Pages

Friday, August 31, 2012

Jangan Kagum Sangat... hehe!


Yang ni pula kisah en suami ku.. Pagi tadi selesai isi minyak, abe lap pula windscreen tu.. Dah lepas lap, dia terus masuk kereta sambil bercerita satu kisah di hari raya.. 

Satu hari sedang dia nak isi minyak, terpandang akan satu pasangan yg tengah isi minyak juga. Masa si suami isi minyak, si isteri pulak duk lap cermin kereta tu.  Jadi, abe saya pun menyatakan kekagumannya pada si isteri tu yg tak hanya duduk dalam kereta baca paper (macam yg saya buat tadi).  Elleh.. apa sangatlah yg nak kagumnya kataku, ala2 'biawak' bak kata Dr Azizan tu.  Biasalah tu, saya pun kalau isi minyak kekadang lap juga cermin tu.. Saya lagi cuci kereta sendiri, siap panjat2 lagi.. Kereta matrix kan tinggi... :P

Tapi en abe tetap kata situasi pasangan tu sangat 'rare'.. Suka ati lahhh.. tak berapa rajin nak ulas lagi. Boring kan..?  Maka suamiku pun start engine dan mulakan perjalanan.  Tetiba ada satu bunyi... prangg!! (lebih kurang laa bunyi gitu..).  Hahhh... rupanya dia lupa nak letak hose balik dan tutup tank minyak tu. Tersipu2 abe ku keluar betulkan keadaan.. Haa!! tu dia!!  Akak pun pulang paku buah keras..

"Mmm.. tulah.  Heran sangat kat orang, sampai lupa... Elokla tu, semua orang (kat stesen minyak) pandang... sebab tak pernah jadi".  Moralnya, jangan sangat nak puji bini orang yg rajin tu, sedangkan bini sendiri dan tahap superwoman...tak pernah dipuji, lagi tidak disedari..  Bukan apa, kadang2 tu terbuku di hati tapi malas keluarkan je.. Pagi ni Allah bagi jalan untuk keluargan sikit... hehe!!


Thursday, August 30, 2012

Lemah nya!

Entahlaa.. pasal apa semangat juang ku ini tak kunjung datang.  Nak kata terlebih makan kuih raya, ketupat rendang idakle pulak..  Akak sentiasa memelihara kesopanan mulut dan perut ni dari tergolong dalam kategori melantak! Makan setakat rasa je kununnya.. Selari dengan pergerakan akak..

Lemah je badan ni, mata rasa nak lelap je macam tak pernah tidur malam.. Macam puasa je.  Padahal puasa sehari je haritu. Apalagi gantinya sehari je, dah settle pulak tu.. nak meneruskan ke 6 hari tu macam2 halangan.  Aishh! Teruk betul aku ni... come on!! come on!! wake up.. (terus teringat cara jawab Fawwaz, "no thank you!")  haha..

Agaknya sebab berperang dengan dalaman ni.. Dalaman ni sedang memencilkan dan mengecilkan diri.. Dalam waktu yg sama terasa nak buat macam2, tapi tak mampu.. banyak kekangan.  Sampaikan nak jenguk adik dekat hospital yg amat dekat tu pun tak dapat.. Nak melawat di luar waktu tak dapat, apatah lagi dalam waktu melawat. Budak kecik macam Fawwaz tak boleh masuk melainkan weekend katanya.. Jadi, saya ni tinggal mengenang je..  Tak apalah, Allah sedang membataskan pergerakan saya yang dulunya puas ke sana sini tanpa halangan!  Ditakdirkan saya ini perlu bergerak dan hidup sendiri sampai bila2 walau dah berumahtangga... Redha je lah ye!  :)

Mulalah rasa nak berangan2... kalau lah.. kalaulah boleh... mmmm...  Tadi sempat sembang dengan Shima, masa hantar kek ke ofisnya... Ku bilang "aku nak jadi perempuan sihir macam mak tiri si Rapunzel.."  Hado!! Saat merapu sudah tiba... :P

Tuesday, August 28, 2012

Ujian Allah..

Ini kisah adik bongsu saya... yang membuat saya kurang semangat hari ini.  Asyik terkenang-kenangkan dia yang sedang menahan kesakitan di hospital... Teringin nak jenguk lagi tapi tak mampu dengan keadaan diri sendiri.. Tadi dapat jenguk sekejap dan melayan apa yg patut sebelum tergesa2 balik nak ambil anak di sekolah.

Adik saya ni baru saja bersalin anak pertama beberapa hari sebelum hari raya.  Kira anak aidil fitri lah juga.. Comel dan tembam macam mummy dan daddy dia juga. Kesan bersalin dah tentu belum cukup sembuh... Beberapa hari lepas, masa buat pemeriksaan, gynae dia ternampak benda macam cyst di ovarinya sebesar 12cm.. Beberapa hari lagi check, dah naik 14cm! Cepatnya. Saya yg dengar pun jadi hairan! Maka semalam adik sayapun secara emergency masuk ke Hospital Serdang.  Beberapa jam selepas tu, selepas beberapa pemeriksaan, terus masuk OT.  Dalam 2 jam lebih selamat dah... masuk wad.

Pagi tadi, diluar waktu melawat saya usaha juga melawat dia.  Asalnya dah nak give up juga sebab tak dibenarkan, tersalah pintu dan takde orang buka, tapi Allah permudahkan akhirnya.  Sama macam Allah permudahkan saya menemui tempat parking kereta.. Tau2 je lah kat hospital tu, tak pernah tak sesak!  Masuk2 tu memang takde siapa yang menjaga.. Sama macam pesakit2 lain juga.  Suaminya dah kehabisan cuti.. kesian, nak bergerak pun susah.  Yang paling kesian bila dengar adik cakap, Dr beritahu yang tiada cyst dijumpai melainkan bladder (pundi kencing) yang penuh.  Pasal tu adik susah nak buang air kecil lepas bersalin...

Mmm... kalau saya kecewa mendengarnya, apatah lagi empunya badan yang terpaksa menanggung kesakitan dibedah.  Saya anggarkan 5-6 inci kot..  Sedangkan untuk tujuan itu, hanya perlu bantuan tube sahaja.  Begitulah kisahnya.. Sesungguhnya doktor itu manusia biasa dan tak lari dari kesilapan dan kecuaian.. Padahal tak kurang dari 4 orang doktor yang memeriksa adik saya tu dan mengatakan perkara yang sama.  MasyaAllah, besar juga ujian adik saya tu.. Mujur juga baby nya ada yang menjaga iaitu ibu mertua yang masih sihat dan cergas.  Ibu sendiri dah sedikit uzur..

Semoga adikku tabah dalam menghadapi ujian ini.  Dan semoga kesakitan itu bisa menggugurkan segala dosa2 kecil mahupun yang besar..


Saturday, August 25, 2012

Kisah Hari Raya 2012

Sejak semalam (Jumaat) tengahari, saya dah tiba di Anjung Hijau ni.  Pulang bersama Fawwaz dan CikYum nye... Alhamdulillah, mungkin sebab ada co-pilot, saya tak mengantuk macam masa balik hari tu.  Tak taulah.. samada sebab faktor umur atau ada symptom lain yang membuat saya tak tahan mengantuk.  Masa balik ke kampung hari tu, tak kurang 5 kali saya berhenti untuk tidur atau membasuh muka dalam perjalanan dari KL ke Sabak Bernam.  Masih juga ala2 terlelap atau mamai ketika memandu.  Mujurlah kereta tak terlalu sibuk, masih berjarak dan mungkin juga sebab saya dah baca doa naik kenderaan.  Selamat juga saya tiba ke destinasi.. Cuma ada satu insiden tu, sampai terpelanting kek saya ke bawah dek kerana brek mengejut dalam keadaan saya terlalu mengantuk!

Tak lama sampai, keluar balik sebab roadtax & insurance belum sempat nak renew.  Untunglah pejabat pos tak sibuk.. Semua dapat on the spot!  Balik lagi nak panaskan kuah kari, rupanya gas habis.  Gas yg baru seminggu dipasang.  Masa balik haritu terlupa nak tutup kepala dia.  Rupanya bocor sepanjang saya takde!  Mujur tak jadi apa2 dan ada lubang angin sebab tingkap dapur ke dry area tak ditutup.  Sebenarnya letih campur sedih!  Padanlah tong yg sebelum tu pun rasa cepat je habis.. mesti pasal bocor juga. Dan bukan perkara baru.  Nak buat camna, kita pun dah takde sapa yg boleh diharapkan walau sebenarnya ada.  Yg saya mampu buat, zipkan mulut ni je.. Takut2 akak jadi superwoman, terus akak delete semua org!!

*****************************

Hari raya pada saya sama je setiap tahun.. Kemeriahan dan perasaan pun sama je, tak lebih tak kurang.  Cuma yang extra, tahun ni keluarga kami menganjurkan perjumpaan keluarga Hjh Siti Makiah iaitu ibu kepada mak saya, yg juga nenek yang membela saya sedari bayi.  Majlis diadakan pada 2 Syawal.  Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya, dimulai dengan bacaan yaasin dan tahlil, seterusnya upacara makan2 dan bergambar.  Namun ada juga yang tak hadir disebabkan bertugas dan juga memang takde niat nak datang..mmmm!

Kami berdua masih gembira dan ceria walau tak pernah beraya dengan abi.. Mana tak gembiranya, Fawwaz masih memegang piala "centre of attraction".. Semua orang kat rumah tu duk tumpu kat dia, tak kurang yg menyakat.. Sampai je rumah sehari sebelum puasa, dia dah cakap yg dia "HAPPY'.. hehehe! Tahun ni utk pertama kali, dapat bawa Fawwaz solat sunat Syawal di masjid.

Hari Raya ke-2, family besar kami buat gathering untuk pertama kalinya.  Anak cucu cicit kepada nenek Hjh Siti Makiah berkumpul untuk bertahlil dan makan2 serta mendengar serba sedikit kisah hidup arwah nenek yang amat tabah tu.. Walau dulu nenek anak ketua kampung, hidupnya penuh berliku.  Dan atas kesedaran itulah, kami semua cuba menjaga tali silaturrahim dengan sebaiknya.  Jangan sampai berbalah dan sentiasa bersatu.  Almaklumlah, jika tidak, kesannya akan hinggap ke anak cucu atau keturunan kita.  Sememangnya waktu susah, orang memandang rendah.. dan bila senang, akan jadi sebaliknya.  Itu lumrah manusia..


Tahlil yg dikepalai oleh abang sepupu (ipar) yg sulung (menantu sulung nenek)...

Adik beradik, ipar dan anak saudara..

 Family saya (7 adik beradik sama ibu).. 

Sebenarnya masa kami duk sibuk di depan, seorang budak kecik tgh sakit perut.. Berulang ke tandas, tapi mak dia tak tau, ingatkan tidur je.. Mujur ada penyelamat yg biasa jadi back up nurse..  Sian dia.  Sudahnya orang pakai hensem2, dia pakai track bottom je sebab tak selesa..  Yg penting, buku tak lepas dari tangan  :D


Saturday, August 11, 2012

Gilap Menjadi Permata yg Bersinar

Hari ni pagi2 saya dah terjah rumah pakbong (pakcik) di Seri Kembangan.  Lepas je hantar Fawwaz ke sekolah, terus je menghala ke sana.  Alhamdulillah, kebetulan makcikku sedang menyapu2 sampai di porch dengan masih bertelekung (balik dari surau).  Seri Kembangan dgn Bukit Jalil bukan jauh, tapi biasalah, anak saudara 'mithali' katakan... huhuhu!

Sesekali jumpa dan sembang memang seronok.  Mendengar pengalaman orang baru balik dari Umrah di bulan Ramadan. Ada 1000 keajaiban di sana yang memanggil2 daku.  Moga2 Allah murahkan rezeki dan melorongkan daku ke sana suatu hari nanti.  Bila makcik suruh khatankan dulu Fawwaz sebelum di bawa ke sana, barulah saya tahu dan macam2 bermain di fikiran.  Tapi sebenarnya adik saya pun pernah berkata begitu..

Pagi ni, selain tips ke Mekah/Madinah, macam biasa saya dapatkan tips untuk Fawwaz.  Dan salah satu cerita makcik tentang bekas muridnya, amat mengujakan saya.  Seorang anak tunggal yang lemah dari segi akademik, berjaya menghafaz Al Quran dan mengimamkan solat tarawih.. Subhanallah!  Bila saya balik, ada semangat baru menyuntik saya.. Semangat untuk mendoakan yang baik-baik untuk anak saya. Moga2 terang hatinya untuk menjadi ahli Syurga nanti.

KISAH FAWWAZ

Kemahiran berkomunikasi Fawwaz semakin baik terutama dalam English.  Tak kisahlah bahasa apa, sekurang-kurangnya dia tahu menyuarakan isi hatinya.  Mungkin lebih senang nak sebut.. Pernah saya suruh dia sebut "Umi, Fawwaz nak air botol".  Berbelit2 lidahnya nak sebut..hehe!  Selalunya kalau nak bodek, dia akan tanya "Umi, air botol please...".  Umilah yg bersalah, kekadang buat campuran bahasa.  Antara bahasa rojaknya "where's the baju?", "where's the songkok?".  Paling tak tahan bila dia tepuk2 perut cakap, ni.. ungry (hungry).

Sekarang ada 3rd, 4th & 5th language pulak!  Sekejap2 dia akan mengira guna bahasa Spanish - UNO, DOS, TRES, QUATRE, CINKO (hentah ke betul atau tidak saya eja..:P).  Itu dah tentu gurunya si Dora.  Malam tadi diajak pula umi dia ni cakap mandarin.. Tak paham langsung! Yg ini gurunya si Kailan.. Setakat Ni Hou, yeye.. suma tu, dah hafal sangat!  Belum lagi dia tengok Baraem.TV.. Nanti keluarlah perkataan Arabnya.  Walau dah kurang bercakap arab, tapi sesetengah benda tu dia masih sebut dalam arab seperti burung merak, dan beberapa binatang.  Kadang2 tergelak saya memikirkan, dia ni bolehke digilap jadi macam Mahathir Lokman.  Hehe..

Takpelah, jauh lagi perjalanan Ahmad Fawwaz.  Mama akan bersabar selagi boleh di samping berdoa kepada Allah.  Setiap hari adalah pelajaran dan pengalaman baru. Mama dah ngantuk pulak... :))

Tuesday, August 7, 2012

MINI REUNION SKSAT 1977-1982

Dari kiri: Rosli, Asmuni, Ruslan, Mrs Ruslan, Sahli, Janatunnaim, Norazah, Fairuz, Sarimah dan Siti Suharti

***************************** 
SKSAT tu ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar yang kini telah bertukar nama sebagai Sekolah Rendah Seri Mawar.  MasyaAllah! Memang lama sungguh kami tak bersua muka.. dah hampir 30 tahun.  Yelah, kami darjah 6 pada tahun 1982.  Lepas habis tu, saya terus bersekolah asrama di KL dan yang lain-lain kebanyakannya masih bersekolah di kampung.  Dan, waktu remaja dulu, memang saya jarang balik atas faktor peraturan asrama juga ekonomi.  Bukan macam budak2 sekarang, tiap minggu kalau boleh nak balik dari asrama.. :)  Memang tak pernah jumpa melainkan sedara-mara atau yg duduk dekat dengan rumah.

Bertemu semula di muka buku (macam lagu Najwa Latif tu..).. alhamdulillah ada medium ni.  Dapat juga berkumpul semula walau di alam siber.  Masing2 teruja.. kemudian senyap.. masuk member baru teruja semula.. dan senyap balik..hahahhh!  Gitulah keadaan group kami.

Setelah beberapa kali plan perjumpaan kaum bapa gagal, tak semena2 segelintir bapak2 dapat juga berjumpa.  Dan itulah yang membawa kepada mini reunion kelmarin, yang bertempat di D'Kayangan Steamboat, Acapella Serviced Apartment, Shah Alam.  Tak ramai, cuma 9 orang je yg mewakili 2 kelas K & M.. tak termasuk family.  Tapi cukuplah untuk membuat kami tak berapa rasa nak makan (kalau makan pun tak berapa nak rasa nikmatnya), melainkan bercerita kisah nostalgia.  Memang kelakar dan best!!

Kredit diberikan kepada Jana Selamat dan Sahli Abas atas gambar-gambar ini... :)

Sian Rosli.. kita cakap kecik2 dulu dia comot.. Now, dah macho and cool sekali... :)

Mak2 dara pada malam tu.. cuma 4 orang je!
Kat bawah ni, akak sedang jual cerita.. tak tau apa si Sahli duk fikirkan tu.. ngeh ngeh!
Asmuni angkut semua anak2 daranya termasuk isteri yg juga mcm anak dara.. :D

Di bawah ni, Ruslan Taiban dan wife yg layaan je apa hubby dia cakap.. So sporting! Rasanya dari zaman sekolah dulu pun hobi dia mengusik... :D