Pages

Tuesday, August 28, 2012

Ujian Allah..

Ini kisah adik bongsu saya... yang membuat saya kurang semangat hari ini.  Asyik terkenang-kenangkan dia yang sedang menahan kesakitan di hospital... Teringin nak jenguk lagi tapi tak mampu dengan keadaan diri sendiri.. Tadi dapat jenguk sekejap dan melayan apa yg patut sebelum tergesa2 balik nak ambil anak di sekolah.

Adik saya ni baru saja bersalin anak pertama beberapa hari sebelum hari raya.  Kira anak aidil fitri lah juga.. Comel dan tembam macam mummy dan daddy dia juga. Kesan bersalin dah tentu belum cukup sembuh... Beberapa hari lepas, masa buat pemeriksaan, gynae dia ternampak benda macam cyst di ovarinya sebesar 12cm.. Beberapa hari lagi check, dah naik 14cm! Cepatnya. Saya yg dengar pun jadi hairan! Maka semalam adik sayapun secara emergency masuk ke Hospital Serdang.  Beberapa jam selepas tu, selepas beberapa pemeriksaan, terus masuk OT.  Dalam 2 jam lebih selamat dah... masuk wad.

Pagi tadi, diluar waktu melawat saya usaha juga melawat dia.  Asalnya dah nak give up juga sebab tak dibenarkan, tersalah pintu dan takde orang buka, tapi Allah permudahkan akhirnya.  Sama macam Allah permudahkan saya menemui tempat parking kereta.. Tau2 je lah kat hospital tu, tak pernah tak sesak!  Masuk2 tu memang takde siapa yang menjaga.. Sama macam pesakit2 lain juga.  Suaminya dah kehabisan cuti.. kesian, nak bergerak pun susah.  Yang paling kesian bila dengar adik cakap, Dr beritahu yang tiada cyst dijumpai melainkan bladder (pundi kencing) yang penuh.  Pasal tu adik susah nak buang air kecil lepas bersalin...

Mmm... kalau saya kecewa mendengarnya, apatah lagi empunya badan yang terpaksa menanggung kesakitan dibedah.  Saya anggarkan 5-6 inci kot..  Sedangkan untuk tujuan itu, hanya perlu bantuan tube sahaja.  Begitulah kisahnya.. Sesungguhnya doktor itu manusia biasa dan tak lari dari kesilapan dan kecuaian.. Padahal tak kurang dari 4 orang doktor yang memeriksa adik saya tu dan mengatakan perkara yang sama.  MasyaAllah, besar juga ujian adik saya tu.. Mujur juga baby nya ada yang menjaga iaitu ibu mertua yang masih sihat dan cergas.  Ibu sendiri dah sedikit uzur..

Semoga adikku tabah dalam menghadapi ujian ini.  Dan semoga kesakitan itu bisa menggugurkan segala dosa2 kecil mahupun yang besar..


No comments:

Post a Comment