 
 Over gitu!! I kan ceria dulu kini dan selamanya....

Dulu ada court tenis kat tempat bas2 tu... semua sudah tukar

Sekian, itulah saja untuk setakat ini... tengah tunggu member upload gambar dalam dewan yg dah macam kapal karam.. sobs!!