Gambar ikhsan Mohd Khair Jantan
Darjah 3 Kuning, Sek. Keb. Sg Air Tawar (SKSAT), Sabak Bernam, Selangor
Atas cadangan dan usaha rakan lama Sarimah, sebuah group FB di"create" untuk batch kami 1977/82. Walau Sarimah cuma memasuki sekolah SKSAT yg sekarang ni dikenali sebangai Sek. Keb. Sri Mawar, selama 2 tahun (darjah 5 & 6), usaha beliau sangat2 saya hargai.
Walau tak ramai yg dapat dikesan, tapi mana yg ada tu cukup2 untuk membuat saya tersengih2 dan kadangkala ketawa sendirian bila kisah2 lama diceritakan kembali. Saya juga tak sangka yg saya mengingati hampir kesemua nama rakan sekelas yg dah 29 tahun tak ditemui dan rakan2 kelas satu lagi (merah). Rupanya ingatan saya tak selemah yg saya sangka. Mungkin lemah sains dan matematik je..hehehe!
Memang indah zaman kanak2... Kami belajar tanpa stress, tanpa kerja rumah yg menimbun. Waktu dalam kelas, adakala kami disuruh menyanyi. Dan saya suka jadi volunteer.. menyanyikan lagu Uji Rashid, Sharifah Aini, Noraziah Ali... dan banyak lagi. Ada seorang lagi pesaing bernama Rosnani yg sebenarnya lagi sedap dan nyaring suaranya. Antara bait2 lirik lagu yg selalu dia nyanyi..."janganlah takut pada bayangmu sendiri..." :D
Saya akui penampilan saya masa tu agak comot. Maklumlah, boleh kata saya ni anak terbiar.. Kalau tak makcik2 tu yg buatkan itu ini, tak ambil tahulah saya.. Bermula pada tahun 1980 (darjah 4), saya dah mula berdikari.. semua buat sendiri dari membasuh, menggosok pakaian (guna sterika arang) dan lain2. Kadang2 saya goreng atau rebus sendiri telur.. atau buat masak kicap untuk dibuat lauk. Masa tu makcik2 ada yg dah kawin (tak duduk situ), masuk asrama, kursus... Nenek pula sibuk mencari rezeki siang dan malam. Tapi nenek mesti masak, cuma agaknya masa tu datang ngada2 saya nak lauk lain. Mungkin sebab tu, saya berdikari sampai kini dan tak banyak mengharapkan orang... Dan pada masa tu, air paip pun takde lagi. Harap air kolam dan air hujan yg ditadah. Paip setakat batangnya aje yg ada, makan tahun nak keluar ayor... sampailah saya darjah 6 (1982).
Bercerita semula dengan kawan2 sekolah lama dan mengimbau kenangan lama betul2 membuat saya rindu akan zaman tu. Walau kami semua sekampung, kami tak pernah bertemu sejak habis sekolah rendah. Sebab saya sambung ke sekolah menengah di KL. Masing2 dengan kehidupan sendiri. Merantau.. tapi ada juga yg menjadi penghuni setia kampung. Zaman bersaing dan berkejar2 dengan basikal... berkebun sayur di tepi padang sekolah, mencari tebu di tepi estet, mencari buah kundang di dalam kebun yg semak, bermain parit, mencari remis di tepi pantai... macam2 lagi aktiviti bersama rakan2 yang adakalanya menaikkan darah arwah nenek, sebab sampai azan maghrib belum nampak batang hidung! Nakal dan lasaknya budak perempuan ni!! Bila nenek marah, saya mogok tak mau makan...hehehh!
Saya budak yg malas belajar.. mujur juga masuk kategori cerdik dan kesayangan guru. Walau cerdik dan sering mendapat tempat teratas waktu periksa, saya tak pernah dipuji oleh nenek atau datuk. Tak taulah kalau dalam hati mereka bangga juga.. mesti punya kan!! Waktu saya balik memberitahu keputusan penilaian rendah yg terbaik di sekolah pun mereka buat dek je.. Dan saya pun buat dek jugak, takde rasa kecik hati. Yg saya kecik hati, sampai ke sudah tak ada penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang ni di sekolah. Dorang takde duit kot.. Kesian kan, miskin je sekolah masa tu! Mujur juga saya dah puas dapat hadiah itu dan ini bila masuk pertandingan... Apa jua pertandingan, mesti saya ada menang!! Syair, sajak, poem, bercerita, menyanyi, syarahan.. mm apa lagi? Kuiz je saya pernah tak dapat, sebab tak baca buku dan gelabah..
Saya rasakan dulu2 saya ada sifat kepimpinan sikit... Tapi sebab saya comot dan sambil lewa, takdelah terserlah. Setakat jadi ketua kelas darjah 6 dan ketua perpustakaan. Masuk je sekolah menengah terus "zero" sebab 'cultural shock'. Tapi bila difikirkan semula, saya masih memimpin juga.. terutama perkara2 yg berkaitan kebudayaan. Saya memang pencinta kebudayaan cuma takde galakan je. Maka teringat yg saya pernah nak jadi pegawai kebudayaan selepas diploma. Tapi kawan baik (yg tersangat rapat) masa tu tak setuju. Jadi saya ikut cakap dia.. Dah saringan ke-2, saya tak pergi. Hampeh je aku ni takde pendirian!!
Apa2pun, saya sangat menghargai nilai persahabatan tak kira zaman bila. Harganya sangat mahal. Kadang2 selalu terfikir2 akan sahabat2 yang 'menghilang'kan diri. Memori2 silam itu juga sangat mahal.. Agaknya bila kita semakin berusia, memang macam ni lah... Sampai tahapnya, rindu anak cucu pulak.. hehehe!!
No comments:
Post a Comment